Font size
WorksheetsKata Adjektif
Total questions: 67
Worksheet time: 1hrs 7mins
Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.
geli
haru
kelam
gundah
Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka.
baik
malu
takut
patuh
Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
bengkok
bengkak
botak
lekuk
Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
sombong
senang
ramah
kasar
Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.
kegelapan
kedinginan
kemalapan
kepanasan
Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.
sedih
hairan
terkejut
gembira
Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
tajam
kasar
kesat
tumpul
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
jernih
hitam
kotor
bersih
Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
cair
putih
pekat
merah
Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .
pelik
gawat
runsing
rencam
__________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
Indah
Muram
Kelam
Sayup
Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.
luas
sempit
senang
besar
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
kecil
tebal
besar
panjang
Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.
kelat
enak
manis
masam
Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam .
terkilan
runsing
murung
sengsara
Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
ketat
besar
singkat
longgar
Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.
kesat
telap
telus
kalis
Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
lengang
senyap
muram
suram
Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu .
becak
lembik
lembap
bengkok
Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.
menggelupas
menggerutu
melecur
melecet
Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu .
ghairah
asyik
tekun
leka
Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.
serong
bengkok
bongkok
condong
Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
sejuk
damai
panas
nyaman
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang __________
tinggi
besar
kontot
panjang
Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.
pedas
lebam
pedih
panas
Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu .
busuk...tengik
hanyir...wangi
hapak...harum
hancing...hanyir
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
serak
garau
merdu
nyaring
Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.
pilu
mahu
cemas
gembira
50 Encik Haziq memandu van_____________nya itu dengan berhati-hati.
kecil
baharu
usang
elok
Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.
kaya
papa
cerdik
peramah
"Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku," kata Cikgu Siti Noridah.
bijak
malas
cerdik
pandai
Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan komputer.
geliga
cekap
petah
fasih
Zurina berasa takut apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu.
senyap
sunyi
diam
riuh
Kamus dwibahasa edisi baharu yang __________ itu berharga RM45.00 sahaja.
nipis
tebal
berkilat
berwarna
Udara di Genting Highland itu sungguh __________.
baik
cergas
nyaman
indah
Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah.
kelat
pahit
manis
masam
Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam.
luas
tinggi
rimbun
panjang
Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dimasukkan gula.
pahit
masin
manis
masam
Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga __________ malam.
hari
larut
gelap
nampak
Kucing hitam itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak.
baru
lama
segar
layu
Wajah Azril____________apabila disindir oleh rakan-rakannya.
masam
masin
manis
manja
Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu.
jauh
cetek
dalam
dangkal
Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan.
laju
rata
licin
lekuk
Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak sedap untuk dimakan.
hangit
tengik
busuk
basi
Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang diimport.
nipis
tebal
kesat
keras
Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________.
mentah
lembik
hangit
tengik
Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan.
asyik
tekun
sering
kurang
Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.
pilu
gusar
geram
marah
Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.
tertib
gopoh
pantas
cermat
Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.
sibuk
damai
serabut
gembira
Lalu-lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi.
tegang
gelap
pulih
pilu
"Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya," kata Ghani.
lazat
busuk
kelat
harum
Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.
teliti
lemah
sopan
lembut
Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah pendengaran.
kuat
kasar
tinggi
kesat
Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu______________.
laju
tajam
cepat
lambat
Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.
kuat
tajam
lemau
garing
Asap ________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.
tebal
nipis
berkilat
berwarna
Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap.
laju
petah
bising
pandai
Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
pantas
cepat
deras
kencang
Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan .
jauh
cepat
dekat
nyaris
Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________
hapak
tengik
hamis
haring
Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya.
elok
lazat
hebat
basi
Hujan___________telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh.
kuat
lebat
hebat
renyai
Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.
kesat
basah
comot
compang
Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi membeli-belah.
aneh
boros
buruk
bosan
Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ .
rangup
lemau
rapuh
hangit
