wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH SPMC SELANGOR SET 3 2022

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?

a)

Sempadan

b)

Undang-undang

c)

Lambang negara

d)

Kedaulatan

2.

Maklumat berikut berkaitan peranan nakhoda yang terkandung dalam Undang-Undang Laut Melaka.

Menurut Fasal 13.3, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan.

Mengapakah nakhoda perlu berbuat demikian?

a)

Menyelesaikan masalah

b)

Mendapatkan persetujuan

c)

Mengukuhkan kedaulatan

d)

Mewujudkan keharmonian

3.

Semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah Jepun.

Apakah yang ditekankan dalam semangat tersebut?

a)

Sanggup menanggung risiko

b)

Tabah menghadapi cabaran

c)

Peka terhadap perubahan

d)

Berani memberi idea

4.

Tokoh berikut merupakan lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Raja Chulan Raja Abdullah

Apakah tuntutan tokoh tersebut terhadap British?

a)

Memperbaik taraf hidup orang Melayu

b)

Mengurangkan kemasukan orang dagang

c)

Mengembalikan kuasa Raja Melayu

d)

Mengukuhkan sistem pendidikan kebangsaan

5.

Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara kita?

a)

Pengeluaran bijih timah merosot

b)

British memanipulasi ekonomi negara

c)

Pentadbiran ketenteraan dilaksanakan

d)

Askar Melayu terlibat dalam perang

6.

Berikut merupakan mata wang yang diperkenalkan oleh Jepun.

Apakah kesan mata wang ini dicetak secara tidak terkawal?

a)

Kadar inflasi meningkat

b)

Ekonomi berkembang maju

c)

Pokok pisang ditanam berleluasa

d)

Catuan makanan dilaksanakan

7.

Gambar berikut merupakan pegawai British (Sir Harold MacMichael) yang tiba di Tanah Melayu pada 11 Oktober 1945.

Apakah peranan pegawai tersebut?

a)

Mewujudkan pentadbiran yang licin

b)

Mendapatkan tandatangan sultan

c)

Menghapuskan pengaruh komunis

d)

Memulihkan kepercayaan rakyat

8.

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah menentang penyerahan Sarawak kepada British.

Apakah DUA sebab beliau menentang penyerahan tersebut?

a)

Berjuang mempertahankan pentadbiran tradisional

b)

Menolak sistem pentadbiran British

c)

Bertentangan dengan Perlembagaan 1941

d)

Mengetepikan surat wasiat Charles Brooke

9.

Berikut merupakan cadangan alternatif Perjanjian Persekutuan 1948.

Pertubuhan manakah yang telah memberi cadangan tersebut?

a)

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

b)

All Malaya Council of Joint Action (AMCJA)

c)

Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA)

d)

United Malays National Organisation (UMNO)

10.

Berikut adalah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Apakah nilai yang boleh dipelajari daripada peristiwa tersebut?

a)

Bekerjasama

b)

Bertolak ansur

c)

Kejujuran

d)

Bertanggungjawab

11.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Komunis Malaya (PKM) ingin menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.

Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai?

a)

Melancarkan perjuangan bersenjata

b)

Menyebarkan propaganda di akhbar

c)

Menangkap pemimpin yang menentang

d)

Memaksa sultan menandatangani dokumen

12.

Bagaimanakah DUA cara penguatkuasaan Undang-Undang Darurat dilaksanakan di negara kita?

a)

Mengetatkan undang-undang bersenjata

b)

Menahan individu yang menyertai komunis

c)

Mengawal sempadan negara

d)

Menyekat kemaraan kuasa besar dunia

13.

Kerajaan British telah memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan untuk menghadapi ancaman komunis.

Apakah tindakan yang diambil untuk menjayakan sistem tersebut?

a)

Menubuhkan pasukan keselamatan

b)

Penggunaan kad pengenalan

c)

Pendaftaran parti yang sah

d)

Memastikan penduduk melapor diri

14.

Apakah impak penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) terhadap pemimpin?

a)

Meningkatkan kesedaran kerjasama politik

b)

Memegang jawatan dalam pentadbiran negara

c)

Mengehadkan keahlian kepada semua kaum

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

15.

Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?

a)

Melaksanakan kempen pilihan raya

b)

Melatih penduduk tempatan mentadbir

c)

Merangka perlembagaan merdeka

d)

Membincangkan sistem pendidikan negara

16.

Mengapakah keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dilihat sebagai perkembangan amalan demokrasi di negara kita?

a)

Pemimpin dipilih oleh rakyat

b)

Pemilihan oleh Gabenor British

c)

Dianggotai pelbagai kaum

d)

Dilantik oleh Majlis Raja-Raja

17.

Siapakah DUA wakil yang terlibat dalam misi rundingan kemerdekaan ke London?

a)

Parti Negara

b)

Raja-raja Melayu

c)

Parti Perikatan

d)

Orang Dagang

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan situasi yang berlaku di negara kita.

Apakah kesan daripada situasi tersebut?

a)

British memperkukuh kedudukan di negara kita

b)

Negara menuju ke arah berkerajaan sendiri

c)

Imperialisme sentiasa diperluas

d)

Pentadbiran Tentera British mula diperkenalkan

19.

Sebutir pingat emas telah dihadiahkan kepada Tunku Abdul Rahman pada malam sambutan kemerdekaan.

Apakah ukiran yang terdapat pada pingat tersebut?

a)

Peta Semenanjung Tanah Melayu

b)

Slogan sambutan kemerdekaan

c)

Nama pemimpin negara

d)

Bendera Persekutuan Tanah Melayu

20.

Apakah matlamat penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)?

a)

Memajukan tanah baharu secara besar-besaran

b)

Memulihkan tanah di kawasan luar bandar

c)

Memasarkan hasil pertanian

d)

Menjalankan penyelidikan pertanian

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara yang berdaulat.

Apakah X?

a)

Mempunyai rakyat

b)

Mempunyai lambang negara

c)

Mempunyai ketua negara

d)

Mempunyai kerajaan

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan langkah mempertahankan kedaulatan negara.

Bagaimanakah pemerintah mencapai matlamat tersebut?

a)

Menubuhkan parti politik baharu

b)

Mengelakkan amalan rasuah

c)

Menyertai pasukan keselamatan

d)

Menunjukkan ketaksuban pada parti

23.

Apakah DUA asas pembentukan perlembagaan negara kita?

a)

Undang-undang Inggeris

b)

Undang-undang Negeri Melayu

c)

Undang-undang adat

d)

Undang-undang lisan

24.

Mengapakah pindaan perlembagaan pada tahun 1965 dilakukan?

a)

Pemisahan Singapura

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Pelaksanaan darurat

d)

Pengukuhan institusi beraja

25.

Gambar berikut menunjukkan cap Mohor Besar Raja-Raja.

Apakah kepentingan cap mohor tersebut?

a)

Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu

b)

Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri

c)

Mewartakan undang-undang digubal Parlimen

d)

Mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat

26.

Mengapakah hakim tidak dibenarkan terlibat dalam bidang politik?

a)

Menjamin keadilan undang-undang

b)

Mengutamakan kes-kes mahkamah

c)

Menjaga keselamatan diri

d)

Mengelakkan pertindihan tugas

27.

Rajah berikut berkaitan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mengapakah berlaku pembahagian kuasa tersebut?

a)

Melicinkan sistem pentadbiran

b)

Mengukuhkan institusi beraja

c)

Menjaga kebajikan rakyat

d)

Memantapkan pertahanan negara

28.

Bagaimanakah kerajaan melaksanakan pemuliharaan khazanah laut di kepulauan negara kita?

a)

Memajukan sektor perikanan

b)

Mewartakan sebagai taman laut

c)

Membaiki sistem perhubungan

d)

Menyediakan panduan laluan kapal

29.

Maklumat berikut merupakan cadangan Lord Brassey,

Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

Mengapakah cadangan tersebut dibuat?

a)

Menjimatkan kos

b)

Potensi ekonomi

c)

Pentadbiran strategik

d)

Melaksanakan dekolonisasi

30.

Usul pembentukan Malaysia telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961.

Apakah reaksi terhadap pembentangan usul tersebut?

a)

Mendapatkan sokongan ahli dewan

b)

Menggubal perundangan baharu

c)

Menerangkan tujuan gagasan

d)

Meninjau pandangan pemimpin

31.

Mengapakah negeri Sabah dan Sarawak menghadapi cabaran sosioekonomi walaupun mempunyai kekayaan hasil bumi?

a)

Pengamalan ekonomi sara diri

b)

Kejatuhan harga bahan mentah

c)

Kekurangan ilmu pengetahuan

d)

Pengabaian oleh pihak penjajah

32.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi ancaman komunis melalui perang saraf?

a)

Mengenakan hukuman mati

b)

Memberi tawaran pengampunan

c)

Mengisytiharkan darurat

d)

Memperbesar pasukan keselamatan

33.

Maklumat berikut berkaitan sukan yang dianjurkan di negara kita.

Apakah tujuan penganjuran sukan tersebut?

a)

Memperkukuh perpaduan rakyat

b)

Membina masyarakat berdaya saing

c)

Memajukan ekonomi negara

d)

Memajukan industri pelancongan

34.

Gambar berikut menunjukkan logo sambutan 50 tahun Rukun Negara.

Apakah maksud warna biru pada logo tersebut?

a)

Amalan perpaduan dalam kesopanan dan kesusilan

b)

Kedaulatan undang-undang

c)

Kesetiaan kepada raja dan negara

d)

Agama sebagai panduan hidup

35.

Bagaimanakah DUA cara kerajaan berjaya menurunkan kadar kemiskinan di Malaysia?

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Menyekat kemasukan imigran

c)

Menyediakan kemudahan pinjaman

d)

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

36.

Senarai berikut berkaitan dengan industri kereta dan motosikal buatan Malaysia.

Apakah kesan pertumbuhan industri tersebut terhadap negara?

a)

Melahirkan golongan korporat

b)

Meningkatkan pendapatan rakyat

c)

Memajukan bandar terancang

d)

Mengukuhkan pertahanan negara

37.

Maklumat berikut berkaitan dengan pengamalan dasar luar Malaysia.

Apakah faktor yang mempengaruhi dasar luar tersebut?

a)

Kepentingan nasional

b)

Kebijaksanaan pemimpin

c)

Ikatan sejarah

d)

Persekitaran luar

38.

Pada tahun 1992, Malaysia telah membangkitkan isu Bosnia dan Herzegovina yang sedang ditekan oleh Serbia dalam Sidang Kemuncak NAM di Jakarta, Indonesia.

Apakah kesan daripada tindakan Malaysia tersebut?

a)

Keahlian Yugoslavia digantung

b)

Bantuan ketenteraan disekat

c)

Kerjasama ekonomi dihentikan

d)

Pemimpin PBB ditukar

39.

Maklumat berikut berkaitan dengan tuntutan pertindihan sempadan.

Bagaimanakah tuntutan tersebut diselesaikan?

a)

Menandatangani perjanjian damai

b)

Melalui keputusan Mahkamah Antarabangsa

c)

Mendapatkan bantuan INTERPOL

d)

Meminta campur tangan agensi bukan kerajaan

40.

Malaysia berpandangan bahawa terdapat pertubuhan dunia yang tidak mampu melindungi hak dan kedudukan negara kecil yang sedang membangun.

Apakah DUA pertubuhan tersebut?

a)

Komanwel

b)

NAM

c)

PBB

d)

OIC