Font size
WorksheetsUASA SEJARAH T3 SET 4
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Apakah kepentingan penciptaan kapal wap kepada kuasa-kuasa Barat?
Menghubungi ejen di Tanah Melayu dengan cepat
Mampu bersaing antara kuasa Barat
Memperoleh sanjungan yang tinggi
Menjimatkan kos perjalanan
Terusan Suez telah dibangunkan oleh Perancis pada tahun 1859. Apakah kesan daripada perkembangan tersebut?
Muatan yang banyak dapat dibawa
Mempercepat urusan perdagangan
Meluaskan tanah jajahan Perancis
Menghubungi ejen Perancis dengan cepat
Mengapakah Stamford Raffles dan William Farquhar ditugaskan mencari pelabuhan baharu British di Alam Melayu?
Menyaingi kemajuan Perancis
Menamatkan Perang Napoleon
Memecahkan penguasaan Belanda
Mengatasi persengketaan di Singapura
Apakah peranan Sistem Kapitan di Melaka?
Mengawal kegiatan ekonomi dagangan
Mengukuhkan sistem pertahanan negeri
Mewujudkan keamanan dan komuniti kaum
Mengatasi ancaman lanun di Selat Melaka
Mengapakah Raja Abdullah di Perak tidak ditabalkan sebagai sultan selepas kemangkatan Sultan Ali?
Tidak mempunyai kelayakan
Tidak hadir ke majlis pemakaman
Tidak berminat sebagai pemerintah
Tidak mendapat sokongan pembesar
Tunku Dhiauddin atau Tunku Kudin telah banyak memberi sumbangan kepada negeri Selangor.
Apakah sumbangan tokoh tersebut?
Memajukan daerah Klang
Menamatkan Perang Klang
Membangunkan Kuala Lumpur
Membuka bandar Maharani
Apakah DUA sebab perluasan kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dijalankan secara berperingkat?
Mengelakkan tindakan agresif Siam
Berada di bawah naungan Siam
Kekurangan sumber kewangan
Gangguan daripada kuasa Burma
Mengapakah Negeri-negeri Melayu Utara menghantar bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali kepada Siam?
Tanda pertuanan
Tanda kepatuhan
Tanda kemegahan
Tanda persahabatan
Mengapakah British menawarkan kepada Johor pinjaman wang sebanyak 200 000 dolar?
Membina jalan raya
Membina kereta api
Membina angkatan laut
Membina kediaman Konsul
Peranan Tukang-tukang Adat di Sabah ialah memastikan setiap upacara adat dilakukan dengan betul.
Apakah tujuan upacara adat tersebut dilakukan dengan betul?
Mendapat kerjasama kesukuan
Mengelakkan kejadian bencana
Melancarkan pentadbiran wilayah
Meningkatkan ketaatan masyarakat
Bagaimanakah tindakan James Brooke untuk memperkukuh pertahanan di Sarawak?
Penubuhan Renjer Sarawak
Pembinaan kubu pertahanan
Penggubalan undang-undang Barat
Penghantaran kapal perang HMS Dido
Mengapakah sektor perlombongan dan perladangan memerlukan modal yang besar?
Mengimport barangan luar
Menguasai harga pasaran
Melindungi pasaran tempatan
Meningkatkan proses pengeluaran
Apakah DUA faktor yang mendorong perkembangan perusahaan getah pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu?
Kejatuhan harga kopi di pasaran
Pengeluaran kopi yang berlebihan di Brazil
Penggunaan teknik pengeluaran moden
Kesungguhan British mengadakan kempen
Hospital Taiping merupakan hospital kerajaan yang terawal dibina di negeri-negeri Melayu.
Apakah tujuan utama hospital tersebut dibina?
Merawat buruh asing
Menjalankan penyelidikan
Kepentingan ekonomi British
Keperluan penduduk tempatan
Apakah DUA ciri masyarakat berbilang kaum semasa pentadbiran British di Tanah Melayu?
Pengasingan sosial dan budaya
Perpaduan antara kaum tercapai
Peningkatan taraf hidup penduduk
Perbezaan pendidikan dan pekerjaan
Bagaimanakah strategi Sharif Masahor untuk menggulingkan Dinasti Brooke?
Mewujudkan tipu helah
Mewujudkan manipulasi
Mengadakan pakatan sulit
Menandatangani perjanjian
Apakah tindakan Haji Abdul Rahman Limbong untuk mewakili penduduk Ulu Telemong menentang British?
Bertindak sebagai peguam
Menghantar surat bantahan
Mengadakan pakatan rahsia
Berkumpul mengadakan mogok
Sultan dan pembesar Perak telah bersumpah merahsiakan pakatan sulit yang dijalankan.
Bagaimanakah mereka mengikat taat setia bagi merahsiakan pakatan sulit tersebut?
Mencagarkan tanah
Meminum air keris
Memakai baju putih
Memakan sirih pinang
Bagaimanakah usaha Sultan Zainal Abidin III mengecam tindakan Siam menyerahkan Terengganu kepada British?
Memohon bantuan ketenteraan daripada Jerman
Mengemukakan bantahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat
Membatalkan hubungan luar dengan British
Menghentikan hantaran bunga emas kepada Siam
Bagaimanakah cara pembinaan Terusan Wan Muhammad Saman di Kedah?
Menggunakan peralatan moden
Membawa buruh dari Jawa Barat
Mengikut ukuran peta dari London
Menggunakan kaedah sistem kerah
