WorksheetsKata Ganti Nama Diri
Total questions: 65
Worksheet time: 49mins
Hanis dan Aqilah bersahabat baik. _____ tinggal sekampung.
dia
kita
kami
mereka
"Ibu, duit _____ hilang." kata Danial kepada ibunya.
kita
kami
saya
mereka
Salmi murid Tahun 6. ________ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
Dia
kami
awak
saya
"Mari kita ikut _______ ke perpustakaan." kata Siti kepada Sofia.
mereka
awak
saya
kami
"Ampunkan _______ Tuanku," sembah Hang Tuah kepada Raja.
beta
patik
hamba
baginda
____________akan mengikuti rombongn sekolah ke Perlis pada minggu hadapan.
Saya
Beta
Tuanku
Awak
Cikgu Fazira seorang guru yang berdedikasi. ________________ menjadi contoh kepada guru yang lain.
Dia
Baginda
Kita
Beliau
________________ hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama jiran tetangga.
Saya
Awak
Kita
Mereka
"Ampun ___________, izinkan patik masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.
beta
tuanku
patik
hamba
Sultan Kelantan seorang raja berjiwa rakyat. _______________ sentiasa mengambil tahu masalah rakyat.
Baginda
Beliau
Dia
Mereka
"_____________ akan laksanakan segala perintah tuanku," sembah Laksamana Hang Tuah.
Patik
Beta
Saya
Aku
Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.
ia
dia
beliau
baginda
Berikut merupakan Kata Ganti Nama Diri Pertama
Saya
Beta
Kami
Hamba
Yang manakah merupakan Kata Ganti Nama Kedua?
Dia
Tuanku
Kalian
Tuan hamba
Berikut merupakan Kata Ganti Nama Diri Ketiga KECUALI
Pak Abu
Beliau
Mereka
Patik
"__________ akan mencemar duli untuk melihat keadaan rakyat yang dilanda wabak penyakit," kata Bendahara Tun Perak kepada Temenggong Ali.
Beta
Baginda
Patik
Beliau
"Cikgu Rashidah menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Musyidah kepada kawan-kawannya.
saya
kamu
kita
kalian
Beberapa orang murid terlibat dalam pertandingan kawad kaki. _______ berlatih bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan pasukan.
Mereka
Dia
Kalian
Kami
Sekarang sedang berlangsung siaran Perutusan Khas Perdana Menteri. _________ akan menerangkan tentang tatacara kerajaan menangani wabak COVID 19.
Dia
Beliau
Baginda
Mereka
________ yang ingin datang ke sekolah untuk mengadakan kelas tambahan, perlu minta keizinan daripada Guru Besar.
Siapa
Siapa-siapa
Apa-apa
Apa
"____________ kamu membeli buku rujukan ini?" Tanya Nazihan kepada Aqilah.
Bagaimana
Berapa
Mengapa
Di manakah
____________ orang kakitangan syarikat itu telah dinaikkan pangkat kerana khidmat cemerlang _________.
Sebahagian......dia
Beberapa......nya
Separuh.......mereka
Beberapa.......mereka
Pilih penggunaan kata ganti nama diri yang betul.
Pokok itu ditanam oleh ibu.
Baginda menitahkan supaya rakyat bertenang.
Kasut kulit itu dibeli oleh saya semalam.
Nasi ayam yang sedap ini kami masak.
Berikut merupakan ayat yang betul KECUALI
Setiap hujung minggu, ayah akan mencuci keretanya.
"Patik akan memastikan negeri Melaka aman dan damai," sembah Tun Perak kepada Sultan Alauddin Syah.
Fahim tekun menyiapkan kerja sekolah dia.
Beliau sedang merasmikan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan.
Apakah yang dilakukan oleh mereka?
Para peserta berada di padang untuk menyertai acara tarik tali.
Murid-murid bertepuk tangan sambil memberi sokongan kepada peserta tarik tali.
Mereka sedang menyertai pertandingan tarik tali.
Murid-murid bersungguh-sungguh semasa acara tarik tali.
Lauk asam pedas ikan kembung yang dimasak oleh ibu sungguh enak.
Betul
Salah
Sultan Azlan Syah berkenan menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian kepada Nur Afiah sempena Hari Keputeraan baginda semalam.
Betul
Salah
Semua tugasan yang diberi oleh cikgu telah disiapkan oleh saya.
Betul
Salah
Semua buah nangka itu telah kami jual kepada pemborong.
Betul
Salah
"Tuanku perlu bersiap sedia kerana kita akan berangkat ke Kedah esok," kata Tun Ali kepada panglima.
Betul
Salah
Mintalah apa yang kamu inginkan, nescaya saya akan tunaikan.
Betul
Salah
Kata Ganti Nama Diri pertama dan kedua tidak boleh menerima imbuhan 'di' pada kata kerja.
Contoh : Buku itu saya baca.
Kasut itu kamu beli.
Betul
Salah
" _____________hendak ke mana?" tanya Weng Hong kepada budak itu.
Dia
Awak
Baginda
Saya
Elden dan Yi Xiang berkawan baik. ______________ belajar di kelas yang sama.
Mereka
Engkau
Dia
Beliau
Sultan Perak seorang raja berjiwa rakyat. _______________ sentiasa mengambil tahu masalah rakyat.
Baginda
Beliau
Dia
Mereka
"_____________ akan laksanakan segala perintah tuanku," sembah Laksamana Hang Tuah.
Patik
Beta
Saya
Aku
"Saya harap _____________ tidak membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan," kata Cikgu Ho kepada murid-murid.
mereka
beta
kalian
beliau
____________akan mengikuti rombongn sekolah ke Pulau Langkawi pada minggu hadapan.
Saya
Beta
Tuanku
Awak
Yu Kit sedang bermain bola di padang. ____________ menyepak bola itu dengan kuat.
Patik
Beliau
Dia
Awak
"Datanglah ke rumah________ hujung minggu ini," kata Yu Quan kepada Nicholas.
kalian
saya
kamu
mereka
Pako dan Kah Xuan sahabat yang baik. _______ sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Mereka
Saya
Baginda
Patik
"Mari _________ duduk di pondok bacaan itu," kata Khai Ye kepada Marsya .
kita
beta
dia
awak
"Tolong tolak kerusi roda __________ perlahan sedikit," pinta Johan kepada adiknya.
itu
ini
sini
situ
"Abang hendak letakkan borang keputusan darah di __________," kata Johan lagi.
situ
sini
ini
itu
"Sediakan makanan untuk __________ santap bersama permaisuri," perintah Sultan Mahmud kepada inang.
beta
tuanku
beliau
baginda
"Biar _________ yang menyelesaikan masalah lanun di Selat Melaka," sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Melaka
beta
hamba
patik
tuan hamba
Sultan Muzaffar Syah akan berburu di hutan. __________ akan diiringi oleh Bendahara Tun Perak dan para hulubalang.
Beta
Patik
Beliau
Baginda
"Siapakah yang mengalihkan buku cerita saya letakkan di __________?" tanya Nadia kepada Jannah.
sana
sini
situ
ini
___________ Sultan akan turun bertemu rakyat jelata pada hari Jumaat ini.
Beta
Beliau
Patik
Baginda
"Ampun ____________, izinkan patik menyiasat perkara ini terlebih dahulu," sembah Bendahara kepada Sultan Mahmud.
tuanku
patik
beta
saya
"Siapakah lelaki yang berdiri di __________?" tanya nenek sambil menunjuk ke arah lelaki yang berdiri di tepi pagar.
itu
ini
situ
sini
"Sila letakkan almari itu di __________," arah Puan Sidah kepada dua orang pekerja yang menghantar perabot ke rumahnya.
ini
situ
sana
sini
Lelaki itu menghadap Puteri Mia lalu berkata, "Ampun __________, patik baru sampai dari seberang."
tuanku
hamba
patik
beta
Chun Han __________ melukis mural pada dinding balai raya itu.
otak cair
adu nasib
ada bakat
buah tangan
Sekumpulan anak muda sedang bekerjasama mengalihkan pokok yang merintang jalan itu. Sikap mereka ____________________.
bagai aur dengan tebing
bagai isi dengan kuku
bagai bulan jatuh ke riba
bagai katak di bawah tempurung
Ayah menghadiahkan se_________ basikal untuk abang berulang-alik ke sekolah.
batang
ekor
biji
buah
Dinesh dan keluarganya beriadah di taman permainan semasa hujung minggu.
Pilih perkataan sinonim bagi beriadah.
berehat
bermain
bersenam
bermenung
