WorksheetsF5 C8
Total questions: 98
Worksheet time: 49mins
Name
Class
Date
1.
Apakah rancangan penubuhan Dasar Ekonom Baru (DEB) pada tahun 1970 hingga tahm 1990?
a)
Mencapai tahap negara maju
b)
Memajukan sektor pelancongan
c)
Membangunkan kawasan bandar
d)
Mengukuhkan perpaduan negara
2.
DEB dilancarkan melalui Rangka Rancanga Jangka Panjang Pertama (RRJPI). Berapakah rancangan pembangunan dijalankan oleh DEB?
a)
Tiga
b)
Lima
c)
Enam
d)
Empat
3.
Pernyataan berikut berkaitan dengan rancangan pembangunan ekonomi negara.
Pemulihan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, antara wilayah dan antara kawasan dalam wilayah yang sama
Apakah rancangan pembangunan ekonomi tersebut?
a)
Dasar Wawasan Negara
b)
Dasar Kawalan Ekonomi
c)
Dasar Pembangunan Nasional
d)
Dasar Ekonomi Baru
4.
Apakah agensi kerajaan yang membentuk DEB
a)
Majlis Gerakan Negara
b)
Majlis Perpaduan Negara
c)
Majlis Keselamatan Negara
d)
Majlis Perundingan Negara
5.
Jadual berikut menyenaraikan pakar ekonomi dari dalam dan luar negara. Dr. Rais Saniman (Malaysia) Dr. Just Faaland (Norway) Dr. Jack R. Parkinson (Britain) Apakah sumbangan tokoh tersebut terhadap negara?
a)
Membentuk ideologi negara
b)
Merancang dasar pentadbiran
c)
Menggubal perlembagaan negara
d)
Merangka Dasar Ekonomi Baru
6.
Rajah berikut berkaitan dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Mencapai perpaduan
Matlamat DEB
X
Apakah X?
a)
Merapatkan jurang ekonomi
b)
Memodenkan sektor pertanian
c)
Memajukan perindustrian berat
d)
Mencapai kesejahteraan kaum
7.
Pernyataan berikut berkaitan dengan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Membasmi kemiskinan
Bagaimanakah strategi tersebut dilaksanakan?
I Menambah pendapatan rakyat
II Menyediakan rumah kos murah
III Meningkatkan pengeluaran negara
IV Memperbanyakkan peluang pekerjaan
a)
1,2
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,4
8.
DEB berusaha mengurangkan dan menghapusk pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Bagaimanakah usaha tersebut tercapai?
a)
Memberi bantuan kewangan
b)
Menyediakan petempatan baharu
c)
Mempelbagaikan komoditi negara
d)
Menyusun semula masyarakat
9.
Rajah berikut berkaitan dengan isu sosioekonon yang dihadapi negara semasa DEB dilancarkan
Isu sosioekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera Isu sosioekonomi antara pantai timur dan pantai barat Isu sosioekonomi X
Isu sosioekonomi Y I Negeri dengan negeri
II Masyarakat desa dengan bandar
III Negara serantau dengan antarabangsa
IV Negara dengan negara
a)
1,4
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,2
10.
DEB bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Apakah pendekatan DEB untuk mencapai tujuan tersebut?
a)
Berkongsi kepakaran teknikal
b)
Produktiviti negara dibangunkan
c)
Kualiti perkhidmatan ditingkatkan
d)
Agihan ekonomi yang seimbang
11.
Gerakan Koperasi dibangunkan di kawasan luar bandar.
Apakah tujuan Gerakan Koperasi tersebut?
a)
Mengawal harga barangan
b)
Memajukan tanah yang terbiar
c)
Mengusaha tanaman komersial
d)
Meningkatkan taraf hidup rakyat
12.
DEB melaksanakan beberapa program untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar Apakah program tersebut?
I Penerokaan tanah baharu
II Bantuan peralatan pertanian
III Penawaran bekerja di bandar
IV Penubuhan pusat kemahiran
a)
1,4
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,2
13.
Terdapat penduduk bandar yang turut menghadapi kemiskinan hidup. Mengapakah berlaku kemiskinan tersebut?
a)
Pembangunan yang pesat
b)
Kesukaran memperoleh pekerjaan
c)
Kemajuan sistem pengangkutan
d)
Pendapatan yang rendah
14.
Bagaimanakah kerajaan membasmi kemiskinan di kawasan bandar?
a)
Memodenkan jalinan perhubungan
b)
Membangunkan perumahan mewah
c)
Mempelbagaikan kemudahan prasarana
d)
Memajukan sektor perindustrian
15.
Pelbagai kemudahan asas disediakan kerajaan untuk membantu golongan miskin di bandar. Apakah kemudahan tersebut?
a)
Kemudahan kredit
b)
Subsidi benih dan baja
c)
Pusat kemajuan peladang
d)
Bantuan buku teks percuma
16.
Tun Abdul Razak (duduk dua dari kiri) membuat pengumuman pelancaran Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974.
Mengapakah rancangan tersebut dilancarkan?
a)
Mengkaji keberkesanan program DEB
b)
Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan
c)
Mengawal mutu perkhidmatan awam
d)
Meningkatkan pengeluaran bahan makanan
17.
Bagaimanakah tindakan kerajaan untuk mencapai matlamat Rancangan Buku Hijau?
I Memperkenalkan pertanian pintar
II Menyediakan kemudahan pinjaman
III Mempelbagaikan aktiviti pemasaran IV Menanam tanaman jangka pendek
a)
1,2
b)
1,4
c)
2,3
d)
3,4
18.
Senarai berikut merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan dalam DEB.
• Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
• Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)
• Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Apakah X?
a)
Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
b)
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
c)
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
d)
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
19.
Mengapakah kerajaan menubuhkan agensi kerajaan dalam pelaksanaan DEB?
I Membuka peluang pekerjaan
II Meningkatkan produktiviti negara
III Mewujudkan persaingan ekonomi
IV Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
a)
1,2
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,4
20.
Agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan dalam Rancangan Malaysia Kedua.
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
Lembaga Pertubuhan Peladang
Apakah peranan agensi tersebut?
a)
Mengawal selia sektor pertanian
b)
Membantu dalam penyelidikan pertanian
c)
Menjalankan penyelidikan terhadap pertanian
d)
Melibatkan petani dalam kegiatan koperasi
21.
Rajah berikut merujuk kepada perubahan nama bagi sebuah agensi kerajaan.
1971 (Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) menjadi 1994 (X). Apakah X?
a)
Padi Nasional Berhad (PNB)
b)
Lembaga Beras Negara (LBN)
c)
Institut Penyelidikan Beras Negara (IPBN)
d)
Beras Nasional (BERNAS)
22.
Apakah bantuan yang diberi oleh agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah DEB?
a)
Tapak berniaga
b)
Pendidikan
c)
Jentera berat
d)
Biji benih
23.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956. Mengapakah FELDA ditubuhkan?
a)
Menyediakan kemudahan kewangan
b)
Membantu mengatasi masalah pemasaran
c)
Menggalakkan bumiputera menceburi perniagaan
d)
Membuka tanah baru untuk pertanian
24.
Bagaimanakah FELDA membantu penduduk luar yang miskin?
I Membuka sektor perniagaan perdagangan dan
II Membangunkan kemudahan asas seperti klinik
III Memberi tanah seluas 10 ekar untuk diusahakan
IV Mengesan pembangunan pelaksanaan rancangan
a)
1,2
b)
1,4
c)
3,4
d)
2,3
25.
FELDA telah mengadakan kerjasama dengan Yayasan Sabah di Sabah.
Apakah kesan daripada kerjasama tersebut?
a)
Penubuhan pembangunan wilayah
b)
Peningkatan eksport bahan makanan
c)
Penghapusan ekonomi mengikut kaum
d)
Pembukaan Felda Umas di Tawau
26.
Mengapakah Yayasan Sabah ditubuhkan pada tahun 1966?
a)
Memajukan sektor perindustrian
b)
Menjalankan penyelidikan tanaman
c)
Membangunkan kawasan luar bandar
d)
Menyediakan peluang pendidikan
27.
Agensi kerajaan berikut telah bekerjasama untuk membangunkan tanah di Sarawak.
• FELDA
SALCRA
Apakah pembangunan tanah yang dilakukan?
a)
Penanaman getah secara komersial
b)
Pengenalan perkebunan berkelompok
c)
Pengusahaan tanaman jangka pendek
d)
Pembukaan ladang kelapa sawit
28.
Apakah persamaan antara kawasan FELDA berikut?
• Felda Lurah Bilut (Pahang)
Felda Keratong (Pahang)
• Felda Senayan (Negeri Sembilan)
a)
Menjadi pengeluar utama kelapa sawit negara
b)
Mendapat pengiktirafan kawasan FELDA terbaik
c)
Melibatkan pembangunan kawasan bandar baharu
d)
Memberi peluang kepada peneroka bukan bumiputera
29.
Logo berikut berkaitan dengan agensi kerajaan yang dilaksanakan dalam DEB.
KESEDAR
KEJORA
KELANTAN
KETENGAH
Apakah peranan agensi kerajaan tersebut?
a)
Meluaskan pembangunan bandar baharu
b)
Menubuhkan institusi kewangan tempatan
c)
Memperkenalkan sektor perindustrian berat
d)
Melaksanakan program pembangunan wilayah
30.
Urban Development Authority (UDA) berperanan dalam sektor pembangunan industri dan bandar baharu.
Apakah bandar baharu yang telah diusahakan oleh agensi tersebut?
a)
Bandar Pasir Gudang (Johor)
b)
Bandar Baru Parkland (Klang)
c)
Bandar Bukit Mertajam (Butterworth)
d)
Bandar Tun Hussein Onn (Cheras)
31.
Pernyataan berikut merujuk kepada keadaan di negara kita selepas kemerdekaan.
Kaum bumiputera ketinggalan pemilikan saham syarikat berbanding dengan kaum bukan bumiputera.
Apakah kesan keadaan tersebut terhadap negara?
a)
Membangkitkan persaingan sihat antara kaum
b)
Menambah tenaga kerja dalam bidang pembuatan
c)
Meningkatkan permintaan terhadap kursus kemahiran
d)
Mewujudkan pembezaan dari segi taraf hidup
32.
Maklumat berikut merujuk kepada usaha kerajaan dalam pembangunan sektor korporat
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
Bagaimanakah tindakan kerajaan untuk melahirkan MPPB?
a)
Meningkatkan pembukaan tanah untuk pertanian
b)
Memperbaiki kegiatan pemasaran bahan mentah
c)
Menggalakkan bumiputera menceburi perindustrian
d)
Menambah pemilikan modal saham bumiputera
33.
Apakah agensi yang membangunkan MPPB pada 17 Mac 1978?
a)
Amanah Saham Nasional (ASN)
b)
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
c)
Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)
d)
Permodalan Nasional berhad (PNB)
34.
Apakah ciri-ciri industri kecil dan sederhana (IKS)?
a)
Pengeluaran secara komersial
b)
Tenaga kerja yang ramai
c)
Bersifat sara diri
d)
Modal yang kecil
35.
Mengapakah kerajaan membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS)?
a)
Mengatasi pencemaran alam
b)
Memodenkan sektor pertanian
c)
Menyusun semula masyarakat
d)
Menambah daya pengeluaran
36.
Manakah merupakan pengeluaran IKS?
a)
Perhotelan
b)
Pendidikan
c)
Komunikasi
d)
Kraf tangan
37.
Apakah sumbangan agensi berikut terhadap IKS?
• Bank Bumiputera
• Amanah Ikhtiar Malaysia
• Perbadanan Nasional Berhad
a)
Memberi latihan kemahiran
b)
Membantu teknik pengurusan
c)
Membantu pemasaran barangan
d)
Memberi insentif dan nasihat
38.
Industri kecil dan sederhana (IKS) telah diperkenalkan melalui DEB.
Apakah kesan pengenalan IKS tersebut?
a)
Melahirkan tenaga kerja mahir
b)
Meningkatkan kerjasama swasta
c)
Kemajuan sektor perusahaan moden
d)
Kemunculan ramai usahawan muda
39.
Kerajaan telah mengambil langkah untuk melahirkan tenaga kerja mahir sejak di bangku sekolah.
Bagaimanakah langkah tersebut dilaksanakan?
a)
Menubuhkan Sekolah Wawasan di luar bandar
b)
Mewajibkan semua pelajar menguasai literasi linus
c)
Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum
d)
Memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup
40.
Rajah berikut berkaitan dengan institusi pendidikan di negara kita.
Sekolah Teknik dan Vokasional
Institusi Pendidikan
Maktab Perguruan Teknik
Universiti Teknologi Malaysia
Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi tersebut?
a)
Meningkatkan sahsiah diri
b)
Mengatasi masalah buta huruf
c)
Menjadi rakyat berpengetahuan
d)
Melahirkan tenaga kerja mahir
41.
DPN merupakan kesinambungan DEB yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat.
Apakah hasrat kerajaan melalui DPN?
a)
Memulihkan prasarana negara
b)
Menghalang pemusatan ekonomi
c)
Mengimbangi pembangunan wilayah
d)
Menjadikan negara maju
42.
Matlamat DPN adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan.
Bagaimanakah matlamat tersebut dicapai?
a)
Mengawal mutu perkidmatan kerajaan
b)
Memantau pengurusan kewangan negara
c)
Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil
d)
Pembangunan seimbang antara negeri
43.
Tempoh pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ialah 10 tahun. Apakah Rancangan Pembangunan Lima Tahun di bawah DPN?
I Rancangan Malaysia Kempat
II Rancangan Malaysia Kelima
III Rancangan Malaysia Keenam
IV Rancangan Malaysia Ketujuh
a)
1,2
b)
1,4
c)
2,3
d)
3,4
44.
DPN menetapkan langkah untuk Malaysia menjadi negara yang maju.
Apakah aspek negara maju tersebut?
a)
Bersikap demokratik
b)
Berilmu pengetahuan
c)
Kecemerlangan sosial
d)
Kestabilan politik
45.
Apakah strategi DPN untuk meneruskan usaha membasmi kemiskinan masyarakat?
a)
Membuka tanah secara besar-besaran
b)
Memperkasakan sekolah jenis kebangsaan
c)
Memajukan kawasan pertanian di luar bandar
d)
Melibatkan pihak swasta dalam pembangunan
46.
Kerajaan turut menitikberatkan pembangunan fizikal dan alam sekitar dalam DPN. Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan?
a)
Penciptaan baja organik
b)
Pembukaan tanah terbiar
c)
Penanaman secara tradisional
d)
Penggunaan teknologi hijau
47.
Strategi DEB diteruskan dalam pelaksanaan DPN.
Apakah strategi tersebut?
I Membasmi kemiskinan
II Menyusun semula masyarakat
III Meningkatkan pendapatan negara
IV Membangunkan kawasan luar bandar
a)
2,3
b)
1,4
c)
3,4
d)
1,2
48.
Matlamat DPN ialah menghapuskan kemiskinan tegar terhadap golongan penanam padi dan nelayan.
Apakah bantuan yang diberi kerajaan terhadap
golongan tersebut?
I Subsidi
II Sokongan
III Perniagaan
IV Pemasaran
a)
1,4
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,2
49.
Kerajaan telah membuka agensi kerajaan berikut untuk memberi latihan kepada golongan belia.
GIATMARA Apakah yang diperoleh golongan belia melalui agensi tersebut?
a)
Membaiki tahap kualiti dan mutu pengeluaran
b)
Meningkatkan tenaga kerja golongan bumiputera
c)
Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara
d)
Mendapat pekerjaan berkaitan dengan kemahiran
50.
Apakah tujuan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)?
a)
Meningkatkan pendapatan rakyat
b)
Membentuk masyarakat berdisiplin
c)
Mewujudkan masyarakat perdagangan
d)
Menyusun semula masyarakat
51.
Maklumat berikut merujuk kepada usaha kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Meningkatkan tenaga kerja dan penyertaan bumiputera dalam pengurusan sektor moden.
Apakah pengurusan sektor moden tersebut?
a)
Pendidikan
b)
Pelancongan
c)
Perindustrian
d)
Pembuatan
52.
DPN menggalakkan golongan bumiputera bersaing dalam perniagaan moden.
Bagaimanakah peluang tersebut tercapai?
1 Ditingkatkan pengetahuan kemahiran
II Diberikan peluang bekerja di industri
III Dibantu dari segi pasaran dan modal
IV Didedahkan dengan teknologi moden
a)
1,2
b)
1,4
c)
2,3
d)
3,4
53.
Kerajaan melakukan penyusunan semula corak tenaga kerja di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam pembangunan DPN.
Apakah kepentingan penyusunan tersebut?
a)
Mengukuhkan komoditi utama negara
b)
Membaiki produktiviti pengeluaran negara
c)
Membaiki produktiviti pengeluaran negara
d)
Mencerminkan komposisi pelbagai kaum
54.
Bagaimanakah penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat dilaksanakan di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
a)
Menggalakkan pelaburan modal asing
b)
Membuka tanah pertanian besar-besaran
c)
Memodenkan sektor pertanian bersepadu
d)
Melaksanakan program penswastaan
55.
Apakah agensi yang terlibat dalam projek penswastaan syarikat perniagaan bumiputera?
I Majlis Amanah Rakyat (MARA)
II Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
III Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)
IV Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
a)
2,3
b)
1,4
c)
3,4
d)
1,2
56.
Gambar menunjukkan bangunan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS).
Apakah peranan perbadanan tersebut?
a)
Membaiki ketidakseimbangan negeri
b)
Memodenkan sistem pengangkutan
c)
Meningkatkan kualiti perkhidmatan
d)
Menyusun semula modal saham
57.
Maklumat berikut menerangkan pembangunan ekonomi negara kita. dasar
• Meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barang.
• Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara.
Apakah dasar pembangunan tersebut?
a)
Dasar Hala Tuju Cara Baru
b)
Dasar Kependudukan
c)
Dasar Pensyarikatan Malaysia
d)
Dasar Penswastaan
58.
Mengapakah kerajaan meneruskan rancangan pembangunan wilayah di bawah DPN?
a)
Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
b)
Meningkatkan pengeluaran makanan tanaman
c)
Memacu pertumbuhan sektor perindustrian baharu
d)
Meningkatkan integrasi ekonomi antara negeri
59.
Bagaimanakah kerajaan membaiki ketidak seimbangan pembangunan wilayah dalam DPN?
a)
Meluluskan lesen kepada syarikat usahasama
b)
Menyelaraskan program pembangunan bandar
c)
Menggiatkan lagi penyertaan bumiputera
d)
Memperkenalkan konsep pertanian pintar
60.
Maklumat berikut merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan melalui DPN.
Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan rancangan pembangunan wilayah.
Apakah agensi tersebut?
a)
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
b)
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
c)
Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp)
d)
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
61.
Maklumat berikut merujuk kepada konsep dalam pembangunan ekonomi.
Penggunaan teknologi bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Apakah konsep tersebut?
a)
Ekonomi komersial
b)
Bioteknologi lestari
c)
Perladangan moden
d)
Pertanian pintar
62.
Apakah teknologi pertanian pintar yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan hasil pertanian?
I Penggunaan dron
II Penggunaan empangan
III Penggunaan tenaga binatang
IV Penggunaan biji benih berkualiti
a)
1,2
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,4
63.
Mengapakah kerajaan memperkenalkan konsep pertanian pintar melalui rancangan pembangunan wilayah?
a)
Menstabilkan harga pasaran
b)
Menyekat kemasukan imigran
c)
Memperluaskan produk pertanian
d)
Meningkatkan hasil pertanian
64.
Apakah kesan pembangunan DEB dan DPN terhadap rakyat?
a)
Melahirkan insan berilmu
b)
Mengatasi sifat perkauman
c)
Menyatukan negara bangsa
d)
Meningkatkan taraf hidup rakyat
65.
Pelaksanaan DEB dan DPN membawa perubahan kepada kemajuan sosial.
Apakah kemajuan sosial tersebut?
I Kualiti hidup meningkat
II Perkembangan bandar baharu
III Budaya cemerlang diamalkan
IV Kemunculan golongan cendekiawan
a)
1,4
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,2
66.
Bagaimanakah DEB dan DPN berjaya menurunkan kadar kemiskinan di Malaysia?
a)
Menyekat kemasukan imigran
b)
Menyediakan kemudahan pinjaman
c)
Mengurangkan hak milik asing
d)
Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
67.
Apakah kepentingan kerajaan melaksanakan penambahbaikan kemudahan awam terhadap rakvat^
a)
Menambah pelaburan asing
b)
Memberi kebebasan mutlak
c)
Merapatkan jurang ekonomi
d)
Meningkatkan taraf hidup rakyat
68.
Perkembangan bidang pertanian dan perindustrian telah meningkatkan keperluan tenaga kerja.
Apakah kesan peningkatan tersebut terhadap rakyat?
a)
Memperkasakan sekolah kebangsaan
b)
Meluaskan barangan pasaran tempatan
c)
Membina masyarakat berdaya saing
d)
Mengurangkan masalah pengangguran
69.
Jadual berikut menunjukkan pencapaian negara mengatasi kadar kemiskinan. Kadar Penurunan Kemiskinan 1970- 49.3% 1990- 17.1% 2000- 7.2% Apakah faktor penurunan kadar kemiskinan tersebut?
a)
Keadaan negara yang aman dan harmoni
b)
Keselamatan negara berjaya dipertingkatkan
c)
Kelahiran masyarakat yang bermaklumat
d)
Keberkesanan pelaksanaan DEB dan DPN
70.
Kualiti hidup rakyat Malaysia semakin baik selepas tahun 1990. Apakah bukti peningkatan kualiti hidup tersebut?
a)
Penyekatan pengaruh luar
b)
Pengurangan sekatan dagangan
c)
Pemilikan barangan keperluan asas
d)
Peningkatan taraf kesihatan
71.
DEB dan DPN berjaya meningkatkan penyertaan bumiputera dan bukan bumiputera dalam pekerjaan di bandar dengan kewujudan
masyarakat baharu. Apakah masyarakat baharu tersebut?
1 Pemodal
Il Peladang
III Penternak
IV Pengurusan
a)
1,2
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,4
72.
Apakah kelas golongan berikut yang muncul melalui pelaksanaan DEB dan DPN?
• Pemodal
• Pentadbir
• Profesional
a)
Golongan cendekiawan
b)
Golongan kelas menengah
c)
Golongan bumiputera komersial
d)
Golongan kelas pertengahan
73.
Gambar berikut menunjukkan tokoh bumiputera negara kita.
Tan Sri Azman Hashim
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari
Tan Sri Mustapha Kamal
Apakah sumbangan tokoh korporat tersebut terhadap rakyat?
a)
Mengukuhkan perpaduan antara kaum
b)
Membentuk kelas bumiputera komersial
c)
Menjadi penaung kepada program kebajikan
d)
Memberi tawaran pekerjaan dalam syarikat
74.
Apakah kesan kemunculan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) kepada negara?
a)
Menyekat penggunaan tenaga buruh luar
b)
Menggalakkan penerokaan sektor baharu
c)
Membentuk pelbagai pengkhususan kerja
d)
Meningkatkan taraf hidup golongan miskin
75.
Mengapakah kerajaan memberi tumpuan terhadap pembangunan pendidikan selepas tahun 1990?
a)
Meningkatkan status sosial dalam masyarakat
b)
Menjadi pelapis dalam perkhidmatan awam
c)
Membentuk masyarakat berakhlak mulia
d)
Melahirkan tenaga mahir yang berpendidikan
76.
Pelbagai universiti awam dan swasta menawarkan khusus sains, teknologi dan teknikal sejak abad ke-21. Mengapakah khusus tawaran tersebut diutamakan?
a)
Peningkatan jumlah penduduk
b)
Pengukuhan perpaduan kaum
c)
Persaingan dengan negara maju
d)
Perkembangan bidang perindustrian
77.
Gambar berikut menunjukkan pemodenan pengangkutan awam kesan daripada pembangunan ekonomi negara kita.
Apakah kebaikan pemodenan pengangkutan awam kepada negara?
a)
Membekal barang keperluan
b)
Mengatasi masalah kelewatan
c)
Mengimbangi komposisi kaum
d)
Merancakkan aktiviti ekonomi
78.
Apakah kesan daripada kemajuan sistem pengangkutan antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah?
a)
Melancarkan sistem pentadbiran
b)
Membantu kawalan keselamatan
c)
Mengukuhkan hubungan ummah
d)
Memudahkan proses integrasi
79.
Bandar baharu berikut berkembang daripada sebuah tanah rancangan FELDA.
Felda Segitiga Jengka
Apakah nama baharu bagi bandar tersebut?
a)
Bandar Kemasek
b)
Bandar Tenggara Dua
c)
Bandar Ketengah Jaya
d)
Bandar Tun Abdul Razak
80.
Nama Segitiga Jengka mengambil kira lokasi Jengka yang terletak di antara tiga daerah. Antara berikut, yang manakah merupakan daerah tersebut?
I Maran
II Temeloh
III Kuantan
IV Raub
a)
1,4
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,2
81.
Apakah sumbangan Segitiga Jengka terhadap pembangunan ekonomi negeri?
a)
Perintis kepada bidang bioteknologi
b)
Perkembangan sektor perlancongan
c)
Pusat pertembungan antara wilayah
d)
Penubuhan kawasan perindustrian
82.
Gambar berikut menunjukkan kemudahan yang terdapat di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.
STADIUMTUMAR
Apakah faktor pembukaan bandar tersebut?
a)
Penyusunan semua modal saham
b)
Pembinaan sistem pengangkutan moden
c)
Pembentukan kelas bumiputera komersial
d)
Perkembangan wilayah melalui DPN
83.
DEB dan DPN telah meningkatkan kestabilan
ekonomi negara. Bagaimanakah peningkatan tersebut berlaku?
a)
Kemasukan tenaga kerja luar
b)
Penubuhan pelbagai agensi kerajaan
c)
Kerjasama masyarakat pelbagai kaum
d)
Perkembangan sektor perindustrian
84.
Rajah berikut merujuk kepada perkembangan bidang perindustrian melalui pelaksanaan DEB dan DPN. Bidang Perindustrian Melalui DEB dan DPN: Perindustrian berteknologi tinggi
Kawasan perindustrian baharu
X
a)
Zon Hidrometeorologi
b)
Zon Industri Akuakultur
c)
Industri kecil dan sederhana
d)
Industri kereta nasional
85.
Malaysia mula mengalami perkembangan industri berat mulai tahun 1980-an. Mengapakah kerajaan menitikberatkan perkembangan industri tersebut?
I Sokongan terhadap integrasi nasional
II Meningkatkan penglibatan golongan muda
III Menggalakkan perkembangan teknologi
IV Sebagai asas perindustrian negara
a)
1,2
b)
1,4
c)
2,3
d)
3,4
86.
Apakah ciri-ciri bidang perindustrian berteknologi tinggi yang telah diperkenalkan di Malaysia? I Kemahiran yang tinggi
II Penggunaan jentera moden
III Kepakaran dibawa dari luar
IV Dikawal oleh sektor korporat
a)
1,4
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,2
87.
Apakah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan projek industri berat negara kita?
a)
MIDA
b)
RISDA
c)
PETRONAS
d)
HICOM
88.
Yang manakah projek perindustrian berteknologi tinggi?
a)
Kilang ais
b)
Bengkel kereta
c)
Bidang perhotelan
d)
Membaiki kapal
89.
Kawasan berikut terlibat dalam perindustrian berteknologi tinggi.
• Perai, Pulau Pinang
• Teluk Kalung, Terengganu
Apakah projek yang diusahakan di kawasan tersebut?
a)
Membaiki kapal
b)
Stesen janakuasa
c)
Satelit komunikasi
d)
Besi dan keluli
90.
Gambar berikut menunjukkan kilang penapis petroleum di Malaysia.
Di manakah lokasi kilang penapis petroleum tersebut?
a)
Miri, Sarawak
b)
Raub, Pahang
c)
Pasir Gudang, Johor
d)
Port Dickson, Negeri Sembilan
91.
Pelaksanaan DEB dan DPN telah mewujudkan pelbagai bentuk kawasan perindustrian.
Apakah bentuk perindustrian tersebut?
I Estet Perindustrian
II Zon Perindustrian Berat
III Kawasan Perindustrian Moden
IV Taman Teknologi Perindustrian
a)
1,4
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,2
92.
Apakah rasional pembentukan kawasan perindustrian di negara kita?
a)
Berhampiran dengan pusat pelabuhan
b)
Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur
c)
Ditempatkan di kawasan yang strategik
d)
Berdekatan dengan sumber bahan mentah
93.
Pembukaan kawasan perindustrian baharu memberi sumbangan besar terhadap negara. Apakah sumbangan tersebut?
a)
Memantapkan pentadbiran negara
b)
Meningkatkan daya saing negara
c)
Menggalakkan hubungan diplomatik
d)
Menarik kemasukan pelaburan luar
94.
Apakah pihak yang terlibat dalam mem- bangunkan Estet Perindustrian?
1 Perbadanan Pembangunan Bandar
II Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
III Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah
IV Kementerian Pembangunan Luar Bandar
a)
1,2
b)
1,4
c)
3,4
d)
2,3
95.
Bagaimanakah elemen pembangunan Estet Perindustrian?
a)
Sebagai kawasan kawalan
b)
Sebagai pusat pentadbiran
c)
Sebagai perdagangan bebas
d)
Sebagai bandar terancang
96.
Mengapakah kawasan perindustrian baharu berikut ditubuhkan?
Taman Teknologi Perindustrian
a)
Kajian terhadap dasar perindustrian negara
b)
Pusat penyelarasan perindustrian pembangunan
c)
Kaedah pengesanan pencapaian industri negara
d)
Pusat penyelidikan dan pembangunan industri
97.
Apakah ciri Zon Perindustrian Bebas?
a)
Pusat penyelidikan dan pembangunan industri
b)
Berasal daripada kawasan pembangunan wilayah
c)
Bandar terancang yang mengandungi kemudahan asas
d)
Kawasan perdagangan yang diberi pelepasan cukai
98.
Senarai berikut berkaitan dengan industri kereta dan motosikal buatan Malaysia.
• PROTON
• PERODUA
• MODENAS
Apakah kesan pertumbuhan industri tersebut terhadap negara?
a)
Melahirkan golongan korporat
b)
Memajukan bandar terancang
c)
Mengukuhkan pertahanan negara
d)
Meningkatkan pendapatan rakyat
100 %
