wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam T1

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah hukum membaca isti’azah setiap kali membaca al-Quran?

a)

Wajib

b)

Makruh

c)

Sunat

d)

Harus

2.

Pilih pernyataan yang benar mengenai malaikat.

a)

Makhluk yang diciptakan daripada tanah

b)

Makhluk yang adakalanya melanggar perintah Allah SWT

c)

Hamba Allah yang diciptakan dengan nafsu seperti manusia

d)

Hamba Allah SWT yang sentiasa taat kepada segala perintah Allah SWT

3.

Malaikat diciptakan daripada _________.

a)

Air

b)

Api

c)

Tanah

d)

Cahaya

4.

“Muttafaqun alaih merujuk hadis yang disepakati oleh dua orang ulamak hadis.”

Siapakah ulamak tersebut?

a)

Imam Tarmizi dan Imam Malik

b)

Imam Bukhari dan Imam Muslim

c)

Imam Ahmad dan Imam Ibnu Majah

d)

Imam Abi Daud dan Imam An Nasaie

5.

Berikut adalah kitab hadis yang menjadi rujukan utama kecuali

a)

Sahih Bukhari

b)

Sahih Muslim

c)

Sunan Ibnu Qasim

d)

Sunan Ibnu Majah

6.

Antara yang berikut yang manakah bukti Allah SWT bersifat al-Khaliq?

a)

Proses penciptaan manusia

b)

Mencipta makhluk dengan pelbagai rupa

c)

Memberi rezeki kepada semua makhluk

d)

Berkuasa menukarkan siang dan malam

7.

Berikut adalah ciri akidah yang salah kecuali

a)

Mensyirikkan Allah SWT

b)

Takut kepada Allah SWT

c)

Menafikan kekuasaan Allah SWT

d)

Melakukan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam

8.

Pilih pernyataan yang benar mengenai maksud beriman kepada Allah SWT

a)

Membenarkan dengan hati bahawa Allah SWT Maha Pencipta, Pemilik, dan Pentadbir alam

b)

Melakukan amalan selari dengan akidah Islam

c)

Percaya terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah SWT

9.

Al-Musawwir bermaksud Allah SWT Maha ___________.

a)

Pembentuk pelbagai rupa

b)

Pembalas dengan siksaan

c)

Pemilik mutlak segala kerajaan

d)

Pencipta makhluk daripada tiada kepada ada

10.

“Agama yang lengkap dan memenuhi semua keperluan hidup manusia.”

Pernyataan di atas merujuk kepada maksud __________.

a)

‘Alamiyyah

b)

Waqi’iyyah

c)

Syumuliyyah

d)

Rabbaniyyah

11.

Berikut adalah sunat wuduk kecuali

a)

Berdoa

b)

Menyapu kepala

c)

Berkumur-kumur

d)

Menyapu kedua-dua telinga

12.

Darah, muntah, tanah dan bangkai adalah contoh najis ________.

a)

Mutanajjis

b)

Mukhaffafah

c)

Mughallazah

d)

Mutawassitah

13.

Rukun mandi wajib ialah ________.

a)

Niat dan berwuduk

b)

Niat dan membersihkan badan dengan sabun

c)

Niat dan membuang segala kotoran dan najis

d)

Niat dan meratakan air ke seluruh anggota badan

14.

“Darah penyakit yang keluar dari pangkal rahim wanita.”

Pernyataan di atas merujuk kepada ________.

a)

Istihadah

b)

Wiladah

c)

Nifas

d)

Haid

15.

“Paru-paru dapat berkembang dengan baik.”

“Tekanan darah lebih rendah dan baik.”

Pernyataan di atas menjelaskan kelebihan _______ terhadap kesihatan dari sudut Sains.

a)

Qiam

b)

Sujud

c)

Rukuk

d)

Duduk tahiyat akhir

16.

Berikut adalah perkara sunat ab’ad kecuali

a)

Duduk tahiyat awal

b)

Membaca doa iftitah

c)

Membaca doa qunut

d)

Berdiri ketika membaca doa qunut

17.

Berikut adalah ciri-ciri kepercayaan agama Hanif kecuali

a)

Percaya kepada dosa dan pahala

b)

Percaya kepada Allah SWT Tuhan yang satu

c)

Percaya matahari, bintang dan pokok mempunyai roh.

d)

Percaya kepada manusia akan dihidupkan semula sesudah mati

18.

Antara akhlak baik yang diamalkan masyarakat Arab sebelum kerasulan nabi Muhammad SAW ialah ______.

a)

Menepati janji

b)

Menghormati jiran

c)

Mudah menyerah kalah

d)

Mengahwini mereka yang ada pertalian darah

19.

Orang yang berilmu yang menyampaikan ilmunya untuk kebaikan akan ________ semua makhluk di langit dan di bumi.

a)

Dirindui

b)

Disayangi

c)

Dipelihara

d)

Didoakan

20.

Antara yang berikut yang manakah cara menjaga maruah diri dari aspek tingkah laku?

a)

Bermanis muka ketika bercakap

b)

Membudayakan ucapan terima kasih

c)

Mengamalkan budaya berjabat tangan dengan mahram

d)

Nada suara yang sesuai dengan suasana dan orang yang mendengar