NEW
Font size
WorksheetsSPMC Set 8
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Terdapat satu kebakaran kecil yang melibatkan gas metana. Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut?
Air
Buih
Air sabun
Serbuk kering
Rajah 1 menunjukkan seorang individu yang sedang memberi bantuan kecemasan. Antara berikut, manakah merupakan kaedah yang betul?
Heimlich Maneuvre
Teknik pernafasan dalaman
Teknik genggam dan bongkok
Resusitasi Kardiopulmonari
Apakah kesan jisim badan berlebihan?
Anoreksia nervosa
Osteoporosis
Diabetes mellitus
Anemia
Maklumat berikut menunjukkan isu sosiosaintifik dalam satu sektor Teknologi Hijau.
- Hujan asid
- Pembebasan gas rumah hijau
-Penggunaan petroleum
Apakah sektor yang berkaitan dengan isu di atas?
Sektor pengangkutan
Sektor pertanian dan perhutanan
Sektor pengurusan sisa dan air sisa
Sektor teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
Pihak kerajaan kini menggalakkan aplikasi Teknologi Hijau dalam kehidupan.
Antara berikut, yang manakah kesan aplikasi Teknologi Hijau ke atas jejak karbon?
Jejak karbon bertambah
Jejak karbon berkurang
Jejak karbon berubah
Jejak karbon tidak berubah
Rajah 2 menunjukkan satu proses semasa pembahagian sel. Apakah proses X?
Replikasi kromosom
Sitokinesis
Kromosom homolog
Pindah silang
Rajah 3 menunjukkan pewarisan warna bulu bagi kucing. Gen dominan menghasilkan bulu hitam manakala gen resesif menghasilkan bulu putih. Berapakah peratus kemungkinan mendapat anak bulu putih?
50%
100%
25%
75%
Rajah 4 menunjukkan dua jenis graf bagi variasi. Antara berikut, yang manakah betul?
Rajah 5 menunjukkan dua jenis haiwan yang mempunyai ciri sistem sokongan yang sama. Antara berikut, pernyataan manakah adalah betul?
Rangka hidrostatik yang membantu pergerakan haiwan
Rangka dalam berperanan untuk melindungi organ dalaman
Rangka hidrostatik menggunakan bendalir dalam badan bagi menyokong berat badan
Rangka luar yang terdiri dari lapisan keras berkitin bagi melindungi organ dalaman
Rajah 6 menunjukkan graf lengkung pertumbuhan bagi lelaki dan perempuan. Pada umur 13 tahun, pernyataan manakah yang betul?
Ketinggian lelaki tiada perubahan
Perempuan sama tinggi dengan lelaki
Perempuan lebih tinggi daripada lelaki
Lelaki lebih tinggi dari perempuan
Rajah 11 menunjukkan beberapa jenis dadah. Antara berikut, yang manakah kesan bagi dadah tersebut?
Menyebabkan halusinasi
Menjejaskan koordinasi otot
Mempercepat pergerakan impuls dalam koordinasi badan
Menghalang atau melambatkan pergerakan impuls dalam koordinasi badan
Antara berikut, bahan manakah yang dikelaskan dengan betul?
Rajah 12 menunjukkan susunan elektron bagi ion kalsium, Ca2+. Antara berikut, pernyataan manakah yang betul?
Unsur kalsium adalah bukan logam
Atom kalsium mempunyai 18 proton
Atom kalsium mempunyai 4 petala berisi elektron
Unsur kalsium terletak dalam Kumpulan 12 dalam Jadual Berkala Unsur Moden
Rajah 9 menunjukkan buah yang diimport dari luar negara. Antara berikut, kaedah manakah yang digunakan untuk menjadikan buah tahan lebih lama dan tidak mudah rosak?
Disinari sinar-X
Disinari sinar gama
Disuntik dengan Natrium-24
Disuntik dengan Fosforus-32
Rajah 10 menunjukkan bahan diperbuat daripada kaca. Antara berikut, yang manakah jenis kaca yang betul bagi bahan tersebut?
Kaca plumbum
Kaca soda kapur
Kaca borosilikat
Kaca soda kapur
Rajah 11 menunjukkan suatu proses mempertingkatkan sifat getah asli. Apakah kesan penambahan bahan S dalam proses tersebut?
Tapak kasut mudah haus
Hos getah mudah digulung
Tayar kenderaan tahan lebih lama
Sarung tangan getah menjadi kurang elastik
Apakah faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas?
Asap rokok
Cahaya matahari
Pendedahan kepada radiasi
Metabolisme dan keradangan
Antara berikut, yang manakah betul tentang penambahan aktif dalam produk kesihatan?
Produk lebih sedap
Produk tahan lama
Produk boleh menyembuhkan penyakit
Produk menjadi lebih berkualiti dengan bilangan bahan aktif yang banyak
Seorang budak perempuan mengambil masa 20 saat untuk berlari sejauh 100m. Apakah laju budak perempuan itu?
5 m s-1
0.2 m s-1
2 m s-1
0.5 m s-1
Antara berikut, kaedah manakah yang sesuai digunakan untuk menghantar makanan dan ubat-ubatan melalui udara kepada mangsa banjir dengan memastikan bekalan tersebut tidak rosak?
Menggunakan belon
Menggunakan payung terjun
Mengikat menggunakan tali
Menjatuhkan terus dari udara
Rajah 13 menunjukkan proses penghasilan tenaga nuklear. Antara berikut, yang manakah betul bagi proses tersebut?
Pembelahan nukleus
Pelakuran nukleus
Pereputan radioaktif
Pembentukan isotop
Seorang wanita telah didiagnos menghidap kanser dan bayi di dalam kandungannya cacat. Antara berikut, aktiviti manusia yang manakah boleh menyebabkan kesan tersebut?
Penebangan hutan simpan
Penyebaran radiasi daripada ujian nuklear
Pembuangan sisa daripada kilang papan ke dalam sungai
Penggunaan baja kimia dan racun serangga di kawasan pertanian
Rajah 14 menunjukkan dua jenis makanan. Antara berikut, organisma yang manakah digunakan untuk menghasilkan makanan itu?
Yis
Alga
Bakteria
Protozoa
Rajah 15 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang eksperimen ini?
Kawasan jernih ialah kawasan tanpa nutrien
Kawasan jernih ialah kawasan yang tidak diletakkan bakteria
Kepekatan antibiotik adalah tinggi pada cakera kertas turas C
Kepekatan antibiotik pada cakera kertas turas A lebih tinggi daripada B
Rajah 16 menunjukkan konsep Pinggan Sihat Malaysia. Antara berikut, yang manakah betul bagi P, Q dan R?
Encik A mengalami sakit perut selepas makan beberapa keping roti yang baru dibeli. Antara berikut, maklumat manakah yang perlu dirujuk untuk mengesan punca masalahnya?
Tarikh luput
Arahan penyimpanan
Maklumat pengeluaran
Penyataan mengenai berat / kuantiti / isi padu
Jadual 1 menunjukkan keputusan ujian bagi tiga sampel air. Berdasarkan Jadual 1, apakah fungsi larutan metilena biru?
Untuk menentukan nilai pH air
Untuk menentukan tahap pencemaran air
Untuk menentukan jumlah mineral terlarut dalam air
Untuk menentukan kepekatan karbon dioksida dalam air
Rajah 17 menunjukkan satu persamaan perkataan bagi proses yang diaplikasikan dalam Teknologi Emisi Negatif. Antara berikut, organisma manakah yang terlibat?
Mikroalga
Plankton
Larva
Rumpai laut
Antara berikut, faktor manakah yang mempengaruhi kadar tindak balas?
Suhu, jisim, saiz dan mangkin
Suhu, jisim, saiz dan kepekatan
Suhu, mangkin, saiz dan kepekatan
Suhu, mangkin, isipadu dan kepekatan
Antara berikut, alat manakah yang mengaplikasikan konsep kadar tindak balas dalam kehidupan?
Rajah 18 menunjukkan kaedah penghasilan ammonia melalui proses Haber. Apakah K, L dan M?
Rajah 19 menunjukkan struktur bagi satu siri homolog. Apakah sebatian hidrokarbon tersebut?
Alkana
Alkena
Isoprena
Stirena
Rajah 20 menunjukkan sejenis makanan segera. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan jangka panjang pengambilan makanan tersebut?
Pneumonia
Sirosis hati
Kekejangan otot
Batu karang hempedu
Rajah 21 menunjukkan bahan digunakan untuk menghasilkan sabun. Antara berikut, bahan manakah boleh menggantikan larutan natrium hidroksida?
Jus nenas
Jus peria
Jus tomato
Jus lemon
Antara berikut, faktor manakah yang mempengaruhi hasil elektrolisis?
Jisim elektrod
Bilangan sel kering
Isipadu elektrolit
Kedudukan ion dalam siri elektrokimia
Rajah 22 menunjukkan susunan radas bagi satu sel kimia ringkas. Antara berikut, yang manakah dapat menghasilkan bacaan voltmeter paling tinggi?
Rajah 23 menunjukkan gambar rajah sinar bagi suatu objek. Antara berikut, ciri manakah yang betul bagi imej tersebut?
Nyata
Songsang
Dibesarkan
Sama saiz dengan objek
Rajah 24 menunjukkan tiub Venturi. manakah paras air yang betul dalam tiub X dan tiub Z apabila pili air dibuka?
Rajah 25 menunjukkan dua kedudukan satelit yang membuat orbit elips. Apakah kedudukan P?
Orbit Rendah Bumi
Orbit Sederhana Bumi
Perigi
Apogi
Rajah 26 menunjukkan satu aplikasi yang membantu pengguna jalan raya. Antara berikut, yang manakah kelebihan penggunaan aplikasi navigasi tersebut?
Meramal cuaca
Menganggar waktu tiba ke lokasi
Mengesan lokasi sumber asli Bumi
Mengawal dan menyelia kawasan pertanian
