WorksheetsBM Sem 3 - Wacana
Total questions: 12
Worksheet time: 8mins
Konsep wacana yang manakah yang betul?
Wacana ialah suatu satuan bahasa yang kompleks bagi menyampaikan idea.
wacana ialah kesatuan fikiran yang disusun secara berurutan melebihi batas ayat.
wacana ialah satu satuan bahasa yang lengkap, yang hanya me;iputi dialog, perenggan, dan bab.
Wacana terdiri daripada unsur-unsur lingusitik yang mengandungi perkembangan fikiran yang kompleks.
Keutuhan sesbuah wacana dapat dilihat daripada
(pilih 2 jawapan)
kekukuhan hujah yang diajukan
jalinan unusr-unsur tatabahasanya
teknik persembahan idea penulisnya
tautan idea dalam ayat dan perenggan
Yang mmanakah pernyataan yang benar tentang wacana
(Pilih 2 jawapan)
menyampaikan idea secara secara berurutan
memberikan fokus kepada sesuatu isu
mengutamakan bidang yang diperkatakan
mementingkan penggunaan bahasa yang berkesan
Tautan dalam sesebuah wacana digambarkan menerusi aspek yang berikut, kecuali
Runtutan idea
penanda kohesi
jalinan perkataan, frasa, atau ayat
keserasian hubungan antara unsur linguistik
Yang manakah wacana yang memperlihatkan kesinambungan idea untuk memperkuat isi?
Kita harus berfikiran positif. Amalan ini menyihatkan minda.
Kakaknya seorang yang bersopan santun. Adiknya lebih bersopan santun.
Tingkah lakunya menarik. Dia sentiasa sopan dan bertutur dengan nada yang lembut.
Kereta jiran saya itu sungguh canggih. Kereta itu sebenarnya buatan Jerman yang terkini.
Yang manakah ayat yang menggunakan penanda penghubung tambahan?
Aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah pada setiap minggu. Walau bagaimanapun, penglibatan para pelajar masih kurang menggalakkan.
Penglibatan segelintar pelajar dalam gejala negatif semakin menjadi-jadi di sekolah. Ekoran daripada itu, semua pihak hendaklah bekerjasama menangani gejala tersebut.
Para pelajar hendaklah memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru di bilik darjah. Di samping itu, mereka juga digalakkan bertanya tentang perkara yang tidak difahami,
Penyertaan ibu bapa dalam setiap program yang dijalankan oleh pihak sekolah penting ke arah kecemerlangan para pelajar. Oleh hal yang demikian, tugas mendidik para pelajar perlu diberi perhatian oleh semua pihak.
Laut perlu dipelihara agar pencemaran tidak berlaku. Kebersihan habitat (I) bagi pelbagai jenis hidupan laut, seperti ikan, udang, sotomg, ketam, dan sebagainya perlu dijaga. Hal ini dikatakan demikian kerana hidupan akuatik(II) ini menjadi sumber protien bagi manusia. Usaha untuk memelihara khazanah alam ini perlu dilakukan secrara berterusan oleh pihak berkuasa agar kebersihannya(III) sentiasa terjamin.
Yang manakah padanan yang betul bagi jenis penanda wacana dengan contohnya yang ditandai o;eh I, II, dan III dalam petikan di atas.
I - Leksikal
II - Penggantian
III- Leksikal
I - Penggantian
II- Leksikal
III- Rujukan
I - Leksikal
II - Penggantian
III- Penggantian
I - Penggantian
II- Rujukan
III- Leksikal
I- Amira dipelihara oleh neneknya di Bukit Katil, Melaka hinggalah dia dewasa. Namun demikian, sejak neneknya meninggal dunia, dia tidak lagi mahu pulang ke sana.
II- Rashid sering memarahi pekerjanya. Sikap itu tidak lagi mahu pulang ke sana.
i- Penanda Leksikal
II- Penanda Rujukan
I- Penanda Leksikal
II- Penanda Elipsis
I- Penanda Penggantian
II- Penanda Leksikal
I- penanda Rujukan
II- Penanda Penggantian
P:
I- Penduduk Taman Melatui hidup saling membantu dalam urusab seharian.
II- Mereka hidup aman damai.
Q:
I- Petani itu mengamalkan kaedah pertanian moden.
II- Pendapatan mereka mengalahkan pendapatan jurutera.
Hubungan semantik antara ayat I dan ayat II dalam wacana P dan Q di atas ialah
sebab dan hasil
syarat dan hasil
sebab dan akibat
latar dan kesimpulan
Apakah fungsi utama penanda penghubung tambahan dalam ayat?
Menunjukkan kesinambungan idea antara dua ayat
Menunjukkan perbezaan antara dua ayat
Menunjukkan penambahan idea dalam satu ayat
Menunjukkan kesimpulan dalam satu ayat
Apakah yang dimaksudkan dengan penanda leksikal dalam wacana?
Penanda yang menunjukkan perbezaan antara dua ayat
Penanda yang menunjukkan kesimpulan dalam satu ayat
Penanda yang menunjukkan kesinambungan idea antara dua ayat
Penanda yang menunjukkan penambahan idea dalam satu ayat
Apakah yang dimaksudkan dengan penanda elipsis dalam wacana?
Penanda yang menunjukkan kesimpulan dalam satu ayat
Penanda yang menunjukkan penambahan idea dalam satu ayat
Penanda yang menunjukkan kesinambungan idea antara dua ayat
Penanda yang menunjukkan penghilangan perkataan atau frasa dalam ayat
