wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kerja Cuti Sekolah- F4 SEJARAH K1 (SET 3)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
1. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem kewangan Kesultanan Melayu Melaka. Sumber Pendapatan > Perdagangan > Cukai > Ufti Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguruskan sumber pendapatan tersebut?
a)
A. Bendahara
b)
B. Syahbandar
c)
C. Penghulu Bendahari
d)
D. Temenggung
2.
2. Apakah tanggungjawab golongan yang diperintah kepada pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka?
a)
A. Menjamin keselamatan
b)
B. Menjaga keamanan negara
c)
C. Memantapkan pentadbiran
d)
D. Memberikan kesetiaan
3.
3. Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara - negara lain di Asia Tenggara. Apakah tujuan gerakan nasionalisme di Thailand? I. Mempertahankan kedaulatan negara II. Mengukuhkan kedudukan raja III. Menentang kuasa barat IV. Melibatkan rakyat dalam pentadbiran
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
4.
4. Bagaimanakah golongan intelektual berpendidikan agama menyalurkan idea perjuangan mereka?
a)
A. Melibatkan kerajaan British
b)
B. Menggunakan akhbar dan majalah
c)
C. Menggalakkan penubuhan persatuan
d)
D. Memajukan sistem pendidikan
5.
5. Persidangan Damai Paris 1919 telah mewujudkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson. Apakah prinsip utama yang terkandung dalam deklarasi tersebut?
a)
A. Sempadan negara berasaskan bangsa
b)
B. Nasib negara di tangan pemerintah
c)
C. Angkatan tentera diperbesarkan
d)
D. Tanah jajahan dibebaskan
6.
6. Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan strategik ketenteraan. Apakah slogan yang mereka gunakan untuk menjayakan misi ini?
a)
A. Lindungi Asia
b)
B. Selamatkan Asia
c)
C. Merdekakan Asia
d)
D. Asia untuk orang Asia
7.
7. UMNO telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 pada Kongres Melayu di Johor Bahru, Johor. Apakah matlamat persatuan tersebut?
a)
A. Menentang Malayan Union
b)
B. Memajukan Tanah Melayu
c)
C. Menyingkirkan warga asing
d)
D. Mendamaikan pemimpin tempatan
8.
8. Apakah nilai yang boleh kita ambil daripada perjuangan tokoh - tokoh berikut? > Awang Rambli > Morsshidi Sidek > Rosli Dhoby
a)
A. Baik hati
b)
B. Kasih sayang
c)
C. Sanggup berkorban
d)
D. Hormat-menghormati
9.
9. Apakah tindakan yang dilakukan oleh PUTERA-AMCJA apabila British menolak perlembagaan rakyat?
a)
A. Melakukan mogok
b)
B. Menganjurkan hartal
c)
C. Mengadakan ceramah
d)
D. Melancarkan demonstrasi
10.
10. Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?
a)
A. Melonggarkan syarat kewarganegaraan
b)
B. Mengembalikan peranan pembesar
c)
C. Mengekalkan kuasa raja - raja
d)
D. Hak istimewa diiktiraf
11.
11. British bertindak meluluskan Trade Union of Ordinance No.9 of 1948. Apakah tujuan ordinan tersebut diluluskan?
a)
A. Menyekat pengaruh komunis
b)
B. Mengembalikan keyakinan
c)
C. Memulihkan keamanan
d)
D. Menangkap pengganas
12.
12. Maklumat berikut berkaitan dengan pasukan keselamatan yang telah ditubuhkan oleh British. X > Ditubuhkan pada tahun 1948 > Dilatih untuk mengawal ladang dan lombong > Menjadi barisan hadapan dalam menghadapi komunis Apakah X?
a)
A. Auxilliary Police
b)
B. Special Constables
c)
C. Cawangan Khas
d)
D. Senoi Praaq
13.
13. Apakah perkara yang diperjuangkan oleh Dato' Onn Jaafar melalui penubuhan Independece of Malayan Party (IMP)?
a)
A. Kedaulatan negara
b)
B. Perpaduan kebangsaan
c)
C. Kemerdekaan tanah air
d)
D. Pentadbiran yang licin
14.
14. Maklumat dibawah berkaitan dengan sistem pendidikan kebangsaan di negara kita. X > Diluluskan selepas meneliti Laporan Barnes dan Fenn Wu > Menggunakan bahasa rasmi persekutuan > Satu sistem berorientasikan Tanah Melayu Apakah X?
a)
A. Ordinan Pelajaran Koloni 1956
b)
B. Laporan Rahman Talib 1960
c)
C. Ordinan Pelajaran 1952
d)
D. Laporan Woodhead 1955
15.
15. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan syarat untuk menjadi pengundi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955? I. Hadir pada hari penamaan calon II. Mempunyai kelulusan universiti III. Warganegara Persekutuan Tanah Melayu IV. Berumur 21 tahun ke atas
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
16.
16. Siapakah wanita pertama yang telah mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
a)
A. Halimaton Abd Majid
b)
B. Siti Rahmah Kassim
c)
C. Datin Puteh Mariah
d)
D. Zaharah Abdullah
17.
17. Misi berikut dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 1955. Misi Rundingan London > Wakil Raja-Raja Melayu > Wakil Parti Perikatan Mengapakah misi ini penting kepada negara kita?
a)
A. Membincangkan perlembagaan
b)
B. Membentuk gagasan Malaysia
c)
C. Melindungi institusi raja-raja Melayu
d)
D. Mendapatkan latihan berkerajaan sendiri
18.
18. Apakah syarat mendapatkan kewarganegaraan berdasarkan Perjanjian Persekutuan 1957?
a)
A. Berjaya melupakan negara asal
b)
B. Tinggal di Tanah Melayu 15 tahun
c)
C. Lahir pada hari atau selepas merdeka
d)
D. Memiliki pekerjaan tetap di Tanah Melayu
19.
19. Gambar berikut menunjukkan bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor. Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada penduduk Tanah Melayu?
a)
A. Pengembalian kuasa raja mutlak
b)
B. Pengenalan bendera Malaysia
c)
C. Penamatan dasar konfrontasi
d)
D. Pentadbiran British berakhir
20.
20. Perjanjian Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) ditandatangani antara Persekutuan Tanah Melayu dan Britain pada tahun 1957. Apakah manfaat perjanjiaan tersebut?
a)
A. Memperkukuh ekonomi negara
b)
B. Melindungi hak asasi manusia
c)
C. Memperkukuh pertahanan
d)
D. Meluaskan pasaran barangan