wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2 Perlis

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Prinsip asas pembentukan dasar luar Malaysia ialah

a)

I tuntutan ekonomi

b)

II keadilan sejagat

c)

III kekuatan ketenteraan

d)

IV Keamanan dan keharmonian

2.

Yang manakah menunjukkan matlamat utama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)?

a)

Memajukan ekonomi negara ASEAN

b)

Memupuk perpaduan dalam kalangan negara Islam

c)

Membantu dan menyokong masyarakat Palestin yang ditindas

d)

Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara lain

3.

·       Mewujudkan mekanisme hak asasi manusia di negara serantau.

·       Membolehkan ASEAN menjadi satu landasan perundangan.

Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Piagam ASEAN

b)

Forum Serantau ASEAN

c)

Komuniti Ekonomi ASEAN

d)

Komuniti Sosio-Budaya ASEAN

4.

Yang manakah yang memperlihatkan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa?

a)

Menyertai pasukan pengaman di Afghanistan

b)

Mempengerusikan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

c)

Memberikan bantuan ketenteraan kepada perjuangan rakyat Palestin

d)

Menduduki kerusi tetap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

5.

Yang manakah pendirian Malaysia tentang isu Antartika?

a)

Mendakwa bahawa Antartika milik Malaysia

b)

Menjadikan Antartika sebagai medan ujian nuklear

c)

Mencadangkan Antartika dijadikan warisan bersama

d)

Mencadangkan agar kajian menyeluruh mengenai Antartika

6.

Forum Serantau ASEAN (ARF) yang melibatkan negara ASEAN dan rakan dialog ASEAN bertujuan

a)

memperluaskan konsep ZOPFAN ke Asia Pasifik

b)

mewujudkan kerjasama dalam ekonomi, sosial dan budaya

c)

memastikan kestabilan politik dan keamanan di kawasan Asia Pasifik

d)

mendapatkan bantuan daripada rakan dialog untuk mempercepatkan pembangunan ASEAN

7.

Yang manakah jawatan yang pernah disandang oleh Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

a)

I Setiausaha Agung

b)

II Ahli Majlis Keselamatan

c)

III Pengerusi Majlis Peramanahan

d)

IV Pengerusi Perhimpunan Agung

8.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)?

a)

I Mengurangkan halangan perdagangan

b)

II Membangunkan sistem perdagangan multilateral

c)

III Mentadbir perjanjian perdagangan bebas global

d)

IV Mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa

9.

Yang manakah cabaran yang dihadapi dalam kalangan negara anggota ASEAN terhadap hubungan diplomatik?

a)

I

Singapura menambak pantai tanpa persetujuan Malaysia

b)

II

Sekatan terhadap amalan demokrasi di Myanmar oleh junta tentera

c)

III

Penyelesaian masalah dalaman sesebuah negara menjejaskan negara ahli

d)

IV

Kerajaan Singapura mendesak Jakarta bertanggungjawab menanggung kerugian akibat jerebu di Sumatera

10.

·       Mengurang kemiskinan dunia

·       Mengekalkan biodiversiti

Pernyataan di atas merujuk kepada perisytiharan

a)

Protokol Madrid

b)

Protokol Montreal

c)

Persidangan Stockholm

d)

Persidangan Johannesburg

11.

·       Penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC)

·       Sebagai pemikir untuk kerjasama Selatan-Selatan

 Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Kumpulan 15

b)

Majlis Ekonomi dan Sosial

c)

Kerjasama Ekonomi Asia - Pasifik  

d)

Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

12.

Yang manakah kesan globalisasi dalam dunia pendidikan kepada Malaysia?

a)

I Memesatkan pengkomersilan pendidikan

b)

II Bahasa Melayu akan dinaik taraf menjadi bahasa antarabangsa

c)

III Pelajar tempatan menghadapi persaingan untuk melanjutkan pelajaran

d)

IV Berlakunya pertukaran budaya antara pelajar tempatan dan antarabangsa

13.

Yang manakah faktor pelarian Rohingnya menuju ke Malaysia?

a)

I Mempunyai keyakinan untuk menentang kaum Rakhine

b)

II Memperjuangkan agama Islam untuk kemerdekaan

c)

III Menghadapi ancaman nyawa dalam negara asal

d)

IV Mengharapkan bantuan kemanusiaan

14.

·     Menghapuskan jurang perbezaan ekonomi

·     Membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa

Pernyataan diatas merujuk kepada penglibatan Malaysia dalam

a)

Dialog Utara-Selatan

b)

Mesyuarat Asia-Eropah

c)

Kerjasama Selatan-Selatan

d)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

15.

Projek yang disumbangkan oleh Malaysia dalam Kumpulan Lapan Negara Membangun ialah

a)

Pengenalan Skim Takaful Insurans

b)

Bengkel Pembasmian kemiskinan

c)

Pembangunan akuakultur pesisir pantai

d)

Penubuhan Syarikat Pemasaran dan perdagangan