NEW
Font size
WorksheetsT4_Bab 15: Urbanisasi
Total questions: 25
Worksheet time: 38mins
Apakah langkah untuk mengatasi masalah banjir kilat di bandar-bandar besar?
Meluaskan kawasan hijau
Memasang perangkap sampah
Membina jalan raya bertingkat
Memperbaiki sistem perparitan
Berikut adalah ciri fizikal bandar raya Kuala Lumpur
· Kawasan hijau semakin berkurang
· Jalan raya dibina bertingkat-tingkat
· Bangunan pencakar langit pesat didirikan
Apakah faktor yang menyebabkan wujudnya ciri fizikal tersebut?
Taburan penduduk semakin padat
Kemudahan infrastruktur lengkap
Taraf hidup semakin tinggi
Kekerapan berlaku banjir
Antara yang berikut, faktor yang manakah mempengaruhi proses pembandaran di Malaysia
I. Peningkatan kadar jenayah
II. Migrasi masuk
III. Peluang pekerjaan
IV. Wujud kawasan setinggan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah pihak berkuasa tempatan banyak menanam pokok di kawasan bandar?
I. Mengindahkan bandar
II. Menyederhanakan suhu
III. Mengekalkan kesuburan tanih
IV. Mewujudkan zon penampan tiupan angin
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah jalan raya di bandar dibina seperti dalam foto tersebut?
Menjimatkan ruang tanah
Meningkatkan taraf bandar
Memendekkan jarak perjalanan
Mengurangkan pencemaran udara
Foto berikut menunjukkan pengangkutan awam di Lembah Klang.
Mengapakah sistem pengangkutan awam tersebut belum dibina di Pantai Timur Semenanjung Malaysia?
Darjah ketersampaian tinggi
Kepadatan penduduk sederhana
Menjejaskan keseimbangan ekosistem
Terdapat pelbagai jenis pengangkutan
Mengapakah projek pembinaan perlu menyediakan landskap hijau?
Menyederhanakan suhu
Mewujudkan kawasan tadahan air
Mengurangkan masalah banjir kilat
Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas
Mengapakah kawasan hijau diwujudkan di bandar-bandar?
I. Mengindahkan bandar
II. Menyerap karbon dioksida
III. Meningkatkan kejadian hujan
IV. Mengekalkan kesuburan tanih
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Langkah untuk mengatasi masalah petempatan setinggan di Malaysia ialah
membina bandar baharu
memajukan kawasan tanah terbiar
menambahkan peluang pekerjaan
membina rumah kos rendah
Apakah perubahan ekonomi yang menunjukkan kemajuan petempatan desa?
Jalan raya yang baik
Kemudahan klinik kesihatan
Kemudahan bekalan air bersih
Banyak industri kecil dan sederhana
Apakah langkah untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandar besar di Malaysia?
Mewujudkan laluan pejalan kaki
Membina jaringan jalan raya yang lurus
Membina lampu isyarat di persimpangan jalan
Meningkatkan kecekapan pengangkutan awam
Apakah kesan sosial akibat proses pembandaran di Kuala Lumpur?
Kejadian banjir kilat
Perubahan landskap
Kawasan setinggan
Perluasan kawasan bandar
Kegiatan memproses sumber mineral telah mempengaruhi proses pembandaran di
Rompin, Pahang
Bintulu, Sarawak
Kundasang, Sabah
Kota Bharu, Kelantan
Foto berikut menunjukkan sebuah petempatan di bandar
Apakah langkah yang diambil bagi mengurangkan petempatan tersebut?
Pembinaan rumah pangsa
Guna tanah secara maksimum
Tingkatkan kemudahan kesihatan
Menambahkan peluang pekerjaan
Kawasan manakah yang mengalami proses pembandaran yang lebih pesat?
Pusat pendidikan
Kawasan pertanian
Pelabuhan perikanan
Kawasan perindustrian
Apakah kesan proses urbanisasi terhadap alam sekitar di Malaysia?
Migrasi meningkat
Kesesakan lalu lintas
Peningkatan kadar jenayah
Perubahan landskap Bandar
Pernyataan di bawah menunjukkan Kuala Lumpur mengalami
· Keluasan bandar tahun 1885 - 1.3 km2
· Keluasan bandar tahun 2018 - 244 km2
proses urbanisasi
perubahan landskap
peningkatan taraf hidup
penyebaran perindustrian
Proses urbanisasi di Malaysia dipengaruhi oleh
imigrasi
emigrasi
transmigrasi
migrasi bandar ke luar bandar
Apakah faktor sesebuah petempatan luar bandar berkembang menjadi petempatan bandar?
I. Pertambahan penduduk
II. Peningkatan kadar migrasi penduduk
III. Perkembangan sektor perindustrian
IV. Dasar kerajaan membangunkan kawasan mundur
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kesan negatif urbanisasi yang pesat di Malaysia?
I. Banjir kilat
II. Peningkatan kadar upah
III. Pembinaan bandar baharu
IV. Pertambahan kawasan setinggan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kesan urbanisasi terhadap kualiti alam sekitar ialah
meningkatkann taraf hidup
meningkatkan suhu bandar
mewujudkan kawasan setinggan
mengurangkan kesesakan lalu lintas
Mengapakah petempatan setinggan wujud di bandar?
I. Permintaan yang tinggi
II. Tanah mampu milik
III. Upah yang rendah
IV. Kos sewa rumah tinggi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah langkah yang berikut perlu dijalankan di kawasan bandar besar?
· Mewujudkan kawasan hijau
· Penggunaan LRT
Menarik pelancongan
Mengurangkan kesesakan
Mengatasi masalah jerebu
menurunkan suhu bandar
Antara yang berikut yang manakah berkaitan dengan pengangkutan lesteri?
I. Monorel
II. Kereta hibrid
III. Kereta api
IV. Teksi diesel
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kombinasi manakah yang BENAR tentang masalah urbanisasi dan langkah mengatasinya?
A
B
C
D
