Font size
WorksheetsKUIZ ANTIBIOTIK SEMPENA SAMBUTAN WAAW 2023
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah fungsi antibiotik?
Antibiotik berfungsi untuk mempercepat pertumbuhan bakteria
Antibiotik berfungsi untuk menghentikan pertumbuhan bakteria atau membunuh bakteria yang menyebabkan infeksi.
Berikut merupakan cara pengambilan antibiotik yang SALAH, kecuali
Menggunakan antibiotik tanpa preskripsi doktor
Menggunakan antibiotik yang sudah luput tetapi masih dalam keadaan baik
Menghabiskan antibiotik walaupun anda telah merasa lebih sihat lebih awal. Menghentikan antibiotik sebelum waktunya dapat menyebabkan jangkitan berlaku kembali dan meningkatkan risiko resistan antibiotik.
Menggunakan antibiotik lebihan yang telah digunakan untuk jangkitan yang sama sebelum ini
Bagaimana anda boleh membantu mencegah jangkitan kuman dan mengurangkan keperluan antibiotik?
Menggunakan antibiotik untuk segala jenis penyakit yang teruk
Menjaga kebersihan diri, memakan makanan yang sihat, mengamalkan gaya hidup yang sihat, dan mengelakkan penggunaan antibiotik secara berlebihan.
Bagaimanakah kerintangan antibiotik berlaku?
Apakah kesan kerintangan antibiotik?
Kerintangan antibiotik meningkatkan keberkesanan antibiotik dalam membunuh bakteria
Kerintangan antibiotik tidak memberi kesan terhadap keberkesanan antibiotik
Kerintangan antibiotik menyebabkan pertumbuhan bakteria menjadi lebih lambat
Kerintangan antibiotik menurunan keberkesanan antibiotik dalam membunuh bakteria atau menghentikan pertumbuhan bakteria.
Pada suatu hari, Sarah, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, terbangun dengan rasa tidak selesa. Beliau merasa lemah, keletihan, dan batuk-batuk. Sarah juga mengalami hidung berair dan sakit tekak. Ibunya, Puan Aida, yang prihatin segera menyedari bahawa Sarah mungkin mengalami demam dan selesema.
Sarah telah mengalami gejala tersebut selama tiga hari berturut-turut. Puan Aida memberikan perhatian lebih kepada anaknya dengan memberinya minuman panas, menyediakan makanan yang berkhasiat, dan memastikan Sarah dapat berehat dan mendapatkan tidur yang cukup.
Walau bagaimanapun, setelah 3 hari, sarah masih tidak pulih. Puan Aida membuat keputusan untuk membawa Sarah ke klinik untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Di klinik, mereka bertemu dengan Doktor Aziz, seorang doktor keluarga yang berpengalaman.
Doktor Aziz menanyakan beberapa soalan tentang gejala Sarah dan melakukan pemeriksaan fizikal. Selepas menilai keadaan kesihatan Sarah, doktor membuat diagnosis bahawa Sarah mengalami jangkitan saluran pernafasan atas, yang mungkin disebabkan oleh virus.
Berikut adalah pilihan rawatan yang sepatutnya diberikan kepada Sarah:
(Sila pilih lebih dari satu jawapan)
Doktor Aziz merawat demam Sarah dengan memberikan ubat penurun demam seperti paracetamol. Ini membantu mengurangkan suhu badan dan memberikan keselesaan kepada Sarah.
Doktor Aziz memberikan ubat selsema dan batuk yang sesuai untuk membantu meredakan gejala Sarah.
Doktor Aziz menekankan kepada Puan Aida tentang kepentingan minum air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Doktor juga menasihatkan agar Sarah banyak berehat agar tubuhnya dapat pulih dengan lebih cepat.
Puan Aida meminta Doktor Aziz memberikan preskripsi yang mengandungi antibiotik kepada Sarah kerana dia telah tidak sihat selama tiga hari
Mengapa penting untuk mengambil antibiotik mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor?
Untuk menghabiskan antibiotik yang telah diberikan
Untuk memastikan keberkesanan rawatan
Kerana antibiotik adalah ubat yang selamat
Kerana dos yang lebih tinggi akan menyembuhkan lebih cepat
Apakah Antibiotik pertama yang dijumpai dan siapakah yang menemuinya?
Penicillin, oleh pegawai perubatan, Sir Alexander Fleming
Penicillin, oleh ahli mikrobiologi Scotland, Sir Alexander Graham Bell
Staphylococci, oleh ahli mikrobiologi Scotland, Sir Alexander Fleming
Penicillin, oleh ahli mikrobiologi Scotland, Sir Alexander Fleming
Tandakan pernyataan yang SALAH
Penicillin ditemui oleh Alexander Fleming pada tahun 1928 secara tidak sengaja.
Penicillin telah berjaya dihasilkan pertama kalinya setelah kajian yang begitu teliti dijalankan yang akhirnya berjaya mencipta antibiotik tersebut di dalam makmal
Penggunaan Penicillin telah berjaya menyelamatkan banyak nyawa pada zaman Perang Dunia Pertama
Penicillin telah ditemui secara tidak sengaja setelah piring petri yang digunakan untuk membiak bakteria tidak dimasukkan ke dalam peti kawalan suhu di makmal Sir Alexander Fleming
Antara berikut, yang manakah bukan antibiotik
Cefuroxime
Meropenem
Paracetamol
Erythromycin
