Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Form 4 sejarah bab 2(2.1-2.4) output test (1)

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan Ikrar "Sumpah Pemuda" yang menjadi tonggak nasionalisme. Manakah antara berikut merupakan asas dalam sumpah tersebut?

a)

menggerakkan pemuda Indonesia, membebaskan Indonesia daripada penjajah

b)

menggerakkan pemuda Indonesia, mengutamakan bahasa Indonesia sebagai bahasa persatuan

c)

membebaskan Indonesia daripada penjajah, mengaku sebagai satu bangsa Indonesia

d)

mengaku sebagai satu bangsa Indonesia, mengutamakan bahasa Indonesia sebagai bahasa persatuan

2.

Revolusi Keagungan, Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis berkaitan dengan perkembangan nasionalisme di Barat. Apakah kesan daripada peristiwa di atas terhadap negara kita?

a)

kesedaran memperjuangkan kedaulatan negara

b)

kemunculan kerajaan pusat dan kerajaan negeri

c)

kebangkitan rakyat menentang raja berkuasa mutlak

d)

kemunculan rusuhana jalanan untuk menumbangkan kerajaan

3.

"Semangat Bushido" menjadi asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah Jepun semasa era Pemulihan Meiji. Apakah yang anda peroleh kesan daripada semangat di atas?

a)

mengukuhkan pendidikan semata-mata

b)

bekerjasama dengan imperialisme Barat

c)

sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab

d)

memberikan keutamaan yang tidak berbelah bahagi kepada diri dan keluarga

4.

"Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu." Siapakah tokoh yang memberikan tafsiran di atas?

a)

Dato' Onn Ja'afar

b)

Dr. R. Suntharalingam

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

d)

Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

5.

Parti Rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1932 telah melancarkan Revolusi Thai. Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Dasar tutup pintu dilaksanakan

b)

Pemerintahan republik dilaksanakan

c)

Sistem raja berkuasa mutlak ditamatkan

d)

Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan

6.

Apakah pendapat Dato'Onn Ja'afar berkaitan dengan nasionalisme?

a)

gerakan meletakkan kesetiaan seseorang

b)

menzahirkan suatu bangsa yang kuat

c)

berpegang kepada faham kebangsaan

d)

mengiktiraf hak setiap bangsa

7.

Revolusi Keagungan dan Revolusi Perancis berkaitan dengan perkembangan nasionalisme yang berlaku di Barat. Apakah faktor yang mencetuskan revolusi tersebut?

a)

penentangan raja berkuasa mutlak

b)

pengenalan cukai yang membebankan

c)

ketiadaan perwakilan dalam parlimen

d)

ketidakadilan dalam peluang pendidikan

8.

Bagaimanakah Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn menghalang penjajahan kuasa Barat?

a)

memajukan sektor pertanian

b)

melaksanakan dasar terbuka

c)

menghalang kemasukan imigran

d)

membenarkan kebebasan berpolitik

9.

Apakah pendapat Dato' Onn Ja'afar berkaitan maksud nasionalisme?

a)

mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia

b)

mengembalikan hak mutlak bangsa

c)

mewujudkan bangsa yang teguh

d)

menuntut kesetiaan ulung individu

10.

Gerakan Islah di Mesir muncul disebabkan oleh imperialisme barat pada abad ke-19. Apakah seruan gerakan tersebut?

a)

menyebarkan ideologi demokrasi

b)

mengekalkan pendidikan tradisional

c)

mengukuhkan sistem Raja berperlembagaan

d)

mengamalkan pemikiran Islam yang sebenar