NEW
Font size
WorksheetsSAINS SPM K1 KEDAH 2023
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Rajah 1 menunjukkan seorang murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji tindak balas logam reaktif dengan air. Apakah peralatan perlindungan diri yang perlu digunakan semasa menjalankan eksperimen itu?
Gogal dan topeng muka
Gogal dan baju makmal
Baju makmal dan kasut bertutup
Topeng muka dan kasut bertutup
Bahan sisa perlu dibuang setelah selesai menjalankan eksperimen. Antara bahan berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki?
Cat minyak
Asid nitrik, pH 6
Asid hidroklorik, pH 1
Natrium hidroksida, pH 12
Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah bagi suatu bantuan kecemasan untuk menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri akibat serangan jantung. Langkah 3 didapati tidak mengikut prosedur yang dicadangkan oleh pakar perubatan. Antara yang berikut, apakah kesan sekiranya langkah 3 diteruskan kepada mangsa?
Tulang rusuk mangsa patah
Peparu tidak dapat oksigen secukupnya
Mangsa akan pulih dengan kadar lebih cepat
Darah beroksigen tidak dapat dibekalkan ke otak dengan baik
Rajah 2 menunjukkan termometer klinikal. Apakah Y?
Bebuli
Senggatan
Pencerutan
Tiub kapilari
Seorang pelajar mempunyai bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) 26.58 kg m-2. . Apakah kategori BMI murid itu?
Obes
Kurang jisim badan
Jisim badan unggul
Berlebihan jisim badan
Rajah 3 menunjukkan satu label yang dilekatkan pada satu peralatan elektrik dirumah. Antara yang berikut, yang manakah kelebihan penggunaan label tersebut dalam amalan Teknologi Hijau?
Peralatan elektrik itu lebih berkualiti dan tahan lama
Penggunaan sumber tenaga alternatif meningkat
Penjimatan sumber tenaga dapat dipertingkatkan
Jejak kaki karbon akan meningkat
Rajah 4 menunjukkan statistik sisa pepejal di Negara X. Berdasarkan Rajah 4, aplikasi Teknologi Hijau yang manakah perlu menjadi amalan utama untuk mengurangkan peratusan sisa pepejal yang paling tinggi?
Membuang lebihan makanan ditapak pelupusan
Menyediakan makanan ikut keperluan isi rumah
Mengasing sisa pepejal mengikut kategorinya
Menghasilkan produk upcycle
Rajah 5 menunjukkan suatu proses semasa meiosis. Apakah proses itu?
Mitosis
Pindah silang
Persenyawaan
Replikasi DNA
Rajah 6 menunjukkan histogram yang mewakili sejenis variasi. Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai variasi tersebut?
Merupakan variasi tak selanjar
Contoh variasi ialah ketinggian
Tidak dipengaruhi oleh persekitaran
Menunjukkan perbezaan yang ketara
Rajah 7 menunjukkan seekor haiwan. Apakah kelebihan kedudukan kaki haiwan tersebut?
Menyokong berat badan
Mengurangkan berat badan
Menambahkan lagi pusat graviti
Meningkatkan luas tapak sistem sokongan
Rajah 8 menunjukkan satu pergerakan anggota manusia. Antara yang berikut, apakah M?
Rawan
Ligamen
Otot biseps
Otot triseps
Rajah 9 menunjukkan kelenjar endokrin bagi seorang lelaki. Antara kelenjar A, B, C dan D yang manakah kelenjar adrenal?
A
B
C
D
Maklumat berikut menunjukkan kesan sejenis dadah R. Apakah contoh bagi dadah R?
Ketamin
Barbiturat
Amfetamina
Metamfetamin
Kaji maklumat berikut. Di manakah kedududukan yang mungkin bagi unsur P dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
Kumpulan : 1
Kala : 3
Kumpulan : 1
Kala : 4
Kumpulan : 2
Kala : 3
Kumpulan : 2
Kala : 4
Jadual 1 menunjukkan unsur W, X, Y dan Z dengan nombor proton dan nombor nukleon masing-masing. Pasangan unsur yang manakah merupakan isotop?
W dan X
W dan Z
X dan Y
Y dan Z
Lateks dihantar ke kilang dalam keadaan gumpalan pepejal. Apakah bahan yang menyebabkan lateks menggumpal?
Asid
Alkali
Sulfur
Air suling
Rajah 10 menunjukkan satu contoh perubatan komplementari. Antara berikut, yang manakah ciri kaedah perubatan dalam Rajah 10?
Diuji secara klinikal
Melibatkan pembedahan
Kos rawatan yang mahal
Mengambil kira pandangan pengamal perubatan yang lain
Rajah 11 menunjukkan suatu keadaan yang dialami seorang individu apabila bahan P bertindak ke atas sel badannya. Berdasarkan Rajah 11, apakah faktor dalaman yang menghasilkan bahan P?
Radiasi
Asap rokok
Keradangan
Struktur DNA
Rajah 12 menunjukkan graf sesaran melawan masa bagi pergerakan seorang murid lelaki. Antara yang berikut, padanan manakah yang betul?
Halaju seragam : OP
Halaju sifar : RS
Halaju seragam : OP
Halaju sifar : PQ
Halaju seragam : QR
Halaju sifar : OP
Halaju seragam : PQ
Halaju sifar : RS
Rajah 13.1 menunjukkan kenderaan A dan B yang bergerak dengan halaju malar 40 km/j. Pemandu pemandu kenderaan itu menekan brek apabila lampu isyarat bertukar kepada kuning. Rajah 13.2 menunjukkan kenderaan A dan B berhenti di lampu isyarat apabila lampu isyarat bertukar kepada merah. Jadual 2 menunjukkan masa yang diambil untuk kedua-dua kenderaan itu berhenti. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang betul?
Panjang jarak berhenti dari garisan lampu isyarat bagi kenderaan A lebih panjang kerana inersianya yang lebih tinggi
Masa untuk berhenti bagi kenderaan B lebih panjang kerana inersianya yang lebih rendah
Kenderaan A lebih mudah memberhentikan kenderaan kerana inersianya lebih tinggi
Kenderaan B mempunyai inersia yang lebih tinggi berbanding kenderaan A
Tindak balas berantai dalam pembelahan nukleus uranium-235 berlaku secara berterusan. Antara berikut, apakah kesan tindak balas tersebut?
Menghasilkan nukleus yang kurang stabil
Membebaskan tenaga yang banyak
Membebaskan sinaran yang lemah
Kebocoran radioaktif
Rajah 14 menunjukkan stesen jana kuasa yang menggunakan sumber tenaga alternatif. Antara yang berikut, yang manakah kelebihan utama penggunaan sumber tenaga tersebut?
Tidak membebaskan bahan pencemar
Tidak menyebabkan masalah kesihatan
Boleh dibangunkan di mana-mana kawasan
Mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil
Rajah 15 menunjukkan sejenis mikroorganisma. Apakah ciri istimewa mikroorganisma ini?
Multisel
Menghasilkan spora
Melakukan fotosintesis
Membiak dalam sel perumah
Rajah 16 menunjukkan dua produk perindustrian. Antara mikroorganisma berikut, yang manakah digunakan untuk menyingkirkan tisu pada bahan mentah sebelum menghasilkan dua produk ini?
Alga
Kulat
Virus
Bakteria
Rajah 17 menunjukkan sebahagian daripada kitar nitrogen. Berdasarkan proses K, apakah aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam Teknologi Hijau untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar?
Menabur baja nitrat
Menghasilkan kompos
Menanam tumbuhan kekacang
Menanam sayur secara bergilir
Mononatrium glutamat (MSG) ialah sejenis perisa yang ditambah dalam makanan. Apakah fungsi perisa?
Menambah warna makanan
Meningkatkan rasa makanan
Menjadikan makanan lebih manis
Menjadikan makanan lebih menarik
Jejak karbon bagi sesuatu produk merujuk kepada impak negatif terhadap kelestarian alam sekitar yang disebabkan oleh produk tersebut sepanjang kitar hayatnya. Antara berikut, tindakan yang manakah merupakan jejak karbon?
Penggunaan panel solar
Meneroka hutan untuk aktiviti perindustrian
Penggunaan bateri yang dapat dicas semula
Penjanaan tenaga elektrik daripada stesen janakuasa hidroelektrik
Rajah 18 menunjukkan suatu mikroorganisma marin. Apakah peranan mikroorganisma ini dalam Teknologi Emisi Negatif?
Mengurangkan gas rumah hijau melalui proses fotosintesis
Menghasilkan glukosa bagi pertumbuhan tumbuhan hijau
Meningkatkan jumlah oksigen terlarut untuk menguraikan bahan organik
Menyediakan makanan kepada haiwan dan tumbuhan akuatik melalui sintesis asid amino
Kaji maklumat berikut. Antara yang berikut, yang manakah kaedah untuk meningkatkan kadar tindak balas itu?
Meningkatkan suhu asid hidroklorik cair
Menambahkan isi padu asid hidroklorik cair
Menambahkan sedikit larutan natrium tiosulfat
Menggantikan serbuk zink dengan ketulan zink
Rajah 19 menunjukkan persamaan bagi penghasilan ammonia melalui Proses Haber. Apakah faktor yang meningkatkan kadar tindak balas ini?
Suhu 400°C
Tekanan 1 atm
Kehadiran mangkin serbuk ferum
Kehadiran mangkin Vanadium (V) oksida
Rajah 20 menunjukkan tindak balas pembakaran bahan K. Apakah bahan K?
Minyak sawit
Ammonia
Alkohol
Ester
Rajah 21 menunjukkan perbualan antara seorang doktor dan pesakitnya. Antara berikut, amalan pemakanan yang manakah boleh diamalkan oleh pesakit itu untuk mengatasi masalahnya?
Minum minuman berasaskan tenusu
Makan makanan berasaskan daging
Menggunakan mentega dalam masakan
Menggunakan minyak sawit dalam masakan
Rajah 22 menunjukkan proses elektrolisis menggunakan sel elektrolitik yang terdiri daripada beberapa komponen. Apakah yang akan berlaku jika X gagal berfungsi?
Elektrolit mengalami perubahan kimia
Arus elektrik tidak dihasilkan
Kation bergerak ke anod
Anion bergerak ke katod
Rajah 23 menunjukkan tindakbalas kimia dalam sel kimia dengan elektrod logam yang berbeza. Apakah logam P?
Zink
Kuprum
Aluminium
Magnesium
Rajah 24 menunjukkan susunan radas bagi satu penyiasatan. Keputusan penyiasatan menunjukkan bahawa imej yang dihasilkan adalah dibesarkan. Jarak titik fokus, F ke pusat optik ialah 5 cm. Berapakah jarak objek untuk mendapatkan imej yang sama saiz?
5 cm
8 cm
10 cm
20 cm
Rajah 25 menunjukkan sinar cahaya yang melalui sejenis kanta. Antara yang berikut, alatan yang manakah menggunakan kanta itu?
Kamera
Projektor
Binokular
Cermin mata
Ahli fizik Belanda, Daniel Bernoulli telah menemui suatu prinsip yang membolehkan pesawat terbang di udara. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah betul tentang prinsip tersebut?
Bendalir yang bergerak dengan halaju rendah menghasilkan tekanan yang tinggi
Bendalir yang bergerak dengan halaju rendah menghasilkan tekanan yang rendah
Bendalir yang bergerak dengan halaju tinggi menghasilkan daya angkat yang tinggi
Bendalir yang bergerak dengan halaju rendah menghasilkan daya angkat yang tinggi
Rajah 26 menunjukkan aplikasi sebuah jek hidraulik. Jika luas omboh P ialah 0.01 m2 dan luas omboh Q ialah 2 m2, berapakah daya yang dikenakan oleh omboh P?
0.5 N
50 N
500 N
5000 N
Rajah 27 menunjukkan dua kedudukan satelit yang membuat orbit elips. Apakah kedudukan X?
Apogi
Perigi
Geopegun
Geosegerak
Sistem Penentu Sejagat (GPS) merupakan suatu sistem navigasi yang memberi maklumat tentang lokasi dan masa kepada penggunanya dalam semua keadaan cuaca. Apakah contoh aplikasi navigasi yang menggunakan koordinat GPS?
Google Drive
Google Form
Google Maps
Google Classroom
