Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

B1T4 SEJARAH BACK TO BACK QUIZIZZ

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Laksamana berperanan dalam membantu kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan laksamana?

a)

Menetapkan kadar cukai

b)

Menjadi penasihat sultan

c)

Mengawal keselamatan pedagang

d)

Menguruskan perbendaharaan kerajaan

2.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai undang-undang yang berasaskan syariah dan adat.

Apakah tujuan undang-undang tersebut?

a)

Mengukuhkan pengaruh

b)

Mengeratkan perpaduan

c)

Melaksanakan pentadbiran

d)

Meningkatkan pembangunan

3.

Maklumat berikut merupakan alat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka.

· Nobat

· Regalia

· Cop Mohor

Apakah kepentingan alat tersebut ?

a)

Menjadi hantaran perkahwinan

b)

  Merupakan bahan perdagangan

c)

Membuktikan kekuatan kerajaan

d)

 Melambangkan kedaulatan pemerintah

4.

Apakah peranan rakyat kepada pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Memberi kesetiaan

b)

Menjamin keselamatan

c)

Mengukuhkan perpaduan

d)

Memelihara keamanan

5.

Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya meluaskan pengaruh ke kerajaan berikut.

• Rokan

• Pahang

• Inderagiri

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh kerajaan tersebut?

a)

Pertuanan

b)

Peperangan

c)

Perkahwinan

d)

Persahabatan

6.

Pernyataan berikut berkaitan dengan perkembangan Kesultanan Melayu Melaka (KMM).

KMM terkenal kerana kejayaan mewujudkan keamanan di darat dan di laut

Bagaimanakah kejayaan tersebut dicapai?

a)

Jaminan keselamatan oleh Siam

b)

Ancaman lanun berjaya dibanteras

c)

Kerjasama masyarakat tempatan

d)

Pelaksanaan pentadbiran pusat

7.
  1. Hukum Kanun Melaka turut memberi perhatian kepada isu kekeluargaan.

  2. Mengapakah isu tersebut diberi perhatian?

a)

Mengelakkan masalah keruntuhan akhlak

b)

Menjaga keharmonian dalam keluarga

c)

Memastikan adat perkahwinan dipatuhi

d)

Mewajibkan ketua keluarga memainkan peranan

8.

Konsep waadat yang mengaitkan pemerintah dan rakyat wujud dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

  1. Apakah kepentingan konsep tersebut?

a)
  1. Menghargai sumbangan rakyat

b)
  1. Menggerakkan jentera kerajaan

c)
  1. Mengelakkan rakyat menderhaka

d)
  1. Mengukuhkan kedudukan pemerintah

9.

Bagaimanakah rakyat menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menjadi pengayuh kapal perang

b)

Memperkenalkan undang-undang

c)

Mengutip hasil melalui sistem serah

             

d)

Menjaga keamanan kawasan pegangan

10.

Apakah kepentingan kedaulatan kepada pemerintah Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Pembesar menggubal undang-undang

b)

Pentadbiran pusat berjalan lancar

c)

Sistem percukaian yang mantap

d)

Sultan dapat mengawal rakyat

11.

Mengapakah rakyat Kesultanan Melayu Melaka tidak menderhaka kepada pemerintah?

a)

Takut ditimpa tulah

b)

Hilang taraf rakyat raja

c)

Bimbang dibuang negeri

d)

Dikenakan hukuman sebat

12.

Mengapakah Inskripsi Telaga Batu penting kepada rakyat dalam kerajaan Srivijaya?

a)

Menceritakan penyebaran agama

b)

Menunjukkan ketinggian seni bina

c)

Membuktikan kesetiaan kepada raja

d)

Melambangkan keagungan pemerintah

13.

Berikut merupakan perubahan gelaran pemerintah Kesultanan Melayu Melaka.

Raja -->> Sultan

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

Penaklukan kuasa luar

b)

Penyebaran agama Islam

c)

Pertembungan kebudayaan

d)

Perjanjian antara pemerintah

14.

Berdasarkan Fasal 5 dalam Undang-Undang Laut Melaka, apakah hukuman yang dikenakan kepada seseorang yang membunuh orang di atas kapal?

a)

Dihukum bunuh

b)

Dibuang negeri

c)

Dipenjarakan

d)

Dibuang negara

15.

Lambang kebesaran adalah identiti sesebuah kerajaan.

Antara berikut, yang manakah lambang kebesaran sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Undang-undang

b)

Cap mohor

c)

Wilayah pengaruh

d)

Agama Islam

16.
  1. Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka memperoleh kawasan pegangan bagi mentadbir wilayah, sungai atau pulau.

  2. Bagaimanakah mereka memperoleh kawasan tersebut?

a)

Melalui penaklukan

b)

Mendapat kurnia sultan

c)

Melalui sokongan rakyat

d)

Menggunakan konsep naungan

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem kewangan Kesultanan Melayu Melaka.

Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguruskan sumber pendapatan tersebut?

a)

Bendahara

b)

Syahbandar

c)

Penghulu Bendahari

d)

Temenggung

18.

Tulah dipercayai kecelakaan yang boleh menimpa seseorang rakyat.

Mengapakah seseorang itu boleh ditimpa tulah?

a)

Menipu dalam perdagangan

b)

Membunuh rakyat raja

c)

Melakukan perbuatan zina

d)

Menderhaka kepada raja

19.

Maklumat berikut berkaitan ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

KEDAULATAN

Apakah kepentingan ciri tersebut kepada Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang berkuasa di Alam Melayu?

a)

Mendapat pengiktirafan

b)

Memperoleh bantuan tentera

c)

Menerima ufti dari negara luar

d)

Menguasai bidang ekonomi

20.

Apakah fungsi cap mohor dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menjadi identiti sultan

b)

Mengakui kedaulatan sultan

c)

Mengukuhkan kekuasaan sultan

d)

Mengesahkan arahan sultan

21.

Apakah hukuman yang dikenakan terhadap rakyat Melaka yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan?

a)

Penjara

b)

Dibuang negeri

c)

Kerahan tenaga

d)

Hukuman bunuh

22.

Antara berikut, yang manakah DUA perkara yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

Jenayah

b)

Kekeluargaan

c)

Peranan Nakhoda

d)

Percukaian

23.

Apakah larangan yang dikenakan terhadap hamba abdi dan wanita di Melaka?

a)

Mendapatkan pelajaran

b)

Menjadi saksi pernikahan

c)

Menjadi ketua keluarga

d)

Menjalankan urus niaga

24.

Apakah ciri perdagangan Islam yang ditetapkan dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

Pengamalan jimat cermat

b)

Penubuhan baitulmal

c)

Pembayaran zakat

d)

Pengharaman riba

25.

Berdasarkan Fasal 30, apakah DUA syarat yang ditetapkan terhadap orang yang menjalankan perniagaan?

a)

Akil baligh

b)

Lafaz niat jual beli

c)

Rakyat Tanah Melayu

d)

Tidak diisytihar muflis

26.

Apakah yang perlu dilakukan oleh nakhoda sekiranya beliau hendak singgah di tempat yang tiada dalam senarai persinggahan?

a)

Membuat rundingan

b)

Mengadakan mesyuarat

c)

Menghantar surat permohonan

d)

Menghadap pemerintah negeri

27.

Apakah DUA ilmu pelayaran yang perlu dikuasai oleh seseorang malim bagi memastikan pelayaran selamat?

a)

Ketahanan kapal

b)

Keadaan ombak

c)

Kedudukan bulan

d)

Kedalaman lautan

28.

Apakah DUA jenis cukai pelayaran yang terkandung dalam Undang-Undang Laut Melaka?

a)

Cukai tetap

b)

Cukai diraja

c)

Cukai perjalanan

d)

Cukai hasil perniagaan

29.

Siapakah yang berkuasa untuk menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang kapal?

a)

Raja

b)

Malim

c)

Nakhoda

d)

Jurumudi

30.

Mengapakah Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka digubal?

a)

Melindungi rakyat

b)

Mengawal kuasa pembesar

c)

Mengukuhkan kedudukan kerabat diraja

d)

Menggantikan undang-undang adat

31.

Bendahara merupakan pembesar yang mempunyai peranan penting dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan tersebut?

a)

Ketua turus angkatan tentera

b)

Menguruskan perbendaharaan

c)

Mengawasi kutipan cukai di pelabuhan

d)

Mengetuai pelantikan jawatan hububalang

32.

Apakah kerajaan yang meneruskan kesinambungan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Johor Riau

b)

Majapahit

c)

Srivijaya

d)

Jambi

33.

Apakah kepentingan alat regalia kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Lambang kemakmuran

b)

Simbol kekayaan

c)

Simbol kedaulatan

d)

Lambang persahabatan

34.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kawasan Pegangan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menentukan hak wilayah

b)

Memberi kuasa memerintah

c)

Menetapkan kawasan sempadan

d)

Mendapatkan kuasa perdagangan

35.

Maklumat berikut berkaitan peranan nakhoda yang terkandung dalam Undang-Undang Laut Melaka.

Menurut Fasal 13.3, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan.

Mengapakah nakhoda perlu berbuat demikian?

a)

Menyelesaikan masalah

b)

Mendapatkan persetujuan

c)

Mengukuhkan kedaulatan

d)

Mewujudkan keharmonian

36.

Gambar berikut menunjukkan Inskripsi Telaga Batu.

Mengapakah inskripsi tersebut penting kepada rakyat dalam kerajaan Srivijaya?

a)

Menceritakan penyebaran agama

b)

Menunjukkan kemahiran seni bina

c)

Membuktikan kesetiaan kepada raja

d)

Melambangkan keagungan pemerintah

37.

Temenggung merupakan salah seorang Pembesar Berempat dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan Temenggung?

a)

Menjaga keselamatan kota

b)

Mengutip cukai pelabuhan

c)

Mengetuai angkatan tentera

d)

Menguruskan perbendaharaan

38.

Rajah berikut berkaitan pembahagian masyarakat kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan X?

a)

Mewujudkan perpaduan

b)

Menjaga kebajikan

c)

Menjadi perantara

d)

Menyumbang tenaga kerja

39.

Rajah berikut sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang tersusun dan berhierarki.

Apakah DUA peranan pembesar di peringkat jajahan?

a)

Mengutip cukai

b)

Menjaga keamanan

c)

Mengurus perbendaharaan

d)

Mengawal aktiviti perdagangan

40.

Mengapakah raja di Kerajaan Alam Melayu mendapat penghormatan yang tinggi daripada rakyat?

a)

Merupakan tonggak utama kerajaan

b)

Menjadi perantara dengan pembesar

c)

Mengelakkan pencerobohan kuasa luar

d)

Memelihara kebajikan di Kawasan Pegangan