wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TINGKATAN 1 SEM 2

Total questions: 65

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud harmoni?

a)

Harmoni merupakan tindak balas melalui keseragaman unsur seni.

b)

Harmoni merupakan tindak balas keseragaman emosi.

c)

Harmoni merupakan tindak balas keseragaman bunyi pada alam.

d)

Harmoni merupakan tindak balas keseragaman dalam masyarakat

2.

Dalam sesebuah karya, harmoni dapat menimbulkan kesan __________________

a)

sunyi dan muram

b)

bersih dan cantik

c)

selesa dan tenang

d)

takut dan tidak tenteram

3.

Sisik ikan mempunyai jalinan harmoni kerana_____________.

a)

mempunyai bentuk yang cantik

b)

mempunyai bentuk yang seimbang

c)

mempunyai rupa yang cantik

d)

penggunaan rupa yang seragam

4.

Jenis harmoni pada gambarajah ini ialah

a)

Garisan

b)

Jalinan

c)

Rupa

5.

Seni kraf tekat kelihatan harmoni kerana pengulangan olahan ____________________ yang sama.

a)

warna

b)

motif

c)

seimbang

d)

estetik

6.

Manakah antara berikut merupakan fungsi harmoni dalam sesebuah gubahan karya seni visual?

a)

Meningkatkan nilai estetik

b)

Meningkatkan kualiti gubahan

c)

Meningkatkan prinsip harmoni

d)

Meningkatkan ciri-ciri harmoni

7.

Apakah ciri-ciri harmoni yang boleh

dilihat pada anyaman tikar mengkuang?

a)

Harmoni daripada aspek garisan

b)

Harmoni daripada aspek jalinan

c)

Harmoni daripada aspek hiasan

d)

Harmoni daripada aspek motif

8.

"Prinsip harmoni boleh diwujudkan dalam karya berbentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Terdapat beberapa teknik untuk mewujudkan prinsip harmoni dalam karya seni."


Manakah yang benar merujuk kepada pernyataan di atas?

a)

Susunan unsur rupa dan bentuk

yang menghala pada satu arah.

b)

Pengulangan motif

yang sama.

c)

Susunan warna dalam

reka bentuk poster.

d)

Susunan unsur rupa dalam

keadaan seimbang.

9.

"Ciri-ciri harmoni yang wujud pada sesuatu objek mempunyai fungsi yang tertentu."


Manakah antara berikut menunjukkan fungsi prinsip harmoni?

a)

Gabungan seni kraf dan seni halus mewujudkan nilai estetik

b)

Memberikan kesan bercanggah pada sesuatu hasil karya atau objek

c)

Mewujudkan keseimbangan menerusi gabungan motif, warna dan susunan gubahan

d)

Wujud dalam karya cetakan benam (etching) menerusi gabungan hal benda yang berkaitan.

10.

Apakah definisi harmoni?

a)

Tindak balas tampak dalam alam dan

karya seni yang menyepadukan

unsur-unsur

b)

Jarak antara objek yang wujud di dalam

alam nyata dan karya seni visual

c)

Sesuatu objek yang mempunyai

struktur jisim dan isi padu

d)

Tindak balas cahaya ke atas sesuatu

permukaan

11.

Tujuan kontra ialah

a)

Memberikan kelainan

b)

Kesan tidak bosan

c)

Menimbulkan kesatuan

d)

Memberikan keharmonian

12.

Apakah itu kontra?

a)

Adalah sesuatu objek yang berbeza dari segi saiz, rupa, bentuk, warna dan sebagainya.

b)

Adalah sesuatu objek yang sama dari segi bentuk dan warna.

13.

Kontra dalam hiasan dalam boleh diwujudkan melalui penggunaan pelbagai jenis _____________

a)

Batu

b)

Kayu

c)

Perabot

14.

Kontra boleh diwujudkan melalui saiz,warna,rupa dan bentuk yang ____________.

a)

persamaan

b)

Keharmonian

c)

jalinan

d)

bertentangan

15.

Apakah jenis kontra ini?

a)

Kontra bentuk

b)

Kontra garisan

c)

Kontra warna

16.

Apakah jenis kontra ini?

a)

Kontra warna

b)

Kontra rupa

c)

Kontra bentuk

17.

•Menimbulkan penegasan

•Mewujudkan perbezaan dan menarik perhatian

•Menjadi tumpuan dan menarik perhatian


Pernyataan di atas merupakan

a)

Ciri - ciri kontra

b)

Fungsi Kontra

c)

Definisi Kontra

d)

Teknik penghasilan kontra

18.

Berikut adalah fungsi kontra dalam gubahan kecuali ?

a)

Menarik perhatian

b)

Elak kebosanan

c)

Menimbulkan penegesan

d)

Kelihatan suram

19.

Mengapakah simbol ini menggunakan kontra warna ?

a)

Tujuan keselamatan

b)

Keindahan

c)

Mengelakkan kebosanan

d)

Mewujudkan kepelbagaian

20.

Pilih teknik penghasilan kontra

a)

Penggunaan rupa yang sama

b)

Penggunaan arah yang sama

c)

Penggunaan saiz yang sama

d)

Penggunaan bentuk yang berbeza

21.

Penegasan digunakan untuk perkara-perkara yang berikut KECUALI

a)

A menarik perhatian

b)

B menunjukkan kematangan

c)

C mengelakkan kebosanan

d)

D memberikan tumpuan kepada sesuatu perkara

22.

Apakah prinsip seni yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?

a)

A Penegassan

b)

B Kesatuan

c)

C Imbangan

d)

D Kepelbagaian

23.

Teknik yang manakah digunakan untuk menghasilkan penegasan?

a)

Elemen yang kontra

b)

Warna yang harmoni

c)

Bentuk yang seimbang

d)

Unsur garisan yang sama

24.

Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang mempunyai?

a)

Unsur seni yang berbeza

b)

Pelbagai warna

c)

Gabungan pelbagai gaya, nilai dan idea

d)

Gabungan pelbagai garisan dan rupa

25.

Perhatikan gambar di atas, apakah unsur kepelbagaian yang paling jelas?

a)

Kepelbagaian warna

b)

Kepelbagaian bentuk

c)

Kepelbagaian saiz

d)

Kepelbagaian rupa

26.

Kepelbagaian dalam karya seni dapat mewujudkan ?

a)

Kebosanan

b)

Variasi untuk daya tarikan

c)

Suasana yang bercelaru

d)

Unsur harmoni

27.

Antara yang berikut, manakah tidak mempunyai kepelbagaian?

a)

Jalinan pada kepak rama-rama

b)

jalinan urat daun

c)

Jalinan pada corak kain batik

d)

Jalinan pada sisik ikan

28.

Salah satu cara untuk mewujudkan kepelbagaian dalam poster ialah?

a)

menggunakan warna sewarna

b)

menggunakan rupa geometri yang sama

c)

menggunakan jalinan sejenis

d)

menggunakan warna panas dan warna sejuk

29.

Dalam penghasilan sebuah poster, apakah elemen kepelbagaian yang paling mudah untuk diaplikasikan?

a)

Ilustrasi dan muka taip

b)

Warna panas

c)

bentuk ilusi

d)

Rupa muka taip

30.

Tandakan (/) pada pernyataan yang betul tentang fungsi kepelbagaian.

a)

Mengelakkan kebosanan

b)

Mewujudkan pilihan

c)

Menimbulkan kesan harmoni

d)

Mewujudkan keceriaan

31.

Manakah antara berikut merupakan jenis imbangan tidak simetri?

a)

Sebuah buku

b)

Kapal terbang

c)

Sebatang pokok

d)

Gasing tradisional

32.

Apakah garisan yang membahagikan dua bahagian sesuatu objek?

a)

Garisan menegak

b)

Garisan beralun

c)

Garisan paksi

d)

Garisan tebal

33.

Manakah antara berikut merupakan fungsi imbangan?

a)

Menunjukkan pergerakan

b)

Mewujudkan penumpuan

c)

Menampakkan kelainan

d)

Mewujudkan kestabilan

34.

Apakah teknik imbangan tersebut?

a)

Imbangan atas dan bawah

b)

Imbangan berpenjuru

c)

Imbangan kiri dan kanan

d)

Beberapa garisan paksi dalam satu gubahan

35.

Pilih jawapan yang paling tepat:


Fungsi imbangan adalah untuk ......

a)

stabiliti dan membolehkan sebuah gasing berpusing dalam jangka masa yang lama.

b)

mewujudkan nilai tarikan yang sangat mengagumkan.

c)

menjadikan karya lebih tersusun dan mudah difahami.

d)

mengekalkan keseragaman motif dalam satu rekaan.

36.

Definisi Imbangan adalah ....

a)

cara elemen disusun diatas permukaan yang rata.

b)

kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, kedudukan dan tumpuan.

c)

penyatuan objek dan elemen rekaan yang sama dalam sesebuah gubahan.

d)

permukaan sesuatu objek yang boleh dikesan melalui deria penglihatan.

37.

Pilih jawapan yang tepat:


Ciri-ciri imbangan pada karya seni visual adalah .....

a)

seni arca tidak mementingkan keseimbangan dari segi reka bentuk.

b)

rama-rama mempunyai kepak, warna dan corak yang sama di kedua-dua bahagian.

c)

motif dan corak hiasan pada wau mempunyai unsur imbangan di kedua-kedua bahagian.

d)

karya seni yang seimbangan pada kedua-dua bahagian dan tidak keterlaluan.

38.

Dalam menghias ruang tamu rumah, apakah nilai yang timbul pada perasaan anda jika nilai kesatuan diutamakan?

a)

Gembira

b)

Tenang dan selesa

c)

Gelisah

d)

Sunyi

39.

Apakah perlunya elemen kesatuan dalam hidup manusia?

a)

Memberi nilai harmoni

b)

Menimbulkan penegasan

c)

Menimbulkan kontra

d)

Menimbulkan imbangan

40.

Antara berikut, yang manakah kumpulan objek yang menunjukkan kesan kesatuan?

a)

Susunan objek berlainan pada kertas lukisan

b)

Sapuan warna hijau dan merah pada keseluruhan kertas lukisan

c)

Susunan garisan pada kertas lukisan

d)

Cetakan rupa positif dan negatif yang serupa pada keseluruhan kertas lukisan

41.

Sarung kusyen mempunyai prinsip kesatuan melalui ____________ yang sama.

a)

bunga

b)

corak

c)

rupa

d)

sulaman

42.

Antara objek berikut, yang manakah kumpulan objek yang menunjukkan kesan kesatuan?

a)

Cawan dan mangkuk

b)

Mesin pengisar dan piring

c)

Buah-buahan dan kabinet

d)

Pisau dan meja makan

43.

Apakah ciri kesatuan tersebut ?

a)

Alam semula jadi

b)

Karya seni visual

c)

Objek buatan manusia

d)

Reka bentuk teknologi

44.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesatuan dalam karya seni visual?

a)

Gabungan Bahasa Seni Visual

b)

Gabungan flora dan fauna

c)

Gabungan fizikal dan ilusi

d)

Gabungan alat dan bahan

45.

Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan dalam prinsip rekaan?

a)

Kegunaan teknik melukis yang berbeza-beza

b)

Tarikan antara unsur seni

c)

Pindahan dari sehelai kertad

d)

Perubahan unsur-unsur seni melalui cara ulangan dengan gubahan tertentu yang melahirkan kesan perasaan, pergerakan, irama, ilusi dan suasana

46.

Irama rawak __________.

a)

mempunyai motif yang sama saiz

b)

mempunyai motif yang diulang tanpa susunan

c)

mempunyai motif berubah saiz dan warna

d)

mempunyai motif yang serupa dan sekata

47.

Terangkan bagaimana prinsip rekaan pergerakan dapat digambarkan dalam aktiviti seni visual seperti catan.

a)

Perubahan ruang dan jarak yang berbeza

b)

Dengan menggerak-gerakkan gambar

c)

Dengan menghasilkan rupa yang seimbang

d)

Dengan menghasilkan gambar bentuk orang berlari

48.

Apakah unsur seni yang menyebabkan wujudnya elemen irama dan pergerakan dalam karya di bawah?

a)

Garisan

b)

Jalinan

c)

Rupa

d)

Bentuk

49.

Apakah definisi tajuk?

a)

A. Makna atau maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalan sesebuah karya seni

b)

B. Sebab atau tujuan yang mendorong pereka menghasilkan sesuatu karya

c)

C. Buah fikiran yang tercetus hasil ransangan

d)

D. Judul atau fokus sesuatu karya

50.

Apakah tujuan penggunaan tajuk dan mesej dalam sesebuah karya?

a)

Supaya karya tersebut lebih cantik

b)

Supaya karya tersebut lebih bermakna

c)

Supaya karya tersebut lebih hebat

51.

Terdapat dua jenis teknik yang digunakan untuk mencipta sesuatu hasil seni iaitu;

a)

teknik tradisional, teknik kontemporari

b)

teknik rasional, teknik kontemporari

c)

Teknik konvensional, teknik kontemporari

d)

teknik tradisional dan konvensional

52.

Mengapakah pemilihan tajuk dan mesej mesti jelas dalam sesebuah karya?

a)

Karya seni akan disukai

b)

Keberkesanan untuk menghayati karya

c)

Memudahkan proses pembetukan karya

d)

Membantu menyampaikan maklumat dengan tepat

53.

Proses yang tidak terikat dengan kaedah tradisi dan lebih kreatif serta inovatif.

a)

Teknik kolaj

b)

Teknik kontemporari

c)

Teknik konvensional

d)

Teknik Scumbling

54.

Interpretasikan tema karya di atas.

a)

A. Tema kemasyarakatan

b)

B. Tema alam semulajadi

c)

C. Tema kemanusiaan

d)

D.Tema abstrak

55.

Motif dalam seni halus dan seni reka dikenali sebagai_____.

a)

idea

b)

aliran

c)

konsep

d)

hal benda

56.

Idea terbentuk hasil gabungan pelbagai nilai yang dihayati daripada alam sekeliling dikenali sebagai ______.

a)

motif

b)

tujuan

c)

konsep

d)

gagasan

57.

Contoh kaedah yang digunakan untuk pembentukan motif, idea dan konsep ialah ______.

a)

gaya

b)

Ciptaan

c)

kreativiti

d)

penerokaan

58.

pembentukan motif, idea dan konsep boleh dijana melalui kaedah ____.

a)

pemerhatian

b)

menjana

c)

hal benda

d)

nilai estetika

59.

Unsur yang paling sesuai dan sering digunakan untuk mereka bentuk sebuah maskot sukan ialah __________.

a)

bunga

b)

haiwan

c)

manusia

d)

objek alam semula jadi

60.

Tujuan aplikasi designomic seperti berikut kecuali

a)

daya tarikan

b)

keunikan dan kelainan

c)

koleksi peribadi

d)

fungsi tersendiri

61.

Apakah elemen "designomic" dalam penghasilan karya seni visual?

a)

Gaya ekspresi pelukis

b)

Kemahiran dan sikap pelukis

c)

Kemahiran pelukis dan saiz karya

d)

Kemahiran, keunikan dan aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan.

62.

Soalan 3 (RUJUK BUKU TEKS)

Antara berikut, yang manakah berunsurkan designomic?

a)

Seni tenunan songket

b)

Cat air basah atas basah

c)

Seni Decoupeage

d)

Ukiran "Peon Anak Bumbung"

63.

Pereka, pelukis atau pandai kraf berkongsi ___________ bagi membentuk suatu visi yang baharu dalam proses rekaan.

a)

A idea

b)

B tenaga

c)

C masalah

d)

D kewangan

64.

  1. __________________ ialah langkah awal proses penghasilan designomic.

a)

A lakaran

b)

B pemasaran

c)

C mencari idea

d)

D kenal pasti masalah

65.

Apakah elemen "designomic" dalam penghasilan karya seni visual?

a)

Gaya ekspresi pelukis

b)

Kemahiran dan sikap pelukis

c)

Kemahiran pelukis dan saiz karya

d)

Kemahiran, keunikan dan aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan.