wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz fis

Total questions: 53

Worksheet time: 55mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah nama penceramah yang dipaparkan dalam video Psikologi Konsep Insan?

a)

Nurfa Failasuf

b)

Dr. Muhammad Amran

c)

Prof. Dr. Hazim Shah

d)

Prof. Dr. Hazim Muhammad Shah

2.

Psikologi membincangkan ilmu berkaitan

a)

Hati

b)

Perasaan

c)

Jiwa

d)

Kehidupan

3.

Manusia hendaklah mencari makna dalam kehidupannya sendiri kerana manusia dilahirkan tanpa sebarang panduan dalam hidup.

Siapakah ahli falsafah yang berpandangan seperti pernyataan di atas?

a)

Friedrich Nietzsche

b)

Jean Paul Sartre

c)

Aristotle

d)

Plato

4.

Fahaman ini tidak mempunyai konsep ketuhanan dan juga konsep insannya agak berbeza kerana ia menganggap bahawa konsep self atau diri itu tidak wujud.

a)

Hinduisme

b)

Konfusianisme

c)

Buddhisme

d)

Taoisme

5.

Manusia akan dilahirkan semula dalam bentuk dan sifat bergantung kepada apa yang dilakukannya di muka bumi dalam kehidupannya sekarang.

Apakah unsur falsafah yang terlibat dalam menerangkan konsep insan di atas?

a)

Etika dan logik

b)

Etika dan metafizik

c)

Logik dan metafizik

d)

Estetika dan metafizik

6.

Dalam tamadun Islam, manusia sebagai (a)   berperanan menjalankan amanah dan memikul tanggungjawab.

7.

Friedrich Nietzsche merupakan seorang ahli falsafah dari

(a)  

8.

Aristotle menyatakan bahawa manusia berpusatkan kepada akal fikiran yang bersifat rasional dan intelektual semata-mata. Apakah istilah bagi pernyataan ini?

(a)  

9.

Kursus Falsafah dan Isu Semasa bertujuan untuk mengkaji perkara – perkara yang berikut:

a)

Falsafah sahaja

b)

Falsafah dan Isu Semasa

c)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

d)

Falsafah, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

10.

Falsafah (philosophy) adalah terbitan dari dua perkataan iaitu ‘philo’ yang bermakna ‘cinta’ dan ‘sophia’. Apakah makna ‘sophia’?

a)

hikmah

b)

ilmu

c)

kebenaran

d)

hakikat

11.

Apakah kaitan falsafah dengan Rukun Negara? Pilih mana SATU jawapan yang SALAH

a)

Rukun Negara adalah terbina atas falsafah ketuhanan, falsafah politik, falsafah perundangan, falsafah metafizik dan falsafah etika

b)

Rukun Negara bertujuan mengagaskan sebuah falsafah negara yang sejahtera

c)

Rukun Negara memiliki falsafah yang terdapat keunikan tersendiri jika dibandingkan dengan rukun negara - negara lain

d)

Rukun Negara adalah sebuah dokumen yang bebas dari prejudis falsafah

12.

"Kesopanan dan kesusilaan" adalah dibincangkan dalam topik falsafah yang berikut:

a)

Falsafah Politik

b)

Falsafah Metafizik

c)

Falsafah Perundangan

d)

Falsafah Etika

13.

"Kesetiaan Kepada Raja dan Negara" adalah dibincangkan dalam topik falsafah yang berikut:

a)

Falsafah Politik

b)

Falsafah Etika

c)

Falsafah Perundangan

d)

Falsafah Kesetiaan

14.

Penyataan berikut adalah benar tentang pengertian Metafizik KECUALI :

a)

Membincangkan hakikat kewujudan Tuhan

b)

Membincangkan mengenai konsep insan

c)

Membincangkan hukum alam secara kritikal dan radikal

d)

Membincangkan hubungan manusia dengan alam

15.

Perkataan ‘falsafah’ atau ‘philosophy’ dalam Bahasa Inggeris adalah berasal dari bahasa berikut:

a)

Latin

b)

Yunani

c)

Belanda

d)

Inggeris

16.

Manakah penyataan berikut BENAR tentang ciri-ciri pendekatan Deduktif:

i. Mempunyai premis yang benar.

ii. Jika menerima premis pertama dan kedua, maka tidak boleh menolak kesimpulannya.

iii. Mempunyai kenyataan yang terdedah pada ketidak pastian mengikut tanggapan seseorang terhadap sesuatu.

iv. Mempunyai kesimpulan yang benar.

a)

i,ii dan iii sahaja

b)

ii, iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iv sahaja

d)

i,iii dan iv sahaja

17.

Manakah padanan yang salah berkenaan JERI;

a)

J=Jasmani

b)

E=Emosi

c)

R= Ritual

d)

I= Intelek

18.

Siapakah tokoh falsafah yang mengatakan bahawa falsafah metafizik itu adalah suatu kajian di peringkat paling abstrak atau paling umum mengenai sesuatu perkara atau sesuatu fenomena yang berkaitan dengan alam.

a)

Al-Farabi

b)

Aristotle

c)

Plato

d)

John Lock

19.

Pilih penyataan yang BENAR tentang politeisme:

a)

Fahaman politeisme adalah fahaman bahawa Tuhan itu hanyalah satu, Dia wujud tetapi kewujudannya hanyalah satu

b)

Perbincangan politeisme sangatlah luas sehingga meliputi segala yang ada dan yang mungkin ada

c)

Politeisme adalah cabang falsafah yang membincangkan prinsip paling dasar dan paling dalam dari segala sesuatu yang ada

d)

Politeisme adalah mengatakan bahawa Tuhan itu wujud tetapi kewujudan Tuhan itu adalah lebih daripada satu

20.

Teori ataupun fahaman yang mengatakan bahawa ilmu yang sahih itu diperolehi melalui penggunaan deria yang lima ataupun pancaindera. Seperti deria penglihatan, yang melalui mata kita melihat, dan kita mempunyai deria pendengaran, telinga melaluinya kita mendengar, dan kita mempunyai deria rasa melaluinya kita merasakan keenakan makanan, teori ini dikenali sebagai :

a)

Empirisisme

b)

Matematik

c)

Metafizik

d)

Sastera

21.

Ciri-ciri pemikiran ‘rasionalisme’ adalah seperti berikut KECUALI:

a)

Berfikir bahawa ilmu yang sahih itu diperolehi bukan dengan penggunaan deria dan bukan daripada aplikasi penggunaan deria yang lima

b)

Ilmu yang terbit daripada penggunaan akal yang rasional

c)

Mementingkan akal yang rasional di dalam penghasilan dan juga pengesahan ilmu

d)

Tidak memberi tindak balas kepada sesuatu permasalahan

22.

Cabang falsafah yang membahaskan tentang bagaimana menilai samada sesuatu tindak - tanduk atau perbuatan itu baik atau buruk :

a)

Aksiologi ilmu

b)

Ontologi ilmu

c)

Epistemologi ilmu

d)

Falsafah etika

23.

Apakah maksud Falasi ?

a)

Kesilapan dalam penggunaan kaedah-kaedah atau teknik-teknik berfikir

b)

Kesilapan dalam bercakap

c)

kesilapan dalam membuat kesimpulan

d)

Kesilapan dalam penggunaan kaedah-kaedah untuk berhujah

24.

Kekuatan akal manusia boleh dilihat melalui:

a)

Amalan kehidupannya

b)

Pemikiran

c)

Kemahiran bercakap

d)

Kekuatan rohani

25.

Pilih pernyataan yang BENAR.

i. Manusia adalah khalifah dimuka bumi

ii. Tamadun India mempercayai adanya kelahiran semula

iii. Aliran Konfusianisme (confucianism) menganggap bahawa idea-ideanya adalah hasil dari pemikirannya yang rasional dan bukannya bersifat wahyu

iv. Apabila lebih banyak maklumat diperolehi, lebih tidak bermakna perkara tersebut.

a)

i, ii dan iii

b)

i,ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

i, iii dan iv

26.

Aliran yang menekankan kepada kemampuan akal atau reason untuk mendapatkan ilmu dan mencari kebenaran merujuk kepada:

a)

Empirisisme

b)

Skeptisisme

c)

Rasionalisme

d)

Saintis

27.

Manakah yang berikut BENAR tentang konsep insan menurut Aristotle:

a)

Pemikiran yang rasional

b)

Pendidikan berkait rapat dengan politik dan perlu diperkasakan sebelum perlaksanaan

c)

Manusia sebagai pemegang amanah

d)

Teori yang dibentuk tidak semestinya diaplikasikan

28.

Pilih penyataan yang BENAR tentang falsafah pendidikan:

a)

Untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

b)

Matlamat jangka pendek lebih utama dari matlamat jangka panjang kerana peranan pendidikan adalah mendapat keuntungan yang jelas

c)

Peranan pendidikan bukan mencari kebenaran tetapi bermatlamat mencapai kesempurnaan dan penghormatan

d)

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

29.

Mengapa falsafah perlu dipelajari?

a)

Untuk menmbantu manusia membentuk kemahiran berfikir yang betul

b)

Menjadikan manusia lebih bijak

c)

Membentuk kehidupan yang lebih selesa

d)

Memberi kebahagiaan dalam hidup manusia

30.

Apakah kesalahan yang biasa dilakukan oleh manusia dalam membuat keputusan?

a)

Tiada manusia mampu menggunakan 100% kemahiran otak

b)

Manusia sama dengan makhluk lain iaitu mempunyai otak

c)

Ramai manusia boleh berfikir, tetapi tidak menggunakan kaedah berfikir yang tepat

d)

Manusia malas menggunakan otak untuk memerah idea mendapat keputusan

31.

Perkataan 'Logic' berasal daripada perkataan Latin iaitu 'Logos'. Apakah maksud kalimah Logos?

a)

Membuat keputusan

b)

Ucapan atau perkataan

c)

Otak atau Akal

d)

Berfikir

32.

Apakah yang difahami daripada maksud 'Logik'?

a)

Satu ilmu untuk membuat rumusan terhadap hujah yang diberi

b)

Ilmu khas dalam melatih otak berfikir lebih baik

c)

Satu kemahiran teknikal yang mampu menguatkan otak dalam berfikir

d)

Sifat semula jadi otak dalam membuat pemikiran berasaskan keadaan semasa

33.

Manakah antara berikut contoh yang tepat berkaitan aplikasi logik dalam sejarah?

a)

Pythagoras menggunakan logik membentuk Teorem Pythagoras

b)

Leonardo Da Vinci mencipta lukisan cantik seperti Mona Lisa

c)

Tony Stark mencipta baju besi yang boleh terbang

d)

Bruce Banner terdedah kepada sinaran radiasi gamma dan bertukar akibat kesan sampingan

34.

Berdasarkan gambar yang diberi, apakah kepentingan belajar logik yang boleh difahami?

a)

Membentuk satu kelompok manusia yang cepat dan logik berfikir

b)

Melatih otak untuk cekap dan cepat dalam berfikir

c)

Memberi kefahaman dalam membantu membuat analisis

d)

Memberi kemudahan dalam mencipta penyelesaian

35.

Kaedah logik terbahagi kepada 4, iaitu Induktif, deduktif, abduktif dan X. Apakah X?

a)

Heuristik

b)

Materialistik

c)

Optimistik

d)

Sentrilistik

36.

Maksud "Philosophy"

a)

cinta pada ilmu pengetahuan

b)

cinta pada keamanan

c)

cinta pada keharmonian

37.

Matlamat FPK

a)

Mengembangkan potensi individu menyeluruh JERI

b)

mengasah akal fikiran dan jasmani

c)

mendidik individu ke arah keilmuan

38.

Matlamat FPI

a)

mengembangkan individu dari JERI ke arah beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh.

b)

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

c)

Mencari & membuktikan kebenaran

39.

kedudukan ketua negara dan raja

a)

konsep perlembagaan

b)

konsep undang-undang

c)

konsep kesopanan dan kesusilaan

40.

philo bermaksud

a)

cinta

b)

rindu

c)

kebijaksanaan

d)

falsafah

41.

antara aliran baru dalam falsafah

a)

falsafah dalam teknologi

b)

falsafsah aspek metafizik

c)

falsafah aspek antropologi

42.

cabang ilmu dalam falsafah

a)

ontologi-epistemologi-aksiologi

b)

ontologi-logik-aksiologi

c)

ontologi-teknologi-ekologi

43.

-metafizik

-kosmologi

-metamatik

-kemanusiaan

Berikut adalah perbahasan dalam aspek

a)

epistemologi

b)

ontologi

c)

aksiologi

44.

kedudukan ilmu yang paling tinggi dalam ilmu Islam ialah

a)

ilmu ilham

b)

ilmu empirikal

c)

ilmu wahyu

45.

logik induktif ialah

a)

sesuatu rumusan yang dibuat daripada kajian yang bersifat UMUM kepada KHUSUS

b)

sesuatu rumusan yang dibuat daripada kajian yang bersifat KHUSUS kepada UMUM

c)

pengambilan satu hipotesis yang dirasakan paling relevan/tepat dengan keadaan

46.

kesilapan cara berfikir yang menghasilkan kesimpulan yang keliru

a)

deduktif

b)

heuristik

c)

falasi

47.

lateral thinking

trial and error

Berikut adalah kaedah:

a)

heuristik

b)

abduktif

c)

induktif-deduktif

48.

konsep manusia dalam Islam ialah

a)

manusia ialah ciptaan yang indah kejadiannya

b)

manusia akan terperangkap dengan kesangsaraan jika tidak berusaha melepaskan diri dari kitaran

c)

manusia ialah kehidupan/haiwan berfikir

49.

DUKKHA, SAMSARA, KARMA dan NIBBANA ialah konsep ajaran

a)

Hindu

b)

Buddha

c)

Toisme

50.

Perbahasan yang benar dengan maksud metafizik

a)

membincangkan mengenai hakikat realiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya yang di luar alam biasa atau tidak kelihatan

b)

cabang ilmu falsafah yang membincangkan tentang metodologi berfikir, seperti induksi dan deduksi

c)

Ilmu tentang bagaimana untuk memperoleh kebenaran

51.

Politeisme bermaksud

a)

roh dan alam ghaib adalah imaginasi

b)

kepercayaan kepada banyak Tuhan

c)

kewujudan hakiki bukan bersifat material, tetapi bersifat mental

52.

“episteme” membawa maksud?

a)

Ilmu

b)

akal

c)

ilham

53.

teori koherens:

a)

Teori yang merujuk kepada sesuatu tindakan yang dilakukan itu berasaskan kepada konsep sains.

b)

Teori yang merujuk kepada kriteria yang digunakan untuk menentukan samaada pernyataan itu benar atau palsu.

c)

Teori yang bersifat rasionalis dan empirisis