NEW
Font size
WorksheetsT5_Bab 5: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Total questions: 50
Worksheet time: 1hrs 15mins
Apakah kepentingan bakteria kepada rantaian makanan dalam ekosistem?
Mengurangkan keasidan tanih
Membebaskan karbon dioksida
Mengurangkan kadar hakisan tanih
Menghasilkan nutrien kepada pengeluar
Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada ekosistem Hutan Hujan Tropika?
Kawasan pembalakan
Bahan mentah industri
Lokasi ekopelancongan
Mengekalkan rantaian makanan
Apakah persamaan kepentingan hutan berikut kepada ekosistem?
· Hutan Tanah Pamah
· Hutan Paya Air Masin
Habitat hidupan liar
Kawasan tadahan air
Mengawal pasang surut
Mengawal gerakan jisim
Berikut adalah maklumat tentang tumbuh-tumbuhan semula jadi.
· Pokok berbentuk kon
· Malar hijau
Kawasan berlorek yang bertanda manakah dalam peta tersebut terdapat jenis jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi tersebut?
A
B
C
D
Apakah kepentingan Hutan Dipterokap kepada alam sekitar?
Sumber makanan
Sumber kayu balak
Mengawal halaju angin
Menyederhanakan suhu
Peta berikut menunjukkan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi.
Apakah persamaan ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan P dan Q?
Akar banir
Malar hijau
Berdaun lebar
Lantai hutan padat
Apakah kepentingan cacing dalam ekosistem?
Pengguna yang memakan pengguna primer
Bertindak sebagai pengurai untuk menghasilkan nutrien
Membantu tumbuh-tumbuhan melalui proses fotosintesis
Merupakan pengeluar yang menghasilkan makanan sendiri
Apakah kesan kegiatan penebangan hutan di kawasan tanah tinggi terhadap alam sekitar?
Banjir kilat
Udara tercemar
Ekosistem terjejas
Kelembapan udara bertambah
Foto tersebut menunjukkan suatu kawasan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
Apakah fungsi kepelbagaian biologi dalam ekosistem di foto tersebut?
I. Rantaian makanan
II. Fotosintesis
III. Sumber protein
IV. Bekalan kayu balak
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dalam ekosistem, tumbuh-tumbuhan hijau dikenali sebagai
herbivor
omnivor
karnivor
autotrof
Antara kombinasi berikut, yang manakah benar tentang komponen ekosistem dan fungsinya?
A
B
C
D
Maklumat berikut adalah komponen ekosistem.
· Kulat
· Mikro organisma
Apakah fungsi komponen tersebut dalam rantaian makanan?
Pengurai
Pengeluar
Pengguna primer
Pengguna tertier
Apakah bukti yang boleh dikaitkan dengan kemusnahan komponen abiotik?
Perubahan warna air sungai
Kepupusan flora dan fauna
Kemusnahan kepelbagaian biologi
Pemindahan tenaga dalam ekosistem terjejas
Apakah komponen pengurai dalam kitaran ekosistem?
Ular
Cacing
Burung
Ulat beluncas
Apakah spesies haiwan karnivor dalam ekosistem Hutan Tanah Pamah?
Rusa
Burung
Harimau
Beluncas
Apakah fungsi pengurai dalam ekosistem Hutan Hujan Tropika di Malaysia?
Membekalkan nutrien kepada tanih
Menyerap tenaga dari cahaya matahari
Sumber makanan kepada pengguna tertier
Merupakan komponen abiotik dalam ekosistem
Berikut adalah ciri-ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi.
· Malar hijau
· Pokokberbentukkon
· Daun berbentuk jarum
Kawasan berlorek yang manakah dalam peta berkaitan dengan ciri-ciri di atas tumbuh-tumbuhan di atas?
A
B
C
D
Foto di bawah menunjukkan sejenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
Apakah kesan terhadap alam sekitar jika kawasan tumbuh-tumbuhan tersebut ditebus guna?
Peningkatan aras laut
Peningkatan suhu global
Kemusnahan hidupan akuatik
Kehilangan kawasan tadahan air
Faktor yang mempengaruhi Hutan Monsun Tropika menggugurkan daun pada bulan Mac hingga Mei setiap tahun ialah
tekanan udara tinggi
proses fotosintesis aktif
kadar kelembapan tinggi
mengurangkan kehilangan air
Peta tersebut menunjukkan lokasi tumbuh-tumbuhan semula jadi.
Apakah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan berlorek?
I. Panas dan lembab sepanjang tahun
II. Musim panas yang pendek
III. Hujan antara 500 mm hingga 600 mm
IV. Min suhu tahunan 27ºC
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah komponen biotik dalam ekosistem hutan semula jadi?
Tanih
Hujan
Organik
Bakteria
Mengapakah spesies hidupan liar dalam foto tersebut perlu dikekalkan dalam hutan di Malaysia?
Sumber tarikan pelancong
Bertindak sebagai pengeluar
Mengawal hutan daripada di ceroboh
Memelihara keseimbangan ekosistem hutan
Apakah kesan penebangan Hutan Paya Bakau terhadap alam sekitar?
Pencemaran air laut
Peningkatan aras laut
Kemusnahan hidupan akuatik
Kemasinan air laut meningkat
Mengapakah tumbuhan lantai Hutan Monsun Tropika lebih padat daripada tumbuhan lantai Hutan Hujan Tropika?
Spesies hidupan liar kurang
Bekalan karbon dioksida banyak
Hujan sampai terus ke permukaan bumi
Tumbuhan bahagian bawah menerima pancaran matahari
Soalan di bawah berdasarkan foto dan peta tersebut.
Haiwan tersebut banyak terdapat di kawasan berlorek pada peta yang bertanda.
A
B
C
D
Apakah kepentingan kedua-dua sumber berikut?
· Hutan Tanah Pamah
· Laut dan lautan
Pertanian
Menyederhanakan suhu
Menjana hidroelektrik
Akuakultur
Kombinasi manakah yang benar tentang komponen ekosistem dan fungsinya?
A
B
C
D
Apakah kesan aktiviti dalam foto berikut terhadap komponen biotik?
Peningkatan suhu
Kemusnahan fauna
Peningkatan kejadian hakisan
Pertambahan gas karbon dioksida
Foto berikut menunjukkan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
Mengapakah tumbuh-tumbuhan semula jadi tersebut perlu dikekalkan?
Merupakan kawasan tadahan air
Mengawal pasang surut
Mengekalkan kemasinan air laut
Mengawal keseimbangan ekosistem
Kombinasi manakah yang benar tentang ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Hujan Tropika dan Hutan Monsun Tropika?
A
B
C
D
Apakah bukti yang boleh dikaitkan dengan kemusnahan komponen abiotik?
Perubahan warna air sungai
Kepupusan flora dan fauna
Kemusnahan kepelbagaian biologi
Pemindahan tenaga dalam ekosistem terjejas
Foto berikut menunjukkan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
Apakah kepentingan sumber foto tersebut terhadap ekosistem?
Menyederhanakan suhu
Mengekalkan iklim
Menjamin bekalan berterusan
Menyumbang pendapatan negara
Apakah kepentingan tumbuhan semula jadi terhadap keseimbangan ekosistem?
Lokasi pelancongan
Kawasan pembalakan
Kawasan tadahan hujan
Membekalkan bahan mentah industri
Maklumat berikut berkaitan ciri tumbuh-tumbuhan semulajadi dunia.
· Batang berlendir
· Akar panjang
Apakah jenis tumbuhan semula jadi yang mempunyai ciri di atas?
Padang Rumput Savana
Padang Rumput Sederhana
Tumbuhan Gurun Panas
Tumbuhan Tundra
Peta di bawah menunjukkan taburan tumbuhan semula jadi di Malaysia.
Antara yang berikut, yang manakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan berlorek dalam peta tersebut terhadap ekosistem?
I. Zon penampan
II. Habitat hidupan akuatik
III. Menjadi kawasan tadahan air
IV. Mengawal peningkatan paras air laut
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di dunia dipengaruhi oleh
I. latitud
II. tiupan angin
III. kedalaman sungai
IV. keadaan iklim setempat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kawasan dunia yang berkaitan dengan maklumat di bawah?
· Tumbuhan renek dan samun
I. Gurun
II. Tundra
III. Lantai hutan
IV. Lembangan sungai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah ciri tumbuh-tumbuhan di kawasan Gurun Panas?
Berakar banir
Batang berongga
Akar yang panjang
Menggugurkan daun pada musim kemarau
Apakah faktor tumbuh-tumbuhan di Padang Rumput Sederhana Steppe berubah warna?
Kegiatan ekonomi manusia
Tiupan angin pinggir laut
Akar yang panjang
Perubahan musim
Mengapakah konopi pokok di dalam Hutan Konifer berbentuk kon?
Mengelakkan salji berkumpul
Mempercepatkan proses fotosintesis
Memudahkan air turun ke lantai hutan
Menjadi habitat semula jadi pelbagai burung
Apakah jenis hutan dikaitkan dengan tumbuh-tumbuhan berikut?
· Baobab
· Semalu
Hutan Daun Luruh Sederhana
Tumbuhan Gurun Panas
Padang Rumput Savana
Hutan Konifer
Berikut adalah jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi.
· Basswood
· Berangan
Di manakah tumbuh-tumbuhan semula jadi tersebut boleh dijumpai?
Hutan Konifer
Padang Rumput Sederhana Steppe
Hutan Daun Luruh Sederhana
Padang Rumput Savana
Foto tersebut menunjukkan sejenis hidupan liar
Haiwan tersebut terdapat di
Hutan Konifer
Hutan Mediterranean
Hutan Hujan Tropika
Hutan Monsun Tropika
Apakah kawasan hutan semula jadi dunia yang berkaitan dengan maklumat tersebut?
· Tikus jerboa
· Musang fennec
Hutan Gurun Panas
Hutan Monsun Tropika
Padang Rumput Sava
Padang Rumput sederhana Steppe
Kombinasi manakah BENAR tentang lapisan dan jenis hidupan liar di dalam Hutan Hujan Tropika?
A
B
C
D
Apakah jenis hutan yang berkaitan dengan hidupan liar di bawah?
· Gajah
· Harimau
Hutan Gurun Panas
Hutan Monsun Tropika
Padang Rumput Savana
Hutan Daun Luruh Sederhana
Antara yang berikut, manakah hidupan liar yang menghuni di Padang Rumput Savana?
I. Dubuk
II. Memerang
III. Badak Sumbu
IV. Rusa gazelle
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah ciri-ciri hidupan liar zon iklim sejuk dunia?
Berbulu tebal
Kulit berkedut
Kaki yang panjang
Aktif pada waktu malam
Apakah ciri Hutan Hujan Tropika?
I. Dirian tulen
II. Berakar banir
III. Empat lapisan utama
IV. Daun gugur pada musim kering
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah komponen biotik dalam ekosistem?
I. Air
II. Amfibia
III. Bakteria
IV. Cahaya matahari
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
