NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH BAB2 TINGKATAN 3
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Nama pelabuhan yang paling awal dibuka di Pulau Pinang dan sering dikunjungi pedagang Arab ialah
Batu Uban
Butterworth
Pangkalan Weld
Dermaga Swettenham
Penubuhan Pejabat Tanah Jajahan bertujuan untuk menguruskan hal ehwal berkaitan tanah jajahan British. Siapakah yang dilantik mengetuai pentadbiran pejabat tersebut?
Residen British
Gabenor British
Setiausaha Negara
Pesuruhjaya Tinggi
Antara berikut, tokoh manakah yang telah dipilih sebagai orang Melayu pertama untuk menganggotai Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat?
Dato' Onn Jaafar
Dato' Nik Ahmad Kamil
Tun Abdul Razak Hussein
Mohammad Eunos Abdullah
Pada tahun 1795, Raja Belanda telah menandatangani Surat Kew. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Perang Napoleon berakhir
British menguasai belanda
British memonopoli perdagangan Kepulauan Melayu
British menduduki tanah jajahan Belanda di Timur secara sementara
Pada tahun 1911, Institusi Kesultanan Riau Lingga telah berakhir. Apakah punca yang membawa kepada peristiwa tersebut?
Kematian pemerintah
Kelemahan kepimpinan
Kejadian perang saudara
Penghapusan oleh Belanda
Mengapakah Raja-Raja Melayu dan pembesar tempatan menolak Perjanjian London 1824?
Tidak dibawa berunding
Dipaksa membayar cukai
Bercanggah dengan perlembagaan
Menghakis hak istimewa orang Melayu
Mengapakah pusat pentadbiran Negeri-Negeri Selat ketika di bawah SHTI berpindah dari Pulau Pinang ke Singapura?
Singapura merupakan wilayah yang aman
Kedudukan Singapura yang lebih strategik dan maju
Singapura mempunyai hasil bumi dan hasil
laut yang banyak
Singapura merupakan pusat pengumpulan hasil-hasil ekonomi Alam Melayu
Akta Mata Wang 1855 iaitu penggantian penggunaan Dolar Sepanyol kepada rupee India ingin diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat. Apakah kesannya?
Pertelingkahan kumpulan kongsi gelap
Perubahan taraf pelabuhan Negeri-Negeri Selat
Peningkatan harga barangan di negeri-Negeri Selat
Pedagang tidak berpuas hati kerana nilai rupee India yang rendah
Mengapakah berlakunya perubahan pentadbiran Negeri-Negeri Selat di bawah Pejabat India dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan London?
Pembubaran Pejabat India
Konflik antara Residen Konsular
Desakan pedagang dan penduduk tempatan
Pengambil alihan kuasa mentadbir oleh Majlis Eksekutif
Bagaimanakah British berusaha meluaskan pengaruhnya di Singapura?
Mengadakan pakatan dengan Siam
Memanipulasikan isu pewarisan takhta
Melakukan tipu muslihat terhadap sultan
Mengugut sultan menandatangani perjanjian
Pejabat India gagal ditadbir dengan baik. Apakah faktor yang mempengaruhi kegagalan tersebut?
Penyerangan Perancis
Pemisahan dengan Burma
Pengurangan kakitangan
Pemberontakan di India
Francis Light pernah mengetuai pentadbiran Pulau Pinang. Apakah jawatan yang disandang oleh beliau?
Residen
Gabenor
Pesuruhjaya
Setiausaha Kerajaan
Antara berikut,tokoh manakah yang telah dilantik sebagai Residen British yang pertama di Singapura?
Francis Light
Stamford Raffles
William Farquhar
John Crawford
Antara negeri yang berada dalam kelompok Negeri-Negeri Selat ialah
Melaka
Perak
Selangor
Negeri Sembilan
Antara kepentingan Negeri-Negeri Selat termasuklah
mewujudkan keamanan dalam komuniti kaum
menjadi pusat pengumpulan hasil-hasil dari Alam Melayu
memastikan pelabur dari Eropah tidak mengaut keuntungan
menutup penguasaan British terhadap laluan perdagangan
Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaan Alam Melayu yang unggul pada abad ke-15. Namun keunggulan tersebut tercalar apabila kuasa ___________ menawan pada tahun 1511.
Belanda
Jepun
Portugis
Siam
Pendudukan Francis Light di Pulau Pinang menandakan bermulanya kemasukan kuasa British ke Tanah Melayu sehingga menyebabkan Pulau Pinang terpisah daripada Kesultanan Kedah dan mencipta identiti sebagai tanah jajahan British. Apakah iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa tersebut?
Kepentingan mengamalkan sifat waspada
Bekerjasama memajukan negeri sendiri
Sikap rajin berusaha perlu ada setiap individu
Tabah menghadapi dugaan yang mendatang
Mengapakah Singapura penting kepada British?
Sebagai pelabuhan yang strategik
Menjadi tempat pengumpulan tentera
Menjaga kepentingan politik
Sebagai tanah jajahan sementara
Pembahagian Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh Barat telah menunjukkan kesan yang kekal sehingga ke hari ini. Kesimpulan daripada peristiwa tersebut ialah
petempatan baharu semakin pesat dibuka
negeri-negeri ditadbir dengan lebih teliti dan maju
British dan Belanda hanya mengutamakan kepentingan sendiri
pemimpin tempatan memperoleh hasil yang lebih banyak daripada penjajah
Pulau Pinang menjadi tempat persinggahan pedagang. Apakah pedagang utama yang mengunjungi Pulau Pinang pada peringkat awal?
Pedagang Siam
Pedagang Burma
Pedagang Lingga
Pedagang India
Apakah tanaman pertanian yang diusahakan di Singapura semasa pentadbiran Temenggung Abdul Rahman?
Tanaman tebu
Tanaman kelapa
Tanaman gambir
Tanaman buah pala
Apakah peranan pelabuhan Melaka selepas berada di bawah kekuasaan Belanda?
Pusat pengumpulan bijih timah
Pusat pengumpulan hasil hutan
Pusat pengumpulan buruh asing
Pusat pengumpulan rempah ratus
Apakah kepentingan " BOMBAY" terhadap pentadbiran British di Timur?
Pusat membaiki kapal
Pangkalan tentera laut
Pangkalan tentera darat
Pusat petempatan British
Siam telah menakluki wilayah Patani pada tahun 1786. Apakah kesan daripada penaklukan tersebut?
Mengancam keselamatan Kedah
Menguasai perdagangan bijih timah
Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kedah
Mengadakan pakatan dengan Burma menyerang Kedah
Apakah kepentingan wilayah Seberang Perai terhadap pentadbiran kerajaan British?
Bekalan minuman dan makanan
Benteng pertahanan dan kawasan pertanian
Membekalkan tenaga kerja
Mengeluarkan rempah ratus
