WorksheetsBAB 11 T4
Total questions: 29
Worksheet time: 49mins
Padankan istilah yang berikut
Interaksi antara
antibodi dan antigen yang menyebabkan antigen dimusnahkan
dikenali
gerak balas keimunan
Mikroorganisma
yang menyebabkan penyakit.
patogen
Bendasing yang memasuki badan dan
seterusnya merangsang gerak balas keimunan
antigen
Protein yang terdapat pada permukaan limfosit atau protein yang
dibebaskan oleh limfosit ke dalam plasma darah
antibodi
Keupayaan badan
untuk melawan jangkitan penyakit yang
disebabkan oleh patogen atau sebarang
bendasing, melalui serangan spesifik
terhadap patogen tersebut
keimunan
Susunkan peringkat-peringkat fagositosis
Sel fagosit mengunjurkan pseudopodium ke
arah bakteria dan mengepung bakteria
Pengingesan bakteria
membentuk fagosom
Fagosom bergabung dengan
lisosom yang merembes lisozim
ke dalam fagosom
Bakteria di dalam fagosom
dimusnahkan oleh lisozim
Fagosit menyingkirkan
sisa mikroorganisma
yang tercerna ke luar sel
Kategorikan berikut :
Enzim lisozim
Membran mukus
Mekanisme pembekuan darah
Asid hidroklorik
Kulit
Demam
Fagositosis
Keradangan
Gerak balas keimunan
Namakan dua sifat kulit yang membolehkannya bertindak sebagai
barisan pertahanan pertama yang berkesan.
Kulit merupakan pelindung (a) yang dapat menghalang kemasukan (b) . pH kulit yang
berada antara julat 3 hingga 5 menyediakan satu persekitaran (c) yang tidak sesuai untuk
pertumbuhan (d) .
Bagaimanakah sel fagosit bertindak memusnahkan patogen yang berjaya melepasi
benteng barisan pertahanan pertama?
Sel fagosit menjalankan proses (a) dengan mengepung,
memerangkap dan (b) patogen.
Bezakan antigen dan antibodi.
bahan asing yang berjaya memasuki
badan
merupakan molekul
protein yang wujud pada dinding atau membran luar
patogen
protein yang dihasilkan oleh
limfosit
bertindak untuk memusnahkan
antigen
Padankan tindakan antibodi dengan fungsinya.
Antibodi menggumpalkan
patogen bersama dan
menjadikan patogen sasaran
mudah untuk diperangkap
dan dimusnahkan
oleh sel fagosit
Pengaglutinan
Antibodi bergabung dengan toksin yang dihasilkan
oleh bakteria dan meneutralkan toksin
Peneutralan
Antibodi bertindak dengan antigen
terlarut untuk membentuk suatu kompleks
tidak larut (mendakan) yang mudah
dimusnahkan oleh sel fagosit
Pemendakan
Antibodi bergabung dengan antigen dan bertindak
sebagai petanda supaya sel fagosit boleh mengenali
antigen dan memusnahkannya
Pengopsoninan
Antibodi bergabung dengan
antigen dan menyebabkan bakteria
pecah dan terurai
Penguraian
Keimunan aktif bermakna (a) menghasilkan (b)
sendiri sebagai gerak balas terhadap rangsangan oleh (c) .
Keimunan pasif bermaksud badan (d) antibodi daripada
(e)
Bezakan keimunan pasif dan aktif.
Antibodi dihasilkan secara semula jadi oleh sel limfosit
Keimunan aktif kekal untuk jangka masa yang lama
Badan tidak menghasilkan antibodi sendiri
Antibodi diperoleh daripada sumber luar.
Keimunan tidak kekal lama
memberi perlindungan
serta-merta dan sementara
Bezakan berikut
Suntikan vaksin
Suntikan antiserum
Vaksin ialah ampaian patogen yang
lemah, mati
Antiserum ialah serum yang
mengandungi antibodi spesifik
Tujuan Pencegahan
Rawatan atau sekiranya perlindungan
serta-merta diperlukan
Tidak memberi perlindungan serta-merta
Memberi perlindungan serta-merta
Keimunan kekal untuk tempoh masa
yang lama
Keimunan bersifat sementara dan
tidak kekal lama
Suntikan vaksin diberi sebelum
dijangkiti penyakit
Suntikan antibodi tersedia diberi dahulu
sekiranya terdapat risiko tinggi
Antibodi dihasilkan sendiri oleh sel limfosit
Antibodi diperoleh daripada antiserum
Perlu diberi bagi meningkatkan semula
aras antibodi melepasi aras keimunan
Hanya perlu diberi sekiranya aras
antibodi dalam darah jatuh di bawah
aras keimunan
Jenis keimunan yang manakah berkurang mengikut masa? Terangkan mengapa.
Keimunan (a) . Badan tidak menghasilkan (b) sendiri, maka keimunan ini (c) dan hanya memberikan perlindungan (d) .
Cadangkan rawatan segera yang boleh diberikan kepada seseorang yang dipatuk
ular berbisa.
Suntikan (a) terhadap bisa ular memberikan perlindungan (b) tetapi untuk jangka masa yang pendek sahaja. Keimunan yang diperolehi adalah (c) (d) suntikan diberi
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mematuhi dan melengkapkan
rancangan imunisasi di Malaysia?
Imunisasi membantu (a) sistem keimunan dengan (b) sel pertahanan badan dan seterusnya (c) kita daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang akan (d) nyawa
Mengapakah virus HIV tidak boeh diubati?
Virus HIV berupaya (a) dan mengubah (b) apabila (c) . Hal ini menjadikan virus tersebut mempunyai (d) yang (e) terhadap terapi dadah
Namakan ahli pakar dalam penyakit alergi dan penyakit yang melibatkan sistem keimunan
Ahli (a)
Apakah maksud AIDS?
sindrom (a) daya tahan (b)
Terangkan bagaimana jangkitan virus HIV boleh menyebabkan seseorang menghidap penyakit AIDS
Virus HIV (a) sistem keimunan seseorang yang dijangkiti virus ini. Virus HIV menyerang dan memusnahkan (b) yang berfungsi memusnahkan mikroorganisma patogen. Ini boleh menyebabkan individu tersebut menghidap penyakit AIDS atau sindrom kurang daya tahan. Sistem keimunan pesakit menjadi (c) sehingga badannya tidak mempunyai (d) untuk (e) penyakit yang pada kebiasaannya tidak menjangkiti orang yang mempunyai sistem keimunan yang sihat.
Mengapakah seseorang yang dijangkiti virus HIV tidak semestinya menghidap penyakit AIDS?
Seseorang yang mula-mula dijangkiti oleh virus HIV merupakan seorang (a) virus HIV dan beliau mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala untuk jangka masa lebih kurang 10 tahun. Individu ini hanya menghidap penyakit AIDS sekiranya sistem keimunannya menjadi (b) terhadap penyakit yang pada kebiasaannya tidak membahayakan. Contoh penyakit yang boleh membawa maut kepada seseorang penghidap AIDS ialah penyakit pneumonia. Oleh itu, seseorang yang dijangkiti virus HIV tidak semestinya menghidap penyakit AIDS selagi sistem keimunannya masih (c) dan tidak (d) oleh virus HIV.
Bagaimanakah penyakit AIDS dapat dicegah?
Penyakit AIDS dapat dicegah dengan menghindari aktiviti-aktiviti berisiko seperti hubungan seks yang (a) dengan individu yang berkemungkinan dijangkiti, (b) yang digunakan untuk menyuntik dadah atau (c) atau menerima
(d) yang tercemar dengan virus HIV.
Terangkan bagaimana seorang ibu yang membawa virus HIV dapat menjangkiti fetus dalam kandungannya.
Melalui (a) ibu kepada fetus dalam kandungannya atau melalui (b) bagi ibu yang
menyusu anaknya.
Nyatakan jenis keimunan yang diperoleh oleh fetus daripada ibunya.
Keimunan (a)
Terangkan bagaimana plasenta membantu sistem pertahanan badan fetus.
Melalui plasenta, antibodi dapat (a) dari ibu ke fetus. Apabila antibodi memasuki fetus,antibodi tersebut akan bertindak terhadapn (b) . Ini memberikan (c) bagi fetus dan (d) fetus daripada diserang penyakit.n
Dua individu memperoleh keimunan terhadap demam campak dalam keadaan berbeza. Individu X sembuh daripada penyakit campak. Individu Y pula disuntik dengan sejenis ampaian dan memperoleh keimunan terhadap campak selepas beberapa bulan. Huraikan keimunan yang diperoleh
Dalam individu X, (a) untuk menghasilkan antibodi yang memusnahkan (b) . (c) kekal dalam badan. Individu X memperoleh keimunan aktif semula jadi dan berupaya melawan penyakit tersebut pada masa akan datang.
Ampaian yang disuntikkan kepada individu Y ialah (d) . Vaksin merupakan (e) untuk merangsang limfosit bagi menghasilkan antibodi. Individu Y memperoleh keimunan aktif buatan dan mempunyai keimunan terhadap penyakit campak.
Seorang bayi yang baru dilahirkan perlu menerima imunisasi berdasarkan Rancangan Imunisasi yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Terangkan mengapa program imunisasi ini diperlukan.
Bayi yang baru dilahirkan perlu menerima imunisasi berdasarkan Rancangan Imunisasi kerana pada peringkat fetus, bayi (a) keimunan terhadap sesetengah penyakit daripada ibunya dan keimunan semakin (b) . Bayi akan (c)
kepada pelbagai jenis penyakit berjangkit. Bayi (d) melawan jangkitan kerana tidak mempunyai keimunan terhadap penyakit tersebut.
Sesetengah suntikan vaksin memerlukan satu dos sahaja sepanjang hayat seorang individu.
Jelaskan mengapa.
Satu dos suntikan cukup untuk (a) sistem keimunan badan supaya menghasilkan kepekatan antibodi (b) dan (c) untuk mencegah jangkitan.
Ibu Sinti terlupa membawa Sinti ke klinik untuk mendapatkan suntikan dos ketiga hepatitis.
Jelaskan kesannya terhadap keimunan Sinti.
Sinti mungkin akan (a) penyakit hepatitis B sekiranya terdedah kepada virus hepatitis B kerana (b) dalam badannya (c) kepekatan yang diperlukan untuk memberi perlindungan daripada penyakit itu sepenuhnya.
Aziman terpijak paku berkarat semasa ekspedisi mendaki gunung. Huraikan jenis suntikan yang sesuai diberikan oleh doktor. Terangkan jawapan anda.
Untuk rawatan segera, Aziman perlu diberikan suntikan (a) dengan (b) . Antitetanus mengandungi (c) yang boleh melawan penyakit tetanus. Paku berkarat yang dipijak oleh Aziman mungkin mengandungi (d) Clostridium tetani yang menyebabkan penyakit (e) (kancing gigi). Sistem keimunan badan tidak perlu dirangsang untuk menghasilkan antibodi
terhadap penyakit tersebut
Huraikan bagaimana virus HIV dapat melumpuhkan sistem keimunan seseorang yang dijangkiti oleh virus ini.
• Virus HIV (a) sistem keimunan (sel limfosit), menjadikan badan manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menentang penyakit.
• Bakteria, yis, parasit dan virus yang pada kebiasaannya tidak menyebabkan penyakit yang serius dalam seseorang yang mempunyai sistem keimunan yang sihat boleh membahayakan dan membawa maut kepada seseorang yang menghidap penyakit AIDS.
• Ini adalah kerana virus HIV menyerang dan memusnahkan sel yang pada permukaannya mempunyai sel limfosit T. Limfosit T berfungsi memusnahkan mikroorganisma patogen. Limfosit T ini merupakan sel perumah bagi virus HIV. Semasa jangkitan, virus HIV akan (b) pada membran plasma limfosit T dan seterusnya membina bahan genetik DNA virus.
• DNA virus akan memasuki nukleus limfosit T dan (c) dengan DNA limfosit T untuk menjadi sebahagian daripada DNA limfosit T.
• Di dalam limfosit T, virus HIV akan (d) untuk menghasilkan populasi virus HIV (e) yang akan menyerang sel limfosit T yang lain. Dengan cara itu, virus HIV melumpuhkan sistem keimunan seseorang yang dijangkiti.
Kadang-kadang doktor memberi antibiotik untuk merawat sesetengah jangkitan penyakit. Doktor menasihatkan supaya mengambil kesemua antibiotik yang diberi mengikut tempoh yang disyorkan. Jelaskan mengapa langkah ini penting untuk dipatuhi.
Sekiranya antibiotik yang diberi tidak habis dimakan, bakteria yang tidak dibunuh akan menjadi (a) tersebut. Ini akan menghasilkan strain bakteria yang imun terhadap antibiotik. Strain bakteria ini (b) dan antibiotik yang sedia ada tidak dapat (c) bakteria ini lagi. Maka jika dijangkiti, rawatan dengan antibiotik yang sedia ada tidak lagi berkesan dan sistem imun mungkin tidak dapat melawan strain bakteria yang baharu ini.
