wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 11 T4 : DAYA DAN GERAKAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

(Putrajaya Set 1 2023) Sebuah bola bergerak dengan halaju -15 ms-1 . Pernyataan manakah yang benar mengenai gerakan bola itu?

a)

Bola itu bergerak dengan halaju berkurang

b)

Bola itu bergerak bertentangan dari arah asalnya

c)

Bola itu mengalami nyahpecutan

d)

Bola itu bergerak menuruni bukit

2.

(Putrajaya Set 2 2023) Salman memandu kereta pada kelajuan 30 m s-1. Dia menambah kelajuan kereta sehingga mencapai kelajuan 60 m s-1 dalam masa 20 minit. Berapakah pecutan kereta itu?

a)

0.025 ms-2

b)

1.5 ms-2

c)

0.05 ms-2  

d)

3.0 ms-2

3.

(Kelantan 2023) Rajah 3 menunjukkan satu jalur pita detik yang diperolehi daripada sebuah troli yang bergerak. Jangka masa detik yang digunakan menghasilkan 50 detik sesaat. Berapakah halaju troli itu?

a)

100 cm s-1

b)

120 cm s-1

c)

130 cm s-1

d)

150 cm s-1

4.

(Negeri Sembilan 2023) Seoramg budak perempuan mengambil masa 20 saat untuk berlari sejauh 100 m. Apakah laju budak perempuan itu?

a)

5 ms-1

b)

0.2 ms-1

c)

2 ms-1

d)

0.5 ms-1

5.

(Melaka 2023) Sarah memandu kereta pada kelajuan 30 ms-1 . Dia menambah kelajuan kereta sehingga mencapai kelajuan 60 ms-1 dalam masa 20 saat. Berapakah pecutan kereta itu?

a)

− 3.0 ms-2

b)

−1.5 ms-2

c)

1.5 ms-2

d)

3.0 ms-2

6.

(Putrajaya Set 1 2023) Rajah 6 di bawah menunjukkan graf gerakan linear sebuah kereta mainan kawalan jauh. Hitungkan halaju kereta mainan itu dari saat ke tiga hingga ke lima.

a)

3 ms-1

b)

2 ms-1

c)

8 ms-1

d)

4 ms-1

7.

(Pahang 2023) Rajah 7 menunjukkan graf halaju -masa bagi gerakan suatu kereta mainan. Berapakah sesaran kereta itu dalam masa 6 s?

a)

0 m

b)

30 m

c)

45 m

d)

75 m

8.

(Sarawak 2023) Rajah 8 menunjukkan graf halaju-masa bagi pergerakan sebuah motosikal. Tentukan halaju motosikal apabila masa adalah 15 saat.

a)

10 ms-1

b)

15 ms-1

c)

20 ms-1

d)

25 ms-1

9.

(Kedah 2023) Rajah 9 menunjukkan graf sesaran melawan masa bagi pergerakan seorang murid lelaki. Antara yang berikut, padanan manakah yang betul?

a)

Halaju seragam : CP

Halaju sifar : RS

b)

Halaju seragam : CP

Halaju sifar : PQ

c)

Halaju seragam : QR

Halaju sifar : QP

d)

Halaju seragam : PQ

Halaju sifar : RA

10.

(Perlis 2203) Rajah 10 menunjukkan satu graf halaju-masa. Berapakah pecutan dari masa 0 saat hingga masa 2 saat?

Pecutan = (Halaju akhir - halaju awal) / Masa

a)

2.0 ms-2

b)

3.5 ms-2

c)

7.0 ms-2

d)

14.0 ms-2

11.

(Perak 2023) Rajah 11 menunjukkan dua graf sesaran-masa bagi dua buah kereta mainan. Berdasarkan rajah 11, pernyataan manakah yang betul?

a)

Pada saat 8-12, kereta N mengalami halaju seragam.

b)

Kereta M berada dalam keadaan pegun pada masa 12- 16 saat

c)

Pada saat ke 12, kedua-dua kereta mempunyai sesaran yang sama

d)

Halaju kereta M pada masa 0-8 saat lebih tinggi daripada halaju kereta N

12.

(Kelantan 2023) Sebuah objek dikatakan jatuh bebas apabila

a)

Objek jatuh akibat tindakan antigraviti

b)

Objek jatuh akibat rintangan udara sahaja

c)

Objek jatuh ke bawah akibat tindakan graviti sahaja

d)

Objek jatuh akibat tindakan graviti dan rintangan udara

13.

(Negeri Sembilan 2023) Antara berikut, kaedah yang manakah sesuai digunakan untuk menghantar makanan dan ubat-ubatan melalui udara kepada mangsa banjir dengan memastikan bekalan tersebut tidak rosak?

a)

Menggunakan belon

b)

Menggunakan payung terjun

c)

Mengikat menggunakan tali

d)

Menjatuhkan terus dari udara

14.

(Sarawak 2023) Rajah 14 menunjukkan sehelai bulu pelepah dan sekeping duit syiling dilepaskan pada ketinggian yang sama di dalam sebuah bekas vakum. Pernyataan manakah yang betul tentang penyiasatan itu?

a)

Duit syiling sampai ke dasar bekas dahulu.

b)

Duit syiling mempunyai pecutan graviti yang lebih besar kerana jisimnya yang lebih besar

c)

Bulu pelepah dan duit syiling sampai ke dasar bekas pada masa yang sama

d)

Bulu pelepah sampai ke dasar bekas dahulu kerana gerakannya dipengaruhi oleh rintangan udara

15.

(Perak 2023) Sebuah kapal tangki akan terus bergerak walaupun enjinnya telah dimatikan. Antara berikut, manakah yang menjelaskan fenomena tersebut?

a)

Pecutan tinggi.

b)

Inersia yang besar

c)

Momentum yang besar

d)

Tenaga keupayaan yang tinggi

16.

(Putrajaya Set 2 2023) Maklumat berikut menerangkan satu situasi.

Seorang penumpang yang sedang berdiri di dalam sebuah bas yang bergerak,

terhumban dan jatuh ke hadapan apabila pemandu bas menekan brek secara

tiba-tiba.

Apakah yang menyebabkan penumpang itu terhumban dan jatuh ke hadapan?

a)

Tekanan

b)

Inersia

c)

Daya

d)

Kestabilan

17.

(Pahang 2023) Rajah 17 menunjukkan sebuah buku ditarik dengan pantas tanpa menyelerakkan buku yang lain. Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku?

a)

Inersia

b)

Tekanan

c)

Momentum

d)

Jatuh bebas

18.

(Kedah 2023) Rajah 18.1 menunjukkan kenderaan A dan B yang bergerak dengan halaju malar 40km/j. pemandu-pemandu kenderaan itu menekan break apabila lampu isyarat bertukar kepada kuning. Rajah 3.2 menunjukkan kenderaan A dan B berhenti di lampu isyarat apabila lampu isyarat bertukar kepada merah. Jadual 16 menunjukkan masa yang diambil untuk kedua-dua kenderaan itu berhenti. Antara susunan berikut, pernyataan manakah yang betul?

a)

Panjang jarak berhent dari garisan lampu isyarat bagi kenderaan A lebih panjang kerana inersianya yang lebih tinggi.

b)

Masa untuk berhenti bagi kenderaan B lebih panjang kerana inersianya yang lebih rendah.

c)

Kenderaan A lebih mudah memberhentikan kenderaan kerana inersianya lebih tinggi.

d)

Kenderaan B mempunyai inersia yang lebih tinggi berbanding kenderaan A

19.

(Melaka 2023) Rajah 19 menunjukkan satu duit syiling yang diletakkan atas sekeping kadbod. Kadbod tersebut ditarik dengan cepat. Apakah yang berlaku pada duit syiling itu?

a)

Terpelanting ke atas

b)

Jatuh ke dalam gelas

c)

Bergerak bersama-sama dengan kadbod

d)

Bergerak bertentangan arah dengan kadbod

20.

(Perlis 2023) Rajah 20 menunjukkan seseorang yang sedang mengeringkan payungnya dengan memutarkan payung tersebut dengan laju dan menghentikannya secara mendadak. Apakah konsep yang digunakan dalam situasi di atas?

a)

Halaju

b)

Inersia

c)

Pecutan

d)

Momentum