wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2022 TRIAL PERAK

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

1. Maklumat berikut berkaitan ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

KEDAULATAN

Apakah kepentingan ciri tersebut kepada Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang berkuasa di Alam Melayu?

a)

Mendapat pengiktirafan

b)

Memperoleh bantuan tentera

c)

Menerima ufti dari negara luar

d)

Menguasai bidang ekonomi

2.

2 Mengapakah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan Laksamana?

a)

Melicinkan urusan cukai di pelabuhan

b)

Mengetuai angkatan tentera

c)

Menjaga keselamatan di laut

d)

Mengawal keamanan dalam negeri

3.

3. Berdasarkan Undang-Undang Laut Melaka terdapat pelbagai cukai yang dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan.

Apakah cukai yang dimaksudkan?

I Cukai kuala

II Cukai hasil perniagaan

III Cukai perjalanan

IV Cukai diraja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

4 Antara yang berikut yang manakah peranan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

I Berkhidmat sebagai tentera

II Menjadi pendayung kapal perang

III Mengetuai utusan ke negara luar

IV Pengiring pembesar negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

5. Revolusi Keagungan di England berlaku pada 1688. Apakah kesan revolusi tersebut terhadap sistem pemerintahan England?

a)

Pengamalan sistem republik

b)

Kemerdekaan wilayah jajahan

c)

Penghapusan kedaulatan parlimen

d)

Pemantapan sistem raja berperlembagaan

6.

6 Mengapakah Katipunan melancarkan Revolusi Filipina pada tahun 1896?

a)

Menghalang pengaruh komunis

b)

Menghapuskan sistem beraja

c)

Menyekat pengaruh Amerika

d)

Menyingkirkan kuasa Sepanyol

7.

7. Maklumat berikut adalah peperangan yang telah berlaku di dunia pada abad ke-20.

Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?

a)

Persengketaan kuasa besar

b)

Pembentukan ideologi baharu

c)

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

d)

Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles

8.

8 Bagaimanakah tokoh berikut mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?

a)

Mengadakan referendum

b)

Memulihkan sistem monarki

c)

Membangunkan industri baru

d)

Mengukuhkan angkatan tentera

9.

9. Pada 1946, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British. Mengapakah beliau melaksanakan tindakan tersebut?

a)

Menangani ancaman komunis

b)

Menghadapi masalah kewangan

c)

Melindungi penduduk tempatan

d)

Memenuhi keperluan ekonomi

10.

10 Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut terhadap Sarawak?

a)

Menentang perluasan kuasa asing

b)

Menangani gerakan anti Jepun

c)

Memajukan ekonomi tempatan

d)

Menubuhkan cawangan MPAJA

11.

11 Maklumat berikut berkaitan dengan Sistem Ahli.

1951 ---> Sistem Ahli diperkenalkan

Mengapakah sistem tersebut penting kepada penduduk Tanah Melayu?

a)

Persediaan untuk berkerajaan sendiri

b)

Merangka perlembagaan baharu

c)

Melaksanakan pilihan raya umum

d)

Membincangkan syarat kewarganegaraan

12.

12 Maklumat berikut berkaitan dengan usaha yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu untuk merealisasikan kemerdekaan negara.

Mengapakah usaha tersebut dilaksanakan?

a)

Pengaruh luar yang semakin kuat

b)

Perpaduan antara kaum tidak mantap

c)

Kelemahan dalam sistem pemerintahan

d)

Keputusan pilihan raya tidak memberangsangkan

13.

13. Mengapakah Kerajaan Persekutuan membentuk Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Persekutuan?

a)

Meluluskan undang-undang pilihan raya

b)

Mengkaji tentang pilihan raya

c)

Menentukan sempadan pilihan raya

d)

Menjalankan pendaftaran pilihan raya

14.

14. Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 1955?

a)

Mengambil alih pentadbiran

b)

Menggubal undang-undang

c)

Mengetuai pentadbiran negeri

d)

Menguruskan kewangan negara

15.

15 Gambar berikut menunjukkan ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan pada tahun 1955.

Mengapakah Kabinet pertama ini penting kepada negara kita?

a)

Pertambahan kuasa Pesuruhjaya Tinggi

b)

Penyatuan parti politik

c)

Mengukuhkan kuasa Raja-raja Melayu

d)

Menunjukkan kompromi antara kaum

16.

16 Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman dan rombongan diarak di Banda Hilir, Melaka pada tahun 1956.

Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada sejarah negara kita?

a)

Pengisytiharan tarikh kemerdekaan

b)

Pengumuman tamat darurat

c)

Pembentukan kabinet pertama

d)

Perlaksanaan pilihan raya umum

17.

17 Gambar berikut berkaitan dengan Rundingan London yang berlangsung pada tahun 1956.

Apakah kepentingan rundingan tersebut?

I Pelaksanaan pilihan raya umum

II Pengenalan kerakyatan jus soli

III Pemberian kemerdekaan tanah air

IV Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

18. Rajah berikut berkaitan antara Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah X?

a)

Menghapuskan ancaman komunis

b)

Mengekalkan institusi beraja mutlak

c)

Menentukan sempadan antara negeri

d)

Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat

19.

19 Peristiwa penting berikut berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1957.

Apakah yang dapat dibuktikan daripada peristiwa tersebut?

a)

Pendudukan komunis di Asia Tenggara

b)

Perasmian Stadium Merdeka

c)

Berakhirnya pentadbiran British

d)

Kemenangan Jepun di Tanah Melayu

20.

20 Rajah berikut berkaitan dengan bentuk pentadbiran kerajaan Malaysia.

X ialah

a)

Republik

b)

Autokrasi

c)

Monarki mutlak

d)

Demokrasi Berparlimen

21.

21 Jadual berikut berkaitan takrif kedaulatan dalam pelbagai bahasa.

Apakah persamaan takrif tersebut?

a)

Kekayaan hasil bumi

b)

Kekuasaan tertinggi

c)

Kekuatan ketenteraan

d)

Keluasan wilayah pengaruh

22.

22 Maklumat berikut berkaitan dengan lambang-lambang negara kita.

- Jata Negara

- Lagu Kebangsaan

- Bendera Jalur Gemilang

Mengapakah rakyat perlu menghormati lambang negara?

a)

Mengekalkan kestabilan politik

b)

Mengukuhkan patriotisme

c)

Memupuk integrasi nasional

d)

Mewujudkan kemakmuran ekonomi

23.

23 Apakah ciri-ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

I Pemerintahan beraja

II Kewarganegaraan

III Demokrasi Berparlimen

IV Kedudukan istimewa orang Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

24. Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara kita.

Mengapakah kuasa pengimbang penting kepada seorang raja?

a)

Meredakan konflik pertikaian politik

b)

Mengelakkan pertindihan kuasa

c)

Meluaskan pengaruh

d)

Mengasingkan kuasa

25.

25. Senarai Bersama membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang untuk perkara yang sama.

Apakah perkara tersebut?

a)

Perumahan

b)

Tanah

c)

Kewangan

d)

Pertanian dan Perhutanan

26.

26. Mengapakah Suruhanjaya Cobbold penting dalam menjayakan pembentukan Malaysia?

a)

Melaksanakan sistem birokrasi barat

b)

Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan

c)

Memujuk Singapura menyertai persekutuan

d)

Menilai sokongan rakyat Sabah dan Sarawak

27.

27. Malaysia menghadapi cabaran dalaman setelah pembentukan Malaysia. Apakah cabaran tersebut?

a)

Ketiadaan pemimpin berwibawa

b)

Kekurangan hasil pendapatan

c)

Mengukuhkan perpaduan kaum

d)

Menyeragamkan pentadbiran negeri

28.

28. Apakah faktor tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?

a)

Ketidakseimbangan dalam ekonomi

b)

Pergaduhan antara kongsi gelap

c)

Kebanjiran pendatang asing

d)

Penyelewengan dalam pilihan raya

29.

29. Apakah faktor sejarah yang menjadi punca kepada masalah perpaduan kaum di negara kita selepas merdeka?

I Politik berasaskan kaum

II Pendidikan vernakular

III Penyebaran berita palsu

IV Penghijrahan imigran asing

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

30 Apakah matlamat penubuhan institusi berikut?

- Universiti Kebangsaan Malaysia 

- Dewan Bahasa dan Pustaka

a)

Menambahkan pusat keilmuan

b)

Meningkatkan kadar celik huruf

c)

Memartabatkan bahasa kebangsaan

d)

Menggalakkan kemasukan pelajar asing

31.

31 Mengapakah Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970?

a)

Membangunkan modal insan

b)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

c)

Memupuk semangat juang rakyat

d)

Mengukuhkan perpaduan rakyat

32.

32 Bagaimanakah kerajaan membaiki ketidakseimbangan pembangunan wilayah dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?

a)

Menyusun semula modal saham bumiputera

b)

Memperkenalkan konsep pertanian pintar

c)

Meningkatkan tenaga kerja mahir

d)

Memberi subsidi kepada golongan sasaran

33.

33 Maklumat berikut berkaitan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB).

- Membasmi kemiskinan

Bagaimanakah strategi tersebut dilaksanakan?

I Membuka peluang pekerjaan

II Menyediakan rumah mampu milik

III Meningkatkan pengeluaran negara

IV Menambahkan pendapatan rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

34 Pelaksanaan DEB dan DPN telah membentuk kawasan perindustrian baharu. Apakah peranan kawasan tersebut?

a)

Meningkatkan hasil keluaran kilang

b)

Membangunkan bandar moden

c)

Menarik kemasukan pelaburan

d)

Memajukan industri kecil dan sederhana

35.

Apakah ciri persamaan tokoh-tokoh tersebut?

- Tan Sri Razali Ismail 

- Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood 

- Tan Sri Aboo Samah Aboo Bakar

a)

Memperkenalkan Bank Pembangunan Islam

b)

Mendapat pengiktirafan PBB

c)

Menentang dasar Apartied

d)

Mencadangkan konsep ZOPFAN

36.

36 Apakah tujuan Malaysia mengadakan hubungan luar dengan negara berikut?

I Mengadakan pakatan ketenteraan

II Mengukuhkan ekonomi

III Menjamin keselamatan

IV Memantapkan struktur pentadbiran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

37. Afrika Selatan mengamalkan dasar Apartied. Mengapakah Malaysia menentang dasar tersebut?

a)

Menghapuskan dominasi ekonomi

b)

Mengamalkan diskriminasi kaum

c)

Mengamalkan dasar komunis

d)

Menolak pencerobohan wilayah

38.

38 Berikut adalah maklumat berkaitan kerjasama antara negara-negara ASEAN.

Skim Keutamaan Perdagangan (SKP)

Apakah langkah yang dilaksanakan melalui skim tersebut?

a)

Penggunaan mata wang ASEAN

b)

Pemotongan cukai barangan

c)

Pembayaran tarif secara pukal

d)

Pelaksanaan cukai produk digital

39.

39. Kempen antiminyak kelapa sawit yang dilancarkan negara maju secara tidak langsung menggugat ekonomi negara kita. Mengapakah negara maju melaksanakan kempen tersebut?

a)

Melindungi hak asasi manusia

b)

Melarang pembukaan tanah baru

c)

Menyaingi minyak kacang soya

d)

Memonopoli hasil kutipan cukai

40.

40. Senarai berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia di pentas dunia.

- Aman Palestin 

- Muslim Care Malaysia 

- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malayisa (MAPIM)

Apakah sumbangan NGO tersebut?

a)

Menubuhkan organisasi negara Islam

b)

Menyalurkan pelbagai bantuan

c)

Mengukuhkan hubungan diplomasi

d)

Melaksanakan sistem kewangan Islam