NEW
Font size
WorksheetsHsuehe
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
1.Kelenjar manakah yang menyebabkan pembengkakan di bahagian leher?
Testis
Pankreas
kelenjar tiroid
Kelenjar pituitari
Antara yang berikut, yang manakah terlibat dalam arka refleks bagi sentakan lutut?
Serebrum
Serebelum
Saraf tunjang
Neuron perantaraan
Seorang pelajar telah pergi ke sebuah salon rambut untuk mengkerintingkan rambutnya yang lurus.Selepas beberapa bulan ,rambutnya kembali lurus.Faktor yang manakah mempengaruhi keadaan ini?
Genetik
Persekitaran
Mutasi gen
Mutasi kromosom
Apakah kaedah yang digunakan untuk memperoleh garam tulen daripada air laut?
Penghabluran
Peneutralan
Penyulingan
Penurasan
Antara yang berikut, yang manakah contoh perubahan fizikal?
Telur mengeras apabila direbus
Kertas terbakar dengan lengkap dalam udara
Jus anggur berubah kepada wain melalui penapaian
Sekeping besi ditempa untuk membuat pisau
Apakah fungsi klorofil dalam tumbuhan hijau ?
Membekalkan mineral
Menyerap tenaga cahaya
Memecahkan molekul air
Membebaskan karbon dioksida
Sinaran radioaktif manakah yang mempunyai cas positif
Sinar-X
Sinar alfa
Sinar beta
Sinar gama
Alatan optik manakah yang menggunakan cermin satah?
Kamera
Binokular
Periskop
Kanta Pembesar
Apakah yang menyebabkan langit kelihatan biru pada waktu tengah hari?
Pantulan cahaya
Pembiasan cahaya
Penyebaran cahaya
Penyerakan cahaya
Satu kumpulan pelajar merancang untuk membina helikopter mainan kawalan jauh.Apakah bahan yang paling sesuai digunakan untuk membuat badan helikopter mainan tersebut?
Besi
Gangsa
Piuter
Duralumin
Antara yang berikut, yang manakah komponen sistem saraf pusat?
Otak
Kranium
Saraf spina
Saraf somatik
Apakah srtuktur yang membolehkan badan mengesan postur badan tanpa melihat?
Kulit
Serebelum
Reseptor regang
Medula oblongata
Seorang lelaki tinggal di kawasan berpaya.Apakah proses untuk mendapatkan air tulen dari kawasan tersebut?
Penurasan
Penghabluran
Peneutralan
Penyulingan
Antara yang berikut yang manakah benar tentang akumulator asid plumbum?
Saiz kecil
Digunakan dalam radio
Menggunakan asid sulfirik sebagai elektrolit
Rod karbon sebagai terminal positif
Apakah proses pembentukan pelangi?
Penambahan cahaya
Penyebaran cahaya
Penyerakan cahaya
Penolakan cahaya
Apakah kepentingan warna bagi haiwan?
Menarik perhatian jantina berlainan
Menghasilkan lebih banyak bulu
Kelihatan lebih cantik
Menambah selera makan
Bagaimanakah virus membiak?
Pertunasan
Belahan dedua
Konjugasi
Menjangkiti sel perumah
Kaedah manakah yang paling sesuai digunakan untuk mengekalkan kesegaran susu segar?
Pengetinan
Penyinaran
Pempasteuran
Pembungkusan vakum
Apakah kesan pembuangan sisa plastik ke dalam sungai?
Menyebabkan pencemaran udara
Merosakkan sistem keimunan
Membebaskan gas beracun
Menyekat sistem perparitan
Apakah bentuk yang sesuai bagi kenderaan di atas air?
Sfera
Aerofoil
Larus
Aerodinamik
Bahan yang manakah digunakan dalam pembuatan sabun?
Alkohol
Cuka
Minyak kelapa sawit
Asid organik
Apakah ciri getah sintetik?
Rapuh
Telap udara
Mudah teroksida
Ketahanan haba yang tinggi
Antara yang berikut yang manakah diperbuat daripada perspeks?
Baju hujan
Pemegang cerek
Pembungkus makanan
Tingkap kapal terbang
Penyakit manakah yang disebabkan oleh virus?
Panau
Denggi
Taun
Gonorea
Mikroorganisma manakah yang boleh menjalankan proses fotosintesis?
Protozoa
Virus
Alga
Kulat
Seorang pesakit menunjukkan simptom-simptom berikut
. Batuk berpanjangan
. Kahak berdarah
.Hilang selera makan
Antibiotik
Antibodi
Antiserum
Antiseptik
Antara yang berikut, yang manakah satu contoh bencana alam?
Kebakaran hutan
Banjir kilat
Gempa bumi
Tanah runtuh
Apakah masalah yang akan timbul jika baja berlebihan dialirkan ke dalam sungai?
Suhu air sungai meningkat
Pertumbuhan alga meningkat
Sungai menjadi cetek
Kandungan oksigen meningkat
Seorang penoreh getah mendapati lateksnya telah menggumpal sebelum sampai ke pusat penggumpalan.
Apakah kaedah bagi mengatasi masalahnya
Menambahkan asid ke dalam lateks
Menambahkan air ke dalam lateks
Menambahkan larutan ammonia ke dalam lateks
Letakkan lateks ke dalam bekas tertutup
Antara yang berikut ,yang manakah merupakan contoh lemak tak tepu?
Daging
Mentega
Minyak zaitun
Susu kambing
Sejenis cecair tak berwarna telah tumpah ke atas tangan seorang pelajar. Dia berasa sejuk pada kawasan tersebut dan cecair itu kering dengan cepat.Apakah cecair tersebut?
Etanol
Cuka
Larutan garam
Air suling
Apakah jenis bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan makanan untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma?
Penstabil
Pengemulsi
Pengantioksida
Bahan awet
Dalam sistem pemancar radio, bahagian manakah yang terlibat dalam menggabungkan gelombang radio dan gelombang audio?
Aerial
Amplifier
Modulator
Mikrofon
Seorang pelajar ditugaskan untuk menghasilkan etanol,tetapi ia telah kehabisan larutan gula.Antara yang berikut,yang manakah paling sesuai menggantikan larutan gula?
Timun
Cili
Terung
Nanas
Apakah bahan pencemar yang terhasil daripada penggunaan penyaman udara dan peti sejuk
Oksigen
Karbon dioksida
sulfur dioksida
Klorofluorokarbon (CFC)
