wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ISC100

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut BUKAN nama lain bagi ilmu akidah?

a)

Ilmu Kalam

b)

Ilmu Tauhid

c)

Ilmu Tasawuf

d)

Ilmu Usuluddin

2.

Berikut merupakan cabang perbahasan ilmu akidah, KECUALI:

a)

Uluhiyyah

b)

Muamalat

c)

Nubuwwah

d)

Sam'iyyat

3.

Apakah makna yang PALING TEPAT pada menjelaskan kalimah أَشْهَدُ:

a)

Aku naik saksi

b)

Aku tahu dan yakini

c)

Aku ucap dan percaya

d)

Aku tahu, ucap dan percaya

4.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang sifat jisim: (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Melazimi tempat

b)

Mempunyai warna

c)

Mempunyai bilangan

d)

Mempunyai saiz dan ukuran

5.

Pilih pernyataan TEPAT tentang ciri-ciri penciptaan Jin. (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Diciptakan daripada api

b)

Jin makan dan minum

c)

Ketua jin kafir adalah iblis

d)

Jin berkahwin dan beranak-pinak

6.

Apakah hikmah beriman kepada para malaikat Allah? (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Sentiasa ingin berbuat taat

b)

Merasa gerun untuk buat maksiat

c)

Tahu tentang kisah umat terdahulu

d)

Segera bertaubat apabila bermaksiat

7.

Manakah antara berikut PALING TEPAT mengenai kelebihan al-Quran berbanding kitab-kitab sebelumnya? (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Lengkap dan sempurna

b)

Tiada sebarang kecacatan dan kekurangan

c)

Dipelihara oleh Allah tanpa sebarang pindaan dan perubahan

d)

Kandungannya sesuai pada masa, tempat dan keadaan semasa sahaja

8.

Manakah antara berikut BENAR mengenai pandangan Orientalis terhadap al-Quran? (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Mereka menyokong al-Quran sebagai kitab panduan yang lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia

b)

Mereka membenarkan al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ.

c)

Mereka mendakwa al-Quran merupakan ciptaan Muhammad ﷺ dan bukannya wahyu Allah.

d)

Mereka mengatakan al-Quran tidak menekankan undang-undang tetapi menekankan moral.

9.

Manakah antara berikut PALING TEPAT mengenai sifat seorang Rasul. (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Sentiasa benar dalam menyampaikan wahyu.

b)

Bersifat amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan.

c)

Menyampaikan urusan duniawi kepada kaum masing-masing.

d)

Bijaksana dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat.

10.

Manakah antara berikut merupakan tujuan penganugerahan mukjizat oleh Allah Ta’ala kepada para rasul-Nya? (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Untuk menguatkan ajaran yang dibawa

b)

Untuk menidakkan kehebatan sesuatu kaum

c)

Untuk membuktikan kebenaran utusan Allah Ta’ala

d)

Untuk melemahkan dan menghalang musuh yang menentang

11.

Apakah maksud kalimah “asyhadu” dari sudut bahasa?

a)

Aku mengetahui

b)

Aku mempercayai

c)

Aku memperakui

d)

Aku bersaksi

12.

Berikut merupakan asas keimanan kepada malaikat  KECUALI :

a)

Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah Ta’ala yang berjisim latheef dan diciptakan daripada cahaya.

b)

Malaikat adalah hamba Allah yang mulia dan tidak pernah melanggar perintah Allah Ta’ala.

c)

Malaikat tinggal di langit dan mempunyai bilangan yang sangat banyak.

d)

Malaikat dikatakan mempunyai jantina dan beranak pinak

13.

Manakah antara berikut BENAR mengenai contoh azab kubur?

a)

Kubur disempitkan sehingga rasa sedih dan gelisah

b)

Kubur diluaskan seluas mata memandang

c)

Kubur diluaskan 70 hasta x 70 hasta

d)

Keluar cahaya dari kubur

14.

Manakah antara berikut merupakan pandangan yang SALAH mengenai asas keimanan kepada kitab al-Quran?

a)

Seseorang itu beriktikad bahawa sifat kalam Allah adalah azali dan kalam munazzal adalah makhluk.

b)

Seseorang itu meyakini al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ melalui malaikat Jibril

c)

Seseorang itu mempercayai al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan membacanya dikira ibadah.

d)

Seseorang itu mengatakan al-Quran adalah panduan dan rujukan umat di zaman Nabi Muhammad ﷺ sahaja

15.

Manakah antara berikut merupakan signifikan Nabi Muhammad sebagai khatamul anbiya'.? (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Petanda hampirnya hari kiamat.

b)

Menafikan wujudnya nabi palsu

c)

Menidakkan fahaman turunnya wahyu kepada manusia biasa.

d)

Mengelakkan kepercayaan Imam Mahdi adalah seorang Nabi.

16.

Berikut merupakan bentuk penyelewengan nubuwwah yang berlaku dalam masyarakat Islam, KECUALI:

a)

Melakar karikatur nabi

b)

Pengakuan sebagai nabi

c)

Pengakuan tiadanya nabi sebelum ini

d)

Mempercayai Nabi Isa masih hidup

17.

Berikut merupakan nama-nama Malaikat dan tugasnya yang sebenar menurut Islam, KECUALI:

a)

Malaikat Israifl-Meniup Sangkakala

b)

Malaikat Atid-Menulis amal kejahatan

c)

Malaikat Nakir-Menyoal mayat dalam kubur

d)

Malaikat Malik-Menyeksa ahli neraka

18.

Bagaimanakah cara seseorang itu memelihara al-Quran sebagai dustur al-Hayah? (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Mengaplikasi kandungan al-Quran dalam kehidupan dunia.

b)

Mempelajari intipati al-Quran secara bertalaqqi dan bersanad

c)

Membaca dan memahami makna al-Quran secara literal

d)

Mengajarkan al-Quran kepada manusia lain

19.

Manakah antara berikut merupakan sifat mustahil bagi Rasul? (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Kitmanun

b)

Khiyanatun

c)

Kazibun

d)

Baladatun

20.

Manakah antara berikut merupakan tujuan penciptaan jin menurut perspektif Islam? (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah

b)

Tidak melakukan syirik dan kufur kepada Allah

c)

Menyembah dan mengabdikan diri selain daripada Allah

d)

Melakukan syirik dan kufur kepada Allah