WorksheetsBAB 5 T4 : GENETIK
Total questions: 16
Worksheet time: 16mins
Melaka (2023) : Antara yang berikut, di manakah berlakunya proses meiosis pada tumbuhan?
Hujung pucuk
Anter
Akar
Buah
Melaka (2023) : Maklumat berikut menunjukkan genotip seorang lelaki yang boleh menggulung lidah berkahwin dengan seorang perempuan yang tidak boleh menggulung lidah.
Apakah nisbah kebarangkalian untuk mendapatkan anak yang boleh menggulung lidah kepada tidak boleh menggulung lidah?
1:1
2:1
3:1
1:3
Melaka (2023) : Kejuruteraan genetik ialah istilah yang digunakan untuk pengubahsuaian genetik sesuatu organisma.
Antara yang berikut, manakah merupakan keburukan Teknologi Kejuruteraan Genetik dalam kehidupan?
Menghasilkan tumbuhan dan ternakan yang berkualiti
Menghasilkan insulin dan enzim daripada bakteria yang boleh meningkatkan kesihatan manusia
Menghasilkan organisma yang mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap racun perosak
Mengenal pasti dan menentukan penyakit keturunan dan seterusnya merawat penyakit tersebut
Perlis (2023) : Rajah menunjukkan proses yang berlaku semasa meiosis.
Apakah kepentingan proses ini?
Menghasilkan variasi antara spesies
Menggantikan sel yang telah rosak atau mati
Terlibat dalam pertumbuhan dengan menambahkan bilangan sel
Menghasilkan sel baharu yang mempunyai kandungan genetik yang serupa dengan sel induk
Perlis (2023) : Maklumat berikut menunjukkan gejala bagi suatu penyakit baka.
• Disebabkan mutasi gen
• Individu ini mengalami kesukaran darah membeku
Apakah penyakit baka di atas?
Albinisme
Hemofilia
Talasemia
Anemia sel sabit
Perlis (2023): Rajah menunjukkan pewarisan sejenis penyakit gangguan gen.
Apakah nisbah anak lelaki buta warna kepada anak perempuan normal tapi pembawa?
1:1
1:2
1:3
3:1
Perlis (2023): Rajah menunjukkan sebuah histogram yang mewakili sejenis variasi.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai variasi tersebut?
Menunjukkan perbezaan yang ketara dan sangat jelas antara individu
Boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran
Graf berbentuk diskrit
Tidak boleh diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang berikutnya
Kedah (2023): Rajah menunjukkan suatu proses semasa meiosis.
Apakah proses itu?
Mitosis
Pindah silang
Persenyawaan
Replikasi DNA
Kedah (2023): Rajah 6 menunjukkan histogram yang mewakili sejenis variasi.
Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai variasi tersebut?
Merupakan variasi tak selanjar
Contoh variasi ialah ketinggian
Tidak dipengaruhi oleh persekitaran
Menunjukkan perbezaan yang ketara
Kelantan (2023) : Rajah menunjukkan kacukan antara pokok bunga merah dan pokok bunga kuning.
M mewakili gen dominan bagi bunga merah dan m mewakili gen resesif bagi bunga kuning. Apakah genotip bagi kedua-dua induk tersebut?
Mm x Mm
MM x mm
Mm x MM
Mm x mm
Kelantan (2023) : Seorang petani moden ingin mendapatkan hasil tanaman seperti ciri-ciri di bawah:
- Kentang bersaiz besar
- Terung yang lambat rosak
- Cili yang tahan serangan penyakit
Kaedah manakah yang paling sesuai untuk menghasilkan ciri-ciri tanaman seperti di atas?
Menggunakan teknik kultur tisu
Menggunakan baja yang berkualiti
Menggabungkan gen daripada dua spesies yang berbeza
Membuat cantuman mata tunas dari dua pokok yang berbeza
Terengganu (2023) : Rajah menunjukkan sebahagian
dari skema perwarisan ciri bagi kebolehan menggulung lidah keluarga Encik Ahmad. Anak pertama Encik Ahmad telah berkahwin dengan seorang wanita yang mempunyai genotip BB. Pasangan ini telah memperoleh seorang anak bernama Azrul. Padanan manakah yang betul menunjukkan gentotip dan fenotip bagi Azrul?
Genotip : BB
Fenotip : Boleh menggulung lidah
Genotip : BB
Fenotip : Tidak boleh menggulung lidah
Genotip : Bb
Fenotip : Tidak boleh menggulung lidah
Genotip : bb
Fenotip : Boleh menggulung lidah
Terengganu (2023) : Antara berikut, yang manakah contoh variasi tak selanjar?
Jantina
Ketinggian
Warna kulit
Berat badan
Negeri Sembilan (2023) : Rajah menunjukkan satu proses semasa pembahagian sel. Apakah proses X?
Replikasi kromosom
Sitokinesis
Kromosom homolog
Pindah silang
Negeri Sembilan (2023) : Rajah menunjukkan perwarisan warna bulu bagi kucing. Gen dominan menghasilkan bulu hitam manakala gen resesif menghasilkan bulu putih. Berapakah peratus kemungkinan mendapat anak bulu putih?
50%
100%
25%
75%
Negeri Sembilan (2023) : Rajah menunjukkan dua jenis graf bagi variasi.
Antara berikut, yang manakah betul?
Graf A : Kualitatif
Graf B : Kuantitatif
Graf A : Perbezaan tidak ketara
Graf B : Perbezaan ketara
Graf A : Graf berbentuk diskrit
Graf B : Graf berbentuk normal
Graf A : Boleh diwarisi
Graf B : Tidak boleh diwarisi
