NEW
Font size
WorksheetsKERTAS 1 SAINS SPM 2022
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Antara yang berikut, bahan manakah yang boleh dibuang ke dalam singki?
Cat minyak
Asid lemah
Bahan meruap
Sebatian pelarut organik
Kaji situasi berikut:
Satu kebakaran kecil telah berlaku dalam makmal ketika mengendalikan magnesium.
Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang paling sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran itu?
Air
Buih
Serbuk kering
Karbon dioksida
Rajah 1 menunjukkan suatu situasi yang berlaku semasa seorang murid menjalankan satu eksperimen dalam makmal. Antara yang berikut, peralatan perlindungan diri manakah yang melindungi murid itu daripada kecederaan?
Gogal
Baju makmal
Sarung tangan
Kasut bertutup
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang betul?
Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi berbanding lelaki
Orang dewasa mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi berbanding remaja
Kadar denyutan nadi murid sebelum berlari adalah lebih tinggi berbanding selepas berlari
Semasa dalam keadaan rehat, kadar denyutan nadi seorang atlet adalah lebih tinggi berbanding bukan atlet
Kaji pernyataan berikut.
Seorang petani mengalami masalah keasidan tanah dan serangan serangga perosak di kebunnya. Dia ingin mengubah kaedah untuk penanaman seterusnya tanpa mencemarkan tanah.
Apakah yang perlu dilakukan oleh petani tersebut?
Meningkatkan kuantiti baja kimia
Menambah sela masa membubuh racun
Menggunakan baja organik dan racun perosak biologi
Menggunakan teknologi dron untuk membubuh baja dan racun
Rajah 2 menunjukkan perbualan antara dua orang lelaki. Antara yang berikut, yang manakah kemungkinan Indeks Jisim Badan (BMI) Bob?
17 kg ms-2
21 kg ms-2
26 kg ms-2
29 kg ms-2
Antara yang berikut, yang manakah dihasilkan melalui proses meiosis?
Zigot
Gamet
Sel soma
Sel kulit
Antara yang berikut, yang manakah contoh trait dominan?
Tidak menggulung lidah
Cuping telinga melekap
Rambut perang muda
Kehadiran lesung pipit
Antara yang berikut, yang manakah merupakan genotip untuk individu dengan Sindrom Turner?
44 + XX
44 + XO
44 + XXY
45 + XY
Rajah 3 menunjukkan sebahagian sistem rangka manusia. Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah melindungi saraf tunjang?
A
B
C
D
Kaji pernyataan berikut.
Golongan manusia berumur 65 tahun ke atas dikategorikan sebagai warga emas.
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang menunjukkan ciri pertumbuhan golongan tersebut?
Ketinggian kekal
Otot badan menyusut
Kulit menjadi lebih gelap
Pertumbuhan menjadi perlahan
Jadual 1 menunjukkan kesan kekurangan dan berlebihan rembesan hormon X. Apakah hormon X?
Adrenalina
Tiroksina
Hormon antidiuresis
Hormon pertumbuhan
Rajah 4 menunjukkan struktur bagi bahan Y. Apakah bahan Y?
Air
Emas
Karbon
Garam
Rajah 5 menunjukkan kedudukan X, Y dan Z dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Apakah keadaan jirim bagi X, Y dan Z pada suhu bilik?
X : Cecair
Y : Pepejal
Z : Gas
X : Gas
Y : Cecair
Z : Pepejal
X : Pepejal
Y : Pepejal
Z : Gas
X : Pepejal
Y : Cecair
Z : Cecair
Jadual 2 menunjukkan bilangan zarah subatom bagi unsur P, Q, R dan S. Antara yang berikut, pasangan unsur manakah ialah isotop?
P dan Q
P dan R
Q dan R
R dan S
Rajah 6 menunjukkan kegunaan isotop X dalam dua bidang. Apakah X?
Iodin-131
Karbon-14
Fosforus-32
Kobalt-60
Chong telah mengalami sakit kepala selama beberapa hari dan dia membuat keputusan untuk berjumpa doktor. Apakah saranan terbaik oleh doktor untuk merawat Chong?
Mengambil antibiotik
Mengambil analgesik
Mengamalkan pengambilan makanan herba
Mengambil nutrisi mengikut piramid makanan
Ahmad terkehel pada bahu kanannya ketika menjalani latihan badminton. Apakah rawatan yang paling sesuai untuk merawat Ahmad?
Akupuntur
Kiropraktik
Homeopati
Terapi herba
Rajah 7 menunjukkan suatu proses yang berlaku terhadap getah asli. Antara yang berikut, produk manakah yang dihasilkan dengan menggunakan bahan X?
Tilam
Belon
Tayar kereta
Sarung tangan perubatan
Rajah 8 menunjukkan keadaan fizikal seorang dewasa berumur 40 tahun. Antara yang berikut, yang manakah boleh melambatkan keadaan itu?
Menjalankan aktiviti senaman
Makan buah-buahan sitrus
Berjemur pada waktu pagi
Minum banyak air
Antara yang berikut, padanan faktor pembentukan radikal bebas manakah yang betul?
Faktor luaran : Penuaan
Faktor dalaman : Asap dari rokok
Faktor luaran : Bahan toksik
Faktor dalaman : Sinaran mengion
Faktor luaran : Sinar ultraungu
Faktor dalaman : Keradangan
Faktor luaran : Metabolisme
Faktor dalaman : Pencemaran udara
Apakah faktor yang mempengaruhi inersia suatu objek?
Daya
Jisim
Halaju
Pecutan
Seorang kanak-kanak mengayuh basikalnya sejauh 10 m dalam masa 30 saat sebelum dia berehat selama 5 saat. Kemudian, dia meneruskan kayuhan sejauh 5 m selama 10 saat. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah betul?
Halaju sebelum berehat ialah 0.5 ms-1
Sesaran yang dilalui oleh kanak-kanak itu ialah 15 m
Halaju purata kanak-kanak itu ialah 0.38 ms-1
Jumlah masa perjalanan ialah 40 saat
Maklumat berikut menunjukkan kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear. Antara yang berikut, padanan manakah yang betul?
Kesan somatik : Leukemia, mutasi sel dan kecacatan pada bayi
Kesan genetik : Katarak dan kanser
Kesan somatik : Katarak, kanser dan kecacatan pada bayi
Kesan genetik : Leukemia dan mutasi sel
Kesan somatik : Mutasi sel dan kanser
Kesan genetik : Leukemia, katarak dan kecacatan pada bayi
Kesan somatik : Leukemia dan katarak
Kesan genetik : Mutasi sel, kanser dan kecacatan pada bayi
Apakah maksud tindak balas berantai bahan radioaktif?
Proses pembelahan nukleus yang berlaku secara berterusan apabila satu neutron membedil dan membelah nukleus yang baharu
Proses pemecahan nukleus radioaktif yang berat kepada dua atau lebih nukleus yang stabil
Proses pencantuman dua nukleus radioaktif yang ringan membentuk satu nukleus yang lebih berat
Proses menghasilkan tenaga melalui tindak balas bahan radioaktif di loji jana kuasa nuklear
Rajah 9 menunjukkan sampul preskripsi bagi sejenis ubat. Apakah kepentingan mematuhi arahan yang ditandakan pada sampul preskripsi itu?
Sembuh dengan kadar cepat
Tidak berlaku pembaziran ubat
Meningkatkan antibodi dalam badan
Mengelakkan kerintangan antibiotik berlaku
Rajah 10 menunjukkan makanan kegemaran Encik Muthu. Apakah kesan pengambilan makanan itu dalam tempoh yang panjang?
Sirosis
Hipoglisemia
Aterosklerosis
Anoreksia nervosa
Antara yang berikut, yang manakah unsur mikronutrien?
Mangan
Magnesium
Kalium
Kalsium
Rajah 11 menunjukkan satu label jejak karbon. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang betul tentang label di Rajah 11?
400 g karbon dioksida diperlukan bagi setiap 500 ml bahan
400 g karbon dioksida terkandung dalam setiap 500 ml bahan
400 g karbon dioksida dibebaskan bagi setiap 500 ml bahan
400 g karbon dioksida diserap bagi setiap 500 ml bahan
Pak Mahmud bercadang untuk menanam semula pokok kelapa sawit di ladangnya. Antara yang berikut, cara manakah yang terbaik untuk menghasilkan buah kelapa sawit yang berkualiti tinggi?
Menggunakan baja organik
Menggunakan baka yang bermutu
Menanam anak pokok menggunakan mesin moden
Membela burung hantu sebagai kaedah kawalan biologi
Kaji pernyataan berikut.
Apakah aktiviti yang boleh dijalankan oleh Kelab Alam Sekitar untuk merealisasikan hasrat itu?
Membina kolam ikan sebagai landskap
Mengadakan kempen 1 pelajar 1 pokok
Menyediakan beg plastik di setiap sudut sekolah
Mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah
Jadual 3.1 menunjukkan kualiti udara berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU).
Jadual 3.2 menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi empat buah negara W, X, Y dan Z.
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang betul?
W tidak menggunakan pengangkutan awam sebagai sistem pengangkutan utama
Pembebasan karbon dioksida dn karbon monoksida di X adalah paling tinggi
Penggunaan bahan api fosil yang tinggi dalam sistem pengangkutan bagi W dan Y
Pembebasan karbon dioksida dn karbon monoksida di Y adalah lebih tinggi daripada Z
Rajah 12 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid. Apakah yang akan berlaku jika eksperimen diulang dengan menggunakan ketulan marmar kecil?
Suhu tindak balas lebih rendah
Kepekatan asid hidroklorik bertambah
Tekanan gas di dalam buret meningkat
Masa yang digunakan untuk mengumpul gas berkurang
Antara yang berikut, faktor manakah yang mempengaruhi kadar tindak balas bagi bahan dalam keadaan gas?
Tekanan
Jisim bahan
Kepekatan bahan
Saiz bahan
Apakah nama alkena yang mempunyai tiga karbon?
Etena
Propena
Butena
Pentena
Antara yang berikut, yang manakah ialah contoh sebatian karbon organik?
Karbon monoksida
Karbon dioksida
Arang kayu
Batu kapur
Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai alkohol?
Sifat fizik : Tidak berwarna
Sifat kimia : Mudah terbakar
Sifat fizik : Larut dalam air
Sifat kimia : Mudah meruap
Sifat fizik : Takat didih meningkat apabila bilangan atom karbon meningkat
Sifat kimia : Mempunyai bau tersendiri
Sifat fizik : Menghasilkan ester apabila bertindak balas dengan asid etanoik
Sifat kimia : Berbentuk cecair pada suhu bilik
Rajah 13 menunjukkan suatu proses dalam pengekstrakan minyak sawit. Apakah tujuan proses tersebut?
Melunturkan warna
Menyingkirkan bau
Melembutkan sabut
Mengekstrak minyak
Jadual 4 menunjukkan keputusan eksperimen bagi dua set sel kimia yang berlainan. Antara yang berikut, padanan manakah yang mewakili X, Y dn Z?
X : Kuprum
Y : Zink
Z : Argentum
X : Argentum
Y : Kuprum
Z : Zink
X : Kuprum
Y : Argentum
Z : Zink
X : Zink
Y : Kuprum
Z : Argentum
Rajah 14 menunjukkan suatu jek hidraulik yang digunakan di sebuah bengkel kereta.
Tekanan = Daya / Luas
Apakah berat beban yang boleh diangkat dengan daya input 500 N?
0.5 N
50 N
500 N
5000 N
