NEW
Font size
WorksheetsSAINS SPM K1 MELAKA 2023
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah nilai pH bagi bahan sisa yang boleh dibuang ke dalam sinki?
Kurang daripada 5
Antara 5 hingga 9
Lebih daripada 9
7 sahaja
Rajah 1 menunjukkan seorang lelaki melakukan satu prosedur bantuan kecemasan. Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?
Untuk meningkatkan isipadu udara di dalam peparu
Untuk menambahkan bilangan degupan jantung
Untuk menambahkan diameter salur pernafasan
Untuk meningkatkan tekanan di dalam peparu
Rajah 2 menunjukkan satu alat perubatan. Apakah kegunaan alat tersebut?
Mengukur aras glukosa dalam darah
Mengukur indeks jisim badan
Mendengar degupan jantung
Mengukur tekanan darah
Rajah 3 menunjukkan sebuah kawasan rekreasi. Apakah tenaga boleh baharu yang boleh dibangunkan di kawasan tersebut?
Sumber tenaga geoterma
Sumber tenaga solar
Sumber tenaga angin
Sumber tenaga air
Kenderaan tenaga solar digunakan bagi mengurangkan penggunaan sumber X. Apakah X?
Angin
Biojisim
Geoterma
Bahan api fosil
Rajah 4 di bawah menunjukkan suatu aktiviti yang dilakukan manusia bagi membina penempatan baharu. Mengapakah aktiviti ini boleh menyumbang kepada pemanasan global?
Kadar penghasilan oksigen bertambah
Peningkatan gas karbon dioksida
Kemusnahan ekosistem
Kepupusan spesies
Antara yang berikut, di manakah berlakunya proses meiosis pada tumbuhan?
Hujung pucuk
Anter
Akar
Buah
Maklumat berikut menunjukkan genotip seorang lelaki yang boleh menggulung lidah berkahwin dengan seorang perempuan yang tidak boleh menggulung lidah. Apakah nisbah kebarangkalian untuk mendapatkan anak yang boleh menggulung lidah kepada tidak boleh menggulung lidah?
1:1
2:1
3:1
1:3
Kejuruteraan genetik ialah istilah yang digunakan untuk pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Antara yang berikut, manakah merupakan keburukan Teknologi Kejuruteraan Genetik dalam kehidupan?
Menghasilkan tumbuhan dan ternakan yang berkualiti
Menghasilkan insulin dan enzim daripada bakteria yang boleh meningkatkan kesihatan manusia
Menghasilkan organisma yang mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap racun perosak
Mengenal pasti dan menentukan penyakit keturunan dan seterusnya merawat penyakit tersebut
Antara padanan berikut, yang manakah benar tentang haiwan dan jenis rangkanya?
Haiwan : Cicak
Jenis rangka : Rangka luar
Haiwan : Paus
Jenis rangka : Rangka hidrostatik
Haiwan : Rama-rama
Jenis rangka : Rangka hidrostatik
Haiwan : Ketam
Jenis rangka : Rangka luar
Kaji pernyataan di bawah.
• Rawat kecederaan seperti patah tulang, kecacatan tulang belakang atau kemerosotan tulang belakang.
• Membantu pesakit menjalani proses pemulihan otot rangka.
Antara berikut, bidang kerjaya manakah yang berkaitan dengan pernyataan di atas?
Pakar ortopedik
Ahli kiropraktor
Ahli fisioterapi
Pakar optometris
Apakah hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pankreas?
Insulin
Progesteron
Hormon antidiuresis
Hormon pertumbuhan
Organ manakah yang pertama terjejas oleh pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan?
Hati
Otak
Ginjal
Jantung
Antara tindak balas berikut, yang manakah akan membentuk bahan ion?
Antara gas dengan gas
Antara unsur logam dengan unsur logam
Antara unsur logam dengan unsur bukan logam
Antara unsur bukan logam dengan unsur bukan logam
Jadual 1 menunjukkan nombor proton dan nombor nukleon bagi unsur R, S, T dan U. Pasangan unsur yang manakah adalah isotop?
R dan S
R dan U
S dan T
T dan U
Rajah 5 menunjukkan struktur aloi yang digunakan untuk membuat alatan muzik seperti saksofon. Apakah K dan L?
K : Besi
L : Magnesium
K : Besi
L : Karbon
K : Kuprum
L : Timah
K : Kuprum
L : Zink
Rajah 6 menunjukkan barangan yang dihasilkan daripada getah. Antara berikut, yang manakah perlu ditambah ke dalam getah asli untuk menghasilkan tayar yang lebih keras dan tahan haba?
Sulfur
Dawai besi
Asid etanoik
Larutan ammonia
Kaji pernyataan di bawah.
Radikal bebas ialah atom yang kekurangan satu elektron yang menyebabkan atom tidak stabil, reaktif dan cenderung menyerang atom lain.
Antara berikut, yang manakah cara untuk menghalang penghasilan radikal bebas di dalam badan?
Bersenam dengan kerap
Mengelakkan pengambilan dadah
Mengelakkan pengambilan alkohol
Mengelakkan daripada terdedah kepada sinar ultraungu
Kaji pernyataan di bawah.
Produk kesihatan mengandungi bahan aktif yang memainkan peranan dalam memberikan kesan kepada pengguna produk.
Apakah yang dimaksudkan dengan bahan aktif dalam produk kesihatan?
Komponen dalam produk untuk pencegahan penyakit
Komponen dalam produk yang membahayakan pengguna
Komponen dalam produk yang mengandungi perasa makanan
Komponen dalam produk yang boleh melambatkan kerosakan makanan
Sarah memandu kereta pada kelajuan 30 ms-1. Dia menambah kelajuan kereta sehingga mencapai kelajuan 60 ms-1 dalam masa 20 saat. Berapakah pecutan kereta itu?
− 3.0 ms-2
Rajah 7 menunjukkan satu duit syiling yang diletakkan atas sekeping kadbod. Kadbod tersebut ditarik dengan cepat. Apakah yang berlaku pada duit syiling itu?
Terpelanting ke atas
Jatuh ke dalam gelas
Bergerak bersama-sama dengan kadbod
Bergerak bertentangan arah dengan kadbod
Rajah 8 menunjukkan satu proses yang berlaku di dalam sebuah reaktor nuklear. Apakah proses yang ditunjukkan dalam Rajah 8?
Pelakuran nukleus
Pembelahan nukleus
Penambahan nukleus
Pemecahan nukleus
Kaji maklumat di bawah.
Korea Utara dilaporkan melancarkan ujian nuklear keenam, kira-kira 24 kilometer di timur laut Sungjibageam.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah penyakit yang mungkin dihadapi oleh penduduk berdekatan?
Sirosis hati
Emfisema
Leukimia
Bronkitis
Antara mikroorganisma berikut, yang manakah digunakan dalam perindustrian makanan?
Yis
Insulin
Mukor
Salmonella
Seorang murid mengalami masalah kegatalan pada kakinya disebabkan oleh penyakit Athlete’s Foot. Apakah rawatan yang dapat diberikan kepada murid tersebut?
Vaksin
Antifungal
Antiviral
Antibiotik
Jadual 2 menunjukkan nilai kalori bagi tiga jenis makanan yang diambil oleh Adam. Set makanan yang manakah mengandungi nilai kalori yang paling tinggi untuk sarapan Adam?
Emping jagung : 10 g
Roti putih : 30 g
Susu : 120 g
Emping jagung : 15 g
Roti putih : 20 g
Susu : 120 g
Emping jagung : 20 g
Roti putih : 30 g
Susu : 300 g
Emping jagung : 25 g
Roti putih : 20 g
Susu : 300 g
Rajah 9 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji keperluan nutrien bagi pertumbuhan anak benih. Apakah perubahan yang dapat diperhatikan pada anak benih selepas tiga minggu?
Daun anak benih akan gugur
Daun anak benih menjadi kuning
Pertumbuhan akar anak benih merosot
Penghasilan bunga terbantut
Antara bahan kimia dalam pemprosesan makanan berikut, yang manakah ialah pengawet buatan?
Gula
Madu
Garam
Asid borik
Antara mikroorganisma berikut, yang manakah digunakan untuk menghasilkan bebola lumpur bagi merawat air sungai yang tercemar?
Yis
Alga
Protozoa
Bakteriofaj
Rajah 10 menunjukkan graf bagi jumlah isipadu karbon dioksida yang terhasil melawan masa bagi tindak balas karbonat logam dengan asid cair bagi eksperimen P dan Q. Antara berikut, yang manakah menerangkan perbezaan antara dua lengkuk bagi eksperimen tersebut ?
Suhu dalam eksperimen P lebih rendah daripada eksperimen Q
Mangkin digunakan dalam eksperimen P tetapi tiada di eksperimen Q
Tekanan dalam eksperimen Q lebih tinggi daripada eksperimen P
Saiz bahan tindak balas lebih besar dalam eksperimen P daripada eksperimen Q
Rajah 11 menunjukkan penghasilan asid sulfurik melalui Proses Sentuh. Mengapakah bahan X perlu ditambah ke dalam proses ini?
Untuk mempercepatkan tindak balas
Untuk meningkatkan suhu dalam tindak balas
Untuk meningkatkan tekanan dalam tindak balas
Untuk menghasilkan asid sulfurik yang lebih berkualiti
Rajah 12 menunjukkan struktur molekul suatu sebatian. Apakah nama sebatian hidrokarbon tersebut?
Metana
Etana
Propana
Butana
Rajah 13 menunjukkan proses penyulingan yang dijalankan oleh seorang murid untuk menghasilkan bahan Z. Penyulingan hasil turasan proses penapaian menghasilkan bahan Z. Apakah kegunaan bahan Z dalam kehidupan seharian?
Sebagai penstabil untuk membaiki tekstur makanan
Sebagai pemangkin dalam proses saponifikasi
Sebagai pelarut bagi pelbagai jenis ubat
Sebagai bahan antioksidan
Antara berikut, yang manakah contoh bagi lemak tepu?
Minyak zaitun
Minyak jagung
Minyak bijan
Minyak sapi
Antara berikut, yang manakah merupakan bahan yang boleh digunakan sebagai elektrolit dalam sel elektrolitik?
Naftalena
Etanol
Larutan glukosa
Larutan natrium klorida
Rajah 14 menunjukkan satu sel ringkas. Logam manakah yang sesuai untuk mewakili P bagi menghasilkan pesongan jarum ammeter paling besar?
Zink
Besi
Plumbum
Magnesium
Rajah 15 menunjukkan kedudukan satu objek bagi pembentukan imej oleh sejenis kanta. Antara berikut yang manakah benar bagi ciri imej yang terbentuk?
Nyata
Songsang
Dikecilkan
Dibesarkan
Sebuah teleskop mini mempunyai kuasa pembesaran teleskop 832 kali dan kuasa kanta mata 16 kali. Berapakah kuasa pembesaran kanta objek?
Kuasa pembesaran mikroskop = Kuasa pembesaran kanta objek × Kuasa pembesaran kanta mata
32 kali
52 kali
848 kali
816 kali
Rajah 16 menunjukkan operasi sistem hidraulik. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan rajah di atas?
Tekanan input lebih kecil dari tekanan output
Tekanan input lebih besar dari tekanan output
Semakin tinggi daya input, semakin tinggi daya output
Semakin rendah daya input, semakin tinggi daya output
Maklumat di bawah menunjukkan koordinat GPS bagi suatu tempat. Apakah kedudukan yang ditunjukkan oleh nilai koordinat -22.970722?
Ke timur Garisan Greenwich
Ke barat Garisan Greenwich
Di hemisfera selatan
Di hemisfera utara
