wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata ganda tahun 5

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Murid lelaki itu ditahan oleh pengawas di pintu pagar sekolah kerana datang kesekolah dengan pakaian yang __________.

a)

serbah-serbih

b)

remeh-temeh

c)

gopoh-gapah

d)

compang-camping

2.

Pak Cik Zahid memasang pagar yang _________ pada ladang herbanya untuk mengelakkannya daripada dirosakkan oleh haiwan.

a)

bergerigi

b)

berselerak

c)

bergelegak

d)

bergelembung

3.

_________ komputer riba Mala kerana terjatuh di atas lantai.

a)

Kekisi

b)

Tetikus

c)

Jejentik

d)

Lelabah

4.

Nek Jah memasukkan __________ ketika menyediakan hidangan tradisional untuk keluarganya.

a)

kayu-kayan

b)

sayur-mayur

c)

rempah-ratus

d)

rumput-rampai

5.

Senyuman yang _____ pasti menyenangkan sesiapa sahaja.

a)

berpinar-pinar

b)

bersinar-sinar

c)

bersilau-silau

d)

berseri-seri

6.

Datuk tidak dapat mendengar dengan jelas kerana ________ telinga datuk mengalami masalah.

a)

gegendang

b)

keruping

c)

telunjuk

d)

lelangit

7.

Suasana di tempat kemalangan menjadi _________ apabila orang ramai berusaha mengeluarkan pemandu yang tersepit.

a)

bolak-balik

b)

hiruk-pikuk

c)

kacau-bilau

d)

kelam-kabut

8.

Encik Mahmod memandu kereta dengan berhati-hati kerana jalan masuk ke kawasan air terjun itu ____________.

a)

berbolak-balik

b)

berputar-putar

c)

bersimpang-siur

d)

bertingkat-tingkat

9.

Rambut pengemis di tepi jalan itu ________ kerana sudah beberapa hari tidak mandi.

a)

lintamg-pukang

b)

kusut-masai

c)

bolak-balik

d)

huru-hara

10.

Sementara menunggu kawannya sampai di perpustakaan itu, Jasni _________ di kaki lima kedai itu.

a)

mundar-mandir

b)

semak-samun

c)

hancur-luruh

d)

susup-sasap

11.

Cik Mastura menangis _________ apabila kucing peliharaannya mati dilangar motosikal.

a)

terumbang-ambing

b)

terhuyung-hayang

c)

tersedu-sedan

d)

terkial-kial

12.

Sebilangan masyarakat Orang Asli di negara kita masih mengamalkan cara hidup _______ di hutan belantara.

a)

berpindah-randah

b)

berganjak-ganjak

c)

berkeluh-kesah

d)

berubah-ubah

13.

Hasrat Haji Marzuki telah berjaya mengumpulkan _________ keturunannya dari jauh dan dekat dalam suatu majlis

santai keluarga yang sungguh meriah.

a)

anak-beranak

b)

muda-mudi

c)

suku-sakat

d)

cucu-cicit

14.

Amir makan ______________ sebagai pencuci mulut.

a)

agar-agar

b)

lauk-pauk

c)

lelangit

d)

kekabu

15.

Baju penari itu ______________ dan berkilat.

a)

berwarna-warna

b)

berwarna-warni

c)

berlekuk-lekuk

d)

beribu-ribu

16.

Sani __________ kepalanya yang gatal.

a)

memicit-micit

b)

menepuk-nepuk

c)

menggaru-garu

d)

menepis-nepis

17.

Ibu menyediakan ______________ labu untuk ayah yang pulang dari tempat kerja.

a)

lauk-pauk

b)

onde-onde

c)

kekacang

d)

kekisi

18.

Kata ganda bukit

a)

bukit - bukit

b)

bukit - bukau

19.

kata ganda gelap

a)

gelap - gelita

b)

gelap - gelap

20.

kata ganda gunung

a)

gunung - genang

b)

gunung - ganang