WorksheetsZakat
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Dalil al-Quran yang menyatakan tentang kewajipan zakat itu
Surah al-Baqarah ayat 43:
“Dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat”
Surah al-Anbiya' ayat 35
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati"
Surah al-Baqarah ayat 125
"Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang"
Orang yang baru memeluk Islam tetapi jahil akan kewajiban mengeluarkan zakat.
Dia berdosa, pihak yang berkenaan berhak mengambil zakat hartanya secara paksa dan kemudian dia didenda.
Dimaafkan kerana kejahilannya
Boleh diperangi sehingga dia mengeluarkannya.
Hukum bagi satu puak atau kumpulan yang besar enggan mengeluarkan zakat.
Dia berdosa, pihak yang berkenaan berhak mengambil zakat hartanya secara paksa dan kemudian dia didenda.
Dimaafkan kerana kejahilannya
Boleh diperangi sehingga dia mengeluarkannya.
Hukum bagi orang Islam yang tahu akan kewajiban zakat tetapi enggan mengeluarkannya.
Dia berdosa, pihak yang berkenaan berhak mengambil zakat hartanya secara paksa dan kemudian dia didenda.
Murtad dan boleh dihukum bunuh.
Boleh diperangi sehingga dia mengeluarkannya.
Zakat mula disyariatkan pada
tahun ke 6 Hijrah
tahun ke 10 Hijrah
tahun ke 2 Hijrah
Pada permulaan zaman pemerintahan __________, baginda memerangi orang Islam yang enggan mengeluarkan zakat.
Sayyidina Abu Bakar
Sayyidina Umar
Sayyidina Uthman
Orang yang berhak menerima zakat pada masa permulaan Islam hanya terbatas kepada golongan____
fakir dan amil
miskin dan muallaf
Fakir dan miskin
Berikut adalah jenis harta benda yang wajib dikeluarkan zakat, kecuali __
Binatang ternakan iaitu unta, lembu, kerbau dan kambing sahaja.
Matawang
Semua jenis barang-barang yang diperniagakan
Luqatah
Berikut adalah harta yang tidak wajib dikeluarkan zakat, kecuali ___
Harta benda yang diwakafkan.
Intan, berlian, Mutiara dan permata zamrud
Harta kerajaan.
Emas dan perak
Emas dan perak yang telah dijadikan pakaian dan barang-barang perhiasan yang halal bagi perempuan dengan syarat tidak melebihi kadar yang sepatutnya.
Tidak wajib dikeluarkan zakat
Wajib dikeluarkan zakat
Syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat ada ____ perkara
4
5
6
Sampai nisab bermaksud ____
Cukup sukatan, timbangan atau kiraan sesuatu barang.
Cukup peredaran masa setahun hijrah bagi barang-barang yang dikira haulnya.
Hamba sahaya tidak wajib zakat kerana mereka tidak mempunyai harta benda.
Cukup haul bermaksud ___
Cukup sukatan, timbangan atau kiraan sesuatu barang.
Cukup peredaran masa setahun hijrah bagi barang-barang yang dikira haulnya.
Hamba sahaya tidak wajib zakat kerana mereka tidak mempunyai harta benda.
Berikut adalah syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat, kecuali ___
Islam
Mumaiz
Mukallaf
Merdeka
Berikut adalah asnaf zakat di Brunei Darussalam, kecuali ___
‘Amil
Al-Gharimin
Ar-Riqab
Ibnus-Sabil
Orang-orang yang tidak berhak menerima zakat.
Orang Islam yang berhutang secara yang diluluskan oleh hukum Syara'.
Orang-orang Arab daripada keturunan Bani Hasyim dan Bani ‘Abdul Muttalib.
Orang Islam yang papa yang tidak mempunyai apa-apa pencarian atau harta.
Orang-orang yang berhak menerima zakat.
Hamba Abdi
Hamba Mukatab
Jika hartanya berada pada berbilang negeri maka hendaklah dia mengeluarkan zakat bagi kesemua hartanya itu di ____
negeri tempat ia berada
negeri tempat harta itu berada.
Jika seseorang itu tersalah membahagikan hasil zakat kepada orang-orang yang tidak layak menerima dan bukan termasuk dalam asnaf zakat maka __
Tidak perlu dia mengganti zakat yang telah dikeluarkannya
hendaklah ia mengeluarkan zakatnya sekali lagi kepada orang yang layak menerima zakat
Rikaaz bermaksud ___
Harta yang dijumpai terpendam kepunyaan orang-orang zaman jahiliah.
Harta tercicir dan terdapat padanya kesan atau tanda kepunyaan orang-orang Islam.
