NEW
Font size
Worksheetskuiz integriti
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah itu rasuah?
Rasuah merupakan perbuatan menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu
Rasuah merupakan perbuatan sama ada memberi, atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu
Rasuah merupakan perbuatan memberi, sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu
Rasuah merupakan perbuatan sama ada memberi, atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu
Rasuah merupakan perbuatan sama ada memberi, atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang tidak mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu
Apakah jenis-jenis kesalahan rasuah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009?
i. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
ii. Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]
iii. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
iv. Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]
i Sahaja
i dan ii Sahaja
I, ii dan iii Sahaja
I, iii dan iv Sahaja
Semua di atas
Apakah hukuman bagi kesalahan rasuah?
i. Penjara tidak melebihi dua puluh (20) tahun
ii. Denda tidak kurang dari lima (5) kali ganda nilai suapan
iii. Denda RM 10,000.00
iv. Denda tidak kurang dari lima (5) kali ganda nilai suapan atau Denda RM 10,000.00 mana-mana lebih tinggi
i Sahaja
i dan ii Sahaja
i, ii dan iii Sahaja
i dan iii Sahaja
i dan iv
Antara berikut yang manakah bentuk suapan rasuah?
i. Wang tunai, upah, hadiah dan bonus
ii. Undi, Perkhidmatan (seperti seks), jawatan
iii. Diskaun, pinjaman
i Sahaja
I, dan iii Sahaja
ii, dan iii Sahaja
i dan ii Sahaja
Semua di atas
Jika seseorang mempunyai kepentingan dalam dalam Proses Pemilihan sebutharga dan tender, apakah tindakan yang sepatutnya diambil?
Istihar kepentingan dan keluar dari mesyuarat pemilihan serta tidak membuat keputusan untuk pemilihan tender atau sebutharga
Istihar kepentingan dan membuat keputusan untuk pemilihan tender atau sebutharga
Keluar dari mesyuarat pemilihan serta tidak membuat keputusan untuk pemilihan tender atau sebutharga
Teruskan mesyuarat dan membuat keputusan untuk pemilihan tender atau sebutharga
Keluar dari mesyuarat pemilihan dan mengarahkan ahli mesyuarat lain membuat keputusan untuk pemilihan tender atau sebutharga seperti yang diinginkan
Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1998 (PP 3/1998), apakah yang diklasifikasikan dengan hadiah?
Apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada atau diterima oleh pegawai itu,isterinya atau mana-mana orang, dengan tiada balasan (without consideration) atau balasan yang diketahui oleh pegawai itu tidak mencukupi atau mencukupi.
Apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada atau diterima oleh pegawai itu dengan tiada balasan (without consideration) atau balasan yang diketahui oleh pegawai itu tidak mencukupi atau mencukupi.
Apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada atau diterima oleh isteri pegawai atau mana-mana orang, dengan tiada balasan (without consideration) atau balasan yang diketahui oleh pegawai itu tidak mencukupi atau mencukupi.
Apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada atau diterima oleh pegawai itu,isterinya atau mana-mana orang, dengan hiasan dan bungkusan yang cantik
Apa-apa benda yang bernilai yang diterima oleh pegawai itu,isterinya atau mana-mana orang, dengan tiada balasan (without consideration) atau balasan yang diketahui oleh pegawai itu tidak mencukupi atau mencukupi
Penerimaan atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan rasuah sekiranya pekerja yang mempunyai majikan menerima atau memberi hadiah bagi sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal.
Apakah kenyataan ini betul atau salah?
betul
salah
Apakah jenis aduan yang boleh disalurkan ke Unit Integriti?
i. Salahlaku pegawai dan kakitangan MAIM
ii. Salah guna kuasa
iii. Penyelewengan
iv. Rasuah
i Sahaja
i dan ii Sahaja
I, ii dan iii Sahaja
I, iii dan iv Sahaja
Semua di atas
Apakah saluran yang boleh digunakan untuk membuat aduan salahlaku pegawai dan kakitangan MAIM?
i. Melalui panggilan telefon ke nombor 06-2837416 (Ext 149/221) pada waktu pejabat (Jam 8.00pagi – 5.00petang, Isnin sehingga Jumaat)
ii. Menghantar surat kepada Ketua Unit Integriti, Tingkat Satu (1), Majlis Agama Islam Melaka, Pusat Islam Melaka
iii. Menghantar emel ke alamat integriti@maim.gov.my
iv. Hadir bersemuka dengan pegawai di Unit Integriti, MAIM
i Sahaja
i dan ii Sahaja
I, ii dan iii Sahaja
I, iii dan iv Sahaja
Semua di atas
Apakah langkah-langkah yang anda ambil untuk menangani situasi di mana anda mendapati ada pekerja yang melakukan tindakan yang tidak jujur atau melanggar integriti?
Saya akan melaporkannya kepada pihak yang berkenaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Saya juga akan memastikan bahawa tindakan dan keputusan yang saya buat dalam pekerjaan saya adalah adil, telus dan beretika.
Saya akan menjarakkan diri terhadapnya untuk menjaga persekitaran saya
Saya buat-buat tak tahu kerana saya tak suka jaga tepi kain orang
Saya akan melaporkan kepada kawan baik saya supaya kawan baik saya juga sentiasa mempunyai maklumat terkini berkaitan perkembangan dan isu semasa di pejabat saya
Saya membuat surat permohonan tukar bahagian agar saya tidak menjadi saksi sekiranya perkara itu terdedah pada bila-bila masa
Saya tidak takut atau risau untuk membuat aduan ke Unit Integriti atau membuat pendedahan mengenai apa-apa pelanggaran dan atau kesalahan di bawah mana-mana peraturan berkaitan salah laku, rasuah, penyelewengan dan salah gunakuasa kerana;
Saya akan diberi hadiah dibawah Polisi Pemberian dan Penerimaan Hadiah
Saya dilindungi oleh Polisi Pemberi Maklumat (Whistleblowing) Majlis Agama Islam Melaka
Saya mahir tentang Polisi Anti-Rasuah Majlis Agama Islam Melaka.
Saya adalah Auditor Pengauditan MS 37001:2016
Saya sudah hafal Prosedur Pengurusan Aduan Salah laku Integriti. Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat!
Kenyataan berikut adalah betul atau salah?
i. ABMS adalah satu standard yang diterbitkan oleh The International Organization fot standardization (ISO) pada tahun 2016 bagi mencegah, mengesan dan menangani kes rasuah di dalam sesebuah organisasi
ii. ABMS menggunakan pendekatan pencegahan awal (Preventive measures) dengan mengenal pasti risiko-risiko rasuah di sesebuah organisasi berdasarkan fungsi-fungsi sesebuah jabatan, unit mahupun bahagian bagi menutup ruang dan peluang rasuah
Betul
Salah
Apakah manfaat membangunkan ABMS?
i. Risiko amalan rasuah dapat dikurangkan di peringkat dalaman dan luaran
ii. Memberikan impak positif terhadap prestasi organisasi termasuk penjimatan kos operasi, pengurusan aduan, perolehan dan tadbir urus
iii. Meningkatkan keyakinan pelanggan, pelabur dan pihak berkepentingan
i Sahaja
i dan ii Sahaja
I, dan iii Sahaja
ii, dan iii Sahaja
Semua di atas
Apakah fungsi teras Unit Integriti?
i. Tadbir Urus
ii. Pengurusan Aduan, Pengesanan & Pengesahan
iii. Pengukuhan Integriti dan Pematuhan
iv. Tatatertib
i Sahaja
i dan ii Sahaja
I, dan iii Sahaja
ii, dan iii Sahaja
Semua di atas
Pada tahun 2022, satu kajian Corruption Perception Index (CPI) telah dijalankan oleh Transparency International. Malaysia terlibat dalam kajian tersebut. Di tangga ke berapakah kedudukan Malaysia?
Ranking ke-150
Ranking ke-100
Ranking ke-61
Ranking ke-81
Ranking ke-01
Antara berikut yang manakah yang memberi maksud dalam P.U. (A) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Peraturan 4 (2)(C)(ii)?
Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri
Kakitangan MAIM tidak dibenarkan menggunakan media sosial untuk kepentingan peribadi semasa waktu pejabat samada menerusi peralatan computer atau alat mudah alih yang dibekalkan oleh pihak MAIM ataupun malalui peralatan peribadi;
Hendaklah hadir bertugas pada setiap hari kerja melainkan telah mendapat kelulusan cuti rehat daripada PSU Bahagian/Seksyen/Unit atau cuti sakit daripada Pegawai Perubatan
Sejauh mana yang boleh pastikan lebih daripada seorang terlibat dalam perbincangan dengan pelanggan/pembekal di bilik perbincangan untu tujuan menjaga ketelusan dan mengelak dari syak wasangka;
Jamil tidak perlu melaporkan masalah hutangnya yang banyak kepada ketua jabatan tempat Jamil bekerja berikutan ianya adalah masalah peribadi
betul
Salah
i. Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah
ii. Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan
iii. Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integrity dan imej penjawat awam
Penyataan di atas merujuk kepada:
Tonggak 12
Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
Rukunegara
Ikrar Perangi Rasuah
Seseorang penjawat awam boleh dicadangkan untuk menjalani proses Dasar Pemisah (Exit Policy) jika mendapat markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) seperti di bawah:
40 Markah
50 Markah
60 Markah
70 Markah
80 Markah
Surcaj adalah suatu kaedah bagi Kerajaan mengutip balik segala kehilangan atau kerugian yang telah dilakukan oleh pegawai,
Antara berikut, yang manakah sebab-sebab tindakan surcaj boleh diambil?
i. Gagal memungut wang yang mesti dibayar.
ii. Pembayaran wang yang tidak sepatutnya.
iii. Kehilangan, kekurangan atau kerosakan harta Kerajaan.
iv. Kegagalan menyelenggara rekod dengan sempurna
v. Gagal atau melewatkan pembayaran yang sepatutnya
i dan v Sahaja
i dan ii Sahaja
I, dan iii Sahaja
ii, dan iii Sahaja
Semua di atas
