Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UASA SAINS 2

Total questions: 108

Worksheet time: 54mins

Name
Class
Date
1.

Mikroorganisma ialah ...........

a)

hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

b)

hidupan seni yang boleh dilihat di bawah mikroskop

c)

hidupan seni yang boleh dilihat menggunakan teleskop

d)

hidupan seni boleh dilihat dengan mata kasar

2.

Rajah menunjukkan sejenis mikroorganisma. Apakah nama mikroorganisma tersebut?

a)

bakteria

b)

fungi

c)

protozoa

d)

virus

3.

Perhatikan rajah di bawah. Yang manakah merupakan interaksi intraspesies?

a)
b)
c)
d)
4.

Rajah di bawah menunjukkan aktiviti pemuliharaan kecuali...

a)
b)
c)
d)
5.

Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan. Apakah jenis interaksi tumbuhan itu?

a)

komensalisme

b)

parasitisme

c)

mutualisme

d)

persaingan

6.

Rajah menunjukkan satu bentuk simbiosis antara haiwan. Pilih pernyataan yang betul.

a)

Buaya dan burung sama-sama mendapat keuntungan

b)

Burung akan menjadi makanan buaya

c)

Burung mendapat faedah manakala buaya tidak mendapat apa-apa

d)

Buaya mendapat faedah manakala burung rugi

7.

Rajah menunjukkan satu aktiviti yang melibatkan daya. Apakah daya yang terlibat?

a)

tolakan

b)

tarikan

c)

tolakan dan tarikan

d)

geseran

8.

Apakah kesan daya daripada aktiviti yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

daya mengubah arah pergerakan objek

b)

daya mengubah bentuk objek

c)

daya memberhentikan objek yang sedang bergerak

d)

daya menggerakkan objek pegun

9.

Rajah menunjukkan kesan daya geseran. Apakah faktor yang mempengaruhi daya geseran?

a)

luas permukaan

b)

jenis permukaan

c)

jisim objek

d)

kecondongan permukaan

10.

Rajah menunjukkan seorang lelaki menolak sebuah kotak. Arah daya geseran ialah.....

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

11.

Rajah menunjukkan fasa-fasa Bulan. Namakan fasa X dan Y.

a)

X- Bulan sabit, Y- Bulan purnama

b)

X- Hampir purnama, Y- Bulan separa

c)

X- Bulan separa, Y- Hampir purnama

d)

X- Anak bulan, Y- Bulan separa

12.

Kejadian fasa-fasa Bulan disebabkan oleh....

a)

Bulan berputar pada paksinya dari barat ke timur.

b)

kedudukan Bulan yang menerima cahaya matahari adalah berbeza

c)

Bulan memantulkan cahaya matahari ke Bumi

d)

Bulan adalah satelit semula jadi

13.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan objek. Pemboleh ubah dimanipulasi ialah.....

a)

ketinggian objek

b)

tempat objek diletakkan

c)

luas tapak objek

d)

masa objek tumbang

14.

Susun objek dalam rajah mengikut kestabilan menurun.

a)

P, R, Q

b)

P, Q, R

c)

Q, P, R

d)

Q, R, P

15.

Rajah menunjukkan proses fotosintesis. Apakah gas P dan Q?

a)

P- karbon dioksida, Q- oksigen

b)

P- oksigen, Q- karbon dioksida

c)

P- oksigen, Q- nitrogen

d)

P- karboh dioksida, Q- wap air

16.

Rajah menunjukkan sebuah kuboid. Hitung isipadu kuboid itu.

a)

6 cm3

b)

8 cm3

c)

12 cm3

d)

24 cm3

17.

Pilih pernyataan yang betul.

a)

Suhu ialah darjah kepanasan suatu kesejukan suatu objek

b)

Jisim ialah kuantiti jirim yang terdapat dalam suatu objek

c)

Ais yang melebur akan membebaskan haba

d)

Hubungan makanan antara hidupan di kenali sebagai rantai makanan

18.

Rajah menunjukkan ciri-ciri tiga sifat kimia bahan. Pilih sifat kimia yang betul.

a)

K- asid, L- alkali, M- neutral

b)

K- alkali, L- asid, M- neutral

c)

K- neutral, L- asid, M- alkali

d)

K- asid, L- neutral, M- alkali

19.

Rajah menunjukkan satu proses yang dialami manusia. Apakah proses itu?

a)

penyahtinjaan

b)

perkumuhan

c)

respirasi

d)

pepeluhan

20.

Rajah menunjukkan kegigian sejenis haiwan. Tabiat makan haiwan itu ialah....

a)

herbivor

b)

karnivor

c)

omnivor

d)

multivor

21.

Geseran akan menjadi masalah kepada kita apabila geseran

a)

menyebabkan tayar menjadi haus

b)

menyebabkan kereta terbabas

c)

mengelakkan kita daripada tergelincir

d)

memperlahankan kereta yang bergerak

22.

Dalam situasi manakah daya geseran adalah berguna?

a)

Penghasilan haba dalam mesin

b)

tayar kereta menjadi haus

c)

penghasilan bunyi apabila pintu dibuka

d)

mengasah pisau pada batu asah

23.

Pilih keburukan Daya Geseran.

a)

Menghasilkan bunyi yang tidak diingin

b)

Membolehkan objek kekal pegun

c)

Menghasilkan haba

d)

Membekalkan tenaga

24.

-Tidak dapat dilihat

-Objek semakin menjauhi

Apakah yang merujuk kepada maklumat di atas?

a)

daya geseran

b)

daya tolakan

c)

daya tarikan

d)

kesan daya

25.

TARIKAN ialah.....

a)

Perbuatan membawa objek menjauhi kita.

b)

Perbuatan membawa objek mendekati kita.

c)

Perbuatan menarik-narik.

d)

Menolak antara satu sama lain

26.

Antara aktiviti berikut, yang manakah menunjukkan daya dapat mengubah bentuk objek?

a)

Budak lelaki menendang bola

b)

penjaga gol menangkap bola

c)

Budak lelaki menekan tin aluminium

d)

Bola tenis dipukul ke arah lawan

27.

Antara berikut yang manakah mempunyai geseran paling kecil?

a)

memperlahankan basikal yang bergerak

b)

berjalan di atas jubin yang licin

c)

memegang pensel

d)

mengasah pensel

28.

Berikut merupakan kesan Daya terhadap objek KECUALI

a)

Daya mengubah bentuk objek

b)

Daya mengubah arah pergerakan objek

c)

Daya mengubah jisim objek

d)

Daya memberhentikan objek yang bergerak

29.

Jawapan di bawah menyatakan KEBAIKAN Daya Geseran, KECUALI

a)

Menghasilkan haba

b)

Memegang objek

c)

Memperlahankan objek bergerak dan akhirnya berhenti

d)

Melajukan pergerakan objek

30.

Aktiviti di bawah melibatkan daya tarikan dan tolakan KECUALI....

a)

mendayung sampan

b)

menghiris timun

c)

melontar buah kelapa

d)

menggergaji kayu

31.

Farah ingin memindahkan sebuah kotak yang berat. Apakah cara yang PALING SESUAI untuk memudahkan Fatin?

a)

membasahkan permukaan kelasnya dengan air

b)

menarik menggunakan tali

c)

memasang tikar getah

d)

menyapu pelincir di bawah kotak itu

32.

Maklumat berikut menunjukkan dua aktiviti.

-memberus gigi

-menggergaji papan

Apakah daya yang terlibat dalam kedua-dua aktiviti ini?

a)

tarikan

b)

tarikan dan tolakan

c)

tolakan

d)

tolakan atau tarikan

33.

Nyatakan maksud daya?

a)

Merupakan tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek

b)

Daya yang melawan gerakan pada dua permukaan yang bersentuhan

c)

Kepantasan sesuatu objek bergerak dari satu tempat ketempat lain.

d)

tiada daya yang menolak atau menarik

34.

Nyatakan maksud Daya Geseran.

a)

Kecenderungan badan untuk mengekalkan keadaan rehat atau gerakan seragam kecuali oleh tentera luar.

b)

Merupakan daya yang menentang arah pergerakan objek

c)

Suatu benda adalah gaya yang disebabkan oleh gravitasi berkaitan dengan masa benda tersebut.

d)

daya yang bergetar

35.

-Meletakkan minyak pelincir pada enjin

-Menggunakan alas bebola

-Menyapu lilin pada permukaan

Antara yang berikut,yang manakah adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti di atas?

a)

kebaikan daya geseran

b)

kaedah mengurangkan geseran

c)

kesan daya geseran

d)

kaedah menambahkan geseran

36.

Daya tidak boleh........... namun kesannya ke atas objek dapat dilihat dan .............

a)

dilihat.....dirasai

b)

pegang.....dirasai

c)

dirasai....dipegang

d)

disentuh...dipegang

37.

Nyatakan dua jenis daya.

a)

Tolakan & Himpitan

b)

Tarikan & Tolakan

c)

Tolakan & Geseran

d)

Geseran

38.

Jawapan di bawah menyatakan KEBAIKAN Daya Geseran, KECUALI

a)

Melajukan pergerakan objek

b)

Memegang objek

c)

Menghasilkan haba

d)

Memperlahankan objek bergerak dan akhirnya berhenti

39.

Berdasarkan pilihan di bawah adalah Ciri-ciri Daya KECUALI

a)

Tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa.

b)

Daya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa.

c)

Kesan daya boleh dilihat.

40.

TOLAKAN ialah.....

a)

Perbuatan menggerakkan objek mendekati kita.

b)

Perbuatan menggerakkan objek menjauhi kita.

c)

Perbuatan menolak objek.

d)

Perbuatan menarik kemudian menolak

41.

Apakah maksud mikroorganisma?

a)

hidupan yang dapat dilihat dengan mata kasar

b)

hidupan yang besar yang sukar dilihat

c)

hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

d)

hidupan berseni yang mudah dilihat

42.

Yang manakah antara berikut BUKAN mikroorganisma?

a)

Bakteria

b)

Fungi

c)

Berudu

d)

Protozoa

43.

Mikroorganisma dapat dilihat melalui...........

a)
b)
c)
d)
44.
Antara yang berikut, yang manakah senarai kumpulan mikroorganisma yang betul?
a)
Bakteria, virus, protozoa, kulat dan alga
b)
Bakteria, virus, proton, fungi dan alga
c)
Bakteria, berus, protozoa, kulat dan alga
d)
Bakteria, virus, protozoa, fungi dan agar-agar
45.
1. Antara berikut, yang manakah ialah Protozoa ?
a)
Paramesium
b)
Yis
c)
Kulat
d)
Plakton
46.

Antara berikut, yang manakah Tidak Benar tentang ciri mikroorganisma?

a)

Boleh bernafas

b)

Boleh bertumbuh

c)

Boleh bergerak

d)

Boleh membawa bahaya kepada semua orang

47.
Sekeping kek yang telah dibiarkan diletakkan di atas meja selama seminggu didapati berkulat. Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat?
a)
Panas dan kering
b)
Panas dan lembap
c)
Sejuk dan kering
d)
Sejuk dan lembap
48.

Apakah jenis mikroorganisma yang ditunjukkan di atas?

a)

Virus

b)

Kulat

c)

Bakteria

d)

Protozoa

49.

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang mikroorganisma itu?

a)

Mikroorgansma itu adalah yis

b)

Mikroorganisma itu adalah benda hidup

c)

Mikroorganisma itu membiak dan bernafas

d)

Mikroorganisma itu adalah sangat berbahaya

50.
Salmonella, Streptococus dan Escherichia coli merupakan jenis-jenis _____________.
a)
Fungi
b)
Bakteria
c)
Alga
d)
Protozoa
51.
Antara berikut, yang manakah bukan kesan buruk mikroorganisma?
a)
Keracunan makanan
b)
Pereputan gigi
c)
Penyakit berjangkit
d)
Pencemaran udara
52.
Cirit-birit, muntah-muntah dan pening kepala ialah tanda-tanda ________________ makanan.
a)
kekenyangan
b)
keracunan
c)
kemanisan
d)
pereputan
53.
Tempe, roti dan tapai adalah contoh makanan yang diperbuat menggunakan _____________.
a)
Yis
b)
Bakteria
c)
Protozoa
d)
Tepung
54.
Apakah yang dimaksudkan dengan kelajuan?
a)
Ukuran cepat sesuatu objek bergerak
b)
Ukuran cepat atau lambat sesuatu objek bergerak
c)
Ukuran lambat sesuatu objek bergerak
d)
Ukuran masa kelajuan yang diambil
55.

Antara yang berikut, yang manakah bukan unit laju?

a)

sentimeter per saat

b)

kilometer per jam

c)

meter per saat

d)

kilowatt per jam

56.
Apakah faktor kelajuan sesuatu objek ?
a)
Jarak yang dilalui
b)
Masa yang diambil
c)
Jarak yang dilalui dan masa yang diambil
d)
Beza antara tempat
57.
Semua unit kelajuan di bawah adalah betul KECUALI
a)
 satu per kilogram
b)
sentimeter per saat
c)
meter per saat
d)
kilometer per jam
58.

Carta palang dalam rajah di bawah menunjukkan jarak yang dilalui oleh empat jenis objek dalam masa 60 saat.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

a)

Objek J lebih laju daripada objek K

b)

Objek M lebih laju daripada objek J

c)

Objek ​J dan M lebih laju daripada objek K

d)

Objek K dan L lebih laju daripada objek J dan M

59.

Antara haiwan berikut, yang manakah bergerak paling laju?

a)
b)
c)
d)
60.

Antara yang berikut, yang manakah melibatkan ukuran laju suatu objek yang bergerak?

a)

L sahaja

b)

J dan K

c)

J dan L

d)

K dan L

61.

Objek yang ___________ tidak mempunyai kelajuan.

a)

hidup

b)

bukan hidup

c)

bergerak

d)

pegun

62.
Apakah alat yang ditunjukkan di dalam gambar ?
a)
jam tangan
b)
jam digital
c)
jam sukan
d)
jam randik
63.
Objek yang bergerak mempunyai ________.
a)
jisim
b)
kelajuan
c)
jarak
d)
masa
64.
Apakah haiwan yang terpantas di dunia?
a)
Kuda
b)
Arnab
c)
Cheetah
d)
Harimau
65.

Satu aktiviti dijalankan untuk menentukan kelajuan larian beberapa orang murid. Antara langkah berikut, yang manakah tidak diperlukan?

a)

Tetapkan jarak yang akan dilalui oleh murid

b)

Ukur ketinggian dan berat badan setiap murid

c)

Tandakan garisan permulaan dan garisan penamat pada jarak yang ditetapkan

d)

Catat masa yang diambil untuk melalui jarak yang ditetapkan dengan jam randik

66.

Seekor tikus dapat bergerak sejauh 4 meter dalam masa 60 saat. Apakah unit kelajuan yang sesuai digunakan?

a)

m/s

b)

cm/s

c)

km/j

d)

km/m

67.

Jarak antara bandar P dan bandar Q ialah 300 km. Sebuah kereta mengambil masa 4 jam untuk bergerak dari bandar P ke bandar Q. Berapakah kelajuan kereta itu?

a)

60 km/j

b)

65 km/j

c)

70 km/j

d)

75 km/j

68.

Apakah formula mengira kelajuan?

a)

Kelajuan ×\times Masa

b)

Jarak ×\times Masa

c)

Masa ÷\div Jarak

d)

Jarak ÷\div Masa

69.

Faktor yang mempengaruhi kelajuan ialah

a)

Jarak dan masa

b)

Masa dan unit

c)

Jarak dan jenis objek

d)

Masa dan jisim

70.

Apakah unit kelajuan yang sesuai untuk haiwan berikut?

a)

km/s

b)

cm/s

c)

m/s

d)

m/m

71.

Papan ini sesuai diletak sekitar kawasan X.

Apakah kawasan X?

a)

Sekolah

b)

Taman awam

c)

Pasar raya

d)

Pejabat polis

72.

Antara bot berikut, yang manakah bergerak paling laju?

a)

Bot P yang bergerak sejauh 100 meter dalam masa 20 saat.

b)

Bot Q yang bergerak sejauh 90 meter dalam masa 20 saat.

c)

Bot R yang bergerak sejauh 80 meter dalam masa 20 saat.

d)

Bot S yang bergerak sejauh 70 meter dalam masa 20 saat.

73.

Sebuah kereta api mengambil masa 2 jam untuk bergerak sejauh 200 km. Berapakah kelajuannya?

a)

100 km/j

b)

180 km/j

c)

120 km/j

d)

80 km/j

74.
Rajah  menunjukkan  struktur gigi manusia.
Apakah  jenis gigi Q?
a)
Gigi susu
b)
Gigi geraham
c)
Gigi berlubang
d)
Gigi kacip
75.
Rajah menunjukkan dua jenis haiwan.
Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku jika litupan badan Haiwan P di tukarkan kepada  litupan badan Haiwan Q?
a)
Haiwan P akan mati.
b)
Haiwan P kekal hidup manakala Haiwan Q mati.
c)
Haiwan P dan Q akan  bermigrasi ke habitat lain.
d)
Haiwan P mati  kepanasan manakala Haiwan Q mati kesejukan
76.
Maklumat berikut ialah tentang proses hidup manusia
Mengapakah manusia perlu menjalani proses perkumuhan dan  penyahtinjaan?
a)
Bagi memastikan badan kekal sihat.
b)
Untuk mengelakkan penyakit berjangkit.
c)
Supaya kesihatan mental dan fizikal lebih baik.
d)
Untuk memastikan bekalan
oksigen sentiasa mencukupi.
77.
Rajah  menunjukkan sebuah akuarium yang diperbuat daripada sejenis bahan.
Manakah antara berikut menerangkan tentang sifat bahan itu?
a)
Memancarkan cahaya ke persekitaran.
b)
Membenarkan semua cahaya menembusinya.
c)
Menghalang cahaya daripada menembusinya.
d)
Membenarkan sebahagian cahaya menembusinya.
78.
Rajah menunjukkan susunan planet dalam sistem suria.
Planet manakah yang paling sejuk?
a)
Q
b)
P
c)
S
d)
R
79.
Rajah menunjukkan suatu siratan makanan di sebuah kolam.
Apakah yang akan berlaku jika bilangan ikan besar berkurang dengan banyak?
a)
Ikan kecil berkurang
b)
Katak bertambah
c)
Kumbang air bertambah
d)
Jentik-jentik bertambah
80.
Tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas untuk menyesuaikan diri dengan iklim dan perubahan musim. Antara berikut, yang manakah padanan yang betul?
a)
Pokok pisang   : Daun berbentuk jarum
b)
Pokok kaktus :  Menggugurkan daun
c)
Pokok tomato:  Menggulungkan daun
d)
Pokok kelapa :Daun berpecah-pecah
81.
Rajah menunjukkan sebatang sudu yang berada dalam segelas air.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang penyiasatan itu?
a)
Cahaya bergerak lurus.
b)
Cahaya boleh dibengkokkan
c)
Cahaya boleh dipantulkan
d)
Cahaya boleh dibiaskan.
82.
Rajah menunjukkan sebuah litar selari.
Apakah yang akan berlaku jika suis S2 dibuka?
a)
Hanya mentol M1 akan menyala.
b)
Hanya mentol M1 dan M3 akan menyala .
c)
Ketiga-tiga mentol M1,M2 dan M3 tidak menyala.
d)
Ketiga-tiga mentol M1,M2 dan M3 akan menyala
83.
Rajah menunjukkan satu eksperimen.
Mengapakah belon berubah saiz apabila botol di dalam bekas X dipindahkan ke dalam bekas Y?
a)
Belon menjadi sejuk.
b)
Haba dibebaskan ke udara.
c)
Udara mengembang apabila dipanaskan.
d)
Udara mengecut apabila disejukkan
84.
Antara situasi berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan penyejatan air?
a)
Ais krim diletakkan di atas meja menjadi cair selepas beberapa minit.
b)
Kuantiti air di dalam mangkuk berkurang selepas diletakkan di bawah Matahari selama 2 jam.
c)
Peluh pada badan kita hilang apabila duduk di bawah kipas yang berpusing.
d)
Baju sekolah yang basah menjadi kering selepas dijemur.
85.
Rajah menunjukkan sebuah basikal dan beca.
Mengapakah beca lebih stabil dari basikal?
a)
Ketinggian beca lebih dari basikal.
b)
Ketinggian basikal lebih dari beca
c)
Luas tapak basikal lebih besar dari beca
d)
Luas tapak beca lebih besar dari basikal.
86.
Antara berikut , manakah mikroorganisma yang paling kecil?
a)
Alga
b)
Protozoa
c)
Fungi
d)
Virus
87.
Rajah menunjukkan satu interaksi yang berlaku antara buaya dengan burung.
Apakah jenis simbiosis yang ditunjukkan dalam Rajah ?
a)
Komensalisme
b)
Mutualisme
c)
Persaingan interspesies
d)
Parasitisme
88.
Yati dan Zila berada dalam keadaan seimbang di atas papan jongkang-jongket.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
a)
Yati lebih berat daripada Zila
b)
Zila lebih berat daripada Yati
c)
Zila dan Yati sama berat
d)
Berat Zila ialah 30 kg, manakala berat Yati ialah 40 kg
89.

Mikroorganisma yang digunakan dalam pembuatan tempe ialah

a)

Bakteria

b)

Fungi

c)

Virus

d)

Protozoa

90.

Akar ini terdapat pada tumbuhan berikut

a)

Pokok bunga raya

b)

Pokok rambutan

c)

Pokok keembung

d)

Pokok bawang

91.

Antara berikut yang manakah makanan yang membantu menjaga kesihatan?

a)
b)
c)
d)
92.

Apakah keperluan asas bagi manusia dan haiwan?

a)

air dan makanan sahaja

b)

air, makanan dan udara sahaja

c)

air, makanan, udara dan tempat tinggal sahaja

d)

air, cahaya, dan udara sahaja

93.

Rajah menunjukkan ayunan sebuah bandul.

Mengapakah ayunan bandul sesuai digunakan untuk mengukur masa?

a)

Panjang bandul adalah seragam

b)

Ayunan bandul berulang dengan seragam

c)

Bandul tidak berayun dengan seragam

d)

Bandul berulang secara seragam

94.

Apakah yang anda dapati daripada penyiasatan di atas?

a)

Belon mengembang apabila dipanaskan

b)

udara mengembang apabila dipanaskan

c)

Belon mengecut apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan

d)

udara mengembang apabila dipanskan dan mengecut apabila disejukkan

95.

Apakah sifat udara yang ditunjukkan sekiranya bahagian hujung picagari ditutup dan omboh picagari ditolak?

a)

Udara mempunyai jisim

b)

Udara memenuhi ruang

c)

udara mempunyai isipadu tetap

d)

Udara boleh dimampatkan

96.

Bagaimanakah fenomena ini terjadi?

a)

Pergerakan Bulan mengelilingi Matahari

b)

Putaran Bulan mengelilingi Bumi

c)

Pergerakan Bumi mengelilingi Matahari

d)

Putaran Bumi di atas paksinya

97.

Fasa bulan berikut terjadi pada berapa haribulan?

a)

3-6 haribulan

b)

11-13 haribulan

c)

14-16 haribulan

d)

26-29 haribulan

98.

Antara berikut, pernyataan manakah benar mengenai persaingan?

a)

Persaingan hanya berlaku dikalangan haiwan

b)

Persaingan hanya berlaku pada spesies yang berlainan

c)

Persaingan hanya berlaku dalam spesies yang sama

d)

Persaingan di kalangan benda hidup berlaku kerana sumber yang terhad

99.

Apakah maksud pengawetan makanan?

a)

Proses penyimpanan makanan sejukbeku

b)

Pemprosesan makanan menghalang atau melambatkan pertumbuhan mikroorganisma

c)

Proses melindungi makanan daripada rosak

d)

Pemprosesan makanan supaya tahan lebih lama dan sedap dimakan

100.

Pendidihan dapat ....

a)

Melambatkan pertumbuhan mikroorganisma

b)

Menghalang pertumbuhan mikroorganisma

c)

Menyebabkan mikroorganisma tidak aktif

d)

Membunuh mikroorganisma

101.

Cili, mangga muda dan timun adalah contoh makanan yang sesuai diawet melalui kaedah...

a)

Pembungkusan vakum

b)

Penyalaian

c)

Penyejukbekuan

d)

Penjerukan

102.

Ketiadaan udara melalui kaedah pembungkusan vakum telah menyebabkan...

a)

Bakteria akan mati

b)

Bakteria tidak boleh bernafas

c)

Bakteria tidak boleh bertumbuh dan membiak

d)

Bakteria tidak aktif

103.

Berapakah bacaan suhu bagi kaedah penyejukbekuan?

a)

18oC ke bawah

b)

18oC ke atas

c)

0oC ke bawah

d)

0oC ke atas

104.

Di antara makanan berikut, manakah yang sesuai diawet melalui kaedah penyalaian?

a)

Epal dan sotong

b)

Pisang dan ikan

c)

Mangga dan ikan bilis

d)

Cendawan dan tomato

105.

Kegunaan garam dalam kaedah pemasinan adalah untuk...

a)

Menyingkirkan kelembapan pada makanan

b)

Menambah kemasinan pada makanan

c)

Menambah keenakan rasa makanan

d)

Menambah kesegaran makanan

106.

Di antara yang berikut manakah BUKAN kepentingan pengawetan?

a)

Boleh mengatasi masalah bekalan makanan semasa kecemasan

b)

Makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dapat dinikmati di negara lain

c)

Makanan mudah diangkut dan disimpan

d)

Makanan lebih berkualiti dan lebih mahal

107.

Sayur-sayuran yang tidak diawet akan...

a)

berlendir dan bertompok hitam

b)

bertukar menjadi kehitaman dan berbau busuk

c)

bertukar menjadi kekuningan dan layu

d)

berkulat dan berbau masam

108.

Kerosakan makanan yang tidak diawet berpunca daripada...

a)

Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab

b)

Tindakan mikroorganisma

c)

Tindakan pembekal makanan

d)

Tindakan pengusaha gerai makanan

Similar Resources on Wayground