WorksheetsMuamalat Pendidikan Islam Tingkatan 4
Total questions: 30
Worksheet time: 16mins
Apakah pengertian البيع?
Pemberian sesuatu sebagai hadiah
Memberi hutang
Pertukaran sesuatu dengan sesuatu
Memberi pinjam sesuatu barang
Berapakah rukun akad?
Satu
Tiga
Dua
Empat
Manakah pernyataan di bawah yang menunjukkan syarat perkara yang diakadkan?
i. bermanfaat
ii. wujud ketika akad berlaku
iii. barang atau perkhidmatan adalah halal
iv. tidak jelas harga
I, II, IV
I, II, dan III
I, III, dan IV
I, dan IV
Manakah jual beli yang tidak sah?
Tanah
Harimau bintang untuk berburu
Gajah untuk kenderaan
Burung yang terbang di udara
Berikut adalah syarat ijab dan qabul
i. berbisik
ii. diselangi dengan perkataan yang lain
iii. dalam satu pertemuan
iv. tidak diikat dengan syarat yang tertentu
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Hukum kanak-kanak melakukan jual beli adalah
Tidak sah
Harus
Sah
Haram
Matlamat pensyariatan muamalat dalam Islam adalah berikut kecuali
mengiktiraf pemilikan harta melalui akad yang sah
menjaga kepentingan dan keuntungan penjual sahaja
urusan muamalat Islam bertepatan dengan matlamat syariah Islam
menunjukkan keadilan Allah dalam mengatur urusan kehidupan manusia
Padanan unsur jual beli yang diharamkan dalam Islam adalah betul, kecuali
Riba: Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang
Dharar: Setiap perkara yang bermanfaat
Judi: Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga
Gharar: Kesamaran dalam urusan muamalat yang tidak dibenarkan oleh syarak
Padankan maksud wadiah di bawah:
Wadiah: Akad bagi menyerahkan sesuatu yang bermanfaat yang boleh diberikan secara sewa dengan pembayaran tertentu
Wadiah: Memberikan sesuatu secara percuma dengan rela hati kepada orang lain ketika pemberi masih hidup
Wadiah: Memberikan sesuatu barang kepada orang lain agar dapat disimpan dan dipelihara seperti yang sepatutnya
Wadiah: Satu akad pertukaran barang dengan barang dengan persetujuan penjual dan pembeli
Berikan jenis akad bagi contoh di bawah:
Pemodal memberikan RM 10,000 kepada pengusaha untuk menjalankan perniagaan import dan eksport dan kadar keuntungan dipersetujui ialah 60% untuk pengusaha dan 40% untuk pemodal.
Jual beli
Wakalah
Mudharabah
Hibah
Apakah syarat akad dalam muamalah Islam bagi pihak yang berakad. Pilih 2 jawapan yang betul.
Baligh
Berakal
Melibatkan satu pihak
Secara dalam talian
Apakah maksud sighah?
Lafaz
Perbualan
Perbuatan
Perkataan
Apakah yang dimaksudkan dengan sesuatu yang diakadkan? Pilih 2 jawapan yang betul.
Harga
Lafaz
Penjual
Barang
Apakah keistimewaan muamalah dalam Islam
Mengamalkan riba'
Berteraskan keuntungan dan kekayaan sahaja
Bersumberkan teori manusia semata-mata
Berteraskan keimanan kepada Allah
Pilih lafaz ijab qabul yang sah.
Hisham berkata kepada Adiff, "saya beli dengan harga RM50." Adiff menjawab, "saya jual dengan harga tersebut."
Aini berkata kepada Ikin, "saya jual kereta ini kepada awak dengan satu syarat."
Farah berkata kepada Liyana, "saya nak jual buku ini." Liyana berkata, "saya tidak mahu beli."
Afiq berkata kepada Syah, "saya nak beli ini" Syah berkata, "saya tidak menjualnya."
Pilih jawapan yang betul maksud akad kafalah
A mewakilkan B untuk menjual tanahnya dan akan diberi imbuhan
Haqimie membeli makanan di kantin
A menjadi penjamin kepada B yang membuat pinjaman peribadi di sebuah bank
Ammar menyewa kereta Azim selama sebulan
Apakah maksud qardhu?
Pinjaman
Sewa
Simpanan
Perkongsian
Berikan jenis akad dalam muamalah Islam untuk jenis akad jaminan.
Ar-Rahnu
Hibah
Jual beli
Wakalah
Apakah hukum skim cepat kaya?
Harus
Haram
Tidak sah
Wajib
Apakah hukum muamalah dalam Islam?
Haram
Wajib
Harus
Makruh
Maimunah menggadaikan gelang emas kepada bank bagi mendapatkan pinjaman daripada bank.
Maksud tindakan di atas adalah muamalat:
Mudharabah
Qardhu
Rahnu
Sewaan
Muhammad menjadi penjamin kepada Ahmad yang membuat pembiayaan daripada sebuah bank.
Apakah muamalat di atas?
Rahnu
Qardhu
Kafalah
Mudharabah
Arsyad mewakilkan Syafiq untuk menjual sebuah rumahnya dan Syafiq akan dibayar imbuhan yang dipersetujui.
Apakah muamalat di atas?
Kafalah
Wakalah
Rahnu
Jual beli
Pemodal memberikan RM10 000.00 kepada pengusaha untuk perniagaan buah-buahan, dan kadar keuntungan yang dipersetujui 60% untuk pengusaha dan 40% untuk pemodal.
Apakah muamalat di atas?
Musyarakah
Wakalah
Kafalah
Mudharabah
Iffah ingin menubuhkan syarikat bersama-sama dengan rakannya.
Apakah muamalat di atas?
Mudharabah
Musyarakah
Murabahah
Muhasabah
Taufiq menyimpan wang gajinya di dalam bank.
Apakah muamalat di atas?
Kafalah
Wadiah
Hadiah
Hibah
Bilal telah mewakafkan rumah untuk pusat penjagaan anak-anak yatim.
Apakah muamalat di atas?
Hibah
Wasiat
Wakaf
Faraid
Liza telah memberikan pinjaman wang RM100.00 kepada rakannya.
Apakah muamalat di atas?
Kafalah
Qardhu
Wadiah
Rahnu
Pn. Noraini telah memberikan sebuah rumah kepada anak.
Apakah muamalat di atas?
Hibah
Wasiat
Faraidh
Wakaf
Akad bagi menyerahkan sesuatu yang bermanfaat yang boleh diberikan secara sewa dengan pembayaran tertentu.
Apakah muamalat di atas?
Jual beli
Hadiah
Sewa
Percuma
