WorksheetsUASA SEJARAH T2 SET 3
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Masyarakat Alam Melayu telah mempunyai persamaan budaya dalam aspek seni persembahan.
Apakah aspek seni persembahan tersebut?
Sumber daripada Arab menamakan Kedah Tua sebagai
Kadaram
Kalah-bar
Kataha-Dvipa
Kalah-Nagara
Yuvaraja telah dilantik sebagai pembantu raja dalam kerajaan Srivijaya.
Apakah maksud yuvaraja?
Putera sulong
Raja Kecil
Raja Muda
Putera Mahkota
Apakah tugas Ketua Air dalam kerajaan Champa?
Menjaga perairan negara
Membekalkan bekalan air
Membina sistem perparitan
Menyelenggara terusan
Apakah bahasa yang ditulis pada Batu Bersurat Cherok Tok Kun di Pulau Pinang?
Bahasa Arab
Bahasa Melayu
Bahasa Sanskrit
Bahasa Jawa Kuno
Apakah DUA sastera Islam yang berkembang di Alam Melayu setelah berlaku penyebaran Islam?
Pantun
Nazam
Gurindam
Sajak
Mengapakah masyarakat Alam Melayu melakukan penyembahan nenek moyang?
Menghindari kesusahan di dunia
Mengelakkan pencemaran alam
Meningkatkan kesuburan tanah
Memperbanyak hasil tanaman
Apakah sumbangan kerajaan Demak terhadap penyebaran Islam di kerajaan Majapahit pada abad ke-16?
Menjadi pusat pengajian Islam
Menubuhkan institusi baitulmal
Membina pusat penterjemahan
Memperkenalkan jawatan mufti
Apakah tujuan pemerintah Melaka dikaitkan dengan susur galur daripada Iskandar Zulkarnain?
Mengekalkan keamanan dan kemakmuran negeri
Meningkatkan taraf kedudukan tinggi kepada sultan
Menjadikan sultan sebagai simbol perpaduan rakyat
Menimbulkan rasa gerun rakyat terhadap sultan
Siapakah tokoh yang dihantar oleh Melaka untuk mengetuai utusan ke Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan?
Tun Perak
Tun Telanai
Tun Hamzah
Tun Seri Lanang
Raja Kechil telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor Riau.
Bagaimanakah tindakan Raja Sulaiman menghalang pengisytiharan tersebut?
Menyerang kubu pertahanan Raja Kechil
Meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara
Melantik Tun Abdul Jalil sebagai Menteri Besar
Menggalakkan kemasukan kapal perang Portugis
Apakah hasil dagangan yang dipasarkan oleh pedagang Siam ke pelabuhan Johor?
Surat Ciri merupakan alat kebesaran Kesultanan Perak.
Apakah Surat Ciri tersebut?
Ikrar taat setia sebagai ketua kerajaan negeri
Identiti kedaulatan dan kemegahan Raja Perak
Simbol kepada kewujudan institusi kesultanan
Puisi yang memuji kebesaran Raja-Raja Melayu
Apakah hadiah yang telah diberi oleh Tok Temong kepada Sultan Muzaffar Shah semasa hari pertabalan baginda?
Cogan Alam
Mahkota Diraja
Sundang Diraja
Mestika Embun
Pemerintahan kerajaan Kedah berkembang menerusi pembukaan Kota Siputih.
Apakah tujuan pembukaan kota tersebut?
Langkah meningkatkan kemajuan negeri
Pengiktirafan kuasa luar terhadap kerajaan
Strategi menghadapi ancaman dalam dan luar
Keselamatan perairan terjamin dan diperkukuh
Di manakah lokasi Kota Kubang Labu yang pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan Kelantan?
Kelantan Barat
Kelantan Timur
Kelantan Utara
Kelantan Selatan
Majlis Pemasyhuran dilaksanakan untuk melantik pengganti sultan atau raja yang mangkat.
Bilakah majlis tersebut akan dilaksanakan?
Setelah urusan pemakaman
Semasa urusan pemakaman
Semasa proses perkabungan
Sebelum jenazah dimakamkan
Apakah badan yang ditubuhkan untuk bertindak sebagai penasihat sultan dan raja?
Dewan di-Raja
Majlis Raja-Raja Melayu
Dewan Undangan Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Apakah bentuk sistem pemerintahan tempatan di kawasan pedalaman Sarawak?
Kerajaan
Kedatuan
Kesukuan
Ketua bebas
Mengapakah pemimpin penting dalam sesebuah masyarakat?
Melaksanakan pentadbiran secara kuku besi
Menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul
Mengekalkan kehidupan tradisi dalam dunia moden
Menggunakan masyarakat untuk kepentingan sendiri
