Worksheetskpp test
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Di bawah konsep pemanduan berhemat, terdapat 10 peraturan memotong. Kenyataan yang manakah tidak berkaitan?
berkomunikasi
memberi isyarat
bergerak ke kanan
perlahankan kenderaan
Apakah perkara yang perlu kita elakkan ketika memandu di lebuh raya mengikut konsep pemanduan berhemat?
mengamalkan peraturan 2 saat
memandu di kiri jalan jika tidak memotong
memandu melebihi 2 jam terus menerus tanpa rehat
menggunakan lampu isyarat sebelum memotong dan menukar lorong
Anda sedang memandu dan ternampak seorang buta sedang melintas jalan di hadapan anda. Nyatakan tindakan yang harus anda ambil?
bunyikan hon dan teruskan perjalanan
bunyikan hon supaya dia tidak terus melintas jalan
kurangkan kelajuan dan berhenti untuk membenarkannya melintas
berhenti dan nasihatkannya supaya tidak menggunakan jalan raya tanpa bantuan orang lain
Bagi mengelakkan dari tergesa-gesa mengejar waktu semasa memandu, anda perlulah
bertolak dua jam lebih awal
memandu pada waktu awal pagi kerana tidak banyak kenderaan
rancang setiap perjalanan anda supaya mempunyai waktu yang cukup
memandu pada waktu malam sahaja bagi mengelakkan kesesakan lalulintas
Sebagai seorang pemandu berhemat, adalah mustahak bagi anda menjangka dan mengenalpasti bahaya atau halangan semasa memandu kenderaan untuk
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
membolehkan anda mengawal kenderaan lain
membolehkan anda memandu seperti biasa kerana telah biasa dengan keadaan tersebut
membolehkan anda bersedia lebih awal bagi mengelakkan kemalangan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang wajar
Ketika memandu, kita hendaklah sentiasa menumpukan perhatian pada jalan dihadapan. Walau bagaimanapun anda boleh berpaling sekejap apabila
hendak membetulkan tali pinggang kaledar
melihat sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi jalan
memberi arahan kepada penumpang, memasang api rokok atau mencari barang-barang
difikirkan perlu, menoleh cermin pandang belakang atau mengenalpasti puna-punca bahaya di tepi jalan dan kenderaan lain
Semasa memandu kenderaan, anda ternampak tanda isyarat " bahu jalan lembut". Apakah yang tidak sepatutnya anda lakukan?
menukar kepada gear rendah
memperlahankan kenderaan anda
memandu dengan lebih berhati-hati
meletakkan kenderaan di bahu jalan sebelah kiri
Perlanggaran dua buah kenderaan semasa memotong berlaku adalah disebabkan oleh
pemandu telah membuat keputusan bijak
pemandu tidak mematuhi peraturan memotong
pemandu telah mengamalkan peraturan dua saat
pemandu telah memeriksa kawasan " blind spot"
Semasa memandu di lebuhraya, tiba-tiba tayar belakanng kenderaan anda pecah menyebabkan kenderaan menjadi tidak stabil, iaitu membelok ke kiri dan ke kanan jalan. Jika keadaan ini berlaku, apa langkah yang seharusnya anda lakukan?
nyalakan lampu kecemasan dan memasang tanda tiga segi
bunyikan hon kenderaan sebagai amaran kepada kenderaan lain
brek perlahan-lahan dan naik keatas bahu jalan yang rata
brek dengan kuat supaya kenderaan dapat diberhentikan dengan serta-merta
Anda dibenarkan memotong kenderaan disebelah kiri apabila
terdapat ruang kosong disebelah kiri
kenderaan bersusun dengan panjang
kenderaan dihadapan bergerak terlalu perlahan
kenderaan dihadapan ingin membelok ke kanan
