Font size
WorksheetsPAPAN SUIS UTAMA
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Apakah maksud nilai 1200A / 50 kA yang terdapat pada pemutus litar udara?
1200A kadaran arus biasa dan 50 kA kadaran arus litar pintas yang boleh ditanggung
1200A arus minimum dan 50 kA arus maksimum yang boleh dikeluarkan
1200A arus utama dan 50 kA arus sekunder.
1200A arus minimum dan 50 kA arus maksimum yang boleh ditanggung
Mengapakah kapasitor bank di gunakan pada papan suis utama?
Meninggikan rintangan litar
Membetulkan faktor kuasa
Meninggikan voltan
Meninggikan arus litar
Berikut merupakan langkah-langkah keselamatan diambil untuk prosedur hentitugas (shutdown) iaitu sebelum melakukan kerja penyenggaraan Pemutus Litar Udara (ACB), kecuali
Meletakkan papan tanda awas sebagai keselamatan.
Mendapatkan permit dari orang yang berkompeten untuk bekerja.
Memberitahu pengguna bahawa kerja-kerja hentitugas dilakukan.
Membersihkan kesemua bahagian pada ACB termasuk pemadam arka.
Pilih manakah antara kenyataan berikut adalah BENAR mengenai fungsi
pemutus litar udara?
Pemutus Litar Udara boleh dikendalikan secara manual atau automatik.
Semasa membuat ujian tatahan pelantikan PLU diletak pada kedudukan Tersambung (Connected).
Pemutus litar boleh digunakan sebagai penyambung bas-bar (Bus-Tie) untuk Papan Suis Dua Kemasukan.
Menggunakan udara sebagai media dimana percikan api (sparking) dapat dipadamkan akibat dari operasi penutupan atau pembukaan sesentuh
Apakah faktor-faktor yang penting dalam pemadaman arka extinguishing arcs di dalam sebuah pemutus litar udara?
Jarak
Halaju
Penyejukan
Saiz sesentuh arka
Pilih perlindungan yang dikendalikan oleh pemutus litar udara.
Litar pintas
Litar buka
Beban lampau
Bocoran bumi
Berapakah kekerapan geganti-geganti perlindungan di pepasangan perlu diperiksa, diuji dan ditatah?
Sekali setiap lima tahun oleh Kontraktor Penservisan
Sekali setiap lima tahun oleh Jurutera Elektrik Kompeten
Setiap tahun oleh Kontraktor Elektrik berdaftar
Sekali setiap dua tahun oleh Kontraktor Perkhidmatan Elektrik
Kegunaan ’Pengubah Arus’ (Current Transformer) terbahagi kepada dua (2) iaitu:
Perlindungan & Pemeteran.
Pengujian & Pemeteran.
Pengujian & Perlindungan.
Pemeteran & Penebatan.
Kenal pasti maklumat awal yang perlu di ketahui untuk menentukan masa sebenar geganti perlindungan berfungsi dengan berkesan.
Arus kerosakan (fault current)
Tatahan arus (current setting)
Arus beban lebih (overload current)
Nisbah pengubah arus (current transformer ratio)
Sebuah papan suis utama mempunyai saiz pemutus litar udara 1600A / 50kA TPN dan alatubah arus perlindungan 1600/5A. Sekiranya arus kehendak maksima di tatah pada 75 % daripada saiz alat perlindungan, berapakan nilai arus maksima pepasangan tersebut?
1600 A
1200 A
750 A
1000 A
Pada power factor regulator yang mengendalikan bank capasitor terdapat tatah C/K. Apakah yang dimaksudkan dengan “ C“?
Nisbah bagi pengubah arus
Nilai terendah bagi bank capasitor
Nilai keseluruhan bagi bank capasitor
Nisbah pengubah arus dengan bank capasitor
Susunan am papan suis hendaklah seperti berikut. Pilih yang salah.
Pengaliran tiap-tiap konduktor hendaklah boleh dikesan dan gambarajah sambungan yang dilukis dengan jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan papan suis itu.
Semua bahagian yang mungkin dikehendaki dilaraskan atau dikendalikan hendaklah mudah diakses.
Sesuatu konduktor, tidak disusun untuk sambungan kepada sistem yang sama, hendaklah diasingkan dengan baik dan boleh dibezakan.
Sesuatu konduktor tak bersalut boleh dibiarkan begitu sahaja.
Berapakah arus di litar sekunder pengubah arus (C.T) sekiranya nisbah pengubah 600/5 Amp, dan arus di litar primer 300 Amp.
2.5 Amp
25 Amp
25.0 Amp
2.25 Amp
Manakah kenyataan yang salah mengenai pemutus litar udara?
Jika digunakan bersendirian ianya hanya berfungsi sebagai pengasing.
Tatah bagi pemutus litar udara adalah ditetapkan pada 110% beban terus menerus.
Tatah bagi pemutus litar udara boleh diperkecilkan dengan menukar alat ubah arus.
Perlindungan pada sistem diberi oleh geganti-geganti yang tersambung padanya.
Alat yang digunakan untuk mengukur kekutuban pengubah arus.
Dinometer.
Meter arus.
Transducer arus.
Meter galvanian.
