Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Form 5 sejarah bab 2 output test (1)

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

"X" dan Undang-undang Negeri Melayu berkaitan dengan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Apakah X?

a)

Undang-undang bertulis

b)

Undang-undang Inggeris

c)

Undang-undang lisan

d)

Undang-undang adat

2.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mengambil model Westminster dari Britain sebagai asas dalam pembentukan Perlembagaan negara. Apakah kandungan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?

a)

Menjamin hak istimewa orang Melayu

b)

Menjamin kedudukan kedaulatan negara

c)

Bahasa Melayu dijadikan bahasa perantara

d)

Parlimen adakah untuk menyelesaikan masalah negara

3.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sistem demokrasi di Malaysia. Apakah yang menjadi asas kepada amalan demokrasi tersebut?

a)

Pilihan raya umum 1963

b)

Pilihan raya umum 1958

c)

Pilihan raya umum 1957

d)

Pilihan raya umum 1955

4.

Pindaan Perlembagaan 1963 dan Pindaan Perlembagaan 1965 merupakan pindaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Mengapakah pindaan tersebut dilaksanakan?

a)

Menyesuaikan dengan keperluan semasa

b)

Mengikut permintaan parti - parti politik

c)

Mengekalkan keluhuran perlembagaan

d)

Melengkapi antara satu sama lain

5.

Majlis Persekutuan terlibat dalam penggubalan undang-undang negeri. Apakah negeri tersebut?

a)

Negeri-negeri selat

b)

Negeri-negeri melayu utara

c)

Negeri-negeri melayu bersekutu

d)

Negeri-negeri melayu tidak bersekutu

6.

"Tunku Abdul Rahman membawa usul pindaan Perlembagaan yang dinamakan pindaan Singapura 7 Ogos 1965.". Maklumat tersebut berkaitan dengan pindaan Perlembagaan 1965. Apakah badan yang berkuasa meluluskan pindaan Perlembagaan tersebut?

a)

Parlimen

b)

Jemaah menteri

c)

Majlis raja-raja

d)

Dewan undangan negeri

7.

Pada tahun 1965, Tunku Abdul Rahman telah membawa usul pindaan Perlembagaan di Parlimen. Apakah perkara yang berkaitan dengan pindaan tersebut?

a)

Pemansuhan perkara berkaitan Singapura

b)

Pelantikan perdana menyeru pertama

c)

Penyelarasan bidang kuasa antara kerajaan

d)

Penyertaan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia

8.

"Charter of Justice I", "Charter of Justice II" dan "Charter of Justice III" berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang British di Negeri-negeri Selat. Apakah kesan pelaksana an undang-undang tersebut?

a)

Penduduk asal dilindungi

b)

Pelaburan asing digalakkan

c)

Pentadbiran negeri disatukan

d)

Pembesar tempatan dimansuhkan

9.

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Apakah ciri tradisional perlembagaan tersebut?

a)

Agama islam

b)

Kewarganegaraan

c)

Sistem demokrasi

d)

Kerajaan Persekutuan

10.

Mengapakah berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963?

a)

Pemisahan Singapura

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Mengukuhkan sistem beraja

d)

Menjalankan pilihan raya umum