wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

Total questions: 45

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Keluaran Dalam Negari Kasar ( KDNK ) merujuk kepada

a)

jumlah pendapatan yang diterima oleh faktor – faktor pengeluaran

b)

nilai barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara bagi tahun

tertentu oleh faktor – faktor milik negara

c)

nilai barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara tanpa mengira

sama ada ianya dikeluarkan oleh faktor milik sendiri atau milik asing

d)

nilai barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara ditambah

pendapatan faktor bersih luar Negara

2.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar adalah jumlah

a)

semua barang dan perkhidmatan akhir yang dihasilkan dan dinilai pada harga tahun semasa

b)

semua barang dan perkhidmatan akhir yang dihasilkan dan dinilai pada harga tahun asas

c)

semua barang dan pekhidmatan akhir yang dihasilkan dalam sebuah negara

d)

semua barang dan perkhidmatan akhi yang dihasilkan untuk kegunaan sendiri

3.

Rumus untuk menghitung Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah

a)

KNK = KDNK – susut nilai.

b)

KNK = KDNK – bayaran faktor bersih ke luar negeri.

c)

KNK = KDNK + cukai tak langsung – subsidi

d)

KNK = KDNK + pendapatan faktor bersih dari luar negeri.

4.

Untuk mendapatkan nilai Keluaran Negara Bersih (KNB), susut nilai mesti ditolak daripada

a)

Keluaran Negara Kasar (KNK) pada kos factor

b)

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada kos faktor

c)

Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi pada harga pasar

d)

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga pasar.

5.

Perbezaan antara pendapatan negara nominal dengan pendapatan negara benar adalah

a)
Penyesuaian dengan inflasi
b)
Perubahan dalam struktur ekonomi
c)
Pengurangan cukai
d)
Pertumbuhan ekonomi
6.

Perbezaan antara Keluaran Dalam Negeri Kasar kos fakor (KDNKkf) dengan Keluaran Negara Bersih

kos faktor (KNBkf) ialah

a)

cukai tak langsung dan subsidi

b)

pendapatan factor bersih luar negara

c)

pendapatan factor bersih dari luar negara dan susut nilai

d)

cukai tak langsung, subsidi dan pendapatan faktor bersih luar negara

7.

Dalam penghitungan pendapatan negara, sekiranya cukai tak langsung lebih rendah daripada subsidi,
maka

a)

KDNK lebih kecil daripada KNK

b)

KDNK lebih besar daripada KNK

c)

KNB harga pasar lebih kecil daripada KNB kos factor

d)

KNB harga pasar lebih besar daripada KNB kos factor

8.

Manakah antara berikut tidak dihitung dalam KNK Malaysia ?

a)

gaji pekerja Malaysia yang bekerja di Indonesia

b)

cukai keuntungan syarikat

c)

gaji pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia

d)

pembelian alat tulis oleh kerajaan daripada pengeluar tempatan

9.

Manakah antara berikut diambil kira dalam Keluaran Negara Kasar (KNK) tetapi TIDAK dalam

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia?

a)

Penjualan saham syarikat Malaysia di Bursa Malaysia

b)

Penjualan kereta yang dikeluarkan oleh syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia

c)

Perkhdimatan ahli keluarga yang tidak dibayar dalam menjalankan kegiatan harian di rumah

d)

Pendapatan yang dibayar kepada rakyat Malaysia yang bekerja dengan syarikat asing di luar

negeri

10.

Pendapatan faktor bersih luar negeri bernilai positif apabila

a)

jumlah eksport sama dengan jumlah import

b)

pendapatan negara kurang daripada pendapatan persendirian

c)

Keluaran Negara Kasar (KNK) melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

d)

Keluaran Negara Kasar (KNK) kurang daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

11.

Keuntungan syarikat Malaysia yang beroperasi di Amerika Syarikat akan diambil kira dalam

a)

Keluaran Negara Kasar (KNK) Malaysia

b)

Keluaran Negara Kasar (KNK) Amerika Syarikat

c)

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia.

d)

Keluaran Negara Bersih (KNB) Amerika Syarikat.

12.

Manakah antara yang berikut BENAR mengenai konsep keluaran Negara pada tahun asas?

a)

Keluaran negara benar sama dengan keluaran negara potens

b)

Keluaran Negara nominal sama dengan keluaran negara kasar

c)

Keluaran Negara benar sama dengan keluaran negara nominal

d)

Keluaran Negara bersih sama dengan keluaran negara nominal

13.

Komponen perbelanjaan swasta dalam pengiraan pendapatan negara menggunakan kaedah

perbelanjaan terdiri daripada

a)

perbelanjaan isi rumah

b)

pelaburan modal kasar dan perbelanjaan kerajaan

c)

perbelanjaan isi rumah dan perbelanjaan kerajaan

d)

perbelanjaan isi rumah dan pelaburan modal kasar

14.

Komponen yang tidak diambil kira dalam pengiraan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut

kaedah perbelanjaan ialah

a)

sektor perkilangan

b)

eksport dan import

c)

perbelanjaan awam

d)

perbelanjaan penggunaan

15.

Dalam pengiraan pendapatan negara,pembelian rumah baharu oleh pengguna dianggap sebagai

a)

penggunaan

b)

perubahan stok

c)

pelaburan tetap

d)

bayaran pindahan

16.

Kenaikan gaji kakitangan awam selepas kerajaan menyemak semula gaji kakitangan awam akan

mempengaruhi

a)

pelaburan kasar awam

b)

perubahan dalam stok awam

c)

perbelanjaan penggunaan awam

d)

pembentukan modal tetap kasar awam

17.

Keluaran Negara Bersih (KNB) kos faktor tidak termasuk

a)

cukai pendapatan pekerja

b)

keuntungan syarikat awam

c)

bunga ke atas pinjaman kerajaan

d)

sewa ke atas harta tetap milik swasta

18.

Keluaran Negara Kasar (KNK)adalah

a)

Keluaran Negara Bersih – susut nilai

b)

Keluaran Negara Bersih + Subsidi – Cukai tak langsung

c)

Keluaran Dalam Negara Kasar – penerimaan faktor bersih luar negara

d)

Keluaran Dalam Negara Kasar + penerimaan faktor bersih luar negara

19.

Peningkatan keluaran Negara kasar benar dari tahun 2010 ke 2011 menunjukkan

a)

peningkatan harga dalam tempoh tersebut

b)

peningkatan output dalam tempoh tersebut

c)

peningkatan harga dan output dalam tempoh tersebut

d)

peningkatan harga atau output dalam tempoh tersebut

20.

Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar (KNK) dengan Keluaran Negara Bersih (KNB) ialah

a)

susut nilai

b)

Perubahan stok

c)

Cukai tak langsung dan subsidi

d)

Pendapatan faktor bersih luar negeri

21.

Item yang perlu diambil kira bagi menghitung pendapatan negara berdasarkan kaedah keluaran adalah

a)

perubahan inventori

b)

keuntungan syarikat

c)

perkhidmatan kerajaan

d)

bayaran perkhidmatan bank

22.

Berdasarkan aktiviti berikut, pendapatan negara akan bertambah apabila

a)

akauntan membeli saham

b)

petani mendapat hasil jualan kelapa sawit

c)

guru memberi wang saku kepada anaknya

d)

pelajar menabung lebihan wang sakunya dalam sebuah bank

23.

Manakah antara berikut merupakan butiran dalam pendapatan persendirian tetapi BUKAN butiran

pendapatan negara?

a)

Sewa

b)

Gaji dan Upah

c)

Bayaran pindahan

d)

Untung yang dibahagikan

24.

Manakah antara berikut bukan komponen bayaran pindahan ?

a)

biasiswa kepada pelajar

b)

wang saku kepada anak

c)

elaun perkhidmatan polis

d)

bantuan mangsa gempa bumi di Indonesia

25.

Pendapatan benar per kapita mengukur

a)

tahap kebajikan tenaga buruh sesebuah negara

b)

tahap kebajikan faktor pengeluaran dalam negara

c)

tahap kebajikan pekerja dalam negara

d)

tahap kebajikan penduduk sesebuah negara

26.

Peningkatan taraf hidup penduduk sesebuah negara ditunjukkan oleh pertumbuhan

a)

Pendapatan boleh guna

b)

Pendapatan persendirian

c)

Pendapatan Negara benar

d)

Pendapatan perkapita benar

27.

Kesukaran menentukan sama ada sesuatu keluaran adalah barang akhir atau barang perantaraan

menyebabkan

a)

nilai ditambah terkurang nilai

b)

pendapatan negara terlebih nilai

c)

pendapatan negara terkurang nilai

d)

nilai barang perantaraan terlebih nilai

28.

Masalah pengiraan dua kali dalam perakaunan pendapatan negara dapat dielakkan dengan mengambil

kira nilai

a)

barangan dan perkhidmatan akhir

b)

barangan dan perkhidmatan perantaraan

c)

barangan akhir dan barangan perantaraan

d)

barangan sektor pertanian, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan

29.

Masalah pengiraan dua kali dalam penghitungan negara dapat diatasi dengan menjumlahkan semua

a)

perbelanjaan unit-unit ekonomi

b)

nilai ditambah setiap peringkat pengeluaran

c)

keluaran negara benar semua sektor ekonomi

d)

output yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran

30.

Data keluaran negara mengikut punca kegiatan ekonomi dapat menunjukkan

a)

taraf hidup umum sesebuah negara

b)

agihan pendapatan sesebuah negara

c)

pertumbuhan ekonomi sesebuah negara

d)

prestasi sektor ekonomi

31.

Masalah terlebih nilai dalam pengiraan pendapatan negara disebabkan oleh

a)

kerajaan memberi subsidi

b)

urusniaga haram yang produktif

c)

barang pertengahan diambil kira

d)

kerajaan menaikkan nilai kadar pertukaran asing

32.

Berikut adalah kelemahan data pendapatan negara sebagai alat perbandingan taraf hidup antara masa

kecuali

a)

tidak mengambil kira perubahan kualiti barangan

b)

tidak mengambil kira agihan pendapatan masyarakat

c)

tidak mengambil kira perubahan tingkat harga umum

d)

tidak mengambil kira pengiraan susut nilai

33.

Nilai Pendapatan Negara harga semasa akan melebihi Pendapatan Negara harga tetap sekiranya

berlaku

a)

inflasi

b)

deflasi

c)

pengangguran

d)

eksport melebihi import

34.

Jika Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar berkembang sebanyak 8 peratus dan kadar

pertumbuhan penduduk ialah 4 peratus, ceteris paribus, maka secara umumnya taraf hidup rakyat akan

a)

berkurang

b)

meningkat

c)

tidak berubah

d)

meningkat 2 kali ganda

35.

Taraf hidup sesebuah negara diukur dengan menggunakan

a)

pendapatan negara

b)

pendapatan per kapita

c)

pendapatan boleh guna

d)

pendapatan persendirian

36.

Nilai ditambah merujuk kepada

a)

nilai keluaran yang tidak dikira untuk mengelakkan pengiraan dua kali

b)

peningkatan nilai barang setelah melalui proses pengeluaran

c)

nilai barang dan perkhidmatan berasaskan harga faktor

d)

pertambahan nilai keluaran negara benar

37.

Yang manakah bukan kegunaan data pendapatan negara?

a)

Mengukur taraf hidup penduduk

b)

Mengukur kenaikan harga barang

c)

Mengukur kadar pertumbuhan ekonomi

d)

Mengukur sumbangan setiap sektor ekonomi

38.

Perubahan struktur ekonomi bagi sesebuah negara boleh diketahui melalui perubahan

a)

struktur guna tenaga

b)

taraf hidup penduduk

c)

kadar pertumbuhan ekonomi

d)

peratus sumbangan setiap sektor ekonomi

39.

Peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi tidak semestinya meningkatkan taraf hidup penduduk jika

a)

kadar bunga menurun

b)

waktu bekerja meningkat

c)

kadar kelahiran menurun

d)

agihan pendapatan setara

40.

Yang manakah yang menyebabkan nilai pendapatan negara lebih rendah daripada nilai sebenar?

a)

susut nilai

b)

pengiraan dua kali

c)

pengumpulan data yang cekap

d)

keluaran yang tidak dipasarkan

41.

Masalah yang timbul dalam penghitungan pendapatan negara ialah

a)

pengumpulan data

b)

agihan pendapatan

c)

agihan sumber ekonomi

d)

perubahan jumlah penduduk

42.

Yang manakah barang perantaraan?

a)

Getah yang dibeli oleh kilang kasut

b)

Minyak kelapa sawit yang dieskport

c)

Buku Ekonomi yang dibeli oleh pelajar

d)

Tepung yang dibeli untuk kegunaan sendiri

43.

Nilai keluaran firma Thailand yang beroperasi di Malaysia dimasukkan dalam pengiraan

a)

Keluaran Dalam Negeri Kasar Thailand

b)

Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia

c)

KDNK dan KNK Malaysia

d)

KDNK dan KNK Thailand

44.

Perbandingan pendapatan negara antara dua masa sukar dilakukan kerana

a)

perbezaan tingkat harga umum

b)

perbezaan nilai mata wang asing

c)

pengagihan pendapatan yang setara

d)

perbezaan penafsiran butiran pendapatan negara

45.

Yang manakah antara berikut adalah BENAR?

a)

KNKhp = KDNKhp - cukai tak langsung + subsidi

b)

KNKkf = KDNKhp + PFbLN - cukai tak langsung + subsidi

c)

KNBhp = KNKkf - cukai tak langsung + subsidi + susutnilai

d)

KDNKhp = KNKkf + cukai tak langsung - subsidi + PFbLN