wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CO3: Procurement Administration

Total questions: 20

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan perolehan ?.

a)

Satu pelaksanaan dokumen untuk urusan perniagaan bagi sesebuah organisasi.

b)

Satu pelan tindakan untuk menerangkan peraturan dan syarat kepada para pekerja syarikat.

c)

Satu tindakan dalam sebuah perniagaan yang menentukan keputusan dalam menjalankan perniagaan syarikat.

d)

Satu urusan permintaan bagi bekalan / permintaan atau kerja dalam pasaran mengikut kehendak agensi pada suatu kemungkinan harga.

2.

Penyata akaun adalah dokumen yang dihantar kepada pembeli daripada penjual. Apakah fungsi penyata akaun ?.

a)

Nota makluman dan peringatan kepada penghutang yang dihantar pada setiap bulan.

b)

Nota makluman dan peringatan kepada pemiutang yang dihantar pada setiap bulan.

c)

Nota makluman dan peringatan kepada penghutang yang dihantar pada setiap hujung tahun.

d)

Nota makluman dan peringatan kepada pemiutang yang dihantar pada setiap hujung tahun.

3.

Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan jenis dokumen perolehan ?.

a)

Invois.

b)

Sebut harga.

c)

Penyata akaun.

d)

Buku tunai runcit.

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan syarat K & K di K yang terdapat dalam invois?.

a)

Kesilapan & Ketinggalan dikecualikan

b)

Kerosakkan & Kecuaian dikembalikan.

c)

Kesilapan & Kerosakkan dikecualikan.

d)

Ketinggalan & Kecuaian dikembalikan.

5.

Diskaun niaga adalah potongan harga ke atas harga senarai. Apakah format yang betul untuk mengira diskaun niaga ?.

a)

Diskaun Niaga = Harga Senarai - Kadar Diskaun Niaga.

b)

Diskaun Niaga = Harga Senarai - Kadar Diskaun Tunai.

c)

Diskaun Niaga = Harga Senarai X Kadar Diskaun Niaga .

d)

Diskaun Niaga = Harga Senara X Kadar Diskaun Tunai.

6.

Resit merupakan dokumen yang terlibat dalam proses perolehan. Apakah fungsi resit dalam proses tersebut ?.

a)

Bukti penerimaan dan pembayaran yag telah dibuat oleh penjual.

b)

Bukti penerimaan dan pembayaran yang telah dibuat oleh pembeli

c)

Bukti bagi aset atau perkhidmatan yang dibuat secara tunai oleh penjual.

d)

Bukti bagi aset atau perkhidmatan yang dibuat secara tunai oleh pembeli.

7.

Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila penjual membenarkan pembeli membeli barang niaga atau aset secara kredit.


Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penyataan diatas ?.

a)

Invois.

b)

Nota Debit.

c)

Nota Kredit.

d)

Penyata Akaun.

8.

Perolehan merupakan suatu urusan permintaan bagi bekalan atau kerja dalam pasaran mengikut kehendak agensi pada suatu kemungkinan harga. Apakah fungsi dokumen perolehan ?.

I. Rujukan pada masa hadapan.

II. Bukti bagi sesuatu urus niaga.

III. Sumber maklumat perakaunan.

IV. Pengesahan maklumbalas urusniaga.

a)

I, II dan III.

b)

I, III dan IV.

c)

II, III dan IV.

d)

I, II, III dan IV.

9.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu ada dalam nota serahan KECUALI?.

a)

Kualiti.

b)

Kuantiti.

c)

Harga Seunit

d)

Tanda Tangan.

10.

Borang yang dikeluarkan oleh bank untuk merekod urus niaga menyimpan atau mengeluarkan wang oleh pelanggan.


Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penyataan diatas ?.

a)

Memo.

b)

Bil Tunai

c)

Makluman Debit

d)

Borang Wang Masuk

11.

Sebut harga mempunyai beberapa terma dan syarat yang bukan dinilai daripada nilai wang ringgit sahaj. Apakah perkara-perkara yang terdapat sebut harga ?.

I. Maklumat Produk.

II. Syarat dan Terma.

III. Maklumat Penerima.

IV. Baki Hutang Pembeli.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

12.

Dokumen yang digunakan untuk mengingatkan penghutang tentang jumlah hutangnya.


Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penyataan diatas ?.

a)

Invois

b)

Nota Debit

c)

Nota Kredit

d)

Penyata Akauan

13.

Apakah dokumen yang mengandungi senarai harga barang yang diminta oleh pembeli bersama-sama dengan syarat angkutan dan pembayaran ?.

a)

Katalog

b)

Surat Tanya

c)

Sebut Harga

d)

Pesanan Belian

14.

Nota debit merupakan dokumen yang dihantar kepada pembeli daripada pembekal. Bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan nota debit?.

I. Catatan tertinggal dalam invois.

II. Jumlah dalam invois terlebih kira.

III. Faedah dikenakan ke atas bayaran lewat oleh pembeli.

IV. Pembeli dikenakan bayaran tambahan apabilal terdapat pertukaran barang.

a)

I, II dan IV

b)

I, III dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

15.

Apakah nota yang disediakan oleh penjual dan dikirimkan kepada pembeli untuk ditandatangan sebagai akaun peneriamaan barang yang telah dihantar ?.

a)

Nota Debit

b)

Nota Kiriman

c)

Nota Serahan

d)

Nota Makluman

16.

Diskaun tunai antara perkara yang selalu ditawarkan oleh penjual kepada pembelinya. Mengapakah penjual menawarkan diskaun tunai tersebut kepada pembeli ?.

a)

Mengelakkan hutang lapuk.

b)

Menarik lebih ramai pembeli.

c)

Menggalakkan pembeli membayar segera.

d)

Menggalakkan pembelian dalam kuantiti yang banyak.

17.

Encik Ahmad telah membeli komputer daripada Syarikat One Sdn. Bhd dengan harga RM2, 500 pada 2 November 2020, dia diberi diskaun niaga sebanyak 10%. Antara syarat lain yang terdapat dalam invois ialah 5% - 15 hari, 3% - 30 hari, Ang. Dibayar. Encik Ahmad telah membuat pembayaran pada 15 November 2020. Berdasarkan maklumat tersebut, kirakan jumlah yang perlu dibayar oleh Encik Ahamd.

a)

RM2, 125.00

b)

RM2, 137.50

c)

RM2, 250.00

d)

RM2, 375.00

18.

Puan Siti membeli baju sukan dan peralatan daripada Syarikat Sport Sdn. Bhd dengan harga RM3, 450 pada 15 Disember 2020, dia diberi diskaun niaga sebanyak 10%. Antara syarat lain yang terdapat dalam invois ialah 5% - 10 hari, 3% - 30 hari, Ang. Dibayar. Puan siti telah membuat bayaran pada 15 Januari 2021. Berapa nilai diskaun niaga yang perlu dipotong oleh syarikat tersebut?.

a)

RM93.15

b)

RM155.25

c)

RM345.00

d)

RM3, 011.85

19.

Apakah Dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli untuk menambah bayaran yang terkurang caj dalam invois asal ?.

a)

Nota Debit

b)

Nota Kredit

c)

Nota Serahan

d)

Nota Pesanan Belian

20.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu ada dalam penyata akaun ?.

I. Baki Hutang.

II. Tanda Tangan.

III. Tarikh Urus Niaga.

IV. No. Akaun Pelanggan.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, II, III dan I/v