NEW
Font size
WorksheetsSET 3 QUIZZIZ NIGHT F4
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Senarai berikut merupakan ciri negara bangsa dalam kerajaan Alam Melayu.
● Raja
●X
●Wilayah Pengaruh
● Rakyat
Apakah X?
A Daulat
B Pembesar
C Undang-undang
D Lambang kebesaran
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang sistematik. Apakah sistem pentadbiran tersebut?
A. Pembesar Empat Lipatan
B Pemerintahan tempatan
C Raja Berperlembagaan
D Pentadbiran wilayah
Mengapakah Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) berlaku di England pada tahun 1688?
A Menghapuskan pemerintahan beraja
B Menegakkan kedaulatan parlimen
C Menamatkan kuasa bangsawan
D Mengukuhkan perpaduan rakyat
4 Apakah peranan Maharaja Meiji dalam gerakan nasionalisme di Jepun pada tahun 1868?
A Meluaskan sempadan
B Memodenkan negara
C Mengadakan perjanjian
D Memperbesarkan tentera
Apakah faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939-1945?
A Krisis rantau Balkan
B Pakatan ketenteraan
C Persaingan kuasa imperialis
D Kemunculan ideologi baru
Bintang Tiga menguasai Tanah Melayu lebih kurang 14 hari. Bagaimanakah penguasaan tersebut dilakukan?
I Membuat kad catuan makanan
II Membentuk kampung baharu
III Membunuh pegawai daerah
IV Menguasai balai polis
A I dan Il
B I dan IV
C II dan IlI
D III dan IV
Rajah berikut berkaitan sistem pemerintahan di Tanah Melayu pada tahun 1946.
X
● Diketuai oleh Gabenor British
● Kewarganegaraan just soli
Apakah X?
A Negeri-negeri Melayu Bersekutu
B Persekutuan Tanah Melayu
C Gagasan Malayan Union
D Negeri-negeri Selat
Bagaimanakah Raja-raja Melayu menentang Malayan Union?
I Menghantar surat bantahan
II Membawa kes ke mahkamah
III Menubuhkan persatuan Melayu
IV Menggunakan akhbar tempatan
A I dan II
B I dan IV
C Il dan Ill
D III dan IV
Peristiwa berikut berkaitan protes tanpa keganasan yang dianjurkan oleh PUTERA-AMCJA.
Tarikh : 20 September 1947
Peristiwa : Hari Hartal Se-Malaya
Apakah kesan peristiwa tersebut?
A Penutupan kedai oleh peniaga
B Perhimpunan haram di bandar
C Persidangan menyokong raja
D Penentangan secara radikal
Bagaimanakah perpaduan antara kaum dapat diwujudkan dalam Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948?
A Pembentukan Majlis Raja-Raja Melayu
B Penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu
C Pengenalan Majlis Perundangan Persekutuan
D Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Maklumat berikut tentang sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan di Tanah Melayu.
Orang awam yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki
membawa kad pengenalan ke mana-mana sahaja mulai tahun 1948.
Apakah kebaikan program tersebut terhadap kerajaan?
A Memutuskan hubungan dengan komunis
B Mengelakkan penduduk menyokong komunis
C Membezakan orang awam dengan komunis
D Menawarkan pengampunan kepada komunis
Perang saraf ialah rancangan yang dilakukan untuk menghapuskan komunis.
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan perang saraf?
I Menawarkan hadiah wang tunai
II Mengadakan perintah berkurung
Ill Mengukuhkan pasukan tentera
IV Melonggarkan syarat kerakyatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Gambar berikut berikut ialah seorang tokoh Sistem Ahli iaitu E.E.C Thuraisingham.
Apakah portfolio beliau ?
A Ahli Pelajaran
B Ahli Kesihatan
C Ahli Hasil Bumi
D Ahli Kerja Raya
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan kebangsaan.
X
● Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu.
● Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan sama ada Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina atau bahasa Tamil.
Apakah X?
A Ordinan Pelajaran 1952
B Laporan Fenn Wu 1951
C Laporan Woodhead Sarawak 1955
D Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
Pilihan raya majlis perbandaran yang pertama telah diadakan pada tahun 1951.
Apakah kewasan pilihan raya tersebut?
A Ipoh, Perak
B Kuantan, Pahang
C Johor Bahru, Johor
D George Town, Pulau Pinang
Apakah peranan kabinet pertama yang dibentuk selepas
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
A Membincangkan hal ehwal luar negara
B Mengurangkan kuasa pentadbiran British
C Mewujudkan hubungan muhibah antara kaum
D Mengadakan perkongsian dalam pentadbiran
Apakah intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
A Pelaksanaan pilihan raya umum
B Kerajaan persekutuan yang kukuh
C Persempadanan antara negeri
D Kedudukan agama Islam
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu antara Raja-raja Melayu dengan pihak British
telah menjadi asas kemerdekaan negara.
Apakah nilai yang ditunjukkan melalui peristiwa tersebut?
A Permuafakatan
B Sedia berkorban
C Tanggungjawab
D Taat setia
Maklumat berikut berkaitan persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.
Sambutan kemerdekaan dinantikan oleh rakyat
sehinggakan semua tiket Keretapi Tanah Melayu dan tiket bas habis ditempah.
Apakah yang boleh dirumuskan dengan situasi tersebut?
A Berbangga menyambut kemerdekaan
B Bergembira menyambut kemerdekaan
C Bersatu hati menyambut kemerdekaan
D Bersyukur menyambut kemerdekaan
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara.
● Pembangunan Luar Bandar
● Rancangan Buku Merah
Apakah persamaan kedua-dua rancangan tersebut?
A Penyediaan kemudahan asas
B Peluang pekerjaan bertambah
C Pembukaan tanah pertanian baru
D Pembinaan perumahan kos rendah
