Font size
WorksheetsINSPIRE SPMC SELANGOR SET 3 2023
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Apakah ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?
Lambang kebesaran
Wilayah pengaruh
Kedaulatan
Sempadan
Apakah hukuman ke atas malim yang lalai menjalankan tugas sehingga menyebabkan kerosakan kapal ?
Dijatuhi hukum bunuh
Diberhentikan serta merta
Dikenakan kerahan tenaga
Diminta membayar ganti rugi
Apakah persamaan antara Revolusi Keagungan 1688 di England dengan Revolusi Perancis 1789?
Memperjuangkan persamaan taraf
Menentang pemerintahan beraja
Menuntut kemerdekaan mutlak
Membentuk pakatan tentera
Nyatakan DUA cara Raja Mongkut berusaha mengekalkan kedaulatan Thailand?
Menjalin kerjasama dengan Jepun
Melaksanakan sistem birokrasi Barat
Membawa masuk guru daripada British
Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina
Mengapakah Perang Dunia Kedua (1939-1945) meletus?
Kemunculan ideologi baharu
Keruntuhan pemerintahan beraja
Pembentukan pakatan ketenteraan
Persaingan mendapatkan tanah jajahan
Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua.
Bagaimanakah kuasa Barat bertindak menghalang kemaraan Jepun?
Menaja kegiatan subversif
Melakukan serangan bom atom
Membentuk pertubuhan serantau
Mengisytiharkan dasar bumi hangus
British Military Administration (BMA) diperkenalkan di Tanah Melayu bermula pada 12 September 1945 bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap British.
Mengapakah BMA gagal mencapai matlamat tersebut?
Kemasukan pengaruh luar
Kekurangan sokongan penduduk
Ketegangan hubungan antara kaum
Kesukaran membawa masuk jentera
Pekeliling No. 9/1946 dikeluarkan oleh British pada Disember 1946 bagi menyekat gerakan golongan antipenyerahan Sarawak.
Apakah kesan daripada pekeliling tersebut?
Penduduk pribumi berputus asa
Pembesar tempatan dibuang daerah
Kakitangan awam meletakkan jawatan
Keistimewaan penduduk terjejas
Apakah tindakan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malaya Council Of Joint Action (AMCJA) apabila British menolak Perlembagaan Rakyat?
Melancarkan demonstrasi
Mengadakan ceramah
Menganjurkan hartal
Melakukan mogok
Rajah menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu.
Apakah DUA sebab berlaku perubahan pentadbiran tersebut?
Amalan prinsip demokrasi
Perpaduan kaum dipupuk
Sokongan pentadbir British
Cadangan Raja-raja Melayu
Jadual menunjukkan jumlah pasukan keselamatan yang terkorban akibat serangan komunis.
Mengapakah komunis menyasarkan pasukan keselamatan dan balai polis?
Membuktikan ketidakupayaan kerajaan
Menunjukkan kegagalan perundingan
Menuntut kemerdekaan disegerakan
Mendapatkan sokongan penduduk
Bagaimanakah Pasukan Senoi Praaq (Urang Perang) berperanan menangani ancaman komunis?
Melindungi kawasan perlombongan
Mengesan persembunyian komunis
Mengawal kawasan pedalaman
Memusnahkan kubu komunis
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan di negara kita selepas Perang Dunia Kedua.
Apakah kesan penubuhan CLC terhadap negara?
Memupuk persefahaman
Mengukuhkan pertahanan
Menyusun semula masyarakat
Mewujudkan peluang pekerjaan
Berikan DUA sebab British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu pada April 1951?
Memupuk perpaduan kaum
Menerapkan pentadbiran moden
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Menyediakan latihan dalam pentadbiran
Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955 terhadap pentadbiran negara kita?
Kemerdekaan negara dilewatkan
Kewarganegaraan diperkenalkan
Kerajaan diketuai Ketua Menteri
Kuasa pegawai British dikekalkan
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Apakah peranan kabinet pertama tersebut?
Menggubal Perlembagaan Persekutuan
Menjalankan perkongsian kuasa
Membincangkan soal kewangan
Mengurangkan kuasa British
Gambar menunjukkan rombongan ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Apakah implikasi daripada rombongan tersebut?
Kemerdekaan negara diperoleh
Bantuan pertahanan diterima
Pilihan raya umum diadakan
Hubungan diplomatik dijalin
Pelbagai pihak telah menghantar memorandum bertulis kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Apakah perkara yang mendapat pandangan berbeza dalam memorandum tersebut?
Kebebasan hak asasi
Soal kewarganegaraan
Pelantikan ketua negara
Kuasa pemimpin tempatan
Maklumat berikut merujuk kepada peristiwa pada malam 30 Ogos 1957.
Bendera Union Jack diturunkan dengan iringan lagi God Save The Queen
Mengapakah peristiwa tersebut dianggap bersejarah kepada negara kita?
Bermulanya proses neokolonialisme
Lambang kebangkitan orang Melayu
Berakhirnya zaman penjajahan British
Langkah awal rundingan kemerdekaan
Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita menjalankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?
Menuntut kesamarataan
Mematuhi undang-undang
Memperjuangkan hak asasi
Memilih pemimpin
Gambar menunjukkan keunikan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Bagaimanakah rakyat pelbagai kaum ini disatukan?
Mempunyai identiti nasional
Menganut agama yang sama
Memperkuat pertahanan negara
Memperkasa sekolah vernakular
Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?
Mengetuai pertubuhan serantau
Memastikan kesejahteraan rakyat
Muncul sebagai kuasa besar dunia
Memonopoli perdagangan antarabangsa
Apakah peranan Parlimen Malaysia dalam pentadbiran negara?
Memilih Perdana Menteri
Menggubal undang-undang
Melantik Yang di-Pertuan Agong
Mengukuhkan kedaulatan negara
Durbar dibentuk pada tahun 1867 seiring dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Apakah fungsi majlis tersebut?
Mengadili pertikaian politik
Melantik anggota jemaah menteri
Membincangkan hal ehwal pentadbiran
Menggubal undang-undang persekutuan
Senarai berikut berkaitan kebebasan asasi dengan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
· Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan
· Kebebasan diri
Apakah DUA kebebasan asasi selain daripada senarai di atas?
Kebebasan beragama
Kebebasan berkarya
Hak mengumpul aset
Hak mendapat pendidikan
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan di negara kita.
Bagaimanakah mekanisme tersebut berperanan memastikan kestabilan negara?
Memudahkan dasar kerajaan diluluskan
Mengekalkan status quo orang Melayu
Mengatasi kemasukan pengaruh luar
Meredakan pertikaian parti politik
Kerjasama sosioekonomi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dilaksanakan melalui Pembangunan Koridor Wilayah.
Mengapakah rancangan tersebut dilaksanakan?
Memperoleh sokongan rakyat
Meningkatkan peluang pekerjaan
Membentuk negeri yang berdaya saing
Mewujudkan keseimbangan pembangunan
Pemuliharaan khazanah negara merupakan tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Apakah DUA kerjasama yang telah dilaksanakan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
Menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia
Memperkenalkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar
Menggalakkan kemasukkan pelancong
Mempergiatkan pelibatan agensi swasta
Presiden Filipina, Diosdado Pangan Macapagal menentang pembentukan Malaysia.
Mengapakah beliau memberi reaksi sedemikian?
Membentuk Kesatuan Negeri Borneo
Membantah dasar neokolonialisme
Mempertahan keamanan serantau
Menuntut wilayah Sabah
Antara berikut, yang manakah merupakan intipati Perjanjian Malaysia?
Penubuhan mahkamah negeri
Pengagihan kerusi parlimen
Pemerintahan beraja mutlak
Pengiktirafan kedaulatan
Apakah DUA faktor yang mendorong pemisahan Singapura daripada Malaysia?
Pembukaan pasaran bersama
Hak sama rata semua kaum
Tuntutan faedah percukaian
Hak sebagai pelabuhan bebas
Strategy Counterinsurgency (COIN) merupakan usaha bagi melindungi rakyat daripada ancaman komunis.
Bagaimanakah strategi tersebut dilaksanakan?
Menangkap tanpa perbicaraan
Menempatkan semula penduduk
Memenangi hati dan fikiran rakyat
Menyerah diri tanpa sebarang hukuman
Gambar menunjukkan perkhidmatan Feri Malaysia yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah.
Mengapakah perkhidmatan tersebut diperkenalkan?
Menarik pelabur luar
Mengangkut bahan mentah
Mengintegrasikan penduduk
Menghalang penceroboh asing
Maklumat berikut berkaitan kejayaan Malaysia menganjurkan acara sukan di peringkat antarabangsa.
Hoki Piala Dunia
Sukan Komanwel
Piala Thomas
Apakah kepentingan penganjuran sukan tersebut terhadap Malaysia?
Mempertahan sistem sosial
Menjamin kebebasan bersuara
Memupuk semangat perpaduan
Memantapkan semangat kenegerian
Rancangan Buku Hijau memberi tumpuan kepada penggunaan tanah sepenuhnya.
Bagaimanakah kerajaan menggunakan tanah tersebut?
Menjalankan perkebunan berkelompok
Menggiatkan aktiviti penyelidikan
Membuka petempatan baharu
Memodenkan industri tani
Rancangan pembangunan ekonomi berikut telah berjaya menghasilkan golongan kelas bumiputera komersial.
· Dasar Ekonomi Baru
· Dasar Pembangunan Nasional
Bagaimanakah golongan ini memberi faedah kepada rakyat?
Meningkatkan infrastruktur
Menyusun semula masyarakat
Memperkukuh perpaduan kaum
Menyediakan peluang pekerjaan
Perang Dingin merupakan konflik politik yang melibatkan Blok Barat dan Blok Timur.
Bagaimanakah perang tersebut memberi kesan terhadap Malaysia?
Ekonomi meleset
Dasar luar berubah
Harta benda musnah
Jumlah kematian meningkat
Apakah DUA sumbangan Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)?
Menentang Dasar Aparteid
Membangkitkan isu Palestin
Memperjuangkan isu pelarian
Menangani isu pencemaran
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditubuhkan oleh negara ASEAN pada tahun 1992.
Apakah manfaat penubuhan AFTA?
Mengurangkan cukai barangan
Mengawal keselamatan perairan
Mewujudkan syarikat perkapalan
Mewujudkan syarikat perkapalan
Maklumat berikut berkaitan pandangan Malaysia terhadap pertubuhan dunia.
Penggunaan kuasa veto oleh kuasa besar hanya sah jika dua buah negara yang mempunyai kuasa itu bersama-sama tiga anggota yang tidak memiliki kuasa veto bersetuju untuk menggunakannya.
Mengapakah Malaysia berpandangan sedemikian?
Menjaga hak asasi manusia
Mengelakkan konflik antara negara
Mengurangkan penyalahgunaan kuasa
Memantapkan organisasi antarabangsa
