wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SENI BAHASA DAN TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah konsep tatabahasa?

a)

Asas untuk mengkaji proses pembentukan ayat yang gramatis

b)

Asas untuk melahirkan sesuatu bahasa yang indah dan mudah difahami

c)

Asas untuk mengkaji keupayaan murid dalam mengungkap keindahan bahasa

2.

Apakah konsep seni bahasa?

a)

Keupayaan murid berkomunikasi antara satu sama lain

b)

Keupayaan murid memahami bahasa yang dipelajari

c)

Keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa

3.

Kandungan pengajaran Seni Bahasa Melayu dalam kurikulum sekolah rendah

merangkumi elemen tersebut kecuali

a)

Nyanyian

b)

Lakonan

c)

Puisi

d)

Simulasi

4.

Seni Bahasa merujuk kepada kebolehan murid dalam

a)

Mengapresiasi keindahan Bahasa

b)

Memahami bahasa

c)

Menghargai Bahasa

d)

Semua di atas

5.

Seni bahasa nyanyian adalah dilakukan dengan

a)

Menceritakan sesuatu cerita kepada murid yang dapat menyuburkan imaginasi murid.

b)

Membaca atau melafazkan seni kata lagu dengan menggunakan rentak atau diiringi muzik.

c)

Mendeklamasikan sesuatu bahan dengan intonasi, suara, dan sebutan yang betul.

6.

Pembelajaran seni bahasa perlu menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Berikut manakah ciri-ciri didik hibur:

i. Sesi pembelajaran yang menyeronokkan.

ii. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.

iii. Murid bebas berlakon dan bergerak.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii, dan iii

d)

Semua di atas

7.

Kandungan tatabahasa terdiri daripada

a)

Morfologi dan Sintaksis

b)

Fonem dan Kata

c)

Morfem dan Ayat

d)

Wacana dan Kata

8.

Morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji

a)

Makna dan bentuk ayat

b)

Bunyi bahasa yang digambarkan

c)

Struktur, bentuk dan golongan kata

9.

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji

a)

Struktur, bentuk dan golongan kata.

b)

Bentuk, struktur dan binaan ayat.

c)

Golongan kata, binaan ayat, dan struktur bahasa.

10.

Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan adalah

i. Frasa, klausa, aspek pembinaan, dan pembahagian subjek dan predikat

ii. Jenis ayat

iii. Ragam ayat dan susunan ayat

iv. Golongan kata dan ayat

a)

i, ii, dan iv

b)

i, ii, dan iii

c)

ii, iii, dan iv

d)

Semua di atas

11.

Berikut merupakan perkara yang berkenaan mengenai morfologi, kecuali

a)

Mengkaji golongan kata

b)

Mengkaji struktur dan bentuk kata

c)

Mengkaji golongan semantik

12.

Struktur kata merujuk pada pola suku kata bagi:

a)

Kata terbitan

b)

Kata imbuhan

c)

Kata asli bahasa Melayu

13.

Kelebihan aspek seni bahasa terhadap murid sekolah rendah

a)

Memantapkan kemahiran berbahasa

b)

Mengasah murid berfikiran kreatif

c)

Semua yang di atas

14.

Kaedah bercerita dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

a)

Bercerita dengan gaya

b)

Bercerita tanpa alat dan menggunakan alat

c)

Bercerita dengan intonasi

15.

Contoh yang manakah benar tentang seni lakonan:

a)

Membantu murid bertutur dengan teratur dan betul

b)

Murid mahir menulis sajak

c)

Membantu murid mendapat markah cemerlang

16.

Golongan kata terdiri daripada:

a)

Kata nama dan kata kerja

b)

Kata adjektif dan kata tugas

c)

Semua yang di atas

17.

Berapakah bilangan proses penerbitan ayat dalam tatabahasa?

a)

1

b)

4

c)

2

18.

Apakah contoh aktiviti berdasarkan aspek seni bahasa yang dapat dilaksanakan oleh

guru di dalam kelas?

a)

Lakonan

b)

Teka silang kata

c)

Think pair share

19.

Morfem merupakan konsep penting dalam tatabahasa. Morfem terbahagi kepada dua jenis iaitu

a)

Bebas dan terikat

b)

Imbuhan dan terikat

c)

Umum dan khusus

20.

Tatabahasa merupakan suatu himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang:

i) Sintaksis

ii) Fonologi

iii) Morfologi

iv) Semantik

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

Semua yang di atas