wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN SEBENAR SAINS SPM 2022

Total questions: 39

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.
1. Antara yang berikut, bahan manakah yang boleh dibuang ke dalam singki?
a)
Cat minyak
b)
Asid lemah
c)
Bahan meruap
d)
Sebatian pelarut organik
2.
2. Kaji situasi berikut. Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang paling sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran itu?
a)
Air
b)
Buih
c)
Serbuk kering
d)
Karbon dioksida
3.
3. Rajah 1 menunjukkan suatu situasi yang berlaku semasa seorang murid menjalankan satu eksperimen dalam makmal. Antara yang berikut, peralatan perlindungan diri manakah yang melindungi murid itu daripada kecederaan?
a)
Gogal
b)
Baju makmal
c)
Sarung tangan
d)
Kasut bertutup
4.
5. Kaji pernyataan berikut. Apakah yang perlu dilakukan oleh petani tersebut?
a)
Meningkatkan kuantiti baja kimia
b)
Menambah sela masa membubuh racun
c)
Menggunakan baja organik dan racun perosak biologi
d)
Menggunakan teknologi dron untuk membaja dan meracun
5.
6. Rajah 2 menunjukkan perbualan antara dua orang lelaki. Antara yang berikut, yang manakah kemungkinan Indeks Jisim Badan (BMI) Bob?
a)
17 kg m-2
b)
21 kg m-2
c)
26 kg m-2
d)
29 kg m-2
6.
7. Antara yang berikut, yang manakah dihasilkan melalui proses meiosis?
a)
Zigot
b)
Gamet
c)
Sel soma
d)
Sel kulit
7.
8. Antara yang berikut, yang manakah contoh trait dominan?
a)
Tidak boleh menggulung lidah
b)
Cuping telinga melekap
c)
Rambut perang muda
d)
Kehadiran lesung pipit
8.
9. Antara yang berikut, yang manakah merupakan genotip untuk individu dengan Sindrom Turner?
a)
44 + XX
b)
44 + XO
c)
44 + XXY
d)
45 + XY
9.
10. Rajah 3 menunjukkan sebahagian sistem rangka manusia. Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah melindungi saraf tunjang?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
10.
11. Kaji pernyataan berikut. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang menunjukkan ciri pertumbuhan golongan tersebut?
a)
Ketinggian kekal
b)
Otot badan menyusut
c)
Pertumbuhan menjadi perlahan
d)

Ketinggian bertambah

11.
12. Jadual 1 menunjukkan kesan kekurangan dan berlebihan rembesan hormon X. Apakah hormon X?
a)
Adrenalina
b)
Tiroksina
c)
Hormon Antidiuresis
d)
Hormon Pertumbuhan
12.
13. Rajah 4 menunjukkan struktur bagi bahan Y. Apakah bahan Y?
a)
Air
b)
Emas
c)
Karbon
d)
Garam
13.
14. Rajah 5 menunjukkan kedudukan X, Y dan Z dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Apakah keadaan jirim bagi X, Y dan Z pada suhu bilik?
a)

X: Cecair

Y: Pepejal

Z: Gas

b)

X: Gas

Y: Cecair

Z: Pepejal

c)

X: Pepejal

Y: Pepejal

Z: Gas

d)

X: Pepejal

Y: Cecair

Z: Cecair

14.
15. Jadual 2 menunjukkan bilangan zarah subatom bagi unsur P, Q, R dan S. Antara yang berikut, pasangan unsur manakah ialah isotop?
a)
P dan Q
b)
P dan R
c)
Q dan R
d)
R dan S
15.
16. Rajah 6 menunjukkan kegunaan isotop X dalam dua bidang. Apakah X?
a)
Iodin-131
b)
Karbon-14
c)
Fosforus-32
d)
Kobalt-60
16.
17. Chong telah mengalami sakit kepala selama beberapa hari dan dia membuat keputusan untuk berjumpa doktor. Apakah saranan terbaik oleh doktor untuk merawat Chong?
a)
Mengambil antibiotik
b)
Mengambil analgesik
c)
Mengamalkan pengambilan makanan herba
d)
Mengambil nutrisi mengikut piramid makanan
17.
18. Ahmad terkehel pada bahu kanannya ketika menjalani latihan badminton. Apakah rawatan yang paling sesuai untuk merawat Ahmad?
a)
Akupuntur
b)
Kiropraktik
c)
Homeopati
d)
Terapi herba
18.
19. Rajah 7 menunjukkan suatu proses yang berlaku terhadap getah asli. Antara yang berikut, produk manakah yang dihasilkan dengan menggunakan bahan X?
a)
Tilam
b)
Belon
c)
Tayar kereta
d)
Sarung tangan perubatan
19.
20. Rajah 8 menunjukkan keadaan fizikal seorang dewasa yang berumur 40 tahun. Antara yang berikut, yang manakah boleh melambatkan keadaan itu?
a)
Menjalankan aktiviti senaman
b)
Makan buah-buahan sitrus
c)
Berjemur pada waktu pagi
d)
Minum banyak air
20.
21. Antara yang berikut, padanan faktor pembentukan radikal bebas manakah yang betul?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
21.
22. Apakah faktor yang mempengaruhi inersia suatu objek?
a)
Daya
b)
Jisim
c)
Halaju
d)
Pecutan
22.
23. Seorang kanak-kanak mengayuh basikalnya sejauh 10 m dalam masa 30 saat sebelum dia berehat selama 5 saat. Kemudian, dia meneruskan kayuhan sejauh 5 m selama 10 saat. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang betul?
a)
Halaju sebelum berehat ialah 0.5 ms-1
b)
Sesaran yang dilalui oleh kanak-kanak itu ialah 15 m
c)
Halaju purata kanak-kanak itu ialah 0.38 m s-1
d)
Jumlah masa perjalanan ialah 40 saat
23.
24. Maklumat berikut menunjukkan kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear. * Kecacatan bayi * Leukemia * Katarak * Mutasi sel * Kanser Antara yang berikut, padanan manakah yang betul?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
24.
25. Apakah maksud tindak balas berantai bahan radioaktif?
a)
Proses pembelahan nukleus yang berlaku secara berterusan apabila satu neutron membedil dan membelah nukleus yang baharu
b)
Proses pemecahan nukleus radioaktif yang berat kepada dua atau lebih nukleus yang stabil
c)
Proses pencantuman dua nukleus radioaktif yang ringan membentuk satu nukleus yang lebih berat
d)
Proses menghasilkan tenaga melalui tindak balas bahan radioaktif di loji jana kuasa nuklear
25.
26. Rajah 9 menunjukkan sampul preskripsi bagi sejenis ubat. Apakah kepentingan mematuhi arahan yang ditandakan pada sampul preskripsi itu?
a)
Sembuh dengan kadar cepat
b)
Tidak berlaku pembaziran ubat
c)
Meningkatkan antibodi dalam badan
d)

Mengelakkan kerintangan antibiotik berlaku

26.
27. Rajah 10 menunjukkan makanan kegemaran Encik Muthu. Apakah kesan pengambilan makanan itu dalam tempoh yang panjang?
a)
Sirosis
b)
Hipoglisemia
c)

Arteriosklerosis

d)
Anoreksia nervosa
27.
28. Antara yang berikut, yang manakah unsur mikronutrien?
a)
Mangan
b)
Magnesium
c)
Kalium
d)
Kalsium
28.
29. Rajah 11 menunjukkan satu label jejak karbon. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang betul tentang label di Rajah 11?
a)
400 g karbon dioksida (CO2) diperlukan bagi setiap 500 ml bahan
b)
400 g karbon dioksida (CO2) terkandung dalam setiap 500 ml bahan
c)
400 g karbon dioksida (CO2) dibebaskan bagi setiap 500 ml bahan
d)
400 g karbon dioksida (CO2) diserap bagi setiap 500 ml bahan
29.
30. Pak Mahmud bercadang untuk menanam semula pokok kelapa sawit di ladangnya. Antara yang berikut, cara manakah yang terbaik untuk menghasilkan buah kelapa sawit yang berkualiti tinggi?
a)
Menggunakan baja organik
b)
Menggunakan baka yang bermutu
c)
Menanam anak pokok menggunakan mesin moden
d)
Membela burung hantu sebagai kaedah kawalan biologi
30.
31. Kaji pernyataan berikut. Apakah aktiviti yang boleh dijalankan oleh Kelab Alam Sekitar untuk merealisasikan hasrat itu?
a)
Membina kolam ikan sebagai landskap
b)
Mengadakan kempen 1 pelajar 1 pokok
c)
Menyediakan beg plastik di setiap sudut sekolah
d)
Mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah
31.
32. Jadual 3.1 menunjukkan kualiti udara berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0 - 50 : Kualiti Udara Baik 51 - 100 : Kualiti Udara Sederhana 101 - 200 : Kualiti Udara Tidak Sihat Jadual 3.1 Jadual 3.2 menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi empat buah negara W, X, Y dan Z. Negara W : IPU 47 Negara X : IPU 141 Negara Y : IPU 66 Negara Z : IPU 107 Jadual 3.2 Antara yang berikut, pernyataan manakah yang betul?
a)
W tidak menggunakan pengangkutan awam sebagai sistem pengangkutan utama
b)
Pembebasan karbon dioksida dan karbon monoksida di X adalah paling tinggi
c)
Penggunaan bahan api fosil yang tinggi dalam sistem pengangkutan W dan Y
d)
Pembebasan karbon dioksida dan karbon monoksida di Y adalah lebih tinggi daripada Z
32.
33. Rajah 12 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid. Apakah yang akan berlaku jika eksperimen diulang dengan menggunakan ketulan marmar kecil?
a)
Suhu tindak balas lebih rendah
b)
Kepekatan asid hidroklorik bertambah
c)
Tekanan gas di dalam buret meningkat
d)
Masa yang digunakan untuk mengumpul gas berkurang
33.
34. Antara yang berikut, faktor manakah yang mempengaruhi kadar tindak balas bagi bahan dalam keadaan gas?
a)
Tekanan
b)
Jisim bahan
c)
Kepekatan bahan
d)
Saiz bahan
34.
35. Apakah nama alkena yang mempunyai tiga karbon?
a)
Etena
b)
Propena
c)
Butena
d)
Pentena
35.
36. Antara yang berikut, yang manakah ialah contoh sebatian karbon organik?
a)
Karbon monoksida
b)
Karbon dioksida
c)
Arang batu
d)
Batu kapur
36.
37. Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai alkohol?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
37.
38. Rajah 13 menunjukkan suatu proses dalam pengekstrakan minyak sawit. Apakah tujuan proses tersebut?
a)
Melunturkan warna
b)
Menyingkirkan bau
c)
Melembutkan sabut
d)
Mengekstrak minyak
38.
39. Jadual 4 menunjukkan keputusan eksperimen bagi dua set sel kimia yang berlainan. Antara yang berikut, padanan manakah yang mewakili X, Y dan Z?
a)

X : Kuprum

Y : Zink

Z : Argentum

b)

X : Argentum Y : Kuprum Z : Zink

c)
X : Kuprum Y : Argentum Z : Zink
d)
X : Zink Y : Kuprum Z : Argentum
39.
40. Rajah 14 menunjukkan suatu jek hidraulik yang digunakan di sebuah bengkel kereta. Apakah berat beban yang boleh diangkat dengan daya input 500 N?
a)
0.5 N
b)
50 N
c)
500 N
d)
5 000 N