Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F4 BAB 4 TEKNOLOGI HIJAU

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Hijau?

a)

Teknologi moden yang dibangunkan untuk kemajuan

b)

Teknologi moden yang dibangunkan untuk keuntungan

c)

Pembangunan teknologi moden yang mementingkan alam sekitar

d)

Pembangunan teknologi moden yang menjadikan kehidupan lebih mudah

2.

Antara berikut, yang manakah bukan tonggak kelestarian dalam Teknologi Hijau?

a)

Mempromosikan kecekapan tenaga

b)

Mengurangkan kes jenayah

c)

Pembangunan teknologi moden yang mementingkan alam sekitar

d)

Menjana pendapatan negara

3.

Apakah bahan api alternatif yang boleh digunakan untuk mengurangkan isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga?

a)

Petroleum

b)

Arang

c)

Gas asli

d)

Biojisim

4.

Rajah di bawah menunjukkan aktiviti X yang dilakukan oleh manusia di dalam sektor pertanian dan perhutanan. . Antara berikut, yang manakah merupakan kesan daripada aktiviti di atas?

a)

Menghalang kesan rumah hijau

b)

Meningkatkan kawasan tadahan air

c)

Menyebabkan penipisan lapisan ozon

d)

Meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera

5.

Penggunaan bahan api fosil sebagai bahan api dalam kenderaan menyumbang kepada pencemaran udara. Antara berikut, yang manakah bukan kesan daripada isu sosiosaintifik yang berkaitan dengan sektor pengangkutan?

a)

Penipisan lapisan ozon

b)

Hujan asid

c)

Kesan rumah hijau

d)

Pemanasan global

6.

Pernyataan berikut menunjukkan beberapa contoh langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah sosio-saintifik di dalam salah satu sektor dalam Teknologi Hijau.

KAWALAN BIOLOGI

PENGGUNAAN BAJA

Apakah sektor dalam Teknologi Hijau yang berkaitan dengan pernyataan di atas? Kawalan biologi

a)

Tenaga

b)

Pertanian dan Perhutanan

c)

Pengangkutan

d)

Pengurusan sisa dan sisa air

7.

Rajah di bawah menunjukkan suatu aktiviti yang dilakukan manusia bagi membina penempatan baharu. Bagaimanakah aktiviti ini boleh menyumbang kepada pemanasan global?

a)

Kadar penghasilan oksigen meningkat

b)

Kadar fotosintesis berkurang

c)

Kepupusan spesies

d)

Kemusnahan ekosistem

8.

Pembakaran hutan merupakah kaedah yang biasa dilakukan oleh sebahagian petani kerana ia merupakan kaedah yang paling mudah. Namun, kaedah ini menyebabkan peningkatan gas rumah hijau dan seterusnya mengakibatkan pemanasan global semakin kritikal. Apakah contoh gas rumah hijau yang boleh dikaitkan dengan situasi di atas?

a)

Oksigen

b)

Karbon dioksida

c)

Hidrogen

d)

Nitrogen dioksida

9.

Penerokaan hutan yang berleluasa akan mengganggu kitaran gas di Bumi

Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Meningkatkan aktiviti pembangunan penduduk Bumi

b)

Meningkatkan penduduk Bumi

c)

Hutan merupakan habitat flora dan fauna

d)

Hutan merupakan peparu bumi

10.

          Rajah menunjukkan pelepasan sisa oleh sebuah kilang getah.

Apa jenis sisa yang dihasilkan oleh kilang ini?

a)

Kertas

b)

Bekas plastik

c)

Sisa makanan

d)

Sisa kimia

11.

Antara berikut, yang manakah bukan sumber bahan api alternatif yang bersih?

a)

Gasolin

b)

Cecair gas asli

c)

Gas di bawah tekanan

d)

Hidrogen di bawah tekanan

12.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa memberi tumpuan kepada mengurangkan pembuangan sisa dan air sisa ke alam sekitar dengan merawat sisa atau air sisa menjadi sesuatu yang baru seperti

a)

Baja kompos

b)

Kertas

c)

Minyak tanah

d)

Plastik

13.

Najis lembu digunakan di dalam Teknologi Hijau untuk menghasilkan bahan yang berguna kepada manusia.

Apa yang dimaksud dengan bahan bahan yang berguna?

a)

Sisa tidak berbahaya

b)

Tenaga solar

c)

Bahan api biojisim

d)

Gas karbon dioksida

14.

Rajah menunjukkan simbol bagi Jejak Kaki Karbon.

Pilih jawapan yang paling tepat berkaitan dengan Jejak Kaki Karbon.

Bagaimanakah Jejak Kaki Karbon berubah dengan masa?

a)

Meningkat

b)

Tidak berubah

c)

Berkurang

d)

Berubah

15.

Kenderaan tenaga solar digunakan bagi mengurangkan penggunaan tenaga

a)

elektrik

b)

angin

c)

bahan api fosil

d)

arang batu