wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BIO TINGKATAN 4 BAB 3

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Bahagian kepala berkutub yang terdapat pada molekul fosfolipid bersifat?

a)

hidrofobik

b)

hidrofilik

c)

telap

d)

separa telap

2.

Molekul protein yang terdapat pada dwilapisan fosfolipid yang mempunyai liang atau terusan dipanggil.......

a)

fosfolipid

b)

protien pembawa

c)

glikoprotien

d)

protein liang

3.

Molekul yang menjadikan dwilapisan fospfolipid kuat, lebih fleksibel dan kurang telap terhadap bahan larut air seperti ion ialah.....

a)

kolesterol

b)

glikoprotein

c)

glikolipid

d)

protein pembawa

4.

Bahan berikut boleh merentasi dwilapisan fosfolipid secara resapan ringkas KECUALI....

a)

oksigen

b)

karbon dioksida

c)

asid lemak

d)

glukosa

5.

Berikut merupakan ciri-ciri pergerakan bahan merentasi membran plasma secara pengangkutan aktif KECUALI.....

a)

memerlukan tenaga ATP

b)

mengikut cerun kepekatan

c)

memerlukan protein pembawa

d)

mengakibatkan pengumpulan atau penyingkiran molekul atau ion

6.

Antara yang berikut, yang manakah melibatkan pengangkutan aktif dalam organisma?

a)

pertukaran gas antara alveolus dan kapilari darah

b)

penyerapan semula air melalui tubul renal di ginjal

c)

penyerapan asid amino dan glukosa dalam vilus

d)

peyerapan fruktosa di vilus

7.

Apakah larutan hipertonik

a)

Larutan yang mempunyai kepekatan bahan terlarut yang sama

b)

Larutan yang mempunyai kepekatan bahan terlarut yang rendah dan keupayaan air yang tinggi

c)

Larutan yang mempunyai kepekatan bahan terlarut yang tinggi dan keupayaan air yang rendah

8.

Sel darah merah yang dimasukkan kedalam larutan hipotonik akan mengalami......

a)

krenasi

b)

hemolisis

c)

plasmolisis

d)

segah

9.

Sel tumbuhan yang mengalami plasmolisis boleh menjadi segah semula sekiranya sel tersebut dipindahkan segera kedalam larutan........

a)

hipotonik

b)

hipertonik

c)

isotonik

10.

Apakah yang terjadi kepada tumbuhan jika pembajaan berlebihan dilakukan.....

a)

air akan meresap masuk kedalam sap sel akar dan sel menjadi segah

b)

air akan meresap keluar dari sap sel akar dan sel akan mengalami plasmolisis

c)

tiada apa-apa berlaku kepada tumbuhan tersebut