WorksheetsCAS 1111- C02 PERSONAL BEHAVIOUR SKILL
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
1. Apa yang dimaksudkan dengan integriti?
Perlu mengikut undang-undang dan peraturan.
Bagi mengintegrasikan disiplin dan tanggungjawab.
Supaya bekerja keras dan sentiasa mencari peluang pekerjaan.
Bersikap jujur dengan prinsip-prinsip moral yang baik dan berkualiti
2. Apakah kepentingan mempunyai kerahsiaan di tempat kerja?
Syarikat mesti mempunyai rahsia.
Supaya pekerja akan merasa bangga dalam bekerja.
Untuk mempunyai pengubahsuaian tempat kerja.
Supaya maklumat sulit tidak disalahgunakan untuk melakukan aktiviti haram.
3. Yang manakah antara berikut bukan contoh integriti di tempat kerja?
Menerapkan nilai kerjasama.
Ikut dan patuh pada dasar-dasar syarikat.
Keluar menguruskan hal peribadi apabila anda berada dalam waktu kerja.
Menghormati rakan sekerja dan membina kepercayaan.
4. Apakah maklumat yang tidak perlu berkongsi dengan rakan-rakan lain di tempat kerja?
Keadaan cuaca negara.
Bola Sepak Piala Dunia.
Status kewangan syarikat.
Keputusan peperiksaan anak anda.
5. Apakah kebaikan dalam menepati masa kerja yang diamalkan secara konsisten serta adil?
Dapat mengurangkan beban kerja.
Meningkatkan hubungan sosial di kalangan tenaga kerja.
Kerja dapat disiapkan lebih awal kemudian boleh berborak.
Mematuhi peraturan tempat kerja, tingkah laku dan semangat bekerja.
6. Apakah yang perlu diberikan kepada kakitangan untuk membangunkan tenaga kerja yang berkesan?
Memberi latihan pertahanan diri.
Memberi bimbingan pengurusan wang.
Menyediakan cuti yang banyak kepada pekerja.
Memberi latihan dan hantar menghadiri program motivasi.
7. Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin diri?
Keupayaan untuk menjadi orang tengah.
Keupayaan berterusan pada tugas-tugas sukar sehingga selesai.
Keupayaan untuk menyelesaikan isu-isu budaya dalam organisasi secara baik.
Keupayaan untuk mengendalikan isu-isu perniagaan yang melibatkan pihak antarabangsa.
8. Apakah kelebihan mempunyai deskripsi tugas yang jelas, peranan individu serta tanggungjawab tugas?
Penghantaran pekerjaan cepat.
Kualiti dan kuantiti produk lebih menguntungkan.
Sebagai penilaian (Petunjuk Prestasi Utama) KPI terhadap tugas-tugas.
Penjanaan keuntungan yang tinggi daripada penembusan pasaran yang lebih luas.
9. Manakah antara inisiatif-inisiatif yang berikut boleh digunakan untuk mencapai ketepatan masa di kalangan kakitangan di tempat kerja?
Huraian kerja yang jelas.
Promosi produk yang betul.
Kerjasama rapat antara pekerja
Pengiklanan digital yang meluas.
10. Apakah faedah secara konsisten menguatkuasakan peraturan di tempat kerja ?
Ia memperbaiki tingkah laku pekerja.
Ia meningkatkan pemahaman majikan.
Ia meningkatkan prestasi kewangan dan teknikal syarikat.
Ia menjimatkan kewangan syarikat.
11. Yang manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai komunikasi yang telus dalam memastikan kejayaan kerja berpasukan?
Berterus-terang.
Mengkhususkan tugas
Kritik atau tidak bersetuju secara sopan dan terbuka
Menjaga kejelasan apa yang diperkatakan.
12. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat berpasukan?
Ahli pasukan kumpulan formal, terdiri daripada individu saling bergantung bertanggungjawab untuk mencapai matlamat.
Pasukan dapat bergerak dengan pantas dan cekap dalam perkongsian idea. Secara langsung yakin bahawa usaha mereka akan diambil kira, tanpa prasangka.
Ahli pasukan pekerja yang beroperasi tanpa pengurus untuk proses kerja yang lengkap dalam menyampaikan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan dalaman atau luaran.
Ahli pasukan saling memerlukan antara satu sama lain, menyokong satu sama lain, mempunyai motivasi tinggi untuk mencapai wawasan bersama mereka, dan menunjukkan semangat yang tinggi.
13. Antara berikut yang manakah BUKAN klasifikasi kerja berpasukan?
Rasa tanggungjawab atas tugasan.
Komunikasi satu hala.
Bekerja secara kerjasama.
Menyumbang idea dan cadangan.
14. Manakah antara watak yang TIDAK mencerminkan kualiti kerja berpasukan?
Bertukar pendapat.
Bertanggungjawab.
Komunikasi.
Mementingkan diri sendiri.
15. Dalam membangunkan kemahiran tingkah laku peribadi (personal behaviour skill) kita perlu mempertimbangkan kod etika yang betul. Pilih etika yang betul di bawah:-
I. Mencipta kod etika.
II. Memahami kod etika.
III. Merujuk kepada rutin kebiasaan kod etika.
IV. Mencadangkan perubahan kod etika dalam organisasi.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III, dan IV
II, III, dan IV
16. Kenalpasti dua pendekatan yang boleh digunakan oleh majikan untuk melindungi
kerahsiaan di tempat kerja.
I. Latihan spesifikasi kerja.
II. Menguatkuasakan polisi keselamatan, kesihatan dan persekitaran.
III. Perjanjian Bukan Pendedahan (Non-Disclosure Agreement) ditandatangani oleh pekerja.
IV. Melaksanakan dasar-dasar dan prosedur kerahsiaan.
I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV
17. Manakah antara berikut merupakan dua kaedah yang perlu dipatuhi dan difahami oleh pekerja untuk melindungi kerahsiaan di tempat kerja.
I. Latihan Spesifikasi Tugas (Training Of Job Specification).
II. Perjanjian Bukan Pendedahan (Non-Disclosure Agreement) ditandatangani oleh pekerja.
III. Melaksanakan polisi dan prosedur kerahsiaan.
IV. Menawarkan maklum balas yang membina kepada pihak pengurusan mengenai dasar dan prosedur.
I dan II
I dan IV
II dan IV
III dan IV
18. Tingkah laku beretika wujud di tempat kerja dan kakitangan bertanggungjawab untuk membina tempat kerja yang profesional. Pilih tingkah laku yang perlu dipatuhi dengan betul bagi kakitangan di semua peringkat mengikut amalan etika.
I. Mereka mengambil berat berkenaan integriti.
II. Mereka menyokong sikap ketidakstabilan dan tingkah laku.
III. Mereka bertindak untuk mencegah salah laku dan tingkah laku yang tidak wajar.
IV. Mereka tidak menyokong sikap ketidakstabilan dan tingkah laku.
I dan III
I, II, dan III
I, III dan IV
II, III, dan IV
19. Apakah kualiti yang diperolehi daripada pasukan yang sangat berkesan?
I. Peranan yang jelas: Ahli pasukan tahu apa yang diharapkan daripada setiap ahli.
II. Hubungan yang kukuh: Ahli masih mempunyai hubungan yang baik dengan satu sama lain.
III. Berkongsi tujuan yang sama. Semua ahli pasukan jelas mengenai visi dan matlamat apa yang pasukan mereka tentukan.
IV. Proses pasukan ditakrifkan: Ahli pasukan perlu tahu mengapa dan apa yang perlu dicapai, dan bagaimana untuk mencapainya.
I, II, dan III
I, II, dan IV
I, III, dan IV
II, III, dan IV
20. Pilih peranan sebagai ketua pasukan.
I. Memaksa ahli pasukan dan mengambil tanggungjawab ke atas mereka.
II. Membekalkan idea dan kepakaran untuk meningkatkan kemampuan pasukan.
III. Memberikan peranan kepada ahli pasukan mengikut kekuatan mereka.
IV. Menetapkan objektif pasukan dengan jelas.
I, II, dan III
I, II, dan IV
I, III, dan IV
II, III, dan IV
