Font size
Worksheetssejarah spm kssm
Total questions: 54
Worksheet time: 54mins
Kedaulatan merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan konsep kedaulatan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Melambangkan identiti kerajaan
Mewujudkan hubungan timbal balik
Menggalakkan pembinaan empayar
Menghindari campur tangan kuasa asing
Berdasarkan Hukum Kanun Melaka, seseorang boleh dikenakan hukuman bunuh jika melakukan perbuatan jenayah.
Apakah DUA perbuatan jenayah tersebut?
Memalsukan titah sultan
Membunuh tawanan perang
Mengingkari arahan nakhoda
Membunuh tanpa pengetahuan raja
Revolusi di England pada tahun 1688 tercetus ekoran kebangkitan ahli parlimen menentang pemerintahan berkuasa mutlak Raja James II.
Mengapakah peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan?
Perisytiharan perang oleh Kongres
Peralihan kuasa berlaku secara aman
Perjuangan kebebasan dan persamaan
Pembebasan tahanan politik di penjara
Gambar merujuk akhbar Utusan Melayu yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua. Apakah isu utama yang ingin disampaikan kepada masyarakat melalui akhbar tersebut?
Kemajuan ekonomi
Kemunduran rakyat
Ketidakstabilan politik
Kesedaran kebangsaan
Semasa Perang Dunia Kedua di Eropah, Jerman memulakan serangan Blitzkrieg bagi menakluki negara di Eropah Barat. Apakah maksud serangan Blitzkrieg?
Serangan kilat
Serangan gerila
Serangan terancang
Serangan berani mati
Tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.
Apakah DUA faktor yang menyebabkan Jepun melakukan serangan tersebut?
Keperluan sumber ekonomi
Kepentingan strategik ketenteraan
Kewajipan membela negara jajahan
Keinginan menyebarkan budaya tradisi
Malayan Union merupakan bentuk penjajahan secara mutlak oleh pentadbiran British yang menyebabkan Raja-Raja Melayu kehilangan kedaulatan dan status quo orang Melayu terancam. Bagaimanakah orang Melayu menunjukkan bantahan terhadap Malayan Union?
Mengadakan Kongres Melayu
Membawa kes ke mahkamah
Meletakkan jawatan beramai-ramai
Memberhentikan semua kegiatan ekonomi
Apakah reaksi kaum ibu terhadap penyerahan Sarawak kepada British oleh Charles Vyner Brooke?
Menyertai Home Guard
Menulis dalam akhbar
Mengadakan demonstrasi
Memulaukan pelantikan Gabenor
Gabungan PUTERA-AMCJA telah menentang cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 secara terbuka. Mengapakah gabungan tersebut bertindak sedemikian?
Menolak usul Raja-Raja Melayu
Menggugat kedudukan orang dagang
Menjejaskan taraf berkerajaan sendiri
Menganggap Jawatankuasa Kerja tidak demokratik
Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka jalan ke arah perpaduan dan kerjasama antara kaum. Bagaimakah matlamat tersebut tercapai?
Pembentukan Jawatankuasa Kerja
Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Pelaksanaan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
Gambar berikut berkaitan dengan tindakan sabotaj komunis di Tanah Melayu.
Apakah tujuan pihak komunis berbuat demikian?
Melumpuhkan ekonomi British
Menamatkan penjajahan British
Mengancam pasukan keselamatan
Mengambil alih pentadbiran negara
Bagaimanakah tindakan kerajaan memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen semasa Zaman Darurat di Tanah Melayu?
Memperkenalkan Kad Pengenalan
Melaksanakan Rancangan Briggs
Memenangi kepercayaan Orang Asli
Memperkasakan pasukan keselamatan
Pada tahun 1949 telah berlangsung rundingan antara Dato' Onn Jaafar, wakil UMNO dengan Jawatankuasa Antara Kaum (CLC).
Apakah perkara yang dipersetujui dalam rundingan tersebut?
Pengehadan kemasukan imigran
Penggubalan Perlembagaan PTM 1957
Penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia
Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama merupakan teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan yang dikemukakan dalam Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
Mengapakah elemen bahasa diberi penekanan dalam sistem pendidikan?
Menekankan pembangunan bersepadu
Menjamin kecemerlangan negara
Membina masyarakat berdaya saing
Memupuk integrasi rakyat berbilang kaum
Kerajaan Persekutuan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Raya pada 1 Februari 1954 bagi Majlis Mesyuarat Perundangan. Apakah tugas jawatankuasa tersebut?
Mengadakan pemilihan calon
Mengkaji hal ehwal pilihan raya
Melaksanakan kempen pilihan raya
Menapis memorandum daripada parti bertanding
Apakah DUA syarat yang ditetapkan kepada pengundi dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
Berumur 18 tahun ke atas
Berumur 21 tahun ke atas
Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
Bebas daripada sabitan hukuman mahkamah
Pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 rombongan ke London disertai oleh wakil Raja-Raja Melayu dan wakil Parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Apakah tujuan rombongan ini ke London?
Membincangkan pilihan raya
Merundingkan kemerdekaan negara
Mendesak pembentukan suruhanjaya
Mencadangkan pindaan perlembagaan
Apakah DUA nilai yang boleh dicontohi daripada peristiwa termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Toleransi
Keberanian
Menghormati
Permuafakatan
Gambar berikut berkaitan dengan prasarana yang dibina pada tahun 1957.
Apakah tujuan pembinaan prasarana tersebut?
Mewujudkan perpaduan rakyat
Menjadi tuan rumah Sukan SEA
Meraikan kemerdekaan negara
Menganjurkan Pesta Bola Merdeka
Gambar berikut menunjukkan Jata Negara Malaysia.
Mengapakah jata ini penting kepada negara kita?
Menjadi simbol perpaduan
Memupuk sikap individualisme
Menguatkan semangat kenegerian
Mengukuhkan kedaulatan Raja-Raja Melayu
Gambar berikut merujuk Istana Kehakiman di Putrajaya.
Mengapakah Badan Kehakiman penting bagi negara kita?
Menggubal sistem perundangan negara
Melaksanakan kedaulatan undang-undang
Mengesahkan prinsip persamaan kedaulatan
Memantapkan sistem Raja Berperlembagaan
Gambar berikut merujuk kepada poster Hari Pahlawan.
Mengapakah kerajaan menganjurkan Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun?
Memupuk semangat patriotisme
Memperkasakan pasukan keselamatan
Menjamin kecemerlangan negara
Memodenkan aset ketenteraan negara
Majlis Undangan Sabah ditubuhkan pada tahun 1950.
Apakah jawatan yang berkuasa menggubal undang-undang dalam majlis tersebut?
Gabenor
Peguam Negara
Ketua Setiausaha
Yang di-Pertua Negeri
Perlembagaan Persekutuan mempunyai ciri tradisional dan moden.
Apakah DUA unsur tradisional yang terdapat dalam perlembagaan negara?
Agama Islam
Bahasa Melayu
Kewarganegaraan
Kerajaan Persekutuan
Apakah bukti yang menunjukkan bahawa peranan raja di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu lebih kukuh sebelum Perang Dunia Kedua?
Raja berkuasa mutlak
Raja sebagai ketua hal ehwal agama Islam
Raja mesti menerima nasihat pegawai British
Raja melantik pembesar bagi menjalankan pentadbiran
Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong melaksanakan kuasa perundangan baginda seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
Melantik Perdana Menteri
Menjadi pemerintah tertinggi ATM
Membuat pengisytiharan darurat
Mengampunkan dan meringankan hukuman
Antara berikut, yang manakah DUA perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan?
Kewangan
Kewarganegaraan
Kerajaan Tempatan
Kebudayaan dan sukan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah bekerjasama membangunkan projek perumahan berikut untuk kesejahteraan rakyat.
- Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
- Rumah Mesra Rakyat
- Rumah Selangorku
Mengapakah kerjasama tersebut dilaksanakan?
Mengawal harga perumahan kos rendah
Mengatasi masalah setinggan di bandar
Menyelesaikan masalah perumahan golongan miskin
Membantu golongan pertengahan memiliki rumah
Mengapakah Parti Perikatan Sarawak ditubuhkan pada bulan Ogos 1962?
Mempertahankan sistem beraja
Menyokong penubuhan Malaysia
Mengukuhkan pentadbiran kerajaan
Menentang penyerahan Sarawak kepada British
Pada 20 Januari 1963, Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia. Bagaimanakah kempen Ganyang Malaysia dilaksanakan oleh Indonesia terhadap Tanah Melayu?
Melakukan serangan gerila
Melawat ke negara Afro-Asia
Membantu golongan nasionalis radikal
Menyokong tuntutan Filipina terhadap Sabah
Menurut Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, pemisahan Singapura merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Mengapakah beliau berpendapat sedemikian?
Mempercepat kemerdekaan
Mengimbangi komposisi kaum
Menghapuskan ancaman komunis
Menjaga kepentingan kedua-dua negara
Berikut merupakan usaha kerajaan membanteras ancaman komunis.
Persekutuan Tanah Melayu => Rancangan Briggs
Sarawak => Operasi Hammer
Apakah persamaan kaedah yang digunakan dalam usaha tersebut?
Memenangi hati rakyat
Memperkuat tentera dan polis
Membunuh tali barut komunis
Memperkenalkan pendaftaran kebangsaan
Jawatankuasa Kabinet 1974 telah mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan. Apakah hasil daripada laporan jawatankuasa tersebut?
Pengenalan KBSR dan KBSM
Pemansuhan sekolah vernakular
Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah
Pengenalan sistem persekolahan aneka jurusan
Apakah kesan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam kalangan murid sekolah?
Menggiatkan kegiatan kesusasteraan
Memperluas sentimen perkauman
Memupuk semangat kekitaan dan bersatu
Melahirkan pelapis sasterawan negara
KEJORA, KETENGAH, KESEDAR dan DARA merupakan agensi yang terlibat dengan pembukaan tanah di bawah program pembangunan wilayah. Apakah DUA jenis tanaman yang diusahakan di wilayah tersebut?
Koko
Nanas
Getah
Kelapa sawit
Apakah kesan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dari aspek sosial?
Kegiatan sara diri dimansuhkan
Kemasukan buruh asing disekat
Kemunculan golongan pertengahan
Kemunculan kawasan perindustrian baharu
Logo berikut merujuk kepada ASEAN yang ditubuhkan pada tahun 1967.
Apakah matlamat penubuhan ASEAN?
Menyertai misi pengaman
Menghapuskan ancaman komunis
Meningkatkan semangat setia kawan
Menyelesaikan isu pembentukan Malaysia
Sebagai anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bagaimanakah Malaysia berperanan menyelesaikan konflik Iran-Iraq?
Memberi bantuan kewangan
Menghantar misi kemanusiaan
Menjadi perantara dan pemerhati
Mengadakan perjanjian pertahanan
Pada tahun 1997-1998 kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi akibat spekulasi mata wang. Bagaimanakah Malaysia berjaya menangani isu tersebut?
Mengurangkan kadar cukai
Menambat kadar pertukaran ringgit
Menghentikan kemasukan barangan import
Menerima bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa
NGO Malaysia seperti Aman Palestin dan Cinta Gaza Malaysia (CGM) aktif membantu perjuangan rakyat Palestin.
Apakah DUA bentuk bantuan yang disalurkan?
Menyertai misi ketenteraan
Membangunkan rumah anak yatim
Melancarkan Projek Ramadan 2020
Menyalurkan sumbangan orang ramai
maksud keunggulan 🤔
kewujudan sesebuah kerajaan
lambang kekuasaan tertinggi & hak mutlak seseorang sultan
kesempurnaan & keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan
maksud nasionalisme 🤡
perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa & negara
idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan , persamaan & persaudaraan
semangat kebangsaan yang dapat dilihat menerusi sikap & pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajah serta pembelaan terhadap bangsa & negara
apakah tujuan gerakan nasionalisme di Thai ?
untuk capai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat
pertahankan kedaulatan negara & menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan
bertujuan mengubah nasib rakyat Indonesia yang dijajah Belanda
isu kasut 🥱
perbuatan orang British yang dianggap mencemari kesucian agama Buddha
pemberontakan untuk mengusir Perancis
orang Thailand yang memakai kasut
di dalam rumah
siapakah pemimpin Thailand
Jose Rizal
raja Chulalongkorn
Dr Ba Maw
raja Mongkut
tujuan akhbar Al-imam diterbitkan ?
supaya menghargai perjuangan pahlawan yang sanggup bertumpahkan darah
meningkatkan semangat belajar tentang sejarah
menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-quran & hadis
apakah 3 kesan perkembangan nasionalisme
fizikal
politik
ekonomi
sosial
di manakah perang dunia pertama berlaku ?
Sarawak & Sabah
Eropah & Empayar Uthmaniyah
Poland
Tanah Melayu
apakah kemunculan ideologi baharu ?
fasisme
patriotisme
imperialisme
nazisme
faktor Jepun meluaskan kuasa
kerana keperluan industri , pengaruh golongan tentera & mewujudkan orde baharu Asia
kerana kemelesetan ekonomi
kerana ingin membaiki ikatan persaudaraan dengan negara jiran
apakah Koa Kunrenjo ?
industri baharu yang wujud semasa pendudukan tentera Jepun
usaha perluasan kuasa Jepun ke negara kita
ditubuhkan di Singapura , Melaka & Pulau Pinang & lulusannya diberi peluang jawat jawatan dalam kerajaan
bilakah British Military Administration dilaksanakan ?
September 1945
April 1946
September 1940
April 1945
tahun berapa Sarawak & Sabah diserahkan kepada British ?
Julai 1941
Julai 1946
Julai 1947
definisi Jus Soli 🤖
kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir
meningkatkan pelaburan ekonomi
pembentangan 10 perkara
