Font size
WorksheetsTATABAHASA Tingkatan 3
Total questions: 70
Worksheet time: 1hrs 10mins
Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh kerajaan Myanmar ke arah _____ kehidupan
rakyatnya yang sebelum ini sentiasa terlibat dalam peperangan saudara.
tenteram
ditenteramkan
penenteraman
ketenteraman
Fuad _____ motosikalnya yang rosak ke Bengkel Ah Seng untuk dibaiki.
menarik
memapah
menuntun
menunggang
Perabot yang dihasilkan ____ kayu jati itu lebih cantik dan tahan lebih lama.
dari
bagi
untuk
daripada
Pegawai yang disyaki ____ itu sedang disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
makan hati
makan gaji
makan suap
makan angin
Ahli sains-ahli sains negara telah menjalankan uji kaji terhadap struktur tanah yang
A B
terdapat di Kutub Utara pada penghujung tahun ini. Tiada kesalahan
Ahli sains-ahli sains
uji kaji
Kutub Utara
Tiada kesalahan
Tuk Wan menceritakan tentang pengalamannya semasa menjadi buruh paksa Jepun di Siam. Tiada kesalahan.
tentang
semasa
di
Tiada kesalahan
Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.
Mendalam soal ini, dia tidak harus dipersalahkan.
Masalah itu dibincangkan secara mendalam antara empat mata.
Air perigi semakin mendalam setelah hujan turun tanpa henti.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.
Jasa Cikgu Zainab tetap segar dalam ingatan anak-anak muridnya.
Tulisan Fahmi segar dan memudahkan guru kelas untuk membacanya.
Pokok-pokok yang yang ditanam oleh ayah di kebun sungguh segar.
Rahimi bertanyakan kepada saya tentang arah ke rumah Azim.
bertanya saya
ditanya saya
bertanya kepada saya
bertanyakan kepada saya
Ujian lisan berlangsung selama satu jam setengah.
jam satu setengah
satu setengah jam
setengah jam satu
satu jam setengah
Pilih ayat yang betul
Hariz adalah murid tertinggi di sekolahnya.
Kami keluar dari Raju klinik pada pukul 9.00 malam.
Kanak-kanak itu tersenyum gembira apabila ternampak kelibat ayahnya.
Pilih ayat yang betul
Internet membolehkan pengguna di dunia berhubung antara satu sama dengan lain.
Guru-guru perlu menyebarkan maklumat tentang bahaya pencemaran alam kepada
murid-murid.
Latihan bola jaring pada petang ini akan dibatalkan jika sekiranya hujan.
Tidak ada seorang pun daripada lima orang anak Encik Majid yang mengikuti jejaknya menjadi peguam. Sebaliknya mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza.
Keadaan ini sesuai dengan peribahasa yang berikut kecuali
lain padang lain belalang.
rambut sama hitam, hati lain-lain.
bagaimana acuan begitulah kuihnya.
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
Apabila ________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
termangu
terngiang
terimbas
terkenang
Ibu membeli ________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.
secekek
selonggok
seikat
setangkai
Bendahara Ali ________ kerisnya ke pinggang sebelum menghadap sultan.
menusukkan
menyisipkan
menyusupkan
menyarungkan
Suasana di rumah Puan Shanti _______ dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.
riuh-rendah
kucar-kacir
kelam-kabut
huru-hara
Para penonton yang hadir terhibur ________ persembahan kumpulan nasyid itu.
oleh
dengan
akan
atas
Majalah-majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca. Tiada kesalahan.
Majalah-majalah
bertimbun-timbun
kami baca.
Tiada kesalahan.
Sultan Zanariah akan berangkat untuk bercemar duli dalam majlis jamuan diraja yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan.
berangkat
bercemar duli
jamuan
Tiada kesalahan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan salah
Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.
Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.
Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja.
Keadaan ini diibaratkan
orang mengantuk disorongkan bantal. B kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
pucuk dicita, ulam mendatang
pungguk merindukan bulan
Pilih ayat-ayat yang betul.
Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam.
Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya.
Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan.
Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih.
Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.
Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli.
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti jawapan yang betul.
Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankan.
Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti jawapan yang betul.
Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi pingat dalam acara yang disertai.
Atlet yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya memenangi pingat dalam acara yang disertai.
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti jawapan yang betul.
Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yang ditawarkan berpatutan juga.
Beraneka jenis barang dijual di kedai yang terletak di hujung jalan itu dan harga yang ditawarkan berpatutan juga.
Kenalpasti ejaan yang betul.
sekali gus
sekaligus
Kenalpasti ejaan yang betul.
lembab
lembap
Kenalpasti ejaan yang betul.
kraftangan
kraf tangan
keraf tangan
Kenalpasti ejaan yang betul.
sambal lewa
sambil- lewa
sambil lewa
sambal-lewa
Kenalpasti ejaan yang betul.
tujuh puluh an
70 an
tujuhpuluh an
70-an
Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menghitung bulu kambing
bagai berumah di tepi pantai
bagai anjing buruk kepala
Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya __________________________________ .
seperti rumput di tepi jalan
seperti tikus jatuh ke beras
seperti mendukung biawah hidup
seperti sudah jatuh ditimpa tangga
Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
seperti mencurah garam ke laut
seperti kera mendapat bunga
seperti Belanda diberi tanah
seperti hujan jatuh ke pasir
Saya akan __________ dengan jurulatih pada petang nanti.
bermuka
berjumpa
berdamping
bertembung
Rahmat berjaya ____________ pesaingnya dan menang dalam pertandingan itu.
memukul
memarahi
menewaskan
menumbangkan
Zaitun dan keluarganya __________ neneknya pada hari raya.
melihat
menziarahi
menjemput
menyambut
Mak Cik Safiah sedang _____________ kain.
menenun
mencucuk
membuat
membelah
Penerokaan hutan __________ kepupusan flora dan fauna.
tersebab
bersebab
disebabkan
menyebabkan
Ayah __________ sebuah basikal kepada adik pada hari lahirnya.
berhadiah
dihadiahkan
menghadiahi
menghadiahkan
RTM dan TV3 akan ____________ siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia pada pukul 8.00 malam nanti.
menonton
menyiarkan
melaporkan
memberitahu
Setelah menamatkan ____________ di universiti kelak, Syafiq berhasrat untuk membuka sebuah syarikat di bandar.
pendidikan
pengajaran
perguruan
pengajian
Para pelajar boleh bertemu dengan kaunselor sekolah pada ____________ masa.
bila
apa-apa
bila-bila
mana-mana
Adik __________ di bawah katil apabila dikejar oleh ibu selepas dia memecahkan pasu antik milik ibu.
menyusur
menyusup
menusuk
menyusul
Suasana malam di pantai peranginan yang dihiasi cahaya bulan purnama begitu __________ dan mengasyikkan.
sayu
ceria
syahdu
harmoni
Nyatakan pola ayat bagi ayat berikut.
Beliau merupakan pengetua baru di sekolah itu.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat bagi ayat berikut.
Guru sedang mengajar di dalam kelas.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Dalam perjalanan pulang dari bermain, Aizad tersepak akar kayu lalu jatuh .............
tersembam
terpelanting
tercampak
terguling
Setibanya di rumah, Rasyidah mendapati barang di dalam biliknya .......................... kerana rumahnya digeledah pencuri.
bertindih-tindih
bertimbun-timbun
berlonggok-longgok
berserak-serak
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan itu, ditanda dengan garisan. Pilih A atau B atau C jika salah. D Tiada kesalahan.
Walaupun Munawir tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. Tiada kesalahan
A. tergolong
B. terkecil
C. sehebat
D. Tiada kesalahan
Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia semakin yakin dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.
dari tahun ke setahun
daripada tahun ke tahun
daripada setahun ke setahun
dari setahun ke setahun
Nelayan-nelayan itu sedang sibuk mengisi air ke dalam tong-tong yang mengandungi ikan.
mengisi air dalam
mengisikan air di dalam
mengisikan air ke dalam
mengisi air ke dalam
Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal setelah merantau jauh KECUALI
seperti itik pulang petang
seperti belut pulang ke lumpur
tak sungguh seluang melaut, akhirnya pulang ke tepi jua
berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga.
I. Pihak sekolah berharap agar tidak ada soalan yang bocor sebelum tibanya hari peperiksaan.
II. Atap rumah lama itu sudah ada yang bocor dan perlu diganti.
III. Tiada seorang penjenayah pun yang dapat bocor daripada tahanan polis.
IV. Dia terpaksa menendang pintu besi bangunan itu sehingga bocor untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
i, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pegawai itu mengirimkan surat dari ibu pejabat atau pegawai itu mengatakan yang surat itu dikirim oleh syarikat beliau?
Kesalahan : dari
Pembetulan : daripada
Kesalahan : atau
Pembetulan : dan
Kesalahan : yang
Pembetulan : bahawa
Ibu itu memeluk anak gadisnya yang baru diumumkan sebagai juara pendeklamasi sajak sementara tersenyum.
Kesalahan : sebagai
Pembetulan : oleh
Kesalahan : sementara
Pembetulan : sambil
Kesalahan : pendeklamasi
Pembetulan : pemuisi
P. Ramlee seniman agung yang sentiasa dikenang oleh kerana jasanya.
Kesalahan : oleh kerana
Pembetulan : kerana
Kesalahan : agung
Pembetulan : agong
Kesalahan : sentiasa
Pembetulan : perlu
Bila terkena sinaran matahari yang terik selama dua jam setengah, mukanya seperti udang dibakar.
Kesalahan : dua jam setengah
Pembetulan : dua setengah jam
Kesalahan : seperti
Pembetulan : bagai
Kesalahan : Bila
Pembetulan : Apabila
Tetamu kehormat itu bukan pengerusi dan anggota jawatankuasa induk persatuan kebajikan kami.
Kesalahan : kehormat
Pembetulan : berhormat
Kesalahan : bukan
Pembetulan : tidak
Kesalahan : dan
Pembetulan : atau
Pekerja itu sedang membaiki jalan raya yang rosak akibat banjir yang melanda di hujung minggu lalu.
Kesalahan : sedang
Pembetulan : tengah
Kesalahan : di
Pembetulan : pada
Kesalahan : akibat
Pembetulan : kerana
Peserta kelima-lima yang akan muncul dalam pertandingan syarahan ini sebentar lagi dari negeri Terengganu.
Kesalahan : kelima-lima
Pembetulan : kelima
Kesalahan : dalam
Pembetulan : di dalam
Kesalahan : dari
Pembetulan : daripada
Peniaga barangan kosmetik itu tetap yakin akan perjuangannya di dalam dunia perniagaan walaupun pernah tertipu pada tahun lepas.
Kesalahan : akan
Pembetulan : dengan
Kesalahan : di dalam
Pembetulan : dalam
Kesalahan : walaupun
Pembetulan : sedangkan
Pemuda yang suka merendah diri itu penyelidik di institut kami yang bukan banyak bercakap tetapi rajin mengkaji ilmu.
Kesalahan : bukan
Pembetulan : tidak
Kesalahan : tetapi
Pembetulan : dan
Kesalahan : tetapi
Pembetulan : manakala
Kakak sulung saya yang bekerja ke Australia bertemu jodoh juga dengan pemuda sekampung.
Kesalahan : ke
Pembetulan : di
Kesalahan : bertemu jodoh juga
Pembetulan : bertemu juga jodoh
Kesalahan : sekampung
Pembetulan : kampung
Cita-citanya sejak kecil lagi tidak menjadi pegawai tentera tetapi pegawai polis berpangkat sarjan.
Kesalahan : tidak
Pembetulan : bukan
Kesalahan : tetapi
Pembetulan : atau
Kesalahan : sejak
Pembetulan : semenjak
Mereka yang tertakluk kepada peraturan tersebut ialah atlet olahraga.
Kesalahan : kepada
Pembetulan : pada
Kesalahan : ialah
Pembetulan : adalah
Kesalahan : atlet
Pembetulan : atlit
Pemain kami tidak gentar untuk berdepan dengan pasukan tersebut kerana persiapan awal telah dilakukan oleh kami.
Kesalahan : tidak
Pembetulan : bukan
Kesalahan : kerana
Pembetulan : oleh sebab
Kesalahan : dilakukan oleh kami
Pembetulan : kami lakukan
Ibu sedang menenun selendang yang akan dipakainya untuk majlis hujung minggu ini dengan benang emas.
Kesalahan : menenun
Pembetulan : menjahit
Kesalahan : dipakainya
Pembetulan : dipakaikannya
Kesalahan : menenun
Pembetulan : menyulam
Salah pendidikan daripada ibu bapa dikenal pasti sebagai punca berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.
Kesalahan : daripada
Pembetulan : dari
Kesalahan : pendidikan
Pembetulan : didikan
Kesalahan : dalam kalangan
Pembetulan : di kalangan
