wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pendidikan seni visual spm

Total questions: 70

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi seni ragam hias pada kereta lembu?

a)

Sebagai adat dan budaya

b)

Sebagai perhiasan dan daya tarikan

c)

Sebagai perkara wajib pada kereta lembu

d)

Sebagai alatan bantuan

2.

Bangau iaitu sebuah ukiran kayu pada sesebuah perahu. Mengapa bangau mesti ada pada perahu?

a)

Sebagai hiasan pada perahu

b)

Bangau menjadi alatan wajib untuk dibawa bersama

c)

Menyangkut galah panjang dan pukat

d)

Simbol semangat dan mencari rezeki di laut

3.

Papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah, biasanya menggunakan biji getah atau guli. Kenyataan ini merujuk kepada?

a)

Sempoa

b)

Wau

c)

Gasing

d)

Congkak

4.

Apakah kenyataan yang tepat berkaitan acuan putu?

a)

Hiasannya bermotifkan haiwan dan pokok

b)

Hiasan yang pelbagai pada dasar acuan akan menghasilkan corak pada putu kacang

c)

Putu kacang, putu piring, putu buluh menggunakan acuan yang sama

d)

Hiasan pada permukaan atas acuan akan menghasilkan corak pada putu

5.

Definisi lukisan ialah..................

a)

Teknik menggambar atau hasil kerja seni yang menggunakan media kering

b)

Teknik gambaran terhasil daripada idea asal dan diterjemahkan dalam bentuk catan

c)

Satu karya seni halus yang mempunyai warna yang pelbagai

d)

Hasil karya seni yang menunjukkan kemahiran individu dalam mewarna cat air

6.

Siapakah pelukis tempatan yang hebat berkarya ini?

a)

Datuk Lat

b)

Abdullah Ariff

c)

Saidin Yahya

d)

Mohamed Hoessein Enas

7.

Proses menggambar dengan menggunakan media basah, mempunyai beberapa jenis antaranya cat air, cat minyak, cat akrilik. Kenyataan berikut adalah tentang?

a)

Catan cat air

b)

Catan media basah

c)

Catan

d)

Catan dan lukisan

8.

Berikan jenis teknik cat air pada gambar di atas

a)

Basah atas kering

b)

Kering atas basah

9.

Berikan dua teknik cat minyak

a)

Impasto

b)

Basah atas basah

c)

Hard edge

d)

Tempera

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan cat akrilik

a)

Cat yang dicampur dengan minyak

b)

Cat yang di campur dengan air

c)

Cat yang cepat kering berbanding cat air

d)

Cat dari sumber alam semula jadi

11.

Pilih maksud cetakan yg salah

a)

Mempunyai edisi

b)

Proses menghasilkan kesan imej melalui terapan blok

c)

Memerlukan masa yg lama dan panjang

d)

Hasil cetakan boleh siap segera

12.

Apakah fungsi alat ini

a)

Sapu air

b)

Meratakan dakwat dan warna

c)

Sapu warna dan air

d)

Menyapu kotoran habuk warna dan dakwat

13.

Siapakah pelukis tempatan yang hebat berkarya ini?

a)

Datuk Lat

b)

Abdullah Ariff

c)

Saidin Yahya

d)

Mohamed Hoessein Enas

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan landskap kejur?

a)

Merujuk kepada landskap elemen keras seperti pondok rehat, binaan air terjun, laluan pejalan kaki

b)

Melibatkan elemen lembut seperti pokok dan bunga

c)

Merujuk kepada landskap yang cantik dan memberi aura lembut dan selesa

d)

Melibatkan elemen pokok renek dan lantai yang berkayu

15.

Nyatakan prinsip rekaan landskap merujuk gambar di atas

a)

Keringkasan

b)

Penegasan

c)

Irama

d)

Kepelbagaian

16.

Apakah konsep landskap gambar ini

a)

Landskap Melayu

b)

Landskap Inggeris

c)

Landskap Bali

d)

Landskap Thai

17.

Nyatakan jenis ruang dalaman berikut

a)

Ruang rumah kediaman

b)

Ruang kesihatan

c)

Ruang pameran

d)

Ruang bangunan dan pejabat

18.

Reka bentuk lebih memberi penekanan kepada aspek bentuk luaran dan nilai estetik produk tanpa mengambil kira aspek fungsi yang akan digabungkan dalam reka bentuk produk

a)

Fungsi mengikut rekaan produk

b)

Bentuk mengikut kesesuaian produk

c)

Fungsi mengikut bentuk

d)

Bentuk mengikut fungsi

19.

Namakan dua teknik seni sulaman ini

a)

Reben knot dan French Knot

b)

French knot dan Laizy Daisy

c)

Bullion dan French Knot

d)

Laizy Daisy dan Bullion

20.

Teknik ini merujuk kepada cantuman beberapa kepingan dengan menggabungkan bahagian lain dengan slip

a)

Teknik Lingkaran

b)

Teknik Picit

c)

Teknik Acuan

d)

Teknik Kepingan

21.

Apakah teknik olahan lukisan seperti dalam ilustrasi di atas?

a)

Garisan melintang

b)

Garisan menegak

c)

Garisan cross hatching

d)

Garisan berduri

22.

"Ia merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka akan wujudlah bahasa seni visual atau elemen seni". Pernyataan berikut merujuk kepada

a)

Bentuk

b)

Ruang

c)

Jalinan

d)

Garisan

23.

Catan ini mempersembahkan skema warna..............

a)

Warna sekunder

b)

Warna sejuk

c)

Warna panas

d)

Warna monokromatik

24.

Apakah warna yang digunakan bagi mencerahkan sesuatu warna?

a)

Warna putih

b)

Warna hitam

c)

Warna kuning

d)

Warna kelabu

25.

Apakah yang digunakan bagi menghasilkan Ilustrasi di atas ?

a)

Ruang

b)

Rupa

c)

Jalinan

d)

Bentuk

26.

Apakah yang diaplikasikan bagi menimbulkan bentuk dalam Ilustrasi kasut di atas ?

a)

Garisan dan jalinan

b)

Jalinan dan rupa

c)

Rupa dan bentuk

d)

Bentuk dan ruang

27.

Bahagian manakah merupakan ruang negatif bagi seni arca di atas?

a)

Figura yang berdiri

b)

Platform yang dipijak

c)

Ruang sekeliling arca

d)

Latar belakang arca

28.

Apakah fungsi garisan di atas? garisan menimbulkan....

a)

Ruang

b)

Bentuk

c)

Jalinan

d)

Rupa

29.

Antara berikut, pernyataan yang manakah betul tentang garisan?

a)

Garisan bertindih menghasilkan ton cerah

b)

Garisan tebal menghasilkan ton gelap

c)

Garisan nipis menghasilkan ton gelap

d)

Garisan pada jarak berbeza tidak menghasilkan ton

30.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri jenis rupa organik yang ditunjukkan?

I Rupa bebas

II Timbul secara tidak sengaja

III Mempunyai sudut

IV Seakan-akan bernyawa

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

31.

Antara berikut, tindanan warna yang manakah menimbulkan kesan yang lebih harmoni?


a)

Hijau – Merah

b)

Biru – Ungu

c)

Merah – Biru

d)

Hitam – Jingga

32.

Antara berikut, gubahan warna yang manakah sesuai bagi ciptaan poster?

a)

Warna harmoni

b)

Warna natural

c)

Warna sewarna

d)

Warna penggenap

33.

Antara berikut, pernyataan yang manakah betul tentang perspektif 1 titik lenyap ?

a)

Garisan-garisan perspektif tertumpu dan bertemu pada satu titik

b)

Objek mengecil saiznya apabila beransur-ansur ke hadapan

c)

Objek membesar saiznya apabila berada jauh ke belakang

d)

Sebagai panduan melukis objek pada jarak-jarak tertentu

34.

Apakah yang boleh dikaitkan dengan olahan warna di atas?

a)

Kroma Warna

b)

Tona Warna

c)

Nilai Warna

d)

Warna penggenap

35.

Apakah yang akan terhasil apabila warna merah dan biru dicampurkan

(a)  

36.

Apakah jenis garisan yang diaplikasikan dalam gambar?

a)

Garisan berpancar

b)

Garisan berlingkar

c)

Garisan bergerigi

d)

Garisan beralun

37.

Nyatakan jenis logo berikut.

a)

Representasi

b)

Huruf

c)

Campuran

d)

Simbol

38.

Antara peralatan berikut yang manakah peralatan yang digunakan untuk membuat cetakan sutera saring?

a)

Sekuji

b)

Sarang

c)

Canting

d)

Rahak

39.

Apakah jawapan yang paling tepat untuk karya ini?

a)

Lukisan potret

b)

Lukisan figura

c)

Lukisan karikatur

d)

Lukisan komik

40.

Prinsip rekaan manakah yang sesuai untuk gambar rajah ini?

a)

Irama dan pergerakan

b)

Imbangan

c)

Penegasan

d)

Kesatuan

41.

Susun semula proses cetakan lino mengikut urutan yang betul.

I Mencetak

II Mengukir

III Melakar

IV Menekap imej

a)

I, II, III dan IV

b)

II, I, IV dan III

c)

III, IV, II dan I

d)

IV, III, II dan I

42.

Gambar ini merupakan satu rekaan karya arca. Apakah jenis arca tersebut?

a)

Arca estetik

b)

Arca berfungsi

c)

Arca perabot

d)

Arca kreatif

43.

Jalinan pada kain batik ialah jalinan ______ manakala jalinan pada kain songket pula ialah jalinan ________.

a)

tampak, tampak

b)

tampak, sentuh

c)

sentuh, tampak

d)

sentuh, sentuh

44.

Teknik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan lukisan dengan menggunakan arang ialah

a)

teknik garisan

b)

teknik lorek

c)

teknik gosok

d)

teknik titik

45.

Berdasarkan gambar berikut, bagaimanakah artis meluahkan ekspresi diri dan emosi dalam karya beliau?

a)

Menggunakan garisan dan jalinan

b)

Menggunakan rupa dan bentuk

c)

Menonjolkan cahaya dan bayang

d)

Menimbulkan objek dan ruang

46.

Apakah jenis garisan yang terdapat pada objek tersebut ?

a)

Garisan beralun

b)

Garisan berpancar

c)

Garisan berlingkar

d)

Garisan putus-putus

47.

Ilustrasi di bawah menunjukkan bahawa

a)

garisan menghasilkan jalinan

b)

garisan menghasilkan warna

c)

garisan menghasilkan ruang

d)

garisan menghasilkan rupa

48.

Pilih pernyataan yang menghasilkan kesan pergerakan garisan yang paling hebat.

a)

pergerakan air di tasik

b)

pergerkan air kolam

c)

pergerakan air terjun

d)

pergerakan air laut

49.

Berdasarkan gambar rajah di bawah, yang manakah menunjukkan rupa organik positif?

a)
b)
c)
d)
50.

Apakah ciri-ciri bentuk konkrit ?

a)

Dapat disentuh dan bersifat tiga dimensi

b)

Dapat dilihat dari pandangan hadapan sahaja

c)

Dihasilkan dengan menggunakan teknik catan

d)

Tidak dapat disentuh dan bersifat dua dimensi

51.

Manakah antara berikut yang menpunyai ruang konkrit?

a)

catan

b)

cetakan

c)

Arca

d)

lukisan

52.

Berdasarkan gambar rajah berikut, yang manakah menampakkan pemandangan perspektif 1 titik lenyap?

a)
b)
c)
53.

Nyatakan fungsi jalinan berdasarkan gambar rajah yang ditunjukkan di bawah .

a)

Hiasan

b)

Keselamatan

c)

Kontra dengan alam

d)

Harmoni dengan alam

54.

Antara warna berikut yang manakah adalah warna sekunder?

a)

kuning dan merah

b)

jingga dan hijau

c)

biru dan hijau

d)

ungu dan merah

55.

Gubahan warna berikut sering digunakan untuk menggambarkan perspektif ruang

a)
b)
c)
d)
56.

Rajah di atas menunjukkan ilustrasi

a)

fesyen

b)

penerbitan

c)

maklumat

d)

perubatan

57.

Apakah jenis teknik lukisan yang digunakan dalam ilustrasi yang ditunjukkan?

a)

Teknik garisan selari

b)

Teknik coreng

c)

Teknik titik

d)

Teknik gosok

58.

Antara berikut, yang manakah kepentingan taman kepada pengunjung?


I. Memberikan ketenangan

II. Menimbulkan keselesaan

III. Memberikan unsur terapi

IV. Sebagai ruang tambahan sesebuah taman

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

59.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan gambaran tiga dimensi?

a)
b)
c)
d)
60.

Berikut adalah kepentingan pembungkusan, kecuali

a)

penjimatan

b)

promosi keluaran

c)

perlindungan mutu barangan

d)

memudahkan penghantaran dan penyimpanan

61.

Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang corak dalam rajah di atas?


I. Mempunyai prinsip rekaan harmoni

II. kontra dari segi warna

III. Mengutamakan bentuk dan jalinan

IV. Penggunaan rupa geometri secara menyeluruh

a)

I, dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

62.

Warna ungu, jingga, dan hijau adalah

a)

warna asas

b)

warna tertier

c)

warna natural

d)

warna sekunder

63.

Apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca 'Ayam Jantan' tersebut?

a)

kertas

b)

batu

c)

besi

d)

kain

64.

Siapakah nama tokoh tersebut?

a)

Redza Piyadasa

b)

Juhari Said

c)

Abdullah Ariff

d)

Anthony Lau

65.

Namakan kaedah asas yang digunakan untuk menghasilkan arca ini.

a)

Manipulasi

b)

Acuan

c)

Binaan

d)

Luakan

66.

Nyatakan jenis garisan yang terdapat pada gambar yang ditunjukkan.

a)

Garisan berlingkar

b)

Garisan berpancar

c)

Garisan tebal

d)

Garisan halus

67.

Apakah jenis rupa di atas?

a)

rupa organik

b)

rupa geometri

68.

Nyatakan jenis rupa yang ditunjukkan dalam gambar.

a)

rupa positif

b)

rupa negatif

69.

Warna yang bertentangan dalam roda warna adalah warna_________

a)

penggenap

b)

panas

c)

tertier

d)

harmoni

70.

Gambar rajah di atas menunjukkan proses awal penghasilan arca. Apakah teknik arca yang dihasilkan?

a)

Arca bergerak

b)

Arca asemblaj

c)

Arca luakan

d)

Arca tambah