wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 1 Pengenalan kepada Perakaunan

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah proses yang menunjukkan urutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan sebuah perniagaan?

a)

Sistem perakaunan

b)

Konsep perakaunan

c)

Kitaran perakaunan

d)

Prinsip perakaunan

2.

Proses simpan kira merangkumi aktiviti

I. Merekod urus niaga secara tepat dan sistematik

II. Merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

III. Membekalkan maklumat perakaunan untuk membantu peniaga membuat keputusan dan perancangan

IV. Menganalisis maklumat kewangan untuk membuat keputusan, perbandingan dan perancangan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Pernyataan manakah yang menerangkan perakaunan?

I. Sebahagian daripada simpan kira

II. Mencakupi bidang yang lebih luas daripada simpan kira

III. Meliputi proses menganalisis, mentafsir, merancang, menilai dan merumus

IV. Hanya melibatkan proses mengumpul dan merekod urus niaga secara tepat dan sistematik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Rajah berikut menunjukkan sebahagian daripada kitaran perakaunan.

Apakah X?

a)

Lejar

b)

Pelarasan

c)

Catatan Penutupan

d)

Buku Catatan Pertama

5.

Rajah berikut menunjukkan kitaran perakaunan yang tidak lengkap.

Apakah Q?

a)

Lejar

b)

Pelarasan

c)

Imbangan Duga

d)

Penyata Kewangan

6.

Pernyataan di bawah berkaitan subbidang perakaunan

Kerja-kerja penyediaan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman yang meliputi kawalan, perancangan dan pengurusan kewangan

Apakah subbidang tersebut?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

7.

Pilih padanan yang benar mengenai fungsi subbidang perakaunan.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Seseorang akauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam hubungan profesional dengan pihak lain supaya tidak berlaku kekeliruan dan pemalsuan kenyataan.

Apakah ciri etika profesion perakaunan yang dimaksudkan?

a)

Integriti

b)

Objektiviti

c)

Kerahsiaan

d)

Kompetensi

9.

P merupakan garis panduan kepada akauntan semasa menjalankan tugas mereka. Apakah P?

a)

Penyata-penyata prinsip

b)

Piawaian laporan kewangan

c)

Kod etika profesion perakaunan

d)

Piawai perakaunan dan pengauditan

10.

Antara berikut, yang manakah tanggungjawab seorang akauntan?

I. Menganalisis risiko

II. Melaksanakan audit

III. Memasarkan barangan

IV. Menyediakan Penyata Bank

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Antara badan kawal selia berikut, yang manakah mengawal profesion perakaunan di Malaysia?

a)

Badan Profesional

b)

Badan Penggubal Piawaian

c)

Institut Akauntan Malaysia

d)

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia

12.

Antara yang berikut, yang manakah fungsi Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) ?

a)

Mempromosi dan mempopularkan profesion perakaunan

b)

Mengkaji dan menangani perubahan semasa dalam perniagaan

c)

Memajukan profesion perakaunan melalui latihan dan peperiksaan

d)

Menentukan keperluan minimum dan garis panduan dalam penyediaan laporan kewangan

13.

Siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem catatan bergu?

a)

Adam Smith

b)

Luca Pacioli

c)

Isaac Newton

d)

Galileo Galilei

14.

Antara berikut, yang manakah memperbaiki kaedah menyimpan rekod di Mesir pada tahun 400 S.M.?

I. Kain

II. Papyrus

III. Calamus

IV. Kepingan tanah liat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Susun semula sejarah perakaunan mengikut urutan yang betul.

I. Revolusi Perindustrian di England

II. Ciptaan papyrus dan calamus di Mesir

III. Luca Pacioli memperkenalkan Sistem Catatan Bergu

IV. Rekod perakaunan dibuat di atas kepingan tanah liat

a)

I, II, III, IV

b)

II, IV, III, I

c)

III, IV, I, II

d)

IV, II, III, I

16.

Pilih kelebihan perisian berbanding dengan perakaunan secara manual

I. Tiada risiko kerosakan dan kehilangan data

II. Memastikan kerahsiaan dan keselamatan rekod kewangan

III. Pembetulan kesilapan dapat dilakukan dengan mudah

IV. Mengumpul dan menyimpan data mengenai transaksi perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Apakah kepentingan sistem maklumat perakaunan kepada entiti perniagaan?

a)

Mengumpul dan menyimpan data mengenai transaksi tunai perniagaan

b)

Menyediakan kawalan secukupnya untuk menjaga keselamatan tunai perniagaan

c)

Membolehkan juruaudit memahami sistem yang digunakan untuk menghasilkan Penyata Kewangan

d)

Memproses data untuk menjana maklumat yang berguna kepada pihak pengurusan sahaja