NEW
Font size
WorksheetsKuiz Terjemahan Karya Kreatif
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Yang manakan antara berikut BENAR tentang terjemahan di Tanah Melayu?
Kegiatan awal terjemahan di Tanah Melayu juga banyak diusahakan oleh anak Melayu yang dihantar belajar ke luar negara, seperti di India dan di United Kingdom.
Kebanyakan individu yang aktif merancakkan kegiatan terjemahan pada peringkat awal merupakan jurubahasa (interpreter) untuk masyarakat Belanda yang terdapat di negeri-negeri Selat.
Terjemahan pada peringkat awal lebih kerap digerakkan oleh bangsa Melayu yang berdarah Cina atau Pakistan yang menetap di Singapura, Pulau Pinang, dan Melaka.
Perkembangan mesin percetakan, pendidikan dan seumpamanya menyemarkkan lagi kerja penerbitan terjemahan dari Eropah dan Timur Tengah di Tanah Melayu pada hujung kurun ke-19.
Usaha penterjemahan buku ilmu pengetahuan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dilakukan secara bersistem selepas penubuhan Pejabat Karang Mengarang pada tahun
1922
1923
1924
1925
Apakah tujuan utama terjemahan diusahakan di Pejabat Karang Mengarang?
Untuk membangunkan kesusasteraan Melayu tanah air
Untuk menambah pengetahuan masyarakat Melayu pada waktu itu
Untuk memperkenalkan karya asing kepada khalayak pembaca Melayu
Untuk memenuhi keperluan buku teks untuk kegunaan murid di Maktab Sultan Idris.
Berikut merupakan antara pentadbir dan sarjana Inggeris yang aktif menghasilkan terjemahan serta mengkaji sastera Melayu pada kurun ke-19 dan ke-20, KECUALI
R. O. Winstedt
A. W. Hamilton
C. C. Crown
W. G. Shellabear
Terjemahan sastera Melayu moden giat dijalankan
pada dekad 1990-an
pada dekad 1980-an
selepas kemerdekaan
sebelum kemerdekaan
Yang manakah antara berikut BENAR tentang jurnal Tenggara?
I. Jurnal ini dilancarkan pada tahun 1967.
II. Jurnal ini bermatlamat memperkenalkan karya sastera Asia Tenggara (yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa) ke dalam bahasa Inggeris, menerusi terjemahan.
III. Karya asal berbahasa Inggeris juga turut diterbitkan dalam jurna ini.
IV. Anggota sidang redaksi jurnal Tenggara pada dekad 1960-an termasuklah Lloyd Fernando, Ismail Hussein, Syed Husin Ali dan Wong Phui Nam.
I dan II sahaja
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
I, II, III dan IV
Karya Shahnon Ahmad, Ranjau Sepanjang Jalan (1966) diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai No Harvest But a Thorn oleh
Adibah Amin
Barclay M Newman
Harry Aveling
Solehah Ishak
X menterjemah karya A. Samad Said yang berjudul Salina pada tahun 1975 dan Sungai Mengalir Lesu pada tahun 1981. X turut menterjemah karya Shahnon Ahmad yang berjudul ‘Srengenge’ (1977), Rentong (Rope of Ash, 1979) dan ‘Selesai Sudah’ (tajuk tejemahan ialah The Third Notch and other stories pada tahun 1980). Selain itu, X juga pernah menterjemah karya Ishak Haji Muhammad ‘Putera Gunung Tahan’ (The Prince of Mount Tahan) pada tahun 1978.
Siapakah X yang diperihalkan dalam konteks ini?
Barclay M Newman
Harry Aveling
Adibah Amin
Normah Mohd Noor
Yang manakah antara berikut TIDAK BENAR tentang terjemahan kesusasteraan tanah air?
Minat syarikat penerbitan asing mulai kendur untuk menerbitkan terjemahan karya sastera mulai kendur pada dekad 1980-an
Terjemahan membolehkan novel terhasil sebagai satu genre dalam dunia kesusasteraan Melayu.
Terjemahan mempercepatkan pembentukan novel sebagai satu genre dalam dunia sastera Melayu
Terjemahan mencetus penghasilan karya asli sastera Melayu moden
Kenal pasti penterjemah untuk teks berikut:
‘Saga’ karya Abd. Talib Mohd Hasan
Mohd Tajuddin Samsuddin
Hawa Abdullah
Solehah Ishak, Ungku Maimunah Tahir dan Robert B. Stubing
Adibah Amin
Kenal pasti penterjemah untuk teks berikut:
"Hujan Pagi" karya A. Samad Said
Hawa Abdullah
Harry Aveling
Adibah Amin
Normah Mohd Noor
Kenal pasti penterjemah untuk teks berikut:
‘Rimba Harapan’ karya Keris Mas
Mohd Tajuddin Samsuddin
Adibah Amin
Normah Mohd Noor
Hawa Abdullah
Kenal pasti penterjemah untuk teks berikut:
‘Sakura Mengorak Kelopak’ karya Arena wati
Mohd Tajuddin Samsuddin
Adibah Amin
Normah Mohd Nor
Hawa Abdullah
Kenal pasti penterjemah untuk teks berikut:
‘Juara’ karya S. Othman Kelantan
Hawa Abdullah
Mohd Tajuddin Samsuddin
Adibah Amin
Normah Mohd Noor
Karya ini diujarkan dan disampaikan, khususnya, untuk meraih perasaan dan simpati khalayak pendengar.
Karya ini juga biasanya diperdengarkan dalam majlis tertentu dengan tema yang tertentu.
Apakah bentuk karya yang dihuraikan dalam perenggan ini?
Teks ucapan
Puisi
Memoir
Jurnal Peribadi
Yang manakah antara berikut BENAR tentang penulisan karya kreatif?
I Bentuk penulisan yang berseni (artistik)
II Bentuk penulisan ini merupakan luahan imaginasi pengarang serta memperlihatkan gaya penulisan pengarang.
III Bentuk penulisan ini lazimnya menekankan penceritaan.
IV. Bentuk penulisan ini memperlihatkan perkembangan latar dan biasanya tidak mempunyai gaya puitis.
I dan II sahaja
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
I, II, III dan IV
Karya yang berasaskan kenang-kenangan seseorang (tentang pengalaman dan peristiwa dalam hidupnya) yang kerap berfokus pada beberapa insiden atau peristiwa yang penting yang meninggalkan kesan dalam hidup pengarang.
Bentuk karya kreatif yang dinyatakan dalam teks ini merujuk
Diari
Teks Ucapan
Memoir
Fiksyen
Penulis mendokumenkan kehidupannya secara berkala dalam bentuk log dan memperlihatkan emosinya dalam catatan harian.
Bentuk karya kreatif yang dihuraikan dalam konteks ini merujuk
Jurnal peribadi
Memoir
Biografi
Fiksyen
- Karya bukan fiksyen
- Cerita yang biasanya berkisar daripada pengalaman peribadi penulis
- Berfokus pada tema tertentu dan pengalaman penulis yang memuatkan watak penting, latar dan peristiwa yang benar dan menarik.
Apakah bentuk karya yang digagaskan ini?
Esei peribadi
Jurnal peribadi
Memoir
Skrip
Karya yang banyak bergantung kepada dialog watak, arahan pentas dan latar. Karya ini juga ditulis untuk filem dan tv, pementasan drama, saluran radio, iklan dan program podcast.
Apakah bentuk karya yang digagaskan ini?
Skrip
Jurnal Peribadi
Esei Peribadi
Puisi
